Sedangkan kawan-kawan aku yang terdekat pun minta kebenaran nak guna atau ambil barang aku, apatah lagi kalau kau, yang langsung tak baik dengan aku. Main sedap kau je nak guna barang aku, tanpa pngetahuan aku pulak tu. Tahu-tahu bila aku balik je, kau sedang guna, lepas tu bukannya cakap nak guna pun, layan je barang aku tu. Aku pulak yang baik sangat, biarkan je kau guna barang aku, sampai aku keluar bilik pergi lepak bilik orang bagi kau masa nak guna barang aku.
Kau ingat aku ni baik sangat ke tak kisah? Kau ingat kau diva yang aku kena ikut perintah ke? Kau ingat aku nak sangat jaga hati kau?
Aku jaga pun sebab aku tak nak buat dosa. Period.
Aku dah malas nak tegur kau, dah malas nak layan kau, aku tahu salah kalau tak tegur, tapi aku rasa lagi salah kalau buat aku rasa sakit hati memanjang. Dan aku rasa lagi salah kalau aku mula kutuk-kutuk kau bersama orang lain disebabkan perangai kau macam palat.
Aku tahu perkara ini perkara kecil, aku cuba tak nak ambil kisah lah. Lepas ni dah tak jumpa dah, walaupun rumah mungkin dekat, aku tak nak jumpa kau lagi. Setakat ka sini je lah. Malas nak jumpa kat luar. Tak bawa apa-apa manfaat lah.
tapi ni nak dekat-dekat tamat programlah lagi buat hal. Buat aku rasa nak mencarut kat depan muka kau. Tapi ak sabar lah, setakat aku buat muka tak puas hati je yang aku mampu. Aku rasa aku tulis ni pun dah macam kurang ajar, tapi suka fucking hati aku lah nak tulis kat sini. Kalau kau terasa, jangan baca sampai habis. OOps, dah habis dah.
No comments:
Post a Comment