Friday 31 December 2010

Peluang itu wujud.

Kalau nak cakap pasal peluang dan ruang untuk aku ber-emo dan berperasaan amarah, ada sahaja. Tadi itu, boleh je aku nak marah dan terus buat muka ketat dan ber-emo. Tetapi aku memilih untuk tidak berbuat sedemikian, aku malas lah nak emo-emo ni. Aku fikir orang lain juga kan. Tapi kalau kau, kau dan kau, setiap masa nak emo nak marah orang. Terlalu mementingkan diri, terlalu fikirkan pasal diri sendiri sahaja. Kau, kau dan kau, jenis yang asyik fikir kau seorang sahaja. Contohnya, kau ingat kau seorang sahaja yang kerja keras, lepas tu marah orang lain sebab orang lain waktu itu tengah relaks-relaks. Padahal, kau tak tahu perkara sebenar. AKu tak nak ceritalah perkara sebenar, aku tak nak mengungkit, tak bergunalah nanti pahala aku dapat, terus hilang dengan sekelip mata. Wallahualam.

Aku hanya nak meluahkan bahawa kau jangan nak fikir sangtlah kau seorang sahaja. Tak kisah lah dalam apa hal sekalipun, kau asyik fikir pasal kau seorang sahaja, kau asyik nak emo buat muka masam macam kau seorang sahaja yang boleh emo, orang lain pun naik muak kau tahu.

Haih, bila lelaki yang merajuk, lagi hodoh rupanya. Korang tak tahu.

Bila hati bersuara, tetapi minda menentang.

Kadang-kadang nasib baik fikiran masih rasional dan menahan aku daripada tulis perkara-perkara yang boleh buat orang terasa, walaupun niatnya sebenarnya memang nak mengenakan sasaran.

Wednesday 29 December 2010

We will not go down.

Aku tak tahu lah nak cakap apa-apa. Aku tak terkata-kata. Aku rasa apa aku buat ini tak ada satu zarah langsung membantu mereka. Aku menangis darah mana pun aku rasa tak berguna, walaupun aku tengok video ini, aku menangis. Tak tipu, aku menangis. Aku cuma berdaya untuk doa sahaja. Itu sahaja yang aku mampu. Aku tak tahu nak buat apa dah. Aku tak tahulah orang lain rasa sama tak dengan apa yang aku rasa. Aku nak orang lain rasa apa aku rasa, aku nak orang sama-sama doa untuk mereka. Jom, kita doakan keselamatan mereka. Ya Allah bantulah saudara-saudara ku ini.





Aku rasa nak peluk sahaja budak kecik tu. Ya Allah.

Thursday 23 December 2010

Memang hebat.

Aku rasa sangat cemburu dan kagum pada mamat sorang ni. Nak buat helmet sehebat macam ini bukan senang dan hasilnya memanglah tersangat amat hebat. Kalau boleh, aku nak satu, pleeease.


Tekan gambar untuk pautan ke album gambar dia. Banyak lagi yagn dia buat. Sangatlah cool.

Wednesday 22 December 2010

Daft Punk.

Baru selesai menonoton wayang berseorangan cerita Tron. Cerita dia oklah, pada awalan cerita tersebut, memang rasa macam nak lompat-lompat atas kerusi macam budak-budak. Tetapi lama-kelamaan tu, aku duduk senyap je tengok cerita dengan perasaan wtf?! What happened to the action coinciding with the cool background techno music?

Dan patutlah aku macam kenal Dj-Dj dalam cerita tersebut, rupa-rupanya aku dapat tahu, Daft Punk, dan semua lagu-lagu dalam cerita tersebut pun digubah oleh mereka. Memang best dan layan. Selepas ini nak mulakan fasa Daft Punk lah pulak.

Oh lupa nak cakap, aku tengok cerita ini dalam 3D. Hebat kan.

Tekad.

Tengah layan video-video pasal budaya sendiri, nampaknya banyak benda yang ada dalam budaya aku ini. Ternyata budaya aku sendiri ini kaya dengan pelbagai macam tradisi dari gamelan dan juga teater dan juga tarian. Syok juga aku layan. Cemburu tu pun ada juga kat orang-orang yang berpeluang nak belajar semua itu. Aku rasa nak sangat belajar dan aku bertekad nanti aku balik, aku nak cuba cari.

On another note, aku bertekad juga march ini. Aku tekad sangat-sangat.

Satu lagi aku layaaan.


Sedap pulak aku rasa irama-irama lagu melayu zaman-zaman dulu.

Saturday 18 December 2010

FRUST!!!!!!!!!!

Aku rasa nak jerit kuat-kuat sekarang, aku rasa nak mengamuk sekarang. Aku rasa nak pecahkan laptop, kaca, kepala, apa-apa sahaja sekarang.

NAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!  Words cannot convey how i feel right now. And people do not know how i really need this. I really need to this so fucking much. Please, please, please, please, please let me go to this concert. PLEASE!

Michael Buble Tour




If i don't get to see this, i'll be miserable for the rest of my life. Of My Life. I am not making this up, i am not making a big deal out of this, because it is a big deal. I am not trying to create drama, but i really do need this.

Aku rasa nak nangis je, sebab aku rasa macam tak dapat pergi je.

Tuesday 14 December 2010

Kepada rakan-rakan yang kenalkan aku kepada 3 Idiots.

Ingin aku perkenalkan cerita ini kepada kalian pula. Cerita ini dah lama keluar, tahun 2001 lagi, dah lama juga aku layan cerita ini banyak kali. Aku tahu cerita ini pun daripada playlist abang aku. Dari mana dia tahu dan kenapa dia layan cerita macam ini, masih menjadi misteri. Jadi, aku sarankan, kalau ada masa terluang itu, tengah ada mood nak layan cerita yang jiwang meleleh, silakan enjoy cerita ini. Tajuk cerita ini kalau dalam bahasa inggerisnya adalah The fabulous destiny of Amelie Poulain, kalau dalam bahasa sebenarnya adalah Le Fabuleux Destin d'Amélie Poulain, kalau dalam bahasa aku sendiri, aku panggil sahaja Amelie Poulain. Ini adalah sneak peak untuk menarik perhatian kalian:


Kalau nak tengok seluruh ceritanya, silakan ke pautan ini. Pandai-pandailah ye.

Layaaaaaan.

Khusyuk.

Ada beberapa ketika, aku sakit hati sampai aku tak khusyuk buat kerja, tak kira lah solat ke, baca buku ke, siapkan tugasan ke, memang sampai fikiran aku kalut fikir pasal benda yang buat aku rasa sakit hati sahaja. Sampaikan aku berdoa kepada Allah minta tolong jauh daripada buat perkara yang aku rasa tak elok aku buat.

Ya Allah, tolonglah jauhkan aku daripada perasaan hasad dengki, dendam dan benci. Tolonglah permudahkan urusan aku dan kawan-kawan ku. Tolonglah permudahkan bagi kami untuk belajar dan menuntut ilmu keranaMu ya Allah.

Sekat tekak.

Kebelakangan ini aku rasa banyak kali aku tahan diri aku daripada keluarkan pendapat dan pendirian yang aku rasa tidak bertempat. Kadng-kadang itu sakit juga tekak ini, rasa gatal je mulut nak bersuara. Tetapi apa kan daya, aku ini masih lagi naif dan daif, tak berhak nak keluarkan pendapat di kalangan orang yang lebih matang dan berpengalaman.

Aku tak sukalah konfrontasi.

Kadang-kadang itu, kalau kita buat salah, memang susah kita nak mengaku kan. Mengaku pada diri sendiri pun dah susah, apatah lagi mengaku pada khalayak ramai. Ego. Memang suatu benda/perasaan/sifat yang boleh jadi sesuatu yang memudaratkan diri sendiri. Memang membinasakan diri, macam api, kalau kecil dia kawan, tapi kalau besar dia jadi lawan.

Mungkin juga kadang-kadang itu kita rasa kita ini betul seratus peratus. Tiada ragu-ragu lagi. Benar sebenar-benarnya. Tapi belum tentu orang sekeliling fikir benda yang sama. Belum tentu orang lain anggap kita betul. Semestinya ada orang lain akan membantah, tak pun, tidak menyokong. Dan kalau kau nak tahu, kadang-kadang itu kalau aku senyap, tak bermakna aku setuju. Kadang-kadang itu, walaupun aku angguk, tak bermakna aku sokong pendapat kau. Mungkin itu tandanya aku acknowledge pendapat kau, tetapi aku tak setuju validity-nya.

Aku memang susah nak suarakan pendapat aku kepada orang lain. Lebih-lebih lagi kalau pendapat itu berbentuk kritikan atau komentar. Sudah tentu aku tak nak, sebabnya sudah tentu ada pihak tertentu akan terasa, walaupun feedback itu sesuatu yang membina. Ada orang dia boleh terima, tetapi kebanyakkan orang tak boleh, termasuklah aku. Kalau aku dikritik, aku jenis yang akan terus down, orang lain mungkin akan lawan balik, pertahankan diri mereka, setiap orang ada self-defense mechanism mereka yang tersendiri.

Jadi mungkin, cara kau menerima sesuatu luahan hati orang lain, kau cerita luahan hati kau tentang orang tersebut kat orang lain. Kau cerita cara dia yang tidak elok itu, dan kau cerita cara yang baik, yang elok dilakukan kepada orang lain. Kau cakap biar jadi satu pengajaran.

Aku cakap, macam mana orang tersebut nak tahu apa kau fikir kalau kau tak bagitahu dia. Kau tak puas hati dengan cara dia, kau rasa ada benda yang tak elok dia lakukan, apa gunanya kau cerita pada orang lain walaupun orang tersebut buat itu kepada kau memang tak ada sangsi lagi betapa salahnya. Cerita lah kepada sasaran sebenarnya. Kau tak rasa ke itu lebih elok? Lebih mendatangkan hasil dan closure. Aku pun tergolong juga dalam orang seperti ini, sepatutnya aku terus terang kepada kau tentang pendapat aku, tetapi aku rasa ini satu masalah yang boleh membesar kalau aku masuk campur. Sekurang-kurangnya aku tak adalah cerita kat orang lain cara kau itu salah, bagi aku. Sekurang-kurangnya aku simpan dalam diri aku sahaja., sebabnya bagi aku, itu lebih elok. Sabar itu lebih elok.

Kalau nak diikutkan, dulu aku memang jenis yang suka cerita kat orang lain pasal orang sekian sekian dan sekian. Sekarang pun, kalau tak kerana sabar, aku dah lama cerita apa aku rasa salah dan tidak elok semuanya. Tapi aku tahan juga. Aku memang sangat setuju sebaik-baiknya luahkan isi hati, at least tell someone so that you can feel good. Tetapi aku berpegang pada satu prinsip,

If you have nothing good to say, don't say anything at all.

Izinkan aku kasi satu metafora/simile/ada aku kisah:

Kalau orang itu bodoh sekalipun, tak bermakna kau patut panggil dia bodoh. Kan.

Monday 13 December 2010

Terima kasih.

Terima kasih untuk kata-kata selamat dan doa. Terima kasih untuk semangat dan sokongan. Terima kasih untuk semuanya.

Aku pun doakan kau dan harapkan yang terbaik untuk kau. Dan juga aku harap kau jangan banyak sangat fikir pasal benda-benda yang boleh buat kau rasa tak sedap hati dan emosi. Kena ingat, kau bertuah, sungguh bertuah, orang lain tak ada peluang macam kau tak ada hidup macam kau. Bersyukurlah eh untuk semua perkara.

I hope you feel good eventhough sometimes it's bad times.


Aku lagi gembira dan bersyukur.

9:31pm
beb,sory tnye..ko spe ha??

9:32pm
aku pun sebenarnya tak pasti kau siapa

9:33pm
sengal..ak add ko ke ko??

9:33pm
kau yang add

9:33pm
alamak..aku salah org ar..
muke ko mcm pompuan doe
sbijik

9:34pm
ok

9:35pm
k.sori ganggu..ko x ksah klau aku remove he..jngn pikir aku sombong plak..

9:35pm
ok


Aku lagi bersyukur kau delete aku daripada friend list kau. Dah lah tak kenal, kau add aku tak pernah nak tegur. Tetapi satu hal yang buat aku rasa nak mencarut kat dia, ada ke patut kata aku sebegitu rupa. Kau tak rasa ke cara kau cakap tu ada unsur kurang ajar?  Kau tak rasa ke apa kau cakap tu biadap? Banyak sahaja benda yang aku boleh maki kau kalau aku nak, nasib baik aku bersabar, aku cakap ok, aku terus log off. Alhamdulillah, kali ini syaitan kalah.

Aku tak nak lah jadi orang yang complicate things kan, benda kecil je, facebook je kot. Tak ada benda sangat lah. Aku tak mati lah kalau facebook ini tiba-tiba tak wujud dalam dunia ni. Tapi aku rasa macam nak caci je kau tadi, kau kurang ajar dengan aku dengan tiba-tiba, padahal aku tak pernah kurang ajar dengan kau, apatah lagi aku tak pernah kenal kau langsung. Jadi, kalau boleh tu, lain kali bersikap beradab lah sikit eh. Aku tak kisah aku ni mungkin ada ciri-ciri yang kau katakan itu, tapi sekurang-kurangnya aku jaga juga adab aku. Terima kasih banyak-banyak delete aku. Aku lagi bersyukur nak buat kenduri kalau boleh.

Kau tak kenal aku, aku tak kenal kau. Jadi respect lah juga.

Nuts.

Ally: Do you think I'm nuts?

Whipper: No. But i'm not sure you have two feet on the ground either.

Ally: You mean some people do?

Sunday 12 December 2010

Rencana hari ini.

Terasa hati nak pergi tengok wayang seorang diri sebentar lagi. Tiba-tiba sahaja dengan tidak semena-mena nak buat sesuatu yang spontan atas dasar perlukan masa untuk diri sendiri. Kononnya.

Hopefully everything goes as plan.

Satu perkara yang mungkin tak ubah-ubah lagi, tardiness aku. Aku masih lagi atas katil tak tukar baju lagi, tapi nak keluar. Apa nak jadi?

Sesuatu yang buat aku gembira.

Entri sebelum ini aku pernah tuliskan bahawa aku mendapat berita gembira daripada kawan-kawan aku. Mereka seakan-akan memilih aku untuk confide, memilih aku untuk diberitahukan berita gembira tersebut. Aku pun gembira mendapat tahu berita tersebut. Sangat gembira. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku gembira untuk kawan-kawan aku. Baru sekarang aku tahu perasaan ibu dan ayah apa rasanya bila dapat tahu anak mereka dapat hasil yang cemerlang. Tapi aku tak maksudkan aku ini dah punya anak.


11:15am

awan..!!
:D:D
11:15am

assalamualaikum nok
apa khabare?
11:16am

waalaikumussalam mok..
beta khabar baik..
:):)
11:16am

evewah beta
over
ahaha
11:17am

hahaha..
awan..!
nk kongsi ngn anda..
kamek punya result..
:D:D
11:17am

ahahaha silakan
saya sukaaaaa
ahaha
cemana ok tak?
11:17am

hm..
alhamdulillah..
folan dpt sekian-sekian..
11:18am

YA ALLAH YA TUHANKU

11:18am

sikit lagi nk dpt dean..
11:18am

pandainyaaa anak maaak
ahaha
alhamdulillah
syukur sangat-sangat
ahaha thanks wei buat aku gembira hari ini
ahaha
:):)
tahniah wei
itulah berkat usaha anda. tahniah
11:19am

haha..
thanks sgt2..
semua kerana anda lah..
:):)
11:19am

ahahah tentulah tidak, apa lah pulok kerana saya. anda yang berusaha
11:19am

bg semngat..
11:19am

saya sokong sahaja
ahaha semangat itu sikit je. inisiatif sendiri tu yang pentign
11:19am

hm..
betul..
haha..
nk tau..
dulu kn..
folan nk lawan wan tau..
tgk2 wan dah keluar..
isk3..
hahaha..
:D:D
11:20am

ahahaha
tahu takpe
nak jugak lawan kan
kita lawan boxing je lah lepas ni
ahaha
11:21am

hahaha..
11:21am

folan, folan, folan dan si folan cemana? ok kah?
11:21am

boleh bah kalu kau..
11:21am

ahahah
sem pertama dah macam ni, kerja sekarang maintain je lah kan. alhamdulillah. and again tahniah
11:22am

folan n folan x tahu..
ssh nk tgk mereka on9..
folan xnk bg tahu..
folan lebih kurg cm syaza..
11:22am

ahaha oh takpe. nanti-nanti tahu lah kot
wah hebat lah semua
11:22am

haha..
insyaallah..
akan try untuk maintain..
:):)
11:23am

okie dokie
cool
Maka dengan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada yang berkenaan. You know who you are. Saya tidak letak nama siapa-siapa atas dasar anonymity. 

Sunday 5 December 2010

Right now,

I want to be alone, but i don't want to be alone.

 I want to have time for myself, but i need company.

I don't want to talk, but i want to be with someone where we can share silence together and know everything there is to know about each other.

Negativity.

when i am surrounded by it, i tend to be somewhere else. i tend to shut down and immerse myself with something that is better, like sunlight.

Hambik kau.

Tujuh post dalam satu masa. Tahniah.


Aku suka ambil gambar candid, lebih-lebih lagi sewaktu mereka tengah gelak ketawa. Detik itulah kau nampak belang sebenar mereka.Dan juga detik itulah detik yang baik, untuk ingat saat-saat yang baik.

I am doomed to be a kid forever.

Oh,mgu dpn hari khamis peg mara kl dtg.so dekan nk nme kite n mybe kita sume kne jmpe diorg.ade lunch.btw thanks azwan.

Aku tak pandai lah nak bergaul dengan orang tua, lebih-lebih lagi orang yang berpangkat. Kalau dengan senior pun aku tak berbual sangat apatah lagi orang yang lebih tua daripada mereka. Lagilah aku rasa malu nak bergaul. Bukannya aku ni antisosial, cuma aku tak tahu nak cakap apa dengan mereka. Aku selalu fikir mereka lebih tahu daripada aku, lebih arif, jadi apa yang keluar dari mulut aku macam suatu benda yang bodoh sahaja.

Tolonglah, aku tak reti nak layan orang kenamaan terutamanya. Aku tak reti bab-bab protokol ni dan aku tak nak tahu bab-bab protokol. Yes i know, sepatutnya aku ambil tahu dan belajar semua tu, tapi masalahnya aku tak suka dan tak nak.

Kalau kurung diri dalam bilik tak nak keluar...

apa maksudnya?

Kepada seorang sahabat yang telah menghadiahkan terjemahan.

Sampai sekarang aku terhutang budi kepada kau. Aku amat menghargainya, kau tak tahu betapa aku bersyukur aku dapat terjemahan al-quran itu. Kerana kau, aku mula belajar dan mula suka belajar pasal islam. Kerana kau, banyak benda yang aku tak tahu tetapi aku dapat peluang dan medium untuk cari tahu. Kerana kau, aku dapat inspirasi untuk hadiahkan kawan-kawan aku terjemahan atau al-quran dengan harapan mereka dapat rasa apa yang aku rasa. InsyaAllah.

