Thursday, 28 April 2011

Generasi Y?

All i hear is bitchin and moaning. I don't see any DOing. Where is the DOing? All you do is complain, but who the hell do you think is going to make things better if not you yourself.

Sometimes, can you please just shut up.

Wednesday, 27 April 2011

Siapa nak teman?

Rasa macam nak cuba terapkan balik tabiat-tabiat aku sewaktu di Melaka dahulu.

  • Selalu bangun awal, dan bila bangun awal terus baca nota-nota sambil online
  • Malam tidur awal
  • Makan ikut selera bukan ikut poket (apa hengat kaya sangat)
  • Puasa sunat di pagi hari (walaupun kadang-kadang tengahari dah tergoda dengan makanan lazat)
  • Petang-petang bersenam, main bola tampar atau jogging
  • Sabtu atau ahad pagi jogging
  • Selalu dating dengan lecturer tanya soalan, walaupun tak ada soalan nak ditanya
  • Berjambu (okay ini gurau jewwwwwwww)
Mampukah aku cuba ulang semula zaman kegemilangan aku ini di sini? Belum cuba belum tahu. InsyaAllah.

Sebagai serba ringkas.

Video serba ringkas tapi padat tentang apa yang aku merapu sebelum ini.


Tuesday, 26 April 2011

Kasus aku hari ini.

Sudah menjadi satu running gag untuk aku dijadikan sebagai bahan lawak terutamanya bahan lawak tersebut adalah janggut aku. Aku tidak kisah sangat, memang aku suka berjenaka sini sana.

Jadi seperti biasa, tadi sewaktu ada praktikum di rumah sakit, tiba-tiba ada seorang ahli kelompok buka cerita pasal janggut aku. Dah panjang lah janggut aku, macam kambinglah, tak rata lah, macam-macam lah. Tiba-tiba tersentuh satu topik, dia tanya aku:

Kenapa kamu pelihara jenggot?

Saya mau ikut sunnah.

Bear in mind, insan yang tanya aku ini adalah beragama Kristian. Tapi aku terkejut juga seakan-akan dia tahu juga apa itu sunnah. Namun yang kelakar dan peliknya dan sedihnya, seorang lagi ahli kelompok aku, yang aku tahu memang beragama Islam, dia pula tanya aku:

Sunnah itu yang ikut malaikat ya?

Aku tersentap seketika, dalam hati aku tergelak dan juga sedar betapa perkara ini sudah menjadi perkara yang urgent. Maksud aku urgent di sini adalah, sedangkan dia ini Islam, namun banyak yang dia tidak tahu tentang agamanya sendiri. Banyak yang dia tidak ambil tahu tentang agama dia sendiri. Dia tidak tahu apa signifikasi dia beragama Islam. Aku tak boleh nak salahkan dia juga, mungkin cara dia dibesarkan atau sekeliling dia yang tidak memberangsangkan.

Makanya perkara ini sudah dikategorikan urgent dan sudah menjadi tanggungjawab aku untuk cuba berkongsi ilmu apa yang aku ada, walaupun tidak sempurna, dengan dia. Aku faham, perkara ini bukan senang, lebih-lebih lagi bagi aku ini yang masih baru, baru sedar. Namun, itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk aku tidak berdakwah langsung kepada dia, kepada saudara-saudara aku yang memang sudah dalam keadaan yang melarat. Takkan hanya kerana aku tidak berpengalaman, aku tidak perlu berdakwah kepada mereka. Sudah aku lupakah bahawa dakwah itu penting bukan buat mereka sahaja, malah buat aku juga.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 143:

Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu (umat islam) umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu. (2:143)

Menurut ayat ini, Allah telah menjadikan kita umat Islam sebagai umat pertengahan. Pertengahan di sini bermaksud kita menjadi umat perantara di antara Rasul dan manusia lain. Dalam erti kata lain, pada awal-awal wahyu diturunkan, Rasul mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikan wahyu itu kepada umatnya yakni kita semua. Dia sampaikan mesej itu kepada para Sahabat, dan para sahabat menyampaikan kepada tabiin-tabiin dan seterusnya lah. Kemudian, tanggungjawab itu terletak atas bahu kita pula untuk menyampaikan Islam itu kepada semua manusia.

Namun, terdapat perbezaan pada zaman Rasulullah dahulu dengan zaman kita sekarang. Kalau bicara tentang zaman Rasulullah dahulu di Mekah dan di Madinah, golongan yang wujud pada waktu itu hanyalah dua golongan iaitu golongan Muslim dan Non-muslim. Maka pada waktu itu, senang sahaja orang nak cam "yang itu Muslim". Sebabnya memang jelas pada waktu ini, muslim yang melaksanakan tanggungjawab mereka di khalayak ramai. Orang boleh nampak.

Muslim itu 1/5 manusia.

