Friday, 29 October 2010

Jom mulakan.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seandainya manusia mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan cara mengundi di antara mereka, sudah tentu mereka mahu mengundi. Seandainya mereka mengetahui kelebihan takbir iaitu menyegerakan sembahyang, sudah pasti mereka akan berlumba-lumba mendapatkannya dan seandainya mereka mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam sembahyang Isyak dan sembahyang Subuh, sudah tentu mereka akan mendatanginya meskipun secara merangkak.

Tunggu apa lagi? Aku? Walaupun aku tahu ini cuma alasan, tetapi alasan yang munasabah bagi aku lah. Tempat tinggal aku sekarang ini agak jauh daripada Masjid atau surau(at least surau/masjid yang aku tahulah, tak tahulah ada surau/masjid yang aku tak jumpa lagi). Maka aku selalu solat di bilik sahaja. Tetapi insyAllah nanti bila sudah pindah rumah, aku bertekad mahu biasakan diri ke surau. Mujur rumah yang aku nak pindah tu dekat sangat dengan surau/masjid. Tolonglah percepatkan kepada disember please.

Haish, macam mana lah nak ubah diri kalau macam ni lagi.

sumber: Mujahidfillah

2 comments:

  1. sejak akhir2 ni entry kau lain mcm.alhamdulillah.
    (no sense of sarcasm here)

    ReplyDelete
  2. ahahah sebab sejak akhir-akhir ni aku pun agak lain macam secara dalaman dan internal. But i'm still myself. i still have my humour. ahhahaa thanks. :)D

    ReplyDelete