Monday 31 January 2011

Selalu aku fikir macam ini.

http://ariffshah.com/khas-kepada-semua-yang-bergelar-pelajar/

Adakah ini benar-benar ujian?

Ya Allah tolonglah beri aku kekuatan dan kesabaran untuk menempuhi ujian ini sekirnya benar.

Aku dah naik muak dah dengan perkara ini. Aku rasa nak tengking, aku rasa nak jerit, aku rasa nak mengamuk, aku rasa nak palau, aku rasa nak pindah, aku rasa nak menyerah kalah. Tadi pun aku dah menyerah kalah dah tadi, aku dah mencarut dah dalam hati, dan di dalam senyap-senyap. Daripada istighfar, aku mencarut. memang tahniah kepada diri sendiri kerana sangat prihatin dan bersikap penyantun.

Daripada aku fikir pasal kebajikan saudara-saudara aku di Gaza dan di Mesir, aku tak habis-habis fikir kenapalah macam ini? Kenapalah benda macam ini seringkali terjadi, dan bukannya aku tak ambil pengajaran dari insiden lepas, cuma, i let myself be this way, let people do these things to me. Aku yang memang kasi orang lampu hijau untuk buat macam ini. Memang salah aku sebenarnya kan. Tahniahlah lagi sekali, daripada aku fikir dan doa untuk saudara-saudara aku, terus tak khusyuk ibadah aku sebab fikir sakit hati.

Memang macam...

Sunday 30 January 2011

Allahualam.

Allah knows best.

Dulu, kalau kau tanya aku lagu apa aku dengar selalu, antara jawapan aku yang tak mungkin masuk akal adalah lagu-lagu nasyid. Namun, sekarang, i find myself looking for nasyeed songs to cure my heart, to alleviate my spirit and to increase my love for Allah and Rasulullah. Aku tak sangka sekarang aku macam ini.

Memang dulu cikgu cakap, kita takkan tahu kita akan ke mana. Belajar kat sini, tapi last-last kerja benda lain. Allah knows best.

And this is a good thing. I am grateful for this. Alhamdulillah.

Tengah sakit hati sangat ni.

Entah kenapa dia perangai macam tak sepatutnya kepada aku sedangkan aku tak buat apa-apa pun hari ini. Hari ini aku langsung tak ada tegur dia sangat, aku duduk dalam bilik aku sahaja. Tapi tiba-tiba buat muka tak puas hati, tegur buat tak tahu, memang macam...

YA Allah tolonglah Ya Allah.





Jaga pertahanan, jaga ukhuwah.


Ah, to hell with all those standards cooked up by non-us. We create our standards. Why do we have to follow theirs. Who are them to say that a friend is someone who won't call your parents Mr. or Mrs. but mom and dad. I admit that those are some pretty good ways to indicate how close you are, but those are their ways, not ours. Don't believe it that we are close because we can share comfortable silence together. Those are just lies. Being together, we have to exchange ideas to gain new knowledge or remember old ones. Not share silence And if we have run out of other topics to discuss, the first and foremost topics we should remember about is Allah. No need for uncomfortable and comfortable silence. No need for Best Friends Forever.Rasulullah S.A.W. pun tak macam tu ok. Dia dengan sahabat-sahabat dia semua pentingkan Allah dahulu. There are other examples, but you get the gist. Don't follow other people's perspectives, make your own. Don't just follow it because it is suitable and easy and fun and cool. 

Walaupun dalam satu persahabatan itu banyak kali sakit hati ke apa. Persetankan semua itu. Jangan fikir sangat. Kalau kau dah sayang, kau takkan fikir pasal benda-benda kecil. Kalau kau dah sayang, kau tak payah marah dia sebab benda kecil, melainkan benda itu memang berlawanan dengan agama, maka kau memang bertanggungjawab untuk menegur. Apa-apa yang lain daripada itu, yang baik atau tidak baik, kau terus terang. Aku faham terus terang itu susah, memang susah. Kalau tak ada skil nak terus terang, kau senyap, sabar, doa. Simple as that. 

Apa kau dapat? Simple je. Kau nak syurga atau neraka? Kau nak sabar atau nak marah dan melenting? Diam diri atau caci maki dalam hati? Daripada kau fikir pasal apa salah orang itu buat, baik kau fikir bahawa satu hari ini ada tak kau ingat kepada Allah? Tuhan kau? Pencipta kau? Sudahkah kau lupa siapa kau sebenarnya?

Usrah Online.

Macam best. Siapa nak buat? Jom.

Friday 28 January 2011

Long distance.

Maybe it's because i am maintaining a long distance relationship with family and friends that makes me feel down most of the time. A relationship where i am speaking to them but don't see them, a relationship where i am talking to them with words typed on cellphones and keyboards without even using my voice, a relationship where all i need is the soul and the heart to connect to each other. Perhaps it is. When another senses degenerates, the other are heightened to pick up the slack.

Allah has made it so. For example is the brain. When one part of the brain malfunctions due to stroke, seizures or anything, other parts of the brain take it's place and functions in its stead. They take the extra load, the extra work and they really are able to do it. It is proven that when you cut off one hemisphere of the brain, the other hemisphere are able to gain new function by just experiencing it. More or less so. It's called brain plasticity if i'm not mistaken.

Memory Lane


Thus when we are far away from our family and friends and are not able to see them in person, the senses that lose their functions are sight, hearing and perhaps touch. Instead, the senses that heightens are memory, imagination, and probably love.

Just a way of me saying that i miss talking and seeing my family and friends in person. I am getting sick and annoyed with having to contact them via webcam, social network sites and telephone. It is really frustrating at times.

I should find solace in something else.

But somehow i am missing my Studio Ghibli collection. Everytime i hear one of their songs, i get nostalgic, especially one of the soundtracks from I can hear the ocean/ Ocean Waves/ Umi ga ki koeru






New tricks.

Susah nak ubah tabiat lama. Memang susah. Tapi lagi susah bila dah tinggalkan tabiat lama itu, dan terbuat tabiat baru yang lagi teruk dan lagi syok kalau dilakukan. Misalnya, tidur dan bangun lambat.

Alangkah aku rindu tidur awal dan bangun awal.

Kenapa aku rasa macam sekarang, asyik tak cukup masa sahaja? Macam sekejap sahaja masa yang diberikan untuk aku pergunakan sepuasnya dan semanfaatnya. Ke salah aku sendiri yang aku membazir waktu diberikan untuk buat benda-benda tak berfaedah. Itulah aku, selalu tak bersyukur apa yang Allah dah beri. Sihat, deria yang sempurna, mak ayah, tempat tinggal, akal fikiran. Banyak lagi, tapi nanti lagi buat aku rasa bersalah.

Ya Allah ampunkan dosa hambamu ini.

Promises.

It is so tiring when you keep breaking promises you make with yourself. Very psychologically incapacitating and retarding. If those are even real words.

Thursday 27 January 2011

For the loved ones.

Before anything happens, i would like to ask sincerely of all of you, please forgive me and all my wrongdoings. Please forgive me for all the things that i may have done purposely or otherwise that might have made you feel the least bit poorly. Even for the little things, please forgive me.

Aku minta maaf sangat-sangat. Tolonglah maafkan aku atas kesalahan aku yang banyak aku telah buat kepada anda semua. Tolonglah maafkan aku atas dosa-dosa yang anda semua tahu aku buat pada anda dan juga dosa-dosa yang anda tak tahu apa aku buat di belakang anda. Tolonglah maafkan aku.  Tolonglah maafkan aku.

I don't want to sound so morbid, but that's the truth. Life can be so morbid with the mortal lives we possess which isn't really ours to begin with. It can be taken away from us in an instant without hesitation. We can sit still and just wait for it to happen or we can just collect as many Pahala's we can for the trip we will journey on in the hereafter. For the supply, the stockpiles, the extra cash, the treasure, the currency in the hereafter.

You can be very rich in this life, but will you be rich in the next life that expands to eternity. Just thinking about it makes me shiver and look away.

I'm tired of writing enthusiastically only to see it end up in the drafts.

Wednesday 26 January 2011

Fikrah.

Banyak aku boleh cerita dan nak cerita. Tetapi memandangkan apa aku nak cakap boleh menyinggung perasaan beberapa pihak, aku menahan diri untuk bercerita. Bukan pendapat aku sahaja pendapat yang betul. Orang lain berhak ada pendapat dan percaya pada pendirian mereka.

People are entitled to their convictions. Tiada paksaan.

Tuesday 25 January 2011

Sejuk hati.

Senang je rasa hati ini bila dapat jumpa kawan-kawan dari jauh. Walaupun tadi agak kekok dan tak banyak cakap, tetapi dalam hati, sebenarnya gembira. Alhamdulillah dapat dipertemukan sekali lagi. InsyaAllah dapat dipertemukan lagi pada masa akan datang.

Sunday 23 January 2011

Ghuraba.


Curious.

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu katakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. -As-saff (61:2-3)

Kadang-kadang aku hairan. Kata-katanya lebih hebat daripada perbuatannya. Dalam erti kata lain, perbuatannya tidak mencerminkan kata-katanya. Apa kes? Walaupun aku ini tak petah berkata-kata di khalayak ramai kerana kekurangan aku sendiri, aku kagum yang dia memang hebat dalam menyampaikan pseanan. Dia mempunyai kelebihan dari situ.

Namun kadang-kadang kata-katanya memang menusuk kalbu aku sehinggakan aku terasa sangat-sangat dan sampai aku rasa nak lawan balik menggunakan cara iaitu menunjukkan segala kekurangan dia. Alhamdulillah aku tak terbeli dengan fikiran syaitan itu.

