Sunday 26 September 2010

Saturday 25 September 2010

Apa aku belajar kini.

Apa aku belajar semua pada waktu kini adalah etika, cara-cara seorang profesional mengendalikan kerjanya dan orang-orang di sekelilingnya. Ada tatacaranya, ada protokol nya, ada kesemuanya.

Semakin aku belajar, kadang-kadang itu semakin aku rasa aku tidak layak belajar bidang ini. Sebabnya, etika aku memang jauh sama sekali beza dengan etika yang patut aku tampilkan sebagai seorang profesional dalam bidang ini. Perangai aku memang tidak sehaluan dengan cara pemikiran. Perangai aku memang perangai yang periang, selamba, relaks dan semuanya yang kebudak-budakan. Namun karakteristik yang harus aku terapkan di sini untuk menjadi berjaya adalah bersikap profesionalisme, serius, fikiran rasional dan peribadi dewasa, so to speak.

Agak susah di situ. I may grow old, but i can never grow up.

Alternate reality.

When i am in my room, i feel like i'm in a very different dimension. It's like i am in some sort of time machine where time is not relevant to me. I feel like i don't know what is going on outside my fortress of solitude.

Because of that also, in chatrooms, i go invisible sometimes is  because i want to be in an alternate reality. I want to lose track of time by myself. I want to be alone with myself without thinking the social constraints of entertaining and keeping up with friends. Sometimes i just don't have the emotional capacity of making conversations with old friends because i just don't feel like it and i always feel like it. Mostly anyways.

But i do not deny that i do miss having long talks with friends and gossipping and chit-chat and whatnot. It encourages affection, but it also encourages me to easily feel fed up. Everything has it's limit i guess. And right now, i am over the border of my limit of staying alone for too long. I need something extraordinary. Right now, i don't feel so special, i don't feel so unique. I feel nothing. No, even that is something. I don't feel anything.

Wednesday 22 September 2010

In retrospect.

In reflection, this year has been a very hectic year for me. I've said too many goodbyes and hellos this year alone compared to all my years of living on this beautiful earth. Also, i have moved numerous times, to many places this year. I've been quite the nomad if you ask me. but now i guess, i have reached the end of my nomadic periods. Now, all i have to do is settle down and start adapting to this new environment i call my temporary home, for the time being.

I guess, i just want to say that i'm finally getting acquainted to the idea that i have come to a halt to my transferring days for now and that i need to accept reality that, it's not going to get any better than this.

Tuesday 21 September 2010

Sometimes i just don't want to grow up.

Aku tahu soalan begini tidak sepatutnya aku tanya.

But why do i attract these kind of people. Am i that kind of magnet where people like them will succumb to my stupid charm. I am not doing this purposely but somehow, it comes back to me and sometimes i feel , well i think i can't say it here because it may hurt people's feelings. But that is what i feel like. I feel like asking WHY ME?

Sunday 19 September 2010

Everyday you learn new things.

Alhamdulillah. Aku bersyukur aku memang bertuah. Aku kena ingat betapa bertuahnya aku ini.

Jangan complain jangan merungut. Everyday is a gift. so start giving.

And thanks to the one person that i can tell anything to. Best berbual setelah beberapa lama tidak bersapa.

Aku memang cukup bertuah.

Senior-senior aku memang baik sangat. Terima kasih banyak-banyak.

Saturday 18 September 2010

Tengah layan Space Jam.

Brings back childhood memories and nostalgia.

Like no other. Hopefully.

Aku lihat rakan-rakan aku sekarang.

Aku diselubungi perasaan cemburu. Aku cemburu mereka gembira dan aku di sini tak dapat nak menggembirakan diri sebab keadaan sekeliling tak mengizinkan.

Sebagai langkah keselamatan, suatu hari yang lepas, aku ada beli game komputer yakni Resident Evil 5, Battlefield Bad Company, dan Sims 3. Harap-harap boleh "seru".

Perasaan apabila sesuatu itu tiada.

Banyak benda aku rindu. Keluarga, kawan, pengalaman, situasi, tempat, semunya umum. Aku tak nak lah menyebut dengan detail, sebab yang disebut itu mesti sudah tahu yang aku rindukan mereka, cuma aku nak ulang lagi supaya mereka ingat kembali.