Orang kata hadiah paling bermakna adalah doa. Maka,

kku sentiasa doakan kesejahteraan kau di dunia dan akhirat. Amin.

Tiba waktu untuk picture spam.



Beberapa menu masakan yang telah dimasakkan oleh chief chef di rumah. Alhamdulillah sekarang pemakanan terjaga, kononnya. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya adalah juga dapat makanan. Alhamdulillah.

Comel kan?


Dua orang wanita yang sudah berumur, pegang tangan satu sama lain ketika berjalan pergi ke suatu destinasi. Aku terserempak dengan mereka sewaktu aku dalam perjalanan nak ke kuliah. Mungkin ramai orang dah biasa tengok perkara macam ini, tapi bagi aku, aku jarang nampak insiden macam ini. Sebab mereka inilah beri aku semangat lagi kuat. Aku takkan berasa malu nak tunjukkan kasih sayang. Aku teringat dulu kat sekolah, mak ayah aku selalu hantar aku ke sekolah ke atau ke mana-mana sahaja, aku akan cium tangan mereka dan cium pipi mereka tiga kali. Sebaliknya mereka pun buat benda yang sama kat aku. Bagi orang, itu tandanya anak manja, tapi tak apa lah kan, manja pun manja lah. Dah jadi satu hukum bahawa kalau kau jadi anak bongsu, memang kena label anak manja. Apatah lagi kalau kau seorang lelaki, lagi sakit hati kau rasa kalau kena panggil macam tu, lebih-lebih lagi pada ego. Tapi aku rasa aku terima sahajalah. Aku tak boleh nak ubah persepsi orang lain, aku hanya boleh ubah diri aku sahaja. Maka aku akan tunjukkan kasih sayang aku kat orang yang aku sayang, terutamanya kat mak ayah aku, tak kisah lah pada umur aku, jantina aku, perangai aku, society's norms. This is me making my own norms.

Rindu nak cium tangan mak ayah.

Sebenarnya aku tak sihat, dan aku rindu sewaktu aku tak sihat, seakan-akan dibelai dengan penuh kasih sayang. Gedik kan. 

Selepas kejadian itu.

Aku tak henti-henti rasa kekok dengan kau. Daripada kita jadi baik dan rapat, kini aku rasa nak jauhkan diri daripada kau sebab aku takut. Aku takut nanti  aku tersalah cakap, tersalah buat. Sebabnya sekarang aku dah tak tahu bila masa kau ok bila masa kau tak ok. Macam manalah aku nak tahu kan. Semua orang lain, unik. Takkanlah aku boleh tahu apa kau fikir setiap masa setiap ketika. Aku pun manusia sahaja.

Kadang-kadang tu apa yang kau buat tu, buat aku terfikir. Kalau kau dengan keluarga kau, kau berperangai macam ini juga ke? Ternyata kalau ya, aku kesian mak ayah kau kena layan kau, kena sesuaikan diri mereka dan hidup mereka atas kehendak kau semata-mata. Aku cukup kesian.

Kalau tidak, kenapa kau tak boleh nak sesuaikan apa yang kau buat dengan keluarga kau dengan kami? Ok mungkin kita ini bukan keluarga, kau tak anggap pun kita ini satu keluarga. Tak apa. Aku tak kisah. Cumanya, kita yang bukan keluarga kau lah, atas sebab perangai kau itu, terpaksa menyesuaikan diri kita (ok sebenarnya aku tengah cakap pasal aku, tak tahulah orang lain) untuk ikut kehendak dan keperluan kau. Jadi, adakah kita masih tak layak dipanggil keluarga?

Aku memang perangai manja-manja, tetapi tak adalah sampai orang lain kena tukar hidup mereka atau segala macam hanya untuk buat kau rasa ok sahaja.

Haish. Maaflah, aku dah lama tak cerita macam ini kan. Cerita perihal sakit hati ini. Ternyata memang dah lama aku tak tulis sebegini. Kalau boleh aku memang tak nak pun berceloteh panjang-panjang pasal benda yang tak ada manfaat. Aku dah nak cuba mengawal diri aku ini. Aku dah nak cuba ubah diri aku ini kearah yang lebih baik. Semuanya kerana Allah. Tapi kalau dah sampai buat aku rasa nak maki hamun kat kau, aku rasa sesuatu yang tidak baik.

Macam biasalah kan.

Allah dah kasi anggota badan yang sempurna, tak pernah nak guna betul-betul. Tak pernah nak jaga betul-betul, asyik nak guna ikut kehendak bukan keperluan. Guna ikut nafsu bukan akal. Guna untuk kepuasan dunia, bukan untuk selepasnya. 

Allah dah kasi matahari, tapi duduk terperap dalam rumah, dalam bilik, terlentang atas katil, malas nak gerakkan badan dan malas nak keluar. Akibatnya rasa demam dan rasa macam tak cukup sinaran. Rasa macam nak tidur satu hari biar demam ini hilang tetapi macam mana nak hilang kalau tak buat sesuatu untuk hilangkannya.

Allah dah kasi hujan, tapi asyik fikir hujan nanti banjir lah, baju kotor, longkang tersumbat melimpah masuk dalam rumah, nanti demam. Nanti kalau hujan tak datang-datang, apa pula nak rasa? Tak suka hujan, suka waktu selepas hujan sebab ada pelangi. Padahal hujan itulah nikmat, lupakan rezeki yang diberi untuk mencari benda yang kurang penting.

Lupa bahawa banyak yang Allah dah kasi rezeki kepada kita, banyak nikmat itu adalah hadiah daripadaNya. Sebaliknya, kita fikir buruk pula pasal nikmat yang dah ada. Kenapalah hujan, baru je nak keluar jalan-jalan. Kenapalah panas sangat, berpeluh-peluh kotor lah baju aku. Kenapalah itu, kenapalah ini.

Ya kan. Itu aku panggil take things for granted. Orang lain panggil, tak bersyukur. Aku setuju.

Saturday 4 December 2010

Zaman hingusan.

Tengah layan tayangan ini, sewaktu diceritakan kisah Rasulullah bertemu dengan malaikat Jibrail, teringat sewaktu aku berada di sekolah rendah, aku masuk pertandingan bercerita dalam bahasa inggeris bercerita kisah-kisah nabi. Cerita yang aku dapat adalah kisah nabi berada dia gua dan bertemu malaikat jibrail buat kali pertama tersebut.

Apa yang aku teringat adalah, sewaktu pertandingan bercerita tersebut, sewaktu aku punya giliran bercerita, ada satu ketika aku terlupa skrip ceritanya sehingga aku jadi gementar yang teramat. Tapi nasib baik, bila ulang balik ayat terakhir, boleh sambung cerita sampai habis, walaupun dah agak kekok masa tu.

Apa yang aku sedar, ternyata aku tak mendalami cerita yang aku sampaikan sewaktu pertandingan bercerita tersebut. Nampak sangat aku menghafal sahaja cerita itu. Nampak sangat, tak ikhlas dan tak menghayati cerita, setakat buat gaya dan intonasi tapi tak faham betul-betul signifikasi cerita itu, memang tak ada makna lah kan. Sekarang aku sedar. Tapi oklah tu, sekurang-kurangnya aku sedar sekarang, lagipun waktu itu sekolah rendah kot, memang daif dan bongok sikit masa tu.

Oh ya, nak berlagak sikit, aku dapat nombor tiga, untuk dua tahun berturut-turut sewaktu aku masuk pertandingan bercerita itu. Hebat jugaklah kan.

Friday 3 December 2010

You act like you know me.

But do you really?

Nothing better than the silent game.

First you make me feel great, make me feel at ease and trusting of you. As if everything is alright and going to be so.

Then  you make me feel like i did something bad to you. Somehow and some way i have wronged you. But you wouldn't tell me, and of course i'd be scared to ask you what's wrong because the last time i asked, you screamed at me.

And now you make me feel like i don't want to be near with you because i don't know if we're okay or the opposite.I don't know if you can be approached or you're just not in the mood for anything. You're always frowning as if you're going to explode any moment. You made it awkward for me.

After this, i think i'll just be mad and feel sick looking at you if this keeps on going.

Tuesday 30 November 2010

Malam berkat ke apa?

Malam ni berturut-turut aku dihujani dengan berita gembira. Tiga rakan aku bagitahu aku mereka dapat keputusan cemerlang gemilang dan terbilang. Dan aku tak tahu atas dasar apa tetapi aku rasa amat gembira sangat bagi pihak mereka ini.

Aku juga ada rasa cemburu. Tak tahu kenapa. Mungkin ini boleh aku jadikan sebagai penguat semangat.

InsyaAllah aku boleh. Tapi yang penting alhamdulillah dan tahniah buat rakan-rakan aku. Aku bangga walau apa pun jadi. :)

Sunday 28 November 2010

Kisah benar sebenar-benarnya.

Aku seorangan di ruang tamu, pagi, awal pagi. Tiba-tiba rasa tak sedap hati, rasa resah, jantung berdegup  120km sejam. Asyik fikir benda bukan-bukan je bila dengar bunyi, padahal hakikatnya tikus sahaja. Tapi memandangkan aku ni ada daya imaginasi yang kuat, asyik senario yang menakutkan atau senario yang membawa kepada macam-macam akibat je yang terpacak dalam otak.

Lalu, aku ambil al-quran, baca surah yasin. Sampaikan masa baca surah yasin pun ada part tu terhenti seketika sebab dengar bunyi yang tak berapa nak encouraging, lantas sambung balik baca sampai habis surah. Alhamdulillah hati rasa tenang sikit. Tapi sekarang, lepas dah tulis balik kejadian tu, otak mulalah fikir benda bukan-bukan balik semula. Haish.

Rindu.

Praises to all.

Alhamdulillah everything is partially complete. Now is the period where the transition takes place. It needs time, and insyaAllah, time is all i have.

Wednesday 24 November 2010

Tak perasan pula.

Pagi tadi duduk sebentar dengan kawan sekelompok. Berbual-bual dengan dia macam dah lama tak berbual. Padahal selalu je jumpa, kesempatan nak duduk sebelah dan berbual tu je yang tidak ada. Ok sebenarnya kesempatan itu ada, cuma kadang-kadang itu tak tahu nak bual apa. Malu nak duduk sebelah dia tapi tak cakap apa-apa langsung. Tapi entah kenapa tadi atas rasa macam dah lama tak tegur dia, duduk jelah sebelah dia. Bual-bual isu semasa yang tak berapa nak semasa sehingga timbullah isu pasal diri aku ini.

Katanya, aku ini sejak dua tiga hari lepas, aku asyik kelihatan gembira sahaja. Kenapa? Tergamam juga aku dibuatnya. Tak tahu nak jawab apa.

Pertama-tama, aku tak rasa pun perubahan sebegitu. Aku tak rasa pun macam sebelum ini aku tidak gembira dan baru-baru ini aku gembira. Aku tak dapat nak nampak perubahan itu. Tapi tak tahulah mungkin apa aku tak perasan, orang lain boleh perasan.

Kedua, apa sebab aku kelihatan seperti sangat-sangat gembira sekarang eh? Aku pun tak pasti. Tapi sehinggakan menimbulkan pertanyaan sebegitu kepada rakan aku itu, menimbulkan pertanyaan kepada aku juga. Nak kata ada sesuatu insidedn yang dahsyat lagi best berlaku baru-baru ini, tak ada pun.

Bersyukur sahajalah kan. Ada masa kita gembira, ada masa kita sedih. Ada masa kita sedar akan sekeliling kita, ada masa kita tak sedar.

Berkenal-kenalanlah.

Sewaktu aku di bangku sekolah, aku banyak pindah sekolah. Ok kalau nak kata banyak kali tu tak kot kalau dibandingkan dengan anak-anak tentera, tapi aku boleh dikira banyak kali lah juga transfer sekolah. Maka aku berpeluang buat kenalan baru dengan kawan-kawan baru, atas kehendak Allah. Aku dapat kenal banyak kawan dari pelbagai latar belakang yang bermacam ragam.

Satu sahaja benda yang slack aku buat, benda yang aku rasa aku tak patut buat, benda yang baru sekarang aku sedar aku salah buat, adalah aku membezakan mereka. Misalnya, setiap kali nak keluar jalan-jalan, aku akan keluar dengan kawan-kawan dari satu sekolah sahaja, aku tidak akan campur adukkan mereka. Walaupun waktu yang sama, kawan dari sekolah lain ada masa terluang dan memang berniat nak keluar jalan-jalan. Namun aku takkan ajak sekaligus kawan-kawan dari dua tempat yang lain.

Pada waktu itu, aku fikir, mereka tak layak, kononnya, untuk bergaul sama-sama. Aku takut mereka ada beza pendapat dan aku takut memang tidak boleh ada toleransi. Padahal salahnya di situ adalah pada aku. Aku yang membuat assumption awal-awal siapa yang patut kenal siapa. Macam aku pula jadi coordinator. Padahal hak untuk kenal semua orang adalah hak sendiri. Mungkin, aku takut nanti bila mereka berbaik antara satu sama lain, aku yang dipinggirkan. Mungkin aku takut nanti mereka tidak dapat berbaik antara satu sama lain atas dasar lain sekolah, tempat tinggal, latar belakang dan seterusnya.

Tetapi sekarang, aku sedar akan kesalahan aku. Sepatutnya, untuk menguatkan perpaduan ummah bermula dengan ikatan ukhuwah yang erat. Kalau kita tak kenal orang lain, macam mana kita nak percaya orang lain. Dan kalau kita tak percaya orang lain, macam mana orang lain nak percaya pada kita. Satu perkara yang aku belajar sewaktu program Gegar dianjurkan oleh senior-senior aku, aku belajar bahawa manusia zaman sekarang, terutamanya rakyat islam, tak bersatu padu, tak ada sifat toleransi. Semuanya dipisahkan atas dasar suku kaum, puak, ideologi pemikiran atau nasionalisme. Sebab itulah ramai orang islam yang ditindas. Semua fikir hal sendiri. Kau dengan kau sahaja, biar aku dengan aku.

Macam mana kita nak membangun dari segi umat islam kalau ada perpecahan umat. Macam mana kita nak jadi satu kerajaan islam yang boleh menandingi kerjaan Umaiyah, Abassiyah, Uthmaniyah kalau kita tak terapkan ajaran islam dalam pentadbiran negara yang mencakupi semua hal.

Orang kata kalau nak ubah sesuatu itu, mula dari kecil. Jadi, mulalah dari diri sendiri dan juga orang yang terdekat. Rasulullah dahulu, sewaktu bermulanya islam, baginda menyebarkan kepada orang yang terdekat dahulu. Jadi apa salahnya kita sampaikan apa kita belajar kepada keluarga dan sahabat-sahabat.

Jadi, ternyata cara aku sewaktu aku di sekolah memang salah. Aku mengasingkan kawan-kawan atas dasar perbezaan. Aku sepatutnya kenalkanlah mereka supaya hubungan itu terjalin, supaya kita dapat bersatu. Apa gunanya facebook atau apa-apa social network kalau kita tak guna untuk eratkan silaturrahim. Apa gunanya mesej-mesej berjuta-juta tapi kalau kita tak bual-bual pasal benda yang berfaedah.

Ada satu potong ayat Al-Quran, tak silap aku, mengatakan manusia itu dicipta pelbagai kaum. Maaf dalam bab terjemahan ini belum mahir lagi, tak ingat surah mana. Ke aku yang memang salah. Kalau ada sesiapa tahu tolong kasi tahu eh.

Anyways, manusia itu dicipta pelbagai kaum, tetapi tidak semestinya kita hidup atas dasar assobiyah seperti sewaktu zaman jahiliyyah. Nak ke kita patah balik ke zaman itu?

Monday 22 November 2010

Moga-moga.

Aku amat menghargai dan bersyukur atas susah payah yang dilalui oleh abang-abang yang telah banyak berbakti untuk kami si junior. Terima kasih banyak-banyak tak terhingga. Aku bersyukur aku dapat peluang macam ni dan kalau boleh aku nak juga kawan-kawan aku yang lain dapat peluang macam aku ni. Tapi kalau tak dapat, tak apa, aku cuba sampaikan, aku cuba buatkan untuk kawan-kawan aku. InsyaAllah.

Moga-moga apa yang disampaikan, dipraktikkan.

Saturday 20 November 2010

Curiousity killed the cat.

Kadang-kadang itu timbul dalam hati aku kenapalah aku pilih jalan ini? Kenapalah aku rasa orang lain lagi bertuah? Mula lah aku rasa nak persoalkan semuanya dan mulalah timbul perasaan menyesal.

Kadang-kadang itu memang aku fikir, apa tujuan utama aku terima tawaran ini. Kalau dilihat kembali, sejarahnya, memang suatu perlumbaan yang amat susah, dan kalau dah tiba pada garisan penamat pun, ada perlumaab baru yang menunggu untuk dimulakan. Seakan-akan tak ada penamat langsung.

Kalau difikirkan semula, adakah aku benar-benar mahukan semua itu? Setakat aku nak rasa adrenaline, setakat aku nak rasa cabaran, setakat aku nak rasa I'm alive, adakah itu cukup untuk bagi aku semangat untuk teruskan perjuangan.

Setakat nak bangga diri dan banggakan mak ayah, tetapi kalau akhirnya kecundang, siapa yang bangga?

Terlalu banyak persoalan macam tu asyik bermain kat fikiran aku. Sampai buat aku rasa takut. Betul ke apa yang aku pilih ini? Sebab disebalik pilihan aku ini benar? Kalau tak, aku haruslah ubah niat. Belajar kuatkan semangat. Belajar bahwa kadang-kadang itu, you're on your own. Pabila kau seorang sahaja, salah satunya yang boleh jadi peneman yang paling baik adalah satu-satuNya sahaja.

Sabat dan ahad.

Rindu saat-saat sewaktu aku kecil, hari sabtu ahad hari cuti yang memang cuti. Tak buat kerja, tak ada kerja rumah, asyik fikir hiburan semata-mata. Bangun lambat, lambat mandi, tidur sahaja, bangun pagi tonton kartun, main game, main permainan, main kat luar rumah dengan kawan-kawan, balik petang baju kotor siku lutut luka. Malam tengok kartun lagi. Satu hari tak cukup, hari ahad pun ulang balik apa yang dah buat semalamnya.

Bukan sekarang aku tak beryukur banyak aktiviti yang memang baik dan berfaedah dari segi mengeratkan lagi ukhuwah dan dapat berjalan-jalan tengok pemandangan semua. Aku tak kata aku tak suka, malah aku memang seorang yang suka berjalan-jalan dan paling bersemangat antara yang lain, cuma aku tak tunjukkan tahap enthusiasm aku kat orang lain sebab aku malu dan segan.

Aku hanya nak nyatakan, aku rindu dapat waktu cuti terutama masa sabtu dan ahad.

Perubahan.

