Monday 18 October 2010

Diglet and Dugtrio.

Rindu menonton dan main game Pokemon. Kalau masa kecil-kecil dulu aku memang pakar Pokemon. Cakap sahaja nama satu Pokemon itu, aku akan tahu kelemahan dan kelebihan dia. Tapi dengan syarat Pokemon yang 150 terawal dan original sahajalah. Kalau Pokemon yang sekarang ni, bukan setakat nama aku tak tahu, jenis elemen apa pun aku tak tahu walaupun misalnya nampak macam biri-biri, tetapi akhirnya aku dapat tahu dia jenis electrical. Memang otak bergeliga pencipta Pokemon ni.

Buat masa ini, aku rasa macam nak jadi Diglet atau Sandshrew dan gali tanah sedalam-dalamnya dan duduk dalam lubang itu. Dan ini bukan metafora sebagai liang lahad. Jangan fikir bukan-bukan. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment