Thursday, 28 October 2010

Membuak-buak.

Aku tengah sabar ni. Aku tengah sabar bila aku rasa aku tidak diberi ruang untuk meluahkan perasaan aku dan pendapat aku kerana setiap kali aku nak buka mulut, aku rasa macam aku seakan-akan berlagak ataupun tidak ada sensitiviti terhadap orang disekeliling. Seakan-akan aku meninggikan diri dan merendahkan orang lain. Macam aku nak menunjuk bahawa aku hebat tetapi sebenarnya niat aku bukan begitu tetapi aku takut orang lain salah tafsir perilaku aku. Maka setiap kali aku ada pendapat, aku kena tapis sebanyak yang mungkin sebelum aku keluarkan pendapat aku.

Aku tengah sabar ni bila aku tak ada perasaan untuk layan orang lain tetapi atas sifat belas kasihan aku dan sifat pelayanan aku yang tinggi, aku tetap layan juga orang yang menegur aku kerana aku rasa tidak patut aku menyombongkan diri walhal ini bukan kerana aku sombong, tetapi kerana aku pun bermasalah juga, aku pun ada juga masa naik dan masa turun. Tetapi apakan daya, aku ini budak belajar bidang yang orang lain seakan-akan memuja, jadi aku tidak diberi kesempatan untuk berkelakuan begitu, kalau ya pun, nanti dilabel sombong dan show off dan lupa diri pula.

Aku tengah sabar ni bila aku yang ditegur orang tetapi aku rasa macam aku yang mulakan setiap perbualan. Orang yang berlawanan dengan aku itu pula yang seakan-akan malas nak layan aku padahal dia yang tegur aku. Jadi beriya-iya lah aku berbual-bual kosong dengan dia tetapi nampaknya aku sahaja yang syok sendiri. Macam aku ni bercakap dengan diri sendiri rasanya, sampai rasa macam layak masuk wad gila.


Ya aku tengah sabar lah ni. Sabar kan separuh daripada iman.  Ommmmmm...

No comments:

Post a Comment