 Kalau bandingkan dengan zaman kita sekarang. Muslim dan Non-muslim itu ada. Bukannya tiada. Cuma dalam kelompok  Muslim itu sendir, terpecah lagi kepada beberapa golongan. Golongan tersebut adalah Muslim biasa iaitu muslim yang sebenarnya adalah Islam pada IC kad sahaja. Islam pada nama bukan pada perbuatan dan hati. Lebih up sedikit daripada muslim biasa adalah muslim comitted. Muslim ini dah ok, cuma bagi dia, ibadah dia hanyalah untuk diri dia sahaja. Islam itu hanya untuk dia sahaja. pergi solat di masjid, tetapi tidak mengajak orang lain. Beribadah sendirian sahaja. Atas daripada itu adalah Muslim Daie. Muslim Daie ini pula adalah muslim yang sambil beribadah, dia juga berdakwah kerana dia tahu dakwah itu penting dan dakwah merupakan sesuatu yang wajib. Kalau atas lagi daripada dia adalah Muslim Extreme. Extreme di sini tidaklah bermaksud Kamikaze, letupkan diri tidak semana-mena. Itu extreme, tapi entah betul entah tidak extreme ke arah benda lain kot. Kalau di sini yang dimaksudkan adalah lebih hebat lagi daripada Muslim Daie. Namun golongan muslim extreme pada zaman ini tidak mampu nak bertanding dengan golongan muslim pada waktu zaman Rasulullah dan Para Sahabat.

Di dalam kelompok muslim itu sendiri ada subsetnya.

 Kenapa aku cerita benda alah ni?

Tadi aku ada sebut, kita ini adalah umat pertengahan, iaitu umat di antara Rasulullah dengan manusia lain. Dalam erti kata lain, kita menyampaikan apa yang Rasulullah sampaikan kepada kita, kepada manusia lain. Benda ini mungkin lebih mudah pada waktu zaman Rasulullah kerana beza antara Muslim dengan Non-muslim itu jelas. Benteng antara Islam dan yang bukan Islam itu memang crystal clear. Maka fokus mereka untuk berdakwah adalah kepada yang non-muslim. Namun, kalau kita bandingkan dengan zaman kita sekarang, dalam kelompok muslim kita sendiri ada samar-samar dan kabur. Misalnya muslim biasa. Mereka itu Islam hanya pada nama. Jadi mereka tidak mengamalkan Islam secara menyeluruh dan juga secara jelas lagi. Jadi seperti tiada beza mereka dengan yang non-muslim.

Maka, kalau kita berdakwah kepada yang non-muslim, mereka akan seperti :

"eleh, asal aku nampak ada je muslim yang macam ni..."

"kau ajak aku, tapi aku tak nampak pun apa yang kau cakap tu pada orang muslim..."

...dan sebagainya. Jadi, mereka tidak akan senang dan serta-merta nampak Islam itu apa kerana sekarang ini masih lagi tidak jelas lagi apa itu Islam dan siapa yang mengamalkannya dengan jelas dan menyeluruh. Maka apa yang aku nak simpulkan di sini adalah, walaupun kita bertanggungjawab dalam menyampaikan risalah-risalah Islam, namun pada zaman kita sekarang, fokus kita waktu ini adalah untuk meruntuhkan benteng antara muslim extreme, muslim daie, muslim commited dan muslim biasa. Maksudnya di sini adalah, fokus dakwah kita adalah terhadap muslim commited dan muslim biasa, misalnya, supaya nanti, bila sudah disampaikan, maka nanti Islam itu boleh nampak dengan jelas oleh warga Non-Muslim seperti pada waktu zaman Rasulullah. Apabila sudah sampai titik itu, barulah kita boleh tukar fokus dakwah kita.

"ah kau, sendiri pun macam tu.. inikan pula nak tazkirah orang, boleh blaaa..."

Kalau itulah menjadi alasan untuk kita tidak berdakwah, kerana kita sendiri ini tidak sempurna lagi dari ibadah dan segala macam. Cuba fikir, bilakah kita akan menjadi sempurna? Bukankah kita yang selalu cakap, manusia itu tidak sempurna, selalu buat silap. Nobody is perfect. Maka, kalau begitu, sampai bila kita tak perlu berdakwah? Biar sahaja dunia ini dihumban ke Neraka?

Taukah anda nanti, pada waktu kita di dalam mahkamah terbesar, mereka boleh dakwa kita yang kita ini tidak menjalankan tugas kita. Islam ini untuk kita sahaja. Orang lain macam mana? Ingatkan dah terlepas dah daripada azab, tup tup ada yang dakwa kita tidak sampaikan risalah-risalah Islam kepada mereka. Memang u-turn lah kan. Apa salahnya sambil kita perbaiki diri sendiri, kita ajak orang lain perbaiki mereka.

Walaupun dalam ayat Al-Baqarah di atas yang mengatakan bahawa kita ini menjadi saksi kepada manusia tidak bermakna kita ini juga tidak akan didakwa di mahkamah nanti.

Natijahnya, untuk sesuaikan pembahasan aku dengan kasus aku pada awal entri: Kalau aku tidak cakap apa-apa, maka nanti ahli kelompok aku tadi sampai matilah ingatkan Sunnah itu adalah kita mengikut malaikat. Itupun, kalau ada orang lain yang bagitahu, kalau tak ada, macam mana?

Monday, 25 April 2011

Been there done that moment.

When i read or listen to people sharing their experiences and adventures, sometimes it gets redundant. You know, when they keep talking about the same things and you get tired of listening or reading about it. It's like they keep bitchin and moanin.

Some of their stories are new. but most of them are like been there done that moments. Moments where you've been through it and did everything there is to do about it.

It gets old when other people are just starting to enter those phases, that don't even have meaning at all, when we have already way too long passed it. But maybe perhaps, in order to get here, you have to go through there first. A rite of passage. Perhaps.

Perhaps not.

Tidak sihat.

Semalam sewaktu menemani dan menjaga sebentar seorang akhi di biliknya gara-gara demam panas yang teruk, teringat aku kepada Ibu.

Kemudian terfikir, sebenarnya mungkin bukan ubat yang menyembuhkan kita daripada sakit. Sudah tentulah Allah yang sembuhkan sakit-sakit kita. Tapi apa yang aku nak maksudkan disini, mungkin dikala waktu kita tidak sihat satu badan, siapa yang selalu jaga kita? Mak dan ayah.

Padahal, mereka tak lakukan apa-apa pun dari segi pengubatan dan sebagainya. Apa yang mereka lakukan, adalah curahkan kasih sayang yang tidak terkira jumlahnya ke atas kita. Namun kita tak boleh nampak kasih sayang itu.



Mungkin dia masak bubur, mungkin dia masak lauk kegemaran kita supaya kita selera nak makan, mungkin dia basahkan badan kita, mungkin dia pergi ke kedai beli panadol, mungkin dia selimutkan kita, mungkin dia kemaskan bilik kita gara-gara banyak habuk dan kuman yang boleh memburukkan lagi sakit kita. Banyak lagi yang mereka lakukan. Kita tak sedar. Kita ingat, ubatlah yang sembuhkan kita. Kita ingat, apa yang kita perlukan sebenarnya adalah ubat.

Mungkin ya.

Mungkin juga kita demam, sebab apa yang kita perlukan sebenarnya adalah perhatian, kasih sayang.

Tiba-tiba rasa rindu lah pulak kat ibu dan ayah.


Dalam Islam pun ada garis panduan dalam bab-bab hubungan antara anak dengan ibu bapa.

Contoh yang selalu dengar, Syurga di bawah tapak kaki Ibu. Selain itu, lagu yang kita selalu nyanyi tu, who next your mother itu, sebenarnya datang daripada Hadis Shahih.

Siapa kata Islam ini untuk kat masjid sahaja?

P/S: ucapan ini sungguh comel. Korang mampoo tak? 

Rumah terbakar.

Analoginya seperti ini.



Aku dengan kamu satu rumah. Kau bilik kau, aku bilik aku. Tapi hidup dibawah bumbung yang sama.

Satu malam, rumah terbakar. Aku suka tidur lambat, kau dah lama tidur. Aku perasan rumah tengah terbakar.

Adakah aku perlu kejutkan kau, atau aku keluar sahaja daripada rumah dan larikan diri untuk selamatkan nyawa aku sahaja? Sudah tentulah aku perlu kejutkan kau dari tidur kau dan bawa kau keluar dari rumah jauh daripada kena terbakar.

Inilah persamaannya. Aku haruslah mengingatkan kau, mengajak kau, di samping mengingatkan diri sendiri. Kerana kau masih lagi tidur dibuai mimpi yang memang syiok. Padahal di dunia realiti, rumah terbakar, api semakin marak, tetapi kau masih dibuai mimpi. Aku sudah lama tersedar daripada tidur. Maka, tanggungjawab ini atas bahu aku, bebannya keatas aku. Akulah harus mengejutkan kau daripada tidur kau.

Janganlah salahkan aku. Janganlah marah aku. RUMAH DAH TERBAKAR! Takkan aku nak biarkan kau terbakar. Sudah mestilah aku kena gerakkan kau, sudah mestilah aku kena kacau tidur kau yang enak itu. Kalau tidak nanti kau boleh dakwa aku, kau boleh dakwa aku di mahkamah paling besar nanti bahawa aku ini tidak menjalankan tugas aku untuk kejutkan kau daripada tidur kau.

Analogi rumah terbakar. Kau dengan aku satu rumah. Tapi kau bilik kau, aku bilik aku. Kau amalan kau, aku amalan aku. Kau kubur kau, aku kubur aku. Tapi kita bawah satu bumbung rumah yang sama. Bawah naungan Allah, dalam agama Islam yang sama. Satu ikatan persaudaraan yang sama.

Satu malam, rumah terbakar. Agama kita dikecam habis-habisan. Aku sahaja yang tersedar daripada tidur, aku sahaja yang sedar bahawa kita diserang oleh musuh-musuh Islam yang senyap-senyap serang kita dari segi fizikal mahupun mental. Tetapi kau masih di dalam bilik kau, masih lagi tidur dibuai mimpi yang syiok. Kau masih lagi digoda Dunia yang memang seperti satu taman permainan yang indah dan syiok.

Sebagai tanggungjawab, aku kenalah kejutkan kau daripada tidur kau.

Maafkan aku, kacau tidur kau. Tapi itu semua mimpi sahaja. Bangunlah wahai kawanku kepada realiti. Lihatlah apa yang terjadi sekarang. Rumah terbakar sekarang. Kita tahu siapa yang membakarnya. Adakah kita nak tidur lena dan biarkan sahaja ataupun kita nak bangkit dan lawan balik?!

Sunday, 24 April 2011

Sesuatu yang kelakar.

Manusia kalau diberi segunung emas, nak dua gunung. Manusia kalau diberi betis, nak paha. Manusia kalau diberi penampar, nak kena pedajai (tak adelah, ini rekaan semata-mata).

Nak tahu tak apa yang kelakar? Bagi aku kelakar lah. Sebab ironik, sebab nampak sangat kita ini, banyak nikmat Allah dah kasi, cuma kita tak betul-betul syukur.

Cakap sahaja syukur. Ucap alhamdulillah tu bukan main banyak kali. Tapi entah ye entah tidak, hati itu bersyukur ke tidak, entah ye entah tidak, dari segi perbuatan itu menujukkan apa bukan tahap kesyukuran kita. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Tazkirah kat orang lain ingatkan kepada diaorang betapa bertuahnya mereka, betapa patutnya kita bersyukur, diri sendiri ini, entah ya entah tidak bersyukur betul-betul atau hanyalah pada lidah sahaja.

Kalau betul-betul bersyukur, aku sepatutnya lebih bersemangat lagi. Lebih bersemangat dan lebih ikhlas dalam menyampaikan apa sahaja ilmu yang aku ada kerana kini keadaan sudah melarat, sudah menyebabkan tugas ini menjadi urgent. Siapa lagi kalau bukan diri sendiri yang akan melaksanakan tanggungjawab ini. Siapa lagi kalau bukan diri sendiri yang memerlukan tanggungjawab ini untuk diri sendiri juga. Siapa lagi yang akan tolong saudara-saudara se-islam kita untuk ingat, untuk mengetahui agama mereka sendiri. Betapa tinggi tuntutan keatas tugas ini. Betapa pentingnya.

Kalau betul-betul bersyukur, berat atau ringan, aku sepatutnya sudah berangkat. Sudah berangkat dan melakukan segalanya sehingga melebihi had. Tak kiralah tengah ada kerja lain ke, tengah ada tanggungjawab lain ke, tidakkah Allah itu prioriti utama kita. Sedangkan Allah telah meletakkan kita sebagai prioriti utama Dia, SIAPAKAH kita pula untuk meletakkan benda lain, perkara lain sebagai prioriti utama selain Allah.

Ingatlah wahai diri sendiri, adakah kau benar-benar bersyukur atau hanya bersyukur pada lidah sahaja. Walau kau ucap banyak mana pun Alhamdulillah tetapi pada perbuatan kau tidak menunjukkan bahawa kau bersyukur, adakah beza dengan kita cakap terima kasih kepada orang yang membantu kita tetapi tidak menunjukkan sifat terhutang budi kita kepada orang tersebut. Tiada bezanya.

Seperti yang aku nyatakan di atas. Manusia, terutama diri aku sendiri, kalau sudah diberi sesuatu, sudah pasti tidak cukup dan mahunya lagi dan lagi dan lagi seperti tiada henti.

Dan yang kelakarnya di sini, pada saat kamu cemburu pada aku di sini, sebenarnya kalian harus tahu bahawa betapa aku cemburu sangat-sangat kepada kalian di sana. Maka secara kesimpulan, kita tidak akan puas selagi kita tidak benar-benar tahu dan faham ertinya untuk bersyukur atas nikmat kita sehingga ia ditarik. Pada waktu itu, tidak lagi berguna kalau baru nak sedar betapa kita patutnya bersyukur atas apa yang ada sebelum ianya tiada.

Stress sampai buat aku rasa nak procrastinate.