Mudah sangat untuk kita tunduk kepada nafsu kita, mengikuti segala perintahnya, akur segala arahannya, mendengar segala bisikan dan pujukannya hanya untuk memuaskan rasa kepentingannya dan rasa kewujudannya.
Padahal telah kita ketahui bahwa kebanyakkan kehendak nafsu adalah terlalu tamak dan mentamakkan. Terlalu diluar benteng yang Allah sukakan malah didalam bagian dimana Allah melarangkan. Sehinggakan kita senang sahaja mengabaikan segala cara dan strategi untuk melawan nafsu kerana itu adalah jalan yang lebih mudah.
Kerana jika melawan nafsu, menghalang untuk ia bertindak dan menguasai fikiran dan emosi kita, itu merupakan usaha-usaha yang memerlukan tenaga yang banyak, kesabaran yang teguh, pendirian yang kukuh dan tetap. Dan itu cukup memenatkan. Cukup mengeluhkan.
Maka dengan itu, kita pilih jalan yang mudah. Jalan yang paling tidak punya banyak rintangan, jalan yang paling senang untuk kita lalui. Sedangkan itulah jalan yang pergi menuju ke arah yang tidak kita mahukan, kepada azab api Allah.
Sebenarnya, jalan yang tidak kita sukai itu, jalan yang menyusahkan dan memeritkan, jalan yang sungguh sulit buat diri kita itulah merupakan jalan yang membawa kepada kebahagiaan pada makna hakikatnya yang sebenar. Membawa kepada kejayaan dan kegemilangan kita dalam kehidupan kita yang lebih selama-lamanya, bukannya kepuasan dalam sementara.
Boleh jadi apa yang kita suka itu, tidak baik untuk kita dan boleh jadi apa yang baik untuk kita adalah apa yang tidak kita suka.
Seperti ceritanya ubat-ubatan yang disyorkan oleh pakar-pakar perubatan. Apakah kita suka untuk menelan ubat yang pahit lagi tak sedap? Mestinya secara alami, tidak. Namun kita kena juga kerana ia baik untuk kita, bisa membantu dalam menyembuhkan dan mempercepatkan membuang dan membunuh kuman-kuman dalam tubuh kita.
Seperti itulah juga bila mana kita menghadapi cabaran dalam usaha kita menyentuh hati-hati manusia. Pasti ada ujian, pasti ada halangan, pasti ada masalahnya. Barangkali masalahnya pada orang yang ingin kita seru, barangkali masalahnya pada kita.
Yang ingin dibicarakan adalah pada diri kita sendiri sebab yang menjadi hakim untuk diri kita adalah diri kita sendiri. Seharusnya kita lebih mengenali siapa diri kita.
Seringkali kita kembali kepada nafsu kita, kita kembali kepada memuaskan kehendak peribadi kita, sehinggakan melupakan tugas yang dipegang, amanah yang dipikul. Mencari kegembiraan di dalam kesenangan dan melarikan diri dari kesesakan di dalam kesusahan. Apa yang dimahukan hanyalah kelapangan tanpa kesempitan, tidak pernah akan menjejakkan kaki dalam jalan ini, tidak mungkin berkeringat dan berpeluh, tidak boleh mengeluarkan tenaga yang banyak kerana itu semua hakmilik diri kita yang tidak ingin kita "bazirkan" untuk orang lain. Itu hakmilik kita, pilihan kita, untuk kita.
Apakah benar itu punya kita? Atau punyanya Allah yang sedang Allah memintakan kembali dari kita, untuk kita berusaha mencari redhanya, menyebarkan wahyunya dan menghidupkan hati-hati yang lalai terhadapNya. Mengingatkan dan mendekatkan diri-diri, nafs-nafs yang sudah jauh terpesong daripada kecintaan kepadaNya.
Apakah benar itu yang kita mahukan? Kesenangan, bukannya ketenangan? Kegembiraan bukannya kebahagiaan?
Barangkali ia boleh jadi kerana kita sukar untuk meninggalkan keinginan-keinginan kita di tong sampah, bukan begitu mudah untuk kita mencampakkan tabiat-tabiat lama yang sudah cukup menjadi darah daging dalam diri kita. Malah boleh juga timbul saat dimana kita sedang melawan temptation sampai boleh jadi withdrawal effect.
Hanya bisa mujahadah li nafsih. Ganjaran itu diberikan atas usahanya dan bersyukurlah kalau hasilnya dapat mendekatkan kita dengan pencipta. Rasa tubuh ini terlalu penuh dengan emosi bahagia sehingga tidak memasukkan apa-apa lagi sehinggakan lupa akan tabiat-tabiat ketagihan lama yang menjerumuskan kita ke api neraka kerana dapat bertemu dengan wajahNya.
"You feel so full that you can't put anything in anymore. Full of love full of delight".
No comments:
Post a Comment