Sudah menjadi kenyataan aku ini seorang yang suka bangun awal pagi dan buat kerja atau apa-apa sahaja pada waktu pagi ketika semua orang tengah tidur, ketika dunia dalam keadaan sleep mode, ketika waktunya seakan-akan aku seperti I Am Legend. Tanya lah kawan-kawan yang pernah jadi teman sebilik dengan aku.
Dulu kalau kat rumah, aku tidur di bilik, mak ayah aku tidur di ruang tamu. Sempoi je kan, walaupun ada je bilik tidur untuk mereka, tapi dah jadi keselesaan untuk tidur kat ruang tamu depan televisyen. Aku pula jenis yang suka privacy maka aku tidur dalam bilik kunci pintu. Bila aku bangun pagi-pagi tu pun, aku pergi bukak komputer kat ruang tamu main game atau online dulu sebelum buat apa-apa. Selalunya tak adalah bangun pagi awal sangat, sejak dua menjak aku hidup berdikari ini aku mula semai tabiat bangun awal. Kalau aku bangun pagi akibat mimpi ngeri atau mengigau, selalunya aku cepat-cepat bangun dan cepat-cepat pergi ruang tamu sebab aku tahu mak ayah aku ada kat ruang tamu tengah tidur. Walaupun aku tak kejutkan mereka, just knowing that they are there, rasa takut aku itu cepat pudar. Setiap kali perkara macam tu terjadi, benda yang sama akan aku ulang.
Namun, pagi tadi aku terjaga pada pukul 12 pagi/malam/tengah malam, keadaan gelap gelita. Dah lah semalam tu malam jumaat kan, aku pun baru je perasan. Aku mimpi ngeri, paling ngeri aku pernah mimpi setakat ini. Aku tak reti nak ceritakan mimpi aku tu tapi aku terjaga daripada tidur sampai rasa takut dan rasa lain macam je. Tiba-tiba terasa nak pergi ruang tamu jumpa mak ayah, tapi aku baru sedar aku kat mana sebenarnya. Tergerak hati aku nak kejutkan kawan minta teman, tapi aku rasa tak payah lah. Leceh je. Jadi, aku baca ayat kursi lepas tu cuba tidur balik. Alhamdulillah aku dapat tidur balik dengan senang sekali.
Hanya nak share satu ayat Al-Quran aku terbaca kat surau semalam. Maksudnya:
"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat padamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan jangalah kamu ingkar kepada-Ku. Wahai orang-orang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang yang sabar." (2:152-3)
aku suka weh. sangat nostalgic. dan kita tahu bila kita dalam kesusahan jika memang betul2 berseorangan. kita tahu ada DIA untuk kita.. Maha Suci Allah
ReplyDelete