Ketika itu, pada waktu aku di dalam kamar bersendirian, aku lah bersama perwira-perwira gagah berani yang kulihat dan ku amati dari dalam kaca televisyen. Aku lah antara pendekar-pendekar yang berani memperjuangkan dan menjaga keselamatan manusia sejagat bersama teman-teman yang lain. Aku siap membina jalan cerita untuk diriku sendiri. Jalan cerita di mana twist dan plotnya yang tersendiri. Aku siap memperagakan cape dan bertopengkan kudrat.
Dari situ, minatku untuk membikin filem, atau untuk menerjemahkan plot-plot di dalam benakku kepada orang lain mula menumbuh. Aku bercita-cita untuk membikin satu cerita, satu sahaja. The ultimate story. Tapi masih belum mencapai cita-cita itu. Barangkali aku masih terlalu kritikal kepada diriku sendiri. Terlalu bersifat judgemental kepada karya-karya sendiri.
Aku ingat juga pada waktu aku di bangku sekolah menengah, aku mengalami fasa di mana aku mula mencipta lirik-lirik lagu ataupun lebih mudah untuk dikatakan, aku menggubah lirik-lirik prosa yang berbentuk rap berbahasa inggeris. Ya, aku juga pernah melalui ketika itu di manah hip hop merupakan salah satu pilihan gaya buat aku. Contrary to popular beliefs. Aku tidaklah berapa minat boybands, ketika itu. Maka, bermulalah aku menggubah-gubah lagu yang berbentuk sajak, puisi, asalkan perkataan kat hujung ayat rhymes dengan ayat sebelum atau selepasnya.
Aku kira, semua karya-karya aku waktu itu, are golden. Karya-karya yang bisa menandingi pemuisi, penyajak seperti A Samad Said. Betapa daif dan naif aku pada saat itu...
Namun, tidak salah bagi aku jikalau kita ini berjiwa seni. Sekiranya kita mempunyai bakat malah minat dalam seni, biarpun seni tulisan atau perkataan atau perbuatan, asalkan berseni, maka dialu-alukan untuk terus mencungkil dan mengasah skil-skil tersebut.
Malah mengikut kata-kata Muhammad Ahmad Ar-Rasyid, penulis buku Muntalaq (titik tolak), puisi itu adalah sesuatu yang diperlukan, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang.
Terdapat suatu ketika di mana Ibnu Taimiyyah, Syeikhul Islam pada zamannya, dilawan ataupun lebih mudah lagi bahasanya, dibangkang dengan ahli-ahli bid'ah. Pada ketika Ibnu Taimiyyah giat menyebarkan sunnah bermaterikan dengan hujjah-hujjah yang sangatlah rasional serta terbukti, namun usahanya ditandingi dan diseterui oleh ahli-ahli bid'ah yang juga giat menyebarkan ajaran mereka.
Usaha ahli bid'ah itu disambut dengan baik kerana apa?
Kerana mereka menyebarkannya melalui medium seni. Melalui puisi-puisi yang disolek dan dimolek dengan keindahan dan kecantikan sajak-sajak. Walaupun sesuatu yang batil, kata Muhammad Ahmad Ar-Rasyid, dapat ditutupi keburukannya dengan memakeup keburukan itu menggunakan puisi-puisi. Maka dengan itulah orang akan lebih tertarik dengan hujjah-hujjah bid'ah berbanding hujjah-hujjah sunnah. Disitulah manusia akan lebih gemar memilih batil daripada haq.
Kerana apa?
Kerana jiwa-jiwa lebih mudah tersentuh dengan seni. Lebih mudah tertarik dengan perkara-perkara yang cantik dan indah. Jikalau sebaliknya duginakan, dengannya puisi, al-haq itu lebih diperjelaskan lagi, lebih memaniskan lagi, lebih memikatkan lagi. Maka, untuk kita zaman sekarang. Perlulah kita pergunakan kehandalan dan keahlian dan juga kepakaran kita dalam bidang masing-masing terutama bidang seni ini supaya dapat menarik lebih ramai lagi hati-hati dan jiwa-jiwa yang kehausan dan yang dahagakan tarbiyyah dan kedekatan dengan Allah.
Secara fitrahnya, memang kita sukakan sesuatu yang cantik, dan menolak sesuatu yang jijik. Tak bukan?
Maka, percantikkanlah, indahkanlah cara-caramu. Pergunakanlah puisi, perkemaskanlah diri, rapikanlah saf, dan aturkanlah rencana dengan baik untuk memikat insan-insan supaya dapat mengikuti bersama-sama kita dalam barisan haq ini. Ayuh!!
Zaman satu bangsa yang hina
Akan ada ilmuan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana
Mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideologi
tetapi semuanya sependapat dengan satu target
Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut
dan mereka padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam
Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan
dipetik dari Sir Muhammad Iqbal, dalam Muntalaq, karya Muhammad Ahmad Ar-Rasyid.
No comments:
Post a Comment