Saturday 17 November 2012

Siapa sahaja yang tahu?

Otang takkan tahu semua yang berlaku dalam hidup kita. Sebabnya mereka tidak sentiasa bersama kita, pada setiap waktu, setiap tempat, setiap acara. Mereka takkan tahu apa kita sudah bangun pagi dan subuh, atau tidak melainkan kita beritahu kepada mereka.

Malah mereka takkan tahu apakah kita pakai seluar dalam apapun, atau kita buat apa sahaja dalam bilik kita, ataupun apa orang lain dah buat kat kita. Semua itu melainkan kita sudah beritahukan, ceritakan, curhatkan kepada mereka.

Walaupun kita ini bestfriends ke, kembar tak sama keluarga ke, tetap mereka takkan tahu apa yang terjadi pada dan sekeliling kita pada setiap masa.

Maka apa yang mereka punya, hanyalah andaian. Apa yang mereka akan fikirkan hanyalah prasangka. Siapa mereka mahu menghakimi kita? Siapa mereka?

Namun, aku tahu benar siapa sahaja yang selalu bersama kita, walaupun kita berseorangan. Allah. KERANA Allah selalu bersama kita, Allah Maha Mengetahui. Hatta sekalipun sehelai daun yang gugur dari satu pokok di dalam hutan Amazon di mana tiada manusia, Allah tahu apa yang terjadi. Apatah lagi apa yang terjadi kepada kita, manusia, makhluk yang mendapat derajat yang lebih mulia dari makhluk-makhluk yang lain.

Mereka tidak tahu bahawa semalam itu, aku mendapat berita yang buruk yang buatkan aku tidak tenang yang buatkan aku rasa takut sangat, rasa seolah-olah hidup ini takkan bermakna kalau benar fikiran-fikiran melayang aku menjadi nyata dari berita buruk itu. Namun Allah sahaja yang tahu, Allah sahaja yang aku minta pertolongan dan bantuan.

Terkadang mereka tak perlu tahu. Terkadang tak perlu nak cerita. Terkadang ataupun lebih baik selalu, kita sandarkan harapan dan doa kita kepada Allah sahaja. Kita berhajat pada Allah, Allah tentukan beri respon yang sesuai dengan kehendakNya. Dia lebih mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk.

La yukalifullahu nafsan illa wus a'ha.

Allah takkan memberatkan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Allah dah beri kita statement Dia, bahawa Dia lebih tahu kita boleh atau kita tidak boleh. Apabila kita diberi ujian baikpun musibah ataupun nikmat, kita haruslah ingat, apa yang Allah beri itu, itulah dia untuk kita dan sesuai dengan kemampuan kita. Selagi kita tak cuba, maka aku rasa kita dah gagal dah. Bukankah begitu?

Allah melihat pada usaha.

Sudah tentu Allah akan membalas kebaikan dengan kebaikan yang berlipatganda dan keburukan dengan seksaan. Namun apa yang kita usahakan, Allah akan beri balasanNya. Walaupun hasil usaha kita tidak membuah.

Misalnya kita sudah sampaikan berita baik buat orang-orang beriman dan berita yang menakutkan dan menggerunkan buat orang-orang yang berpaling dan menentang kepada risalah yang dibawa sejak zaman Rasulullah ini. Terserah orang itu untuk menerima atau untuk menolak. Bukan salah kita dia menolak dengan sungguh-sungguh. Allah takkan membalas kita dengan neraka kalau orang yang sudah kita cuba untuk membawa kepadaNya, menolak malah melawan kita dengan sekeras-kerasnya. Namun sebaliknya, Allah tetap akan memberi balasan baik, pahala, ganjaran tidak terkira, walaupun usaha kita gagal.

Tidakkah sudah lenient dan caringa dan generous Rab kita? Allah akan beri pahala dan ganjaran pada perkara kecil sehinggalah kepada perkara besar. Allah aka nberi balasan walaupun kita tak berjaya, apatah lagi kalau kita berjaya. Sedangkan hasil semua itu, Allah yang tentukan. Allah yang berhak memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki.

Tidak takutkah kita jikalau satu waktu, ataupun sekarang ini, Allah tidak kehendaki kita mendapat HidayahNYA?

