Sunday, 10 January 2010

Aku ambil masa sekejap.

Izinkan aku bertutur dalam bahasa ibunda aku kerana aku tak boleh nak luahkan perasaan ini dalam bahasa lain. Sebenarnya kalau boleh aku tak nak tulis dalam bahasa melayu ni, sebab kalau aku guna bahasa melayu bunyinya kasar sikit. Tapi nak buat macam mana, aku dah kasar sekarang.

Kepada semua yang membaca(kalau ada), apa yang akan aku tuliskan di sini sebentar lagi adalah kesemuanya soalan retorik, jadi tidak perlu untuk anda atau mana-mana pihak jawab soalan sedemikian.

Adakah salah kalau aku nak cakap yang aku menyampah dengan kau? Kau ni dah semakin bajet dan up(kalau aku permudahkan bahasanya). Boleh tak tolong rileks sekejap dan sabar dan tak payah nak menunjuk. Aku tahu kau ni digilai ramai, lelaki mahupun perempuan(ahahaha), tetapi relaks lah. Nak kata aku cemburu, entahlah, tak ada apa-apa yang ada pada kau yang buat aku rasa kekurangan. Nak kata aku dengki, kau itu kawan aku, takkanlah aku nak cakap semua nie sebab aku benci kau. Aku sayang kau jugak cuma kau semakin buat aku menyampah dan aku tak nak lah lihat kau ketandusan kenalan.


Dan jahat tak kalau aku cakap kau(orang lain) ini meamng tak ikhlas. Tetapi siapalah aku kan, tak semestinya apa aku rasa semuanya betul. namun cara kau itu, nampak sangat tak ikhlas dan kau tamak-kau nak lagi walaupun sudah diberi banyak, terlalu banyak, pada pandangan aku. Tak boleh kah kau puas dengan apa yang kau ada? Adakah kau cepat hilang punca? Kalau begitu, belajarlah cari balik punca.


Adakah jahat juga kalau aku kata aku tak nak. Tak nak kepada segala-galanya yang kau, kau dan kau(rindu perempuan jomblo) beri/minta/kasi/mohon/perlu/ dan sebagaianya daripada dan kepada aku. Aku pun serba banyak kekurangan. Dan buat masa ini, aku tiada masa nak kongsi dengan orang yang tiada kepentingan bagi aku.

Aku lebih rela nampak jahat daripada bertopengkan baik tetapi hipokrit.

aku pun sudah berubah. Aku sedang menghadapinya. Kau pun hadapinyalah.

DEAL WITH IT.

1 comment:

  1. ahhaha...aku lebih rela nampak jahat daripada bertopengkan baik tapi hipokrit..

    aku pulak lah yang terasa jahat sebab hip0krit..

    ReplyDelete