Walaupun kadang-kadang kata-katanya berbunyi sindir, tetapi aku rasa itu bukan niatnya, aku nak percaya yang itu bukan niatnya. Itu hal lain. Tetapi dalam kata-katanya, apa yang dicakapkannya itu seakan-akan aku bersalah. Aku malas nak keluarkan hujah-hujah aku di sini untuk pertahankan diri aku. Aku tak nak kata yang aku ini lagi hebat atau aku ada sebab kenapa aku kurang pada satu aspek. Aku cuma nak kata, sebab aku tak hebatlah, sebab itu kau mungkin menyalahkan aku. Minta maaf.

Pemikiran yang salah.

Sepatutnya aku tak boleh ada rasa sedikit puas pun dalam apa yang aku kerjakan. Aku patut rasa macam ada sahaja yang tak cukup, ada sahaja yang aku perlu tambah untuk menutupi kekurangan itu. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Aku rasa macam aku dah cukup bagus, aku rasa macam dah sempurna sahaja amalan aku. Di situlah kesalahan aku.

Aku kena ingat, apa aku buat ini kena berdasarkan niat. Memang benar ke niat aku, dalam setiap amalan aku buat itu, betul ke niatnya iaitu Fisabilillah iaitu jihad kerana Allah. Dalam hadith 40 pun dah jelas sangat dalam hadith pertama:


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
 Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi

Di sini dah boleh nampak, kalaulah aku betul-betul niat buat apa jenis ibadah pun, hanya kerana Allah semata-mata, maka balasannya, aku dapat Allah. Maksudnya aku dapat pahala, aku dapat habuan syurga. Tetapi kalau aku buat kerana perempuan ke, kerana nak nampak baik atau soleh ke dan sebagainya, maka itu sahaja yang aku dapat. Aku dapat benda semua itu kat dunia sahaja. Aku dapat prestij kena panggil anak soleh, aku dapat kat dunia sahaja.

Kan lebih baik aku nampak mulia pada sisi Allah daripada sisi orang lain. Tak ke lagi best kan.

Jadi, aku pun tak boleh lah nak terburu-buru dan cepat rasa puas dengan amalan aku. Aku tak adalah hebat sangat. Tapi aku kena cuba jadi hebat. Perkara wajib pun kena sempurnakan sesempurnyanya, sambil itu, perkara sunat pun kena buat banyak-banyak dan istiqamah, bukan main ikut mood sahaja.

Aku kena ingat, walaupun aku ini asyik ikut mood sahaja, tetapi dalam ibadah kerana Allah, mana boleh ikut mood. Apa aku ingat Allah tu ikut mood nak layan aku? Tak. Allah sentiasa akan tolong aku, jika aku meminta kepadaNya. Maka, aku ini kenalah ingat selalu.

Aku faham.

Semua orang ada hal masing-masing. Semua orang ada hidup masing-masing. Maka setiap orang perlu jaga diri sendiri dahulu sebelum dia nak jaga orang lain. Jangan sampai kerana orang lain, diri sendiri tak terjaga.

Dan aku tak salahkan sesiapa, terutama orang yang aku nak cakap ini. Aku faham situasi dia. Banyak yang perlu dia kerjakan, bukan kena layan aku seorang sahaja setiap masa.

Walaupun ada murabbi yang selalu jenguk kita dan laksanakan usrah untuk kita dengan masanya yang begitu sibuk, aku patut bersyukur. Dia dah luangkan masa yang teramat baik untuk aku ini, dan untuk aku tambah ilmu aku. Aku kena faham, kadang-kadang itu dia tak boleh nak puaskan semua kehendak aku. Maksudnya aku kena pandai berdikari cari ilmu. Aku pun, kenalah inisiatif sendiri cari ilmu yang aku nak itu. Takkanlah semua aku nak bergantung pada dia kan. Aku dah jadi mahasiswa dah sekarang, dah besar panjang, tak boleh dah nak kena suap lagi. Aku kena suap sendiri sepatutnya.

 Dia bukannya kena jaga usrah aku sahaja, dia pun ada usrah dia, dia pun ada kerja-kerja dia, ada ibadah dia. Aku kena lah faham situasi dia. Kadang-kadang itu dia tak dapat nak berikan kasih sayang yang aku perlukan, tunjuk ajar yang aku dahagakan. Maka aku kena cari tempat lain. Tak bermaksud aku kena cari murabbi lain, cuma aku kena sabar lah. Dan pandai-pandai guna akal aku untuk cari jalan penyelesaian.

Nak kata aku dahagakan ilmu itu, memang aku nak belajar sangat-sangat. Memang ternyata aku ini daif tapi sebab itulah aku nak tahu. Tapi mungkin ada hikmahnya kita buat seminggu dua minggu sekali. Kita belajar sedikit, kita amalkan. Kemudian belajar lagi, kita tambah sahaja amalan itu dalam amalan seharian. Apa aku ingat aku ini hebat sangat nak belajar semua lepas tu terus boleh aplikasikan. Aku tak adalah sehebat itu pun. Dan ada hikmahnya kita berjumpa dalam tempoh masa tertentu. Kalau setiap hari jumpa, mungkin lebih cenderung rasa cepat bosan. Kalau tak selalu jumpa, dan tak selalu berusrah, perasaan masa usrah itu macam, "Wow, dah lah susah nak jumpa, tapi inilah masanya aku dapat peluang untuk belajar betul-betul, aku kenalah perah habis-habis". Bak kata orang putih, You always leave them wanting for more.

