Sepanjang hidup aku, aku tak pernah lari daripada menjadi seorang yang pessimistic, seorang yang self-centered. Kalau apa-apa berlaku, aku selalu over my head memikirkan bahawa sesuatu insiden itu berlaku sebab aku. Padahal bukan pasal aku pun benda itu berlaku, namun aku tetap akan berfikir aku adalah sebabnya.
Sama juga dalam bab persahabatan ini. Walaupun aku nampak macam seorang yang menjaga hati, yang menyayangi dan mengambil berat, aku percaya aku adalah sebaliknya. dalam erti kata lain, semua perasaan itu ditujukan kepada aku, bukan kepada orang di sekeliling aku.
Mengikut memori aku yang kadang-kadang blur, aku bukannya seorang yang pasif apabila bersama rakan-rakan terdekat. dan aku akan sering menarik perhatian semata-mata untuk menaikkan rasa rendah diri aku ini dan juga untuk buat aku rasa baik. Secara tak langsung, aku akan tarik spotlight itu daripada kawan yang memerlukannya, dan itu membawa kepada rakan-rakan aku rasa tidak baik.
Kini, aku pun rasa tidak baik, rasa kejap dan jahat kerana buat rakan-rakan aku rasa sebegitu.
baiklah. sampai situ je lah, dah hilang fokus nak sambung topik ni. Aku nak mintak maaf je lah kepada rakan-rakan aku yang aku buat mereka rasa kurang baik. I am driven by my impulses not by my rational thinking. Come to think of it, even my rational thinking is somewhat irrational. Go figure.
No comments:
Post a Comment