Tuesday 6 November 2012

Tajarrud.

Sejak awal-awal lagi aku dapat sentuhan ini, aku sudah dapat lihat rencana jangka masa panjangnya. Aku dapat lihat apa yang boleh terjadi perubahan yang boleh dibawa, reformasi yang ingin dilakukan dengan bermula dengan sekecil-kecil amal.

Aku dapat lihat ke mana tujuannya, secara praktis. Aku dapat lihat realiti yang hendak digapai dari cita-cita yang sebesar-besar ini. Walaupun orang pandang remeh pada apa yang kita lakukan, walaupun orang tengok seolah-olah kita bukannya buat apa-apa, walaupun orang tengok macam benda ini bukannya mengikut Sunnah!

Aku yakin benda inilah yang boleh membawa kepada islah. Kepada taghyir diri, keluarga dan masyarakat sekaligus akan dapat mengubah satu negara. Dan bila negara-negara ini semuanya bersatu, maka satu dunia akan berada di bawah naungan yang Satu.

Bukankah sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit?

Bukankah melentur buluh biarlah dari rebungnya?

Bukankah dari satu gelombang kecil akan membesar membentuk tsunami?

Maka, jangan engkau perkecilkan usaha orang lain meskipun seolah-olah ia nampak tidak berguna atau tidak ada apa-apa efek pada dunia yang seakan-akan besar untuk kau ini.

Sungguh, Frodo Baggins yang sekecil-kecil Hobbit yang menyelamatkan dunia Middle-Earth dari serangan Sauron. Tetapi ini hanyalah fiksyen.

Kalau nak lihat realiti yang memang sudah berlaku. Bukan rekacipta...

Sungguh, Rasulullah juga, yang tidak tahu membaca, anak yatim piatu, tiada punya apa-apa harta, yang mendidik sahabat-sahabat sehingga baginda wafat. Setelah baginda tiada, islam itu berkembang dengan lebih pesat sehinggakan Islam itu pernah memerintah 2/3 dunia ini. Namun Rasulullah tak sempat nak lihat semua kejayaan dan hasil limpahan berkat dan kurnia Allah itu sewaktu hidupnya. Tetapi itu juga adalah atas usaha baginda, hasil itu tercapai. Atas usaha sahabat-sahabt lain, tabiin, tabie tabii'n, dan mereka yang mengikuti jejak dan langkah Rasul, kerana merekalah kita punya islam dan iman kini.

Semoga mereka dirahmati Allah.

Kini, kita yang mewarisi perjuangan itu. Siapa lagi kalau bukan kita. Baton yang dibawa mereka sudah dipasskan kepada kita. Panji-panji yang dikibarkan dengan penuh megah dan izzah dan berani sudah diberikan kepada kita. Adakah kita sudah mengibarkan panji-panji itu?

Adakah kita sudah menggunakan segala kelebihan, kebaikan, keunikan yang kita miliki untuk membantu dalam menegakkan dan mengembalikan kegemilangan islam sewaktu zaman kegemilangan kerajaan islam sebelum ini?


Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari busur
Tuju sasaran, siapapun pemanahnya

Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya

Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap di lontarkan dan menghujam
Menembus dada, lantakkan keangkuhan

Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Dan mengoyak, menumbang kezhaliman

Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan

Kami pisau belati yang slalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah padam
Tuk arungi da'wah ini jalan panjang

dipetik dari Tekad oleh Izzatul Islam.

Monday 5 November 2012

Silence.

Dikatakan bahawa seorang lelaki ada kuota patah perkataan yang boleh dia tuturkan dalam satu hari. Maksudnya di sini ada had dalam berapa patah perkataan untuk seorang lelaki perkatakan dalam satu hari. Seperti ada had untuk mengeluarkan duit dari mesin atm dalam satu hari, dan juga seperti ada had untuk simpan bahan-bahan bacaan/ movies/ lagu dalam satu harddrive, maka juga diertikan disini bahawa ada batas untuk perkataan yang boleh/mahu dikatakan oleh seorang lelaki.

Ini merupakan satu kajian ilmiah, katanya. Fakta.

Kadang-kadang itu, benar juga aku rasa perkara ini. Seringkali aku bertemu satu waktu dimana aku lebih rela senyap dan malas nak keluarkan apa-apa pernyataan dari mulut aku sendiri. Malas.

Dan juga, kadang-kadang itu, ada baiknya kita senyapkan diri kita. Bisu kan suara kita. Dapat dikurangkan dosa mulut yang selalu kita tidak ambil endah. Kita tak perasan berapa banyak dosa mulut yang kita dah lakukan.

Kita tak tahu siapa yang terguris hati dengan apa yang telah kita nyatakan. Kita tak tahu berapa banyak yang berasa hiba dan hina atas apa yang kita ucapkan. Kita tak tahu berapa banyak salah bicara, fakta palsu, buah fikiran yang tidak bermanfaat yang telah kita kongsikan dengan orang lain yang tidak mendatangkan apa-apa faedah whatsoever.

Maka, lebih baik berkata benar atau diam. Fal yakul khairan auliyosmut. Diriwayatkan Bukhari dan Muslim.

Sunday 4 November 2012

Jangan nok memilih sangat.

Kadang-kadang itu aku dilanda penat sangat sehinggakan membuatkan aku rasa nak ambil cuti sahaja dan berehat buat seketika waktu.

Seakan-akan orang ambil cuti dari kerja, cuti bersalin, cuti dari sekolah. Seperti time-out dalam satu perlawanan acara sukan, itu yang aku mahukan, dan seolah-olah itu yang aku perlukan. Untuk merehatkan tubuh badan yang sangat rasa lelah dan penat, minda yang rasa penuh dengan fikiran-fikiran yang seringkali mendatangkan pening kepala, dan untuk menenangkan jiwa dan hati yang selalu diisi dengan perasaan resah, kelam kabut, kucar kacir, hura-hara, seperti tiada wujudnya aman dan damai.

Kini aku mengerti benar apa itu penat dan lelah dalam melakukan tugas dan juga aku mengerti benar apa nilainya, betapa tinggi harganya waktu yang sudah diberikan kepata kita. 24 jam, seolah-olah waktu itu masih tidak lagi cukup untuk kita gunakan untuk melaksanakan amanah-amanah yang kita pikul. Namun, seringkali timbul dalam benak bahawa, waktu 24 jam itu jugalah yang membuatkan aku rasa bosan, rasa tidak senang duduk setempat, seakan-akan, 24 jam itu terlalu lama sehinggakan tak tahu apa yang ingin dilakukan dengan sisa-sisa masa yang ada.

Itulah dilemma orang menganggur, orang yang dibuai angan-angan bahawa hidup ini masih lagi panjang, dunia ini adalah abadi. Tetapi di situlah bahayanya, dan kita harus waspada dan menjaga diri kita.

"Indahnya
Jika kita dapat bersama
Hidup selalu gembira
Di dunia ini?.

Lagi indahnya
Jika kita dapat bersama
Hidup di dalam gembira
Di akhirat sana?"

Dipetik dari lagu Jalinan oleh nasyid UNIC.

Barangkali yang membuatkan aku istiqomah, adalah kerana memikirkan bahana yang mendatang kalau aku melepaskan tanggungjawab ini. Dosa yang aku dapat kerana tidak melakukan amalan ini. Murka yang akan diberi kepada aku yang enggan memikul amanah yang mulia ini.

Barangkali juga yang membuatkan aku tetap pada kerja ini adalah kerana aku teringatkan pada ganjaran yang akan dikurniakan kepada aku jikalau aku melaksanan tugas ini dengan penuh usaha dan ikhlas. Syurga yang begitu dahsyat indahnya, tetapi begitu mahal harganya.

Yang penting, apa yang aku boleh ambil sebagai ibrah ialah, aku harus dan mesti untuk don't take things for granted. Apa yang sudah dikurniakan kepada aku, sudah dilimpahkan kepada aku, sudah diberikan kepada aku, perlu aku syukuri, perlu aku hargai, perlu aku sentiasa ingatkan diri aku bahawa inilah dia, inilah dia kemanisan yang Allah berikan kepada aku.

Sebab itu, aku masih tetap di jalan ini.

Sebab Allah, masih memilih aku.

Alhamdulillah.