Natijahnya. Bersabarlah. InsyaAllah semuanya ada jalan penyelesaian dan aku kena faham dan bersabar. Ini salah satu daripada ujian.
Dan kami pasti akan uji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar kepada orang-orang yang sabar. Al-baqarah ayat 155 (2:155).

Friday 14 January 2011

Note to self.

When in doubt, when the rage that has been sleeping inside you has been awaken, when you think that you are going to explode and when you feel like saying things you know you will regret later,

say to yourself,

La taghdab, La taghdab, La taghdab.

Thursday 13 January 2011

Apabila ditimpa musibah.

Dapat tahu dua orang kawan ditimpa musibah secara first hand. Lantas rasa kesian kepada mereka. Aku nak mereka tahu, kalau mereka memerlukan pertolongan, aku sanggup tolong. Dari segi apa-apa pun.

Semalam aku cuba tanya dan ingin ambil tahu, tetapi direject. Tak apa. Aku mungkin tak tahu apa yang kau lalui, dan aku tak faham perasaan kau sekarang. Maka aku akan bagi kau ruang dan masa untuk stress out, feel the emotions, apa-apa sahajalah.

Aku cuma nak kau tahu, jangan sampai kau push everyone away who wants to help you in any way they can. Jangan sampai begitulah. Kalau tidak, macam mana kau nak bangkit semula setelah jatuh tersungkur, kan. Semua orang perlukan pertolongan, lebih-lebih lagi dari Allah. Sahabat-sahabat yang dekat dengan kau ini sanggup bantu. Aku sanggup hulurkan bantuan. Aku tak nak kau fikir kau keseorangan, semua tak ambil kisah pada kau. Bukan begitu. Kita orang ambil kisah, cuma apabila kita orang ambil kisah, kau menolak. Jadi macam mana begitu?

Aku bukan nak marah ke apa, lebih-lebih lagi sekarang kau tengah tak stabil dari segi emosi dan segala macam. Jadi, kalau perlukan bantuan emosi ke, apa-apa sahajalah, jangan malu nak mintak bantuan.

Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "Inna lillahi wa inna illaihi raji un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali). - (2:156)

Tuesday 11 January 2011

Simposium Palestin.

Baru-baru ini aku amat bertuah sangat dapat kesempatan untuk mengikut Simposium Internasional berkenaan dengan Palestin. Ada lah beberapa input yang aku dapat daripada pertemuan ini.

Apa yang diinginkan bangsa Palestin.

1. Bidang politik
Mereka memerlukan sokongan dan dukungan politik daripada negara-negara Islam yang lain. Mungkin topik ini saya tidak ada kepakaran untuk menjelaskan dengan lebih lanjut.

2. Bidang pendidikan
Terdapat banyak mahasiswa-mahasiswa Palestin yang belajar di univerisit-universiti di seluruh dunia. Mengikut apa yang dikatakan oleh tetamu yang dijemput untuk berikan penjelasan, setakat ini mahasiswa tersebut semuanya dibiayai sendiri. Maka apa yang diinginkan adalah biasiswa yang boleh membantu mereka dalam meneruskan dan melanjutkan pelajaran mereka di universiti.

Tahukah anda, peratus buta huruf di Palestin serendah 1 peratus sahaja. Walaupun terdapat konflik dan peperangan, namun, peratus buta huruf itu sungguh rendah, berbanding dengan negara-negara lain. Tambahan lagi, banyak mahasiswa mereka yang pandai-pandai dan sekarang in pursuit in the field of medicine.

Maka, kenapa tidak kita belajar bersungguh-sungguh bukan sahaja untuk negara kita, tetapi untuk saudara-saudara kita yang memerlukan bantuan kita. Kalau tidak boleh menghulurkan bantuan dari segi wang atau kebendaan, namun, dari segi ilmu, iaitu ilmu yang kita perolehi, dapat membantu sedikit sebanyak saudara-saudara kita yang sedang mempertahankan dan mati syahid.

3. Berikan sokongan.
Apa yang dikatakan oleh tetamu yang dijemput adalah kita harus memberikan sokongan mungkin dari segi demonstrasi dan tunjuk perasaan. Sedikit sebanyak aktiviti ini memberi mereka semangat, memberi tahu kepada mereka bahawa kita menokong mereka dan kita juga berpihak kepada mereka walaupun tidak dapat untuk menghulurkan bantuan yang sepenuhnya.

4. Informasi dan media.
Medan kita mungkin adalah medan informasi dan media. Itu medan yang mungkin kita dapat membantu mereka. Kita yang sudah celik informasi dan teknologi, haruslah dapat membantu mereka dengan memberi informasi tentang apa yang terjadi pada Palestin ke seluruh dunia agar dapat membuka mata mereka. Apa yang sedang dilakukan zionis isreal.

InsyaAllah sedikit sebanyak, itu dapat membuka mata dan hati kita untuk membantu mereka. Kalau tiada ada apa-apa medium bagi kita untuk membantu mereka, mungkin, senjata kita yang paling kuat adalah Doa. Doakan keselematan mereka, pemeliharaan iman mereka. Doa kepada Allah yang senantiasa berada pada pihak yang benar. Allah sudah tentu akan membantu kita.

Satu perkara yang membuat aku terkejut apabila terdengar berita ini; Kalau kita lihat pada Atlas atau mana-mana peta dunia edisi sejak dari tahun 2006, lokasi di mana Palestin berada sekarang, kalau kita check, Palestin itu sudah tidak wujud. Dan kalau kita lihat semula, yang wujudnya adalah isreal. 




Apa kau rasa lantas dapat tahu berita itu?

Of responsibility and load.

Kalau kau dah anggap tanggungjawab itu satu beban, maka ia bukan tanggungjawab bagi kau lagi, ia akan terus jadi satu beban.

Semakin takut.

Semakin aku ambil kisah dan semakin aku ambil tahu, semakin aku dapat rasa keinsafan. Bukan itu sahaja. Semakin aku rasa takut. Takut sangat.

Ya Allah, peliharalah iman kami Ya Allah.

Monday 10 January 2011

Benda-benda yang selalu aku terlepas pandang.

Makna-makna bacaan yang kita baca dalam solat. InsyaAllah kalau kita tahu apa makna yang kita baca dalam solat, kita dapat rasa kekhusyukan dalam solat itu.

Allahu Akbar
Allah Maha Besar


Bacaan Ketika Rukuk 
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk 

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
 

Ya Allah ampunkan dosa-dosa ku Ya Allah.

Sunday 9 January 2011

Sensitivity.

Sejak kebelakangan ini, aku rasa macam lost. Macam entah apa lah aku buat kan. Kadang-kadang tu benda yang kecil seperti orang lain buat muka yang tak ada ekspresi, aku pula yang terasa kecil hati ingatkan dia marah dengan aku. Mungkin perasaan aku sahaja yang over kan. Entah kenapa aku terlebih sensitif sejak dua menjak ini.

Kadang-kadang itu aku rasa macam i'm the only one. Aku bersendirian. Tetapi aku harus ingat, aku harus pegang pada kepercayaan dan kata-kata bahawa Allah sentiasa berada di sebelah aku. Yakni Allah sentiasa berada di pihak aku. Allah is on my side.

Satu hadith yang beri aku rasa lega, satu perasaan yang aku tidak perlu takut, a sense of solace and belonging:

Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka) – Hadith riwayat Muslim

Sometimes i do feel like a stranger. 

Tiba-tiba kena maki.

Tengah tenang dan tenteram aku browse internet, stalking kawan-kawan kat facebook sekejap, ada orang IM aku dengan tidak semena-mena.

G jahanam
Hahahaha

Aku pun jawablah dengan bagi salam. Baru dia nak jawab salam aku dan tanya apa khabar semua kan.

Dalam hati aku, dah cukup terasa. Tiba-tiba pagi-pagi kau nak maki aku apa pasal? Susah sangat ke nak bagi salam? Kau tahu tak dapat pahala bagi salam, jawab salam pun dapat pahala. Mesti kau dah tahu. Habis tu kenapa lah tiba-tiba kau nak maki orang pagi-pagi pula tu.

Aku tak marah, aku terasa sahaja. Itu baru sedikit sahaja aku terasa. Kita sambung perbualan, aku tanya kau baik-baik, kau jawab main-main. Tak apa, aku faham mungkin nak gurau senda dengan aku, tetapi terus kau tak bagi jawapan yang betul-betul. Selalunya orang bagi jawapan main-main, kemudian baru bagi jawapan yang serius. Ini tidak. Jadi tidak hairanlah kan aku malas nak sambung bual-bual dengan kau.

Bukan sebab aku sombong. Kau kena tahu. Aku tak ada masa nak sombong. Aku lagi tak ada masa kalau orang layan aku sebegitu rupa. Kang aku tegur kang, cakap aku tazkirah lah pula. Cakap aku mentang-mentang dah up lah.

Mafflah kalau aku terkasar bahasa.

Saturday 8 January 2011

Jangan salah faham dan salah sangka.

Nama pun sangka, jadi boleh salah dan betul. Pokoknya, jangan jadikan satu sangkaan itu sebagai landasan pendapat dan anggapan pada seseorang atau sesuatu melainkan dah lihat semua fakta dari semua sudut. Kalau setakat kau ambil pandangan dari satu sudut sahaja, maka, kau tak layak nak buat generalisasi. Kau tak layak nak menghukum, menghakim, menganggap, benci dan sebagainya.

Contohnya aku. Aku tak sangka usrah sesuatu yang best. Terus terang aku cakap, tadi aku enjoy juga usrah ini. Tak ada lah stress sangat sepertimana yang aku sangka. Tak tahulah kawan-kawan lain kan, tapi aku suka. Alhamdulillah aku bersyukur sangat, aku dapat merasakan kemanisan islam, walaupun sedikit macam ini. Alhamdulillah.

Sepertimana iman itu yazid wa yanqus. Bererti iman itu boleh naik boleh turun, boleh bertambah boleh berkurang. Macam emosi kita juga, ada masa kita gembira, riang ria, ada masa kita  sedih, marah. Jadi setelah ada sesi dengan Naqib tadi, alhamdulillah sekarang ini tambah sedikit sebanyak semangat di dalam hati ini. InsyaAllah semangat itu berterusan dan doa-doa meningkat, bukan berkurang.

Mungkin aku boleh ceritakan sikit input yang aku dapat. Walaupun sebenarnya aku lebih suka kepada penjelasan in person iaitu secara depan-depan, namun ini juga boleh dijadikan suatu landasan untuk aku menyampaikan apa yang boleh aku sampaikan.

Maka, kisah yang aku ingin ceritakan mengikut apa yang aku faham dan apa aku ingat dan perspektif sudut aku, kisah ini berdasarkan kisah Hadith Ghulam. Mungkin ada yang dah tahu pasal hadith Ghulam, mungkin tidak, seperti aku yang memang bingung awal-awal bila dengar pasal hadith ini.

Hadtih ini menceritakan tentang seorang Raja yang menganggap dirinya mutlak, macam firaun lah juga. Tapi ini bukan kisah firaunlah. Raja tersebut mempunyai seorang ahli sihir yang dah tua. Jadi, ahli sihir ni pun, sebab dah tua, dia nak cari apprentice, cari pengikut kononnya untuk belajar ilmu sihir dia supaya ilmu sihir dia tak lenyap kalau dia mati nanti.

Dijadikan cerita, ahli sihir ni pun jumpa raja mintak tolong raja carikan seorang budak yang boleh jadi successor dia. Dia nak the best of the best. Creme de la Creme. Mungkin diadakan periksa SPM, Sijil Pelajaran Menyihir, lalu yang maju dan terpilih adalah si polan Ghulam ini. Lalu Ghulam ini pun menjadi pelajar untuk ahli sihir tadi.

Setiap hari dia ulang alik pergi belajar dengan ahli sihir ini. Pada satu hari pula, dalam perjalanan nak pergi menuntut ilmu dengan ahli sihir ini, dia terserempak dengan seorang pendeta. Dua polan ni pun berbual-bual lah kan. Lama kelamaan jadi satu rutin. Sebelum pergi kelas dengan ahli sihir, Ghulam ini adakan sesi dengan pendeta dahulu. Dia belajar dengan pendeta juga pasal agama. Oleh kerana dia pergi jumpa pendeta dahulu, maka dia lambat sampai untuk kelas dengan ahli sihir. Ahli sihir ni pun pukul dia.

Dia lambat mula kelas dengan ahli sihir, dia pun lambat balik, keluarga dia pun marah kenapa balik lambat. Ghulam pun bingung asal semua nak marah-marah ni kan? Lalu dia jumpa pendeta, dia tanya macam mana nak selesaikan masalah ini. Pendeta pun cakaplah, kalau kena marah dengan ahli sihir, cakaplah sebab ada masalah keluarga kat rumah. Kalau kena marah dengan keluarga pula, cakaplah belajar dengan ahli sihir ambil masa lama ke, atau kena detention ke kan. Pandai-pandai lah.

Satu hari ini, dalam perjalanan nak pergi kelas, Ghulam ni terserempak dengan seekor singa/harimau, tak berapa ingat. Pokoknya yang penting dia terserempak dengan seekor binatang buas. Jadi dia fikir, dia nak uji, ajaran mana yang benar. Dia ambli satu batu, dia cakap "Ya Tuhan, kalau benar ajaran pendeta ini, maka bunuhlah binatang ini dan beri laluan kepada orang". Dia pun baling batu tu kat binatang tadi tu, lalu binatang itu pun mati.

Jadi memang tak boleh disangkal lagi, memang benar ajaran pendeta tadi. Jadi lepas Ghulam dah belajar-belajar pasal ajaran ilmu sihir itu semua. Dia pun mampu tolong masyarakat sekeliling dia sehinggakan dia mampu tolong menyembuhkan penyakit buta, sopak, kusta. Pesakit-pesakit semua terpegun dan kagum dengan Ghulam. Mereka tanya pada Ghulam, macam mana dia boleh sembuhkan penyakit-penyakit itu semua. Maka Ghulam pun jawab, itu bukan dia yang sembuhkan penyakit, tetapi Tuhan dia. Allah yang sembuhkan penyakit. Dia tambah : Kalau kau beriman dan berdoa kepada Allah, maka aku pun akan beriman dan berdoa kepada Allah untuk minta sembuhkan penyakit.

Lalu, ramai yang beriman kepada Allah. Ini pun diketahui Raja tadi, pada awal cerita. Dia pun rasa tercabar, dia suruh pengawal-pengawal dia tangkap Ghulam. Raja cakap kepada Ghulam, convert balik kepada agama asal dia. Ghulam menolak. Lalu raja tu pun arah askar dia untuk dibawa naik bukit dan dicampakkan ke bawah. Ghulam pun dibawa pengawal-pengawal raja ke atas bukit lalu dia berdoa kepada Allah, "Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang Engkau kehendaki". Bukit pun bergegar dan jatuh semua pengawal-pengawal raja.

Ghulam pergi jumpa raja. Raja itu terkejut, lalu dia arahkan pengawal-pengawal dia bawa Ghulam ke laut dan campak dia ke dalam lau biar lemas. Ghulam pun dibawa naik perahu ke laut dan terus dia berdoa kepada Allah. Tiba-tiba perahu tenggelam dan semua pengawal raja mati lemas.

Ghulam itu pun jumpa balik raja tu. Dia pun cakap kat raja tu, "Kau tak mungkin dapat bunuh aku melainkan kau turuti apa yang aku cakapkan". Ghulam minta dikumpulkan orang di satu padang, Ghulamnya sendiri diikat pada satu pohon dan dibunuh guna panah dengan melafazkan atas nama Allah.

Lantas raja itu pun buat lah apa yang disuruhnya. Pada saat raja itu memanah Ghulam, dia lafazkan atas nama Allah, panah itu pun terkena pada bawah telinga Ghulam. Perlahan-lahan Ghulam pegang panah tersebut, lalu dia meninggal dunia.

Orang sekeliling yang tengok drama tadi tu pun terus berimah kepada Tuhan Ghulam iaitu Allah. Raja tu pun naik marah lah kan, dia pun suruh orang gali parit sekeliling orang-orang yang beriman tadi dan dibaka parit tersebut. Semuanya diarahkan untuk kembali kepada agama asal, kalau tak semua kena lompat masuk parit yang terbakar tadi. Namun tak ada seorang pun yang percaya pada raja. Jadi semua kena masuk parit terbakar itu. Ada seorang ibu yang menggendong bayi, untuk satu saat dia rasa ragu-ragu, namun bayi itu kata pada ibunya, "Wahai ibu, sabarlah, engkau berada atas kebenaran!".

Hadith riwayat Muslim.

Jadi sekianlah isi penting yang terkandung dalam hadith Ghulam ini. Nanti pada masa akan datang, mungkin aku boleh jelaskan serba sedikit makna di sebalik hadith ini. Apa isi yang boleh kita bandingkan dengan diri kita, apa yang boleh kita refleksikan diri kita dalam hadith ini. InsyaAllah.

Friday 7 January 2011

Mantera dahulu dan sekarang dan akan datang.

Sabar je lah kan.

Walaupun kena marah, walaupun orang guna suara tinggi dan bahasa kasar, walaupun kena cakap aku yang pentingkan diri, walaupun dipanggil nama-nama yang buat aku terasa dan luka sangat-sangat. Tak apa, aku bisukan diri sahaja. Sabar je lah kan.

Tak ada apa-apa lagi yang oleh aku cakap.

Sabar je lah kan.

Haih, semua nak mood marah-marah ni apesal?

Apa kau ingat kau je boleh marah-marah.

Thursday 6 January 2011

Telinga ditukar dagang.

Entah aku tak tahu kenapa, tetapi kebelakangan ini aku tak gemar sangat dah dengar lagu. Aku buka pemain lagu pun, aku browse-browse lagu, semuanya tak kena. Tak ada yang aku dengar lebih dari satu minit, malah tak ada pun yang aku dengar sampai habis lagu dia. Cepat naik bosan dengar lagu. Macam dah tak menarik dah, walaupun lagu-lagu Michael Buble. Ya aku terus terang di sini.

Mungkin salah dua lagu yang aku layan pun buat masa ini adalah:

  • Michael heart - We will not go down
  • Mu'adz - Amrullah (Baitulmaqdis)
Entah kenapa aku rasa lebih suka dengar dua buah lagu ini sekarang. Rasa macam semangat itu naik je bila dengar lagu ini. Walaupun sedikit. 

Wednesday 5 January 2011

Aku pun bersalah juga.

You don't do for pray?

Tanya dia pada aku dengan perlahan-lahan dan sikap menghormati. Aku pun terkejut dengan pertanyaan dia buat seketika. Selepas melihat raut wajahnya yang begitu serius dan beriya-iya ingin tahu, aku pun mejawab:

Ya saya udah. 

Lalu dia mengambil masa untuk cerna jawapan aku itu. Lantas, dia tanyakan soalan yang sama kepada rakan dia yang berada di sebelah aku.

Rakan dia pun menjawab dengan muka macam tak suka dengan jenis soalan yang dituju:


Gak. MALAS GUE!

Aku pun dalam hati terkejut. Tapi pada luarannya aku keep it cool sahaja.

Bingung aku dibuatnya. Boleh pula dia jawab macam tu. Boleh pula dia berperasaan macam tu. Jawapan dia memang tidak boleh aku terima. Malas. Kalau ada sebab tertentu tak apa lah kan memandangkan dia itu berjantina perempuan, tetapi alasan dia di sini, alasan yang ikut emosi. Macam kau anggap solat itu kerja rumah atau study je.

Eh, kau tak nak study ke?

MALAS!

Eh, kau tak siapkan lagi kerja rumah ke?

Tak. Malas.

Eh kau tak nak solat ke?

Tak. Malas.

Eh, kau tak nak masuk syurga ke?

Tak. Malas.

Apa kau ingat solat itu suatu yang kau boleh pilih untuk tak buat. Aku pun tahu juga salah aku. Sepatutnya aku beri nasihat, sepatutnya aku mendorong juga. Tetapi masalahnya, aku tidak, setakat ini, pernah jumpa lagi peluang, ruang atau masa yang sesuai untuk aku one-on-one dengan dia untuk wawancara pasal benda-benda penting macam ini. Boleh je aku cakap kat dia apa betul apa salah, tapi aku masih lagi belum tegas dan berani dalam bab ini dan aku tak nak lah make a scene depan kawan-kawan dia. Nanti jatuh juga air muka dia. Namun ternyata aku masih lagi perlukan penambahbaikan dalam bidang kuasa ini.

Why do i feel like there is a huge spotlight on me?

Aku rasa macam seluruh dunia melihat pergerakan aku. OK lah bukan seluruh dunia, aku ini bukanlah selebriti pun. Cuma aku nak cakap sekarang, aku rasa macam apa aku buat, sedikit sekali pun, orang tahu. Misalnya kalau aku buat benda salah, macam satu kampung tahu apa aku buat. Padahal bukan selalu aku buat, dan kadang-kadang itu bukanlah sengaja aku buat, tetapi aku dilayan seperti aku memang buat silap besar.

Apa salah aku ini? Kenapa aku ini diberi penghormatan besar sangat sampai aku buat benda kecil, dan pada aku tidaklah benda yang salah pun, bukan tidaklah, memang aku yakin tidak salah, namun, kau beri respon, kau beri komen seakan-akan aku tak boleh buat benda itu. Seakan-akan aku dilarang sama sekali.

Padahal, terdapat beberapa perkara yang kau sendiri buat, boleh sahaja aku pertikaikan. Namun, aku memilih untuk menjadi orang yang besar (choose to be the bigger man) atau dalam erti kata lain, aku memilih untuk ambil jalan tinggi (take the high road) dan tidak cari pasal dengan kau.

Sebaliknya, kau selalu cari pasal dan cari peluang untuk buat aku rasa aku ini kecil. Buat aku rasa inferior. Buat aku rasa macam hidup aku tak ada guna kalau aku tak buat apa yang kau buat. Seperti aku kena ikut semua gerak geri kau, semua jejak langkah kau. Bikin stress kau tahu. STRESS!

Aku tak nak kasi contoh yang benar-benar berlaku pada aku, nanti kantoilah kan. Aku memilih untuk beri contoh yang umum seumumnya.

Monday 3 January 2011

Lima hari sahaja.

Five more days and i'll be able to get it. Five more agonizing days to wait to at last be able to feel the pleasure. Please for once in my life, let me feel this pleasure. I trust there is nothing wrong with it. Right?






Kalau boleh nak duduk kat stage, tapi kat depan sekali pun tak apa lah kan. I sanggup only for you.

I'm afraid that i just made friends with a lunatic. Seriously takut.

Guru-Guru terdahulu.

Semakin aku belajar dan tidak faham semakin aku rindu guru-guru aku yang mengajar aku sebelum ini. Memang mereka akan ajar aku sampai aku faham dan puas hati. Terima kasih banyak-banyak tidak terhingga.

Orang-orang tua mengagumkan.

Aku kagum dengan orang tua, terutamanya yang pergi solat berjemaah di masjid. Mereka dah lah tua, lepas tu banyak penyakit pula tu, tetapi tetap kuat iman dan kuat semangat pergi solat berjemaah di masjid. Malah ada sekali itu, aku solat bersama mereka, masa nak duduk di antara dua sujud itu, seorang daripada mereka tak boleh nak duduk antara dua sujud sebab memang sakit kaki ke atau memang sakit tulang, jadi dia terpaksa, entahlah tak tahu nak cakap macam mana, tetapi isi penting di sini, walaupun sakit, masih lagi gagahkan diri untuk solat seperti biasa.

Sedangkan aku ini, masih lagi sihat, masih lagi kuat, masih lagi bertenaga, bukan main susah nak pergi solat berjemaah. Namun, alhamdulillah, syukur, kebelakangan ini ringan tulang untuk pergi. InsyaAllah, semakin ringan lagi tulangnya.