Kebanyakkan tugasan aku semester pertama ini memang belambak pasal perubahan. Perubahan perilaku, perubahan diri dari segi mental, sosial, fisik dan spiritual, perubahan masyarakat, reaksi perubahan dan banyak lagi. Sampai aku naik muak buat tugasan asyik cerita pasal pengalaman diri aku sendiri. Sampai aku muak dengan diri sendiri. Buat karangan panjang-panjang cerita pasal apa yang sudah berubah atau tidak berubah, apa yang patut berubah atau tidak patut berubah serta bukan masalah apa yang patut berubah tetapi siapa patut berubah. Memang memeningkan.

Kemudian selepas aku terbaca entri kawan aku sorang ni, aku pun terfikir juga sebenarnya. Adakah aku dah berubah? Adakah kawan-kawan aku dapat kenal atau cam aku ini siapa sekarang? Adakah aku kenal diri aku ini siapa?

Aku rasa aku dah banyak berubah. Aku dah tak reti nak berjenaka sangat seperti aku yang dulu. Aku dah mula menjadi seorang yang dull dan membosankan, mungkin. Dari segi itu, aku memang dah banyak berubah. Kalau dulu aku suka buat benda-benda pelik, sekarang bukan tak suka, cuma dah malas dan tak nampak faedahnya kecuali kalau nak lepaskan tension, itu aku persilakan. Kalau dulu aku suka berbual-bual, sekarang aku rasa aku dah kurang bual, bibir aku dah jadi kecil dan telinga aku dah jadi telinga Dumbo. Tapi ini tak bermakna aku suka mendengar sahaja. Kadang-kadang itu aku malas juga nak dengar, tapi aku lagi malas nak cakap aku malas nak dengar, maka aku dengar sahajalah apa yang orang lain nak mengomel pada aku.

Tapi ini semua mungkin perasaan aku sahaja. Impak yang benar-benar boleh dilihat adalah impak pada hubungan aku dengan manusia lain. Kalau aku seakan-akan tak berubah, mungkin ok lah. Semua orang senang hati. Tapi kalau aku seperti dah berubah, aku harap aku berubah untuk kebaikan dan orang lain tetap akan senang hati dengan perubahan aku ini.

Kadang-kadang itu aku dah sampai tahap IDGAF terhadap apa-apa pun sehingga aku malas nak layan. Namun, aku akan rasa bersalah kalau aku tak endahkan orang lain, jadi aku kuatkan dan tabahkan diri dan layan sahaja. Aku tak kisah lah orang nak kata aku dah lain, aku dah tak macam dulu, I am no fun anymore. Mungkin kau juga yang dah berubah, mungkin tidak. It's all a matter of perspective. Pada pendapat aku, buatlah anjakan paradigma dan cermin diri tengok apa yang cacat cela.


Aku pun sebenarnya tak nak ubah diri ini. Aku masih ada niat dan keinginan nak jadi seorang yang masih boleh bergembira selalu dan berperwatakan kebudak-budakan. Cuma, keadaan, mungkin, dah buat aku jadi orang lain. Maka aku pun ikut sahaja, malas nak lawan. Maybe this is life's way of saying it's time to change, you can't continue life being the same person. It doesn't work that way.

Berubah pun tak adalah berubah sekaligus kan. Mungkin ada beberapa orang yang boleh dan berkemampuan berubah sebegitu, tetapi aku tak berdaya. Aku perasan aku berubah secara kecil-kecilan dan sedikit-sedikit. Kalau dulu aku tak suka makan sayur, asyik makan manisan sahaja, kini aku suka makan sayur dan tak sedap kalau makan tak ada sayur, rasa kosong je. Kalau dulu aku suka tidur lambat main game menyebabkan aku bangun lambat. Sekarang aku suka tidur awal, bangun awal kerjakan apa yang patut. Banyak lagi contoh aku boleh bagi, tetapi tak payahlah. Buat apa.

Thursday 18 November 2010

Mentor-mentee.

Sometimes i think i need a friend who is outside my circle. Someone who doesn't overlap with any of my other contacts. This is because i need the wisdom and friendly gestures of an outsider.  An outsider in this case, someone who can provide me an outside opinion that is not tainted with his/her relationship with my friends. I don't know why, but sometimes i do wish i have one friend from the outside. Like how you have a part-time job at a restaurant and you make friends there whom have no connections and any prior relationship with you or your circle of friends, but at least, someone who you can  hang out with and talk to.

I'm not saying that my friends now aren't satisfying or act the least bit poorly. I'm just saying i need an outside help, an external opinion. Someone like Carla in Scrubs who can tell you what to do and what you've done wrong or like Bailey in Grey's Anatomy who can boss you around because you know she's doing the right thing. Come to think of it, i think i don't need a friend, i need a mentor. Someone who you can look up to and help you.

Sunday 14 November 2010

Lying.

Sometimes i feel like i'm lying to myself. As if i am trying to be someone i am not. But, i want to change myself, but i feel like i am lying, to myself and everyone else around me. It is as if i am acting.

Am i supposed to feel like this?

Terjemahan of the day.

"Allah tidak menyukai perkataan buruk, (yang diucapkan) secara terus terang kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan Allah Maha Mendengar, dan Maha Mengetahui."

(4:148)

From my view.

Aku tak tahulah kalau aku dengan orang sekeliling aku sama pendapat ke tak. Tapi aku rasa aku betul kalau aku cakap aku ni jenis yang tak complain, sangat. Aku tak suka merungut, tapi kalau ada benda macam memang buat aku sakit hati tu, aku nak juga cerita kat orang untuk legakan diri. Apart from that, aku jenis yang memang tak suka complain. Aku tak suka lah nak point out kesalahan atau keburukan sesuatu itu sampai buat orang lain rasa tak sedap hati kat benda tu. Aku tak suka nak rungut hidup orang lain lebih baik daripada hidup aku dan sebagainya. Malas aku nak fikir benda-benda macam itu.

Sebabnya, pada aku, kalau asyik fikir macam tu, kau terlepas pandang pada benda-benda yang boleh buat kau rasa bertuah. You're being pessimistic instead of being optimistic. You're looking at the bad side of things instead of looking on the brightside. Apa guna kalau kau asyik cari kesalahan atau keburukan sesuatu situasi atau perkara kalau kau tak cuba perbaikinya. Asyik merungut sahaja, memang tak ada guna. Bila benda macam tu akan jadi sesuatu yang baik untuk kau? Lepas tu, bila tengok pada keburukan sesuatu tu je, buat kau rasa tak gembira, rasa macam kecewa atau malang je hidup. Lagi lah rasa depressed, sampai mengganggu pemikiran dan mungkin emosi pada saat itu, kalau tak dikendalikan dengan betul-betul. Itulah beza antara orang optimistic dan pessimistic. Orang optimistic fikir benda yang positif walaupun ditimpa musibah pun, kalau fikir benda-benda baik je, sudah tentu lah semangat kau takkan berganjak. Daya hidup kau, daya kerja, daya gembira whatever, takkan berubah, kau takkan terasa nak menyerah kalah sekalipun.

Sebab itu juga, aku tak suka dengar orang merungut. Buat aku rasa macam orang tu tak bersyukur je. Macam malang sangat hidup dia sampai dia rasa sedih, kecewa dan hiba. Sampai dia nak kita simpati kat dia. Macam lah kalau kita simpati kat dia, dia dapat apa-apa. Simpati tu pun bukanlah sesuatu yang zahir, yang boleh dipegang, disentuh, dilihat. Bukannya aku tak nak simpati atas situasi kau yang ditimpa musibah. Kalau kau memang benar-benar ditimpa musibah dan nak luahkan isi hati aku tak kisah, aku sanggup dengar dan tolong in every way that i can. Tetapi kalau kau mula merungut, aku akan rasa macam menyampah je. Kau kena ingat, ramai lagi orang kat dunia ni lebih nasib malang daripada kau. Setakat makanan tak sedap, misalnya, kau rasa orang kat tempat lain dapat tak makanan?

I'm just saying.

Lepas tu orang yang seakan-akan nak buat orang lain rasa teruk sebab dia pun rasa teruk. Seolah-olah dia tak nak orang lain gembira selagi dia tak gembira, selagi dia tak rasa sedap hati, orang lain pun tak boleh. Mungkin perasaan aku sahaja, tapi setiap kali aku buat sesuatu itu, kau tanya soalan kat aku seperti nak buat aku rasa benda aku buat tu tak bagus, padahal tak ada apa-apa pun. Kau tak buat benda tu sebab kau nak hemat, jadi bila aku buat benda tu, kau tanya itu ini sampai aku rasa macam tak nak buat dah benda tu. Kau buat benda yang aku suka dan minat menjadi benda yang aku akan selalu fikir dua kali sebelum aku buat. Sampai tahap macam itu. Ada ke patut? Kau rasa kalau aku buat macam tu kat kau, kau rasa apa?

Aku juga jenis yang tak adalah nak balas dendam kesumat sampai aku rasa puas. Tak adalah macam tu. Tak ada guna nak balas dendam semua ini. Aku percaya setiap benda kita lakukan, tentulah ada pahala dan ada dosa. Nanti sahaja akan diperhitungkan semua itu. Selamat beramal.

My reason.

Kau ini anak sulung ke?

Tak. Aku nampak macam anak sulung eh?

Habis tu?

Aku bongsu. :)

Oh, patutlah eh kau ni nampak manja dengan orang.

Kau panggil peluk-peluk, gurau-gurau, menggedik-gedik dan sebagainya dengan kawan manja. Bagi aku, aku panggil itu cara nak tunjukkan kasih sayang. Aku dah belajar bahawa kita seharusnya tunjukkan kasih sayang kita terhadap kawan-kawan kita sebab nanti diaorang takkan tahu. Jadi cara aku, aku kadang-kadang tunjukkan melalui deria sentuh. Ok sebelum pikiran tak senonoh timbul, aku hanya nak cakap, apa salahnya peluk antara satu sama lain? Melainkan membatas bukan muhrim tu memanglah kan. Jadi tak salah kalau lelaki peluk lelaki. Aku selalu peluk kawan-kawan aku kalau tiba masa berpisah. Kalau macam keluar jalan-jalan tengok waang, bila waktu nak balik ke rumah tu, kita pergi arah berlainan, jadi aku salam dan pelklah kawan-kawan aku. Dulu lah. Sekarang ni aku dah cuba hadkan physical contact sebab aku fikir, orang-orang kenalan baru tak tahu nak menganggapnya macam mana, maka aku adapt-kan diri aku. Tapi, aku cuba sikit-sikit terapkan apa yang aku dulu suka nak terapkan. Salam-salam dan sebagainya. Sebenarnya panjang lebar aku cerita ni sebab aku nak pertahankan je kelakuan aku ini. Aku memang kadang-kadang tu boleh dikira manja dengan kawan, tapi tak ada lah manja yang tak sesuai. Manja dari segi cuba rapatkan diri dengan kawan. Kalau tak faham, tak apa lah.

Sometimes, we need to make things make sense in our head for us to comprehend our own understanding. And this is me trying to make my habits make sense to me. Trying to internalize and give it meaning.

Layaaaaan.




Saturday 13 November 2010

Kenapa aku rasa macam diaorang ni cool?



Null.

Tiba-tiba aku rasa tak tahu nak buat apa dah. Nak online rasa malas, tak ada mood nak layan orang, nak download movie, tak ada cerita yang menarik perhatian, nak buat kerja, tak ada mood dan sumber nak mulakan kerja, nak main game - cepat rasa bosan asyik menang, nak baca buku -perlukan buku baru, buku sekarang yang ada tidak cukup memadai. Inilah rupa orang yang tak ada kerja.

Some people just need to learn.

I don't get it. What is it that you want from me again? I mean, what are your intentions, really? I think i can't give you what you want to know. I won't. One thing, it's because it's not your place TO know. Second thing is, i have a right to  my privacy. Simple as that.

Friday 12 November 2010

Rutin pagi setiap hari.

Sudah menjadi kenyataan aku ini seorang yang suka bangun awal pagi dan buat kerja atau apa-apa sahaja pada waktu pagi ketika semua orang tengah tidur, ketika dunia dalam keadaan sleep mode, ketika waktunya seakan-akan aku seperti I Am Legend. Tanya lah kawan-kawan yang pernah jadi teman sebilik dengan aku.

Dulu kalau kat rumah, aku tidur di bilik, mak ayah aku tidur di ruang tamu. Sempoi je kan, walaupun ada je bilik tidur untuk mereka, tapi dah jadi keselesaan untuk tidur kat ruang tamu depan televisyen. Aku pula jenis yang suka privacy maka aku tidur dalam bilik kunci pintu. Bila aku bangun pagi-pagi tu pun, aku pergi bukak komputer kat ruang tamu main game atau online dulu sebelum buat apa-apa. Selalunya tak adalah bangun pagi awal sangat, sejak dua menjak aku hidup berdikari ini aku mula semai tabiat bangun awal. Kalau aku bangun pagi akibat mimpi ngeri atau mengigau, selalunya aku cepat-cepat bangun dan cepat-cepat pergi ruang tamu sebab aku tahu mak ayah aku ada kat ruang tamu tengah tidur. Walaupun aku tak kejutkan mereka, just knowing that they are there, rasa takut aku itu cepat pudar. Setiap kali perkara macam tu terjadi, benda yang sama akan aku ulang.

Namun, pagi tadi aku terjaga pada pukul 12 pagi/malam/tengah malam, keadaan gelap gelita. Dah lah semalam tu malam jumaat kan, aku pun baru je perasan. Aku mimpi ngeri, paling ngeri aku pernah mimpi setakat ini. Aku tak reti nak ceritakan mimpi aku tu tapi aku terjaga daripada tidur sampai rasa takut dan rasa lain macam je. Tiba-tiba terasa nak pergi ruang tamu jumpa mak ayah, tapi aku baru sedar aku kat mana sebenarnya. Tergerak hati aku nak kejutkan kawan minta teman, tapi aku rasa tak payah lah. Leceh je. Jadi, aku baca ayat kursi lepas tu cuba tidur balik. Alhamdulillah aku dapat tidur balik dengan senang sekali.

Hanya nak share satu ayat Al-Quran aku terbaca kat surau semalam. Maksudnya:

"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat padamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan jangalah kamu ingkar kepada-Ku. Wahai orang-orang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang yang sabar." (2:152-3)

Thursday 11 November 2010

Dapat naik pangkat. Dapatlah naik gaji.

Oleh sebab saya pernah mengutuskan surat permohonan kenaikan pangkat, maka akhirnya saya dapat jawapannya daripada Pengerusi Syarikat. Terima Kasih Boss. :B)

Wednesday 10 November 2010

Tiba waktu untuk aku mengamuk.

Bunyi telefon bimbit berdering. Aku capai dan lihat skrin:

"You received one message from XX"

Aku tekan butang open dan baca mesej tersebut.

"Azuan, besok lo harus kumpulin tugas isbd 1,2,3 paling lambat jam 2 di kantin ke XY, soalnya ada 2 box yang hilang, harus besok, kalau gak, nilai tugasnya 0".

Jadi, kalau anda dalam situasi begini, apa akan anda rasa? Dapat tahu benda macam ini last-last minute, lepas itu dia punya expectation tinggi sangat, nak esok hari. Padahal kerja tugasan itu dah sebulan lepas dah buat dan hantar, tapi akhirnya hilang, dan aku pula kena tungkus-lumus buat semula. Tambahan pula, ini bukan kali pertama benda macam ni berlaku, dah kali kedua, dan aku ramalkan macam ada banyak kali akan berlaku pada masa akan datang. Pihak yang terlibat tak ada terasa ke nak perbaiki masalah macam ini? Kami, pelajar-pelajar, terutamanya aku dan juga mangsa-mangsa seperti aku, amatlah menghargainya. Terima kasih.

Di sini aku nak tekankan, aku amatlah sangat dahsyat menghargainya kalau benda macam ni tak terjadi untuk kali ketiga dan seterusnya. Macam tak ada guna aku hantar kerja on time.

Tetapi, kalau difikirkan balik. Everything has it's upside. Kalau dilihat dari perspektif yang lebih cerah, ada hikmah disebalik situasi yang malang ini. Mungkin kerja lepas yang aku dah hantar tu, kalau ingat betul-betul, tak ada lah seberapa. Inilah masanya aku nak perbaiki kesalahan dan juga tingkatkan prestasi kerja aku.

Pukul saya lagi sekali.

Pernah tak korang bangun-bangun dari tidur, ada satu lagu terlekat kat kepala kau. Kau buka mata je, ada satu lagu tu dia main dalam kepala kau berulang-ulang kali.

Aku selalu macam tu, dan pagi ini, lagu yang terlekat kat kepala otak aku, Hit me baby on more time oleh Britney Spears. Aku tak tahu kenapa, tapi bila aku terjaga dari tidur tu, tiba-tiba je "hit me baby one more time" ulang-ulang main dalam otak aku.

Saturday 6 November 2010

Past events tied to current behaviours.

DUlu sewaktu aku berada dalam sekolah rendah, aku selalu gunakan kata ganti nama "awak" dan "saya, walaupun ketika aku berbicara dengan kawan lelaki. Kalau dengan kawan perempuan tu tak hairan lah kan, tetapi ini kawan-kawan lelaki pun aku buat sebegitu.

Memang tak hairanlah juga aku kena ejek lepas tu.

Maka, sampai sekarang, kadang-kadang tu, aku rasa macam kekok dan aneh kalau aku sendiri guna "saya" dan "awak", melainkan bersama orang-orang tua, aku haruslah guna atas dasar hormat. Of course "awak" tu aku tak guna kalau nak rujuk orang tua, maksud aku "saya" sahaja.

Ucapan selamat.

Ok sebenarya aku tak tahu aku terlambat, aku terawal atau tepat pada masanya. Kalau bab-bab ingat tarikh lahir memang aku seorang yang pelupa. Sedangkan aku simpan kalendar untuk ingatkan tarikh lahir kawan-kawan, dan kalau terlupa tengok kalendar pun, ada beberapa kawan-kawan aku yang lain selalu ingatkan hari jadi kawan yang lain. Jadi tadi ada seorang kawan aku ini meningatkan, aku nak check kalendar untuk kepastian, kalendar tak wujud. Jadi selamat ulangtahun. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberkati dan sukses di duna dan akhirat. Aku doakan kejayaan kau. Amin. :)

Hadiah paling baik adalah doa. Kan. :)

Friday 5 November 2010

Aku pun nak publisiti jugak.

Aku pun rasa apa yang kau rasakan. Kadang-kadang tu sebab aku jauh daripada korang, aku rasa macam aku isolated, macam aku satu pulau. Korang semua kat pulau tu, aku sahaja keseorangan kat pulau ini. Tapi tak ada lah terasa sangat sebab aku percaya korang rindu aku sepertimana aku rindu korang sangat-sangat kan. :)

Terima kasih. Dan aku harap aku tergolong dalam orang-orang yang kau cakapkan itu. Malulah aku kalau aku syok sendiri.

Pernah tak?

Pernah tak rasa  bila kau buat sesuatu tu macam tak ada makna je dalam hidup kau. Macam kau buat benda tu tak ada guna, sia-sia saja. Tapi sebab kelalaian dan kedaifan kau tu, kau tetap buat benda tu sebab kau tak tahu nak buat apa lagi. Kau buat benda tu sebab nak dapatkan kenikmatan.

Aku pernah. Aku buat perkara tanpa niat yang betul, tanpa tujuan yang benar. Sepatutnya aku buat sesuatu kerana Allah dan hanya kerana Dia sahaja yang boleh kita mencari makna dan dapat keredhaan. InsyaAllah, aku boleh dapatkan perasaan bermakna itu dalam apa aku buat selepas ini melalui cara-cara yang betul.

Thursday 4 November 2010

Late bloomer.

Tu lah, dulu masa dalam kelas, Ustazah ajar kat depan tak nak dengar betul-betul, main-main lah, bual-bual kosong lah duduk kat belakang tu. Inilah balasannya.

Memang aku sedar sekarang, memang aku rasa rindu dan menyesal tak tumpu perhatian betul-betul masa sekolah dulu. Tak pun, memang aku menyesal aku tak menghayati betul-betul apa aku pelajari, bukan setakat nak hafal-hafal dan ingat semata-mata untuk periksa. Sekarang dah tiba masanya, aku rasa nak je balik sekolah pinjam buku teks bukak balik. Aku rasa sangat malu dengan diri sendiri terutamanya, benda yang asas pun aku tak dapat nak master, apatah lagi kalau benda-benda yang dah advanced.

Sekarang ni tercetusnya semangat aku nak belajar balik benda yang basic tu semua gara-gara aku sedar aku memegang tanggungjawab yang besar. Kerana tanggungjawablah baru aku rasa ada inisiatif untuk belajar balik benda-benda ni. Kerana rasa tanggungjawablah aku rasa aku patut belajar supaya nanti aku tidak ketinggalan, tidak terpesong dan tidak menyesatkan. Tanggungjawab sebagai seorang bakal pemimpin negara(ye ke pemimpin?), tanggungjawab sebagai seorang bakal suami dan bapa, tanggungjawab sebagai seorang guru atau role model, tanggungjawab sebagai seorang sahabat, tanggungjawab sebagai seorag anak dan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. Itu baru kerana tanggungjawab, kalau kerana nak mendapatkan keredhaan Allah semata-mata? Haish, Aku kena lah ubahkan niat aku ni.

Ubah lah wahai Don Juan.

Tapi alhamdulillah, bukan sebab kerana itu sahaja, kerana aku ada dorongan, kerana aku ada sumber inspirasilah yang suntik aku untuk mulakan pengembaraan aku ini. Dan aku rasa tak baik aku dedahkan identiti dia kat sini. Cuma aku boleh cakap dan bagitahu, sebab dia lah juga, aku rasa bersemangat nak mendalami apa yang aku sekarang cuba nak mendalami. Dia lah inspirasi aku dan dia juga lah seorang yang aku rasa nak contohi. Sebabnya apabila aku tengok perilaku dia, dan perangai dia, walaupun sekejap je, aku rasa terpegun, dan entahlah nak cakap apa. Aku rasa inspired lah, pokoknya.

Dan alhamdulillah juga, aku sekarang istiqamah dalam apa yang aku lakukan. Moga-moga aku terus istiqamah. Bak kata kawan aku dulu, kalau baca Al-Quran tu, tak kisah lah satu muka surat je satu hari, tapi asalkan konsisten, enaklah begitu.

Mungkin juga sebab persekitaran yang kondusif atau tidak kondusif yang mendorong aku untuk mula mendalami apa yang aku nak dalami sekarang ini. Nak kata kondusif tu, tak ada lah sangat, banyak je benda yang boleh menguji keimanan aku ini yang dalam lingkungan sekitar aku. Tapi kalau nak kata tak kondusif pun, orang kata kat sini banyak yang boleh diperolehi, provided that you look for it.

Kalau aku muhasabah diri lagi, banyak lagi yang aku boleh perbaiki. Banyak lagi yang aku buat harus ditinggalkan. Dan banyak lagi yang aku boleh pelajari supaya aku tidak daif seperti dahulu yang memang tak nak ambil tahu. Memang aku menyesal dulu aku tak berminat nak mendalami semua ini, tetapi alhamdulillah kesedaran itu timbul lah juga, dan bukan setakat sedar sahaja, tetapi insiatif tu pun ada. Aku bersyukur. Aku sedar, umur aku ni sekarang dah tua, tapi baru sekarang nak mendalami sedangkan sepatutnya kecil-kecil lagi aku dah master benda-benda simple. Mungkin betul, tetapi aku tak salahkan sesiapa. Apa yang harus aku tumpukan sekarang adalah pada prioriti utama. The rest are just details.

Kalau aku fikir balik pun, memang banyak salah aku pernah buat. Aku mengaku. Sekarang aku tengah cuba sedaya upaya nak belajar daripada kesalahan itu dan juga memperbetulkan jika kesalahan itu timbul lagi pada masa akan datang sama ada dalam diri aku ataupun pada orang sekeliling. Aku sedar dulu perkara-perkara yang aku lakukan memang perkara yang macam tak ada meaning, macam tak bermakna, tak berpahala. Semuanya duniawi semata-mata. Kadang-kadang kalau aku betul-betul fikir balik, aku rasa takut, banyak dosa aku dah buat dan aku takut iman aku tergugat. Aku doa-doakan iman aku stabil. Aku doa-doa nanti aku masih dalam iman lebih-lebih lagi waktu sekarang ni yang agak kelam kabut, kan?

"Wahai orang-orang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah mati kecuali dalam keadaan muslim." (3:102)

Wednesday 3 November 2010

Aku rasa aku hebat sekarang.

Buktinya

Yang mana satu harus?

Sekarang ini aku rasa aku patut masuk kursus. Tetapi masalahnya aku tak tahu nak masuk kursus apa. Sama ada kursus Cara-cara nak berjimat cermat ataupun Kursus Tips-tips Diet.

Sebabnya, aku sekarang ini almaklumlah tidak pandai dalam hal-hal berkenaan dengan wang. Aku tidak salahkan sesiapa pun melainkan diri aku sendiri yang tiada inisiatif untuk belajar dan mulakan sikap jimat cermat itu, lebih-lebih lagi waktu begini.

Tetapi pada masa yang sama, sebab aku tak berjimat cermat adalah kerana aku makan banyak. Kebanyakkan duit yang diberikan kepada aku, aku belanja untuk makan dan aku memang seorang yang makan banyak. Bak kata aku, makan ikut mulut bukan perut. Selalunya kalau aku tak ada apa-apa aktiviti yang menggerakkan minda, timbullah nafsu untuk makan, ssemata-mata nak isi waktu kosong.

Maka apabila nak makan itu, haruslah keluarkan wang untuk belanja. Hatta aku dalam dilemma sekarang ini. Mana satu harus menjadi prioriti. Hmmmmm.

I just want to say or ask.

Why is it that you do not want or i don't know for whatever reason to tell people the good news. In this case, perhaps, share the good news for others to follow. Sometimes it occurs to me that it's as if you do not want to share something that is amazing, or could be useful in any way, to others. It's as if you want this thing, this agreement to be something that is only exclusive to certain people. To me i think it is somewhat selfish and not to mention discriminative. Whatever reasons you have, please don't make me feel bad and guilty for sharing something that i think i have a right to share.

Aku cuma tidak faham lah kenapa gayanya seperti kau tak nak orang lain dapat tahu tentang perkara tersebut. Macam kau nak simpan perkara tersebut dan tunggu tepat pada masanya untuk kau keluarkan kenyataan "I TOLD YOU SO" ataupun "IN YOUR FACE". Tidakkah kau rasa sia-sia sahaja kelakuan sebegitu.

Contohnya kalau kau dah nasihat dah banyak kali seorang polan ni. Tetapi ternyata polan ni memang degil dan keras kepala, tak nak dengar teguran dan nasihat. Tapi bila sampai waktunya si polan ni ditimpa musibah, kau pula bukan nak bantu, tapi seolah-olah kau pergi depan muka dan cakap "Padan muka, siapa suruh tak nak dengar nasihat aku?!". Tak ke kau rasa tak ada guna kau cakap padan muka. Bukannya mendatangkan apa-apa kebaikan.

It seems that all this time your intentions weren't about helping others, but it is like it's all about you being right and others being wrong. So if you were right and always are, what will it bring if you do not put it to better use. What does it say about you none other than "just an insufferable know-it-all". That's all.

I'm just saying, if we possess information or anything that is nice to be shared, i just think that we should share it and not wait for the precise moment where you can say " I told you".

Saturday 30 October 2010

Three days but more to go.

It has been three days i have gone without it. Three miserable aching days. Aku tahu kalau dilihat semula, tiga hari sahaja aku bertahan, tiga hari sahaja aku berperang, tetapi bagi aku tiga hari ini buat aku rasa bangga. Aku berperang dengan lawan yang paling susah orang nak menang. Diri sendiri. Truthfully it has been very difficult for me to fight myself, but three days, i have been victorious. Although sometimes i still can't help but think about it and can't help to want it, but alhamdulillah i can fight those thoughts away. And i am hoping that this will go on for as long as i can bear it. Aku minta moga-moga aku boleh lawan lagi kehendak dan niat yang tidak baik itu, bukan untuk tiga hari ini sahaja, tetapi agar biar ia berpanjangan. InsyaAllah.

Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Dari itu boleh aku simpulkan bahawa adalah penting untuk kita jaga hati kita.  Jaga daripada segala kekotoran yang boleh cemarkan hati yang seharusnya suci dan bersih dan murni.  Sebabnya kalau hati dah bersih, maka segala kelakuan dan amal kita pun insyaAllah akan menjadi murni. Kalau hati kita kotor, maka sebaliknya yang akan berlaku dan minta-minta aku tidak lah seperti itu. Hati kitalah yang mendorong kita buat sesuatu. Niat itu datang dari hati.

Jadi kenalah kita berlatih dan amalkan untuk membersihkan hati dan diri kita. Praktikkan lakukan perkara-perkara seperti baca Al-quran dan ibadah sunat yang lain. Tetapi yang wajib tu jangan pula ditinggalkan kerana nak kejar-kejar yang sunat pula.

Sebenarnya, apa yang aku tulis ni, aku nak ingatkan diri aku. Ingatlah selalu.

Friday 29 October 2010

Jom mulakan.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seandainya manusia mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan cara mengundi di antara mereka, sudah tentu mereka mahu mengundi. Seandainya mereka mengetahui kelebihan takbir iaitu menyegerakan sembahyang, sudah pasti mereka akan berlumba-lumba mendapatkannya dan seandainya mereka mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam sembahyang Isyak dan sembahyang Subuh, sudah tentu mereka akan mendatanginya meskipun secara merangkak.

Tunggu apa lagi? Aku? Walaupun aku tahu ini cuma alasan, tetapi alasan yang munasabah bagi aku lah. Tempat tinggal aku sekarang ini agak jauh daripada Masjid atau surau(at least surau/masjid yang aku tahulah, tak tahulah ada surau/masjid yang aku tak jumpa lagi). Maka aku selalu solat di bilik sahaja. Tetapi insyAllah nanti bila sudah pindah rumah, aku bertekad mahu biasakan diri ke surau. Mujur rumah yang aku nak pindah tu dekat sangat dengan surau/masjid. Tolonglah percepatkan kepada disember please.

Haish, macam mana lah nak ubah diri kalau macam ni lagi.

sumber: Mujahidfillah

Patutlah.

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.”

Patutlah dah jadi adat bila orang datang rumah tu kita sediakan makanan dan layan tetamu dengan senyuman. Kalau dalam kes aku tulis :) adakah kira sedekahkan senyuman? 

Anyways, sebagai ilmu tambahan bagi aku dan sesiapa sahaja:

Makruf adalah segala perkara yang diketahui umum tentang kebaikannya sama ada dari segi syarak atau dari segi adat (yang tidak bercanggah dengan syarak). Manakala perkara yang mungkar pula adalah sebaliknya.


Sumber: Senyuman suatu sedekah

Hopefully everything will be alright.

Aku sedih melihat kawan-kawan aku ditimpa masalah. Aku sedih aku tidak dapat bantu mereka secara langsung. Tetapi secara tidak langsung. aku gembira aku dapat bantu mereka dengan hanya berbual dengan mereka walaupun perbualan itu perbualan tentang entah apa-apa tetapi aku dapat rasakan keintiman itu walaupun jasad kami berada dia tempat yang jauh dari pandangan mata antara satu sama lain.

Aku hanya nak beritahu, kalau kamu perlukan aku untuk bercerita sahaja pun, aku sanggup mendengar. Tadi baca suatu kisah sedih kawan aku, meamng aku sedih keadaan dia sekarang. Aku rasa macam nak balik sahaja dan pergi jumpa dia. Aku mengaku, sebenarnya aku pun pentingkan diri, selfish. Aku nak tolong mereka pun sebab aku nak pergi jumpa mereka dan luangkan masa bersama mereka. Aku pun rindu mereka dan aku pun perlukan company. Tetapi tidak mengapa, ada jalan lain. Sudah tentu ada alternatif lain.

Banyakkan bersabar banyakkan ibadah dan berdoa. InsyaAllah everything will be alright.

Thursday 28 October 2010

Mencari ilham daripada Scrubs dan Grey's Anatomy.

Apa salahnya?

Membuak-buak.

Aku tengah sabar ni. Aku tengah sabar bila aku rasa aku tidak diberi ruang untuk meluahkan perasaan aku dan pendapat aku kerana setiap kali aku nak buka mulut, aku rasa macam aku seakan-akan berlagak ataupun tidak ada sensitiviti terhadap orang disekeliling. Seakan-akan aku meninggikan diri dan merendahkan orang lain. Macam aku nak menunjuk bahawa aku hebat tetapi sebenarnya niat aku bukan begitu tetapi aku takut orang lain salah tafsir perilaku aku. Maka setiap kali aku ada pendapat, aku kena tapis sebanyak yang mungkin sebelum aku keluarkan pendapat aku.

Aku tengah sabar ni bila aku tak ada perasaan untuk layan orang lain tetapi atas sifat belas kasihan aku dan sifat pelayanan aku yang tinggi, aku tetap layan juga orang yang menegur aku kerana aku rasa tidak patut aku menyombongkan diri walhal ini bukan kerana aku sombong, tetapi kerana aku pun bermasalah juga, aku pun ada juga masa naik dan masa turun. Tetapi apakan daya, aku ini budak belajar bidang yang orang lain seakan-akan memuja, jadi aku tidak diberi kesempatan untuk berkelakuan begitu, kalau ya pun, nanti dilabel sombong dan show off dan lupa diri pula.

Aku tengah sabar ni bila aku yang ditegur orang tetapi aku rasa macam aku yang mulakan setiap perbualan. Orang yang berlawanan dengan aku itu pula yang seakan-akan malas nak layan aku padahal dia yang tegur aku. Jadi beriya-iya lah aku berbual-bual kosong dengan dia tetapi nampaknya aku sahaja yang syok sendiri. Macam aku ni bercakap dengan diri sendiri rasanya, sampai rasa macam layak masuk wad gila.


Ya aku tengah sabar lah ni. Sabar kan separuh daripada iman.  Ommmmmm...

Jahit mulut.

Selalu aku terfikir, kalau satu hari ini, aku tidak bercakap, adakah dosa aku akan berkurang dan pahala aku akan bertambah. Kadang-kadang itu aku rasa ya jawapannya.

Namun, selalu aku cuba kurangkan malah berhenti serta-merta daripada membuka mulut, untuk satu hari sahaja, tetapi akhirnya aku kecundang juga. In the end, i give in to my habits. Aku cenderung bercakap banyak dan berbual-bual kosong sehinggakan satu ketika itu aku rasa tidak selesa kalau keadaan senyap dikalangan kelompok manusia. But what is the harm in enjoying each other's presence and company in silence.

Tidak mengapa. Tomorrow's another day.

Banyak lagi.

Banyak lagi yang aku perlu belajar. Tetapi setakat baca dan belajar sahaja pun tiada gunanya kalau aku tidak cuba terapkan dalam kehidupan seharian. Sekaranga aku semakin sedar, alhamdulillah, sedikit demi sedikit aku cuba nak dekatkan diri aku lagi.

Ada satu ketika itu kawan aku tanya:

"Bila waktu kau rasa kau betul-betul orang islam? Bukan sebab kau lahir islam atau keturunan islam? Bila?"

Walaupun aku tak pernah mempunyai pengalaman ditanyakan soalan sebegitu sebelum ini, namun dengan senang sahaja aku boleh jawab soalan itu. Aku betul-betul rasa aku orang islam bila aku masuk tingkatan 4. Secara jujurya, pada waktu itu aku mula rasa pentingnya aku jaga solat, ibadah dan tingkah laku aku yang menunjukkan aku ini orang islam. Walaupun tak begitu sempurna lagi aku punya ibadah pada waktu itu, namun aku bersyukur kesedaran itu ada dan rasa bertanggungjawab itu pun mula nak timbul. Sekarang pun masih lagi tidak sempurna, aku mengaku. Masih banyak lagi ruang untuk aku perbaiki dan tingkatkan usaha untuk mantapkan iman aku ini. Secara perlahan-lahan aku tengah cuba menjauhi segala yang terlarang dan mendekati yang disuruh.

Aku boleh..

Baru sahaja tadi aku terfikir, apa yang sudah aku pelajari daripada orang-orang yang terdahulu daripada aku, sepatutnya aku cuba sampaikan kepada kawan-kawan aku. InsyaAllah, dalam masa akan datang aku cuba praktikkan bersama rakan-rakan aku nanti.

Aku harap dan bertekad, perkara ini berlanjutan dan bukan sekadar "in the mood".

Friday 22 October 2010

Now I know.

At least now i know that what i thought about people aren't exactly real representations of that people in reality. Sometimes i am wrong and i do make mistakes.

Sorry to have caused such inconvenience.


I feel down right now. I don't feel like talking anymore.

But most of all, i feel bad.

Tuesday 19 October 2010

Tum ketumbak.

Terjumpa ini semasa browsing internet tadi.




Tengah ingat steps semula.

A society is judged...

not by how tall they're buildings are built. But of how the condition of they're libraries are.

Semalam aku singgah perpustakaan universitas aku, aku sedih. Aku rindu CAIS.

Simple stitching.

Pagi tadi mimpi seorang kawan aku kena kapak kat bahu kiri dia. Lepas tu macam kulit terbelah banyak bila kapak tu dicabut. Bear in my mind, ketika ini ada perang apatah, selepas dia kena injury itu, aku bawak kawan aku tu lari for safety. I was never a fighter anyways. Lalu bila dah sampai tempat selamat, yang best dan menakjubkannya, aku jahit balik dia punya luka besar tu. Seriously pengalaman palsu yang mencabar tetapi menggairahkan. Seakan-akan tengah perform surgery. Tapi jahitan biasa je kan, tanpa anaesthesia tu. Hebat tak.