Tetapi di antara semua itu, perkara-perkara yang aku rindu nak buat dan tak berkesempatan dan boleh lakukan di sini termasuklah baca buku the sandman oleh Neil Gaiman dan Watchmen oleh Alan Moore. Ini kerana aku tak bawa bersama aku buku-buku tersebut dan betapa sedihnya aku rasa tak dapat luangkan masa baca buku fiksyen.

Selain itu, aku rindu jalan-jalan. Maksud aku di sini bukan jalan-jalan pergi ke kompleks beli-belah dan sebagainya. Maksud aku di sini adalah berjalan-jalan sekitar apa-apa kawasan. Bersiar-siar tengok pemandangan dan nikmati alam. Bukannya pemandangan di sini kurang baik, ada baiknya dan ada buruknya, cuma masalahnya aku masih lagi tidak berani nak jalan seorang diri lagi. Kalau tak sudah lama setiap hari aku keluar bilik pergi explore kawasan tempat aku tinggal. Namun situasi tidak mengizinkan. Apatah lagi, kenalan seangkatan dengan aku ini memang jenis yang konvensional(to say the least) sehinggakan buat aku rasa macam malas nak layan kadang-kadang. Aku mengaku itu agak kurang baik, tetapi aku tak boleh nak buat apa-apa kalau orang itu memang buat aku muak tengok dia. Tapi memandangkan kita bersama-sama, maka aku rasa baik aku membantu dia dan dia membantu aku, aku seharusnya lupakan hal-hal bodoh dan fikir untuk bantu orang sahaja.

Aku juga rindu kota bandar lebih-lebih lagi Kuala Lumpur. Sudah berapa bulan aku tak singgah KLCC, Pavillion, Times Square. Walaupun bunyinya seperti materialistik, tapi memang aku rindu pengalaman jumpa kawan-kawan naik LRT sama-sama takpun kalau lambat sampai naik teksi. Takpun kalau awal sampai, rindu waktu ketika aku tunggu kawan-kawan tiba dan luangkan masa dalam kedai buku sambil belek-belek buku cerita yang aku rasa nak beli. Rindu cuba makan makanan baru, cari pengalaman baik ataupun buruk dalam menjamah makanan-makanan yang tak pernah dijamah. Rindu naik turun escalator. Rindu memandu kereta, walaupun baru sahaja dua minggu tidak pandu, tetapi aku memang ketagih memandu. Rindu jalan kaki jauh-jauh untuk ke destinasi seterusnya. Rindu membuat perkara-perkara spontan, ikut impulse of the moment. Semunya aku rindu. Sejujurnya, di sini, aku tak berapa boleh nak buat benda-benda macam itu. Especially benda-benda spontan macam tu, sebabnya orang-orang di sini semuanya nak planning betul-betul lepas itu ikut plan itu dari A sampai Z. Walaupun sebenarnya tak ada lah betul-betul macam tu, tapi aku boleh dapat aura sebegitu daripada mereka. Aku boleh agak yang mereka orangnya seperti itu.

Walaubagaimanapun, aku sedang cuba untuk menggembirakan diri dan memeriahkan lagi pengalaman aku di sini walaupun dikelilingi aura-aura negatif. Aku pun akan cuba keluarkan aura yang negatif juga kerana mengikut undang-undang matematik, negatif dengan negatif jadinya positif. AHAHAHAH maaf, dah lama tak belajar matematik.

Wednesday 15 September 2010

Gamaliel.

I don't know how many times i have to repeat the same things over and over again. It has been a very hectic nearly two weeks here which has made me very anxious and very looking forward to start the semester. I know everybody always wants the holidays to be longer, but somehow i can't wait to start the semester and learn new and old things again. Right now i just feel stupid doing nothing. I feel useless always having the same boring routines all day that brings no satisfaction, academically and intellectually. I love being smart, or at least trying to be smart. But somehow nowadays i feel nothing as such.

Ya Allah, please make these few days and the first semester a summer breeze and past by as fast as it can. I can't wait to begin learning how to help people.

Secara jujurnya, memang aku tak sabar untuk mula belajar. Baru sahaja tadi, perbualan antara rakan-rakan aku, mereka bualkan tentang persepsi orang dan reaksi orang sekeliling terhadap kami. Misalnya, apabila kami mendapat peluang untuk sambung belajar ini, reaksi orang di sekeliling, selalunya akan bertanya adakah kami sudah bersedia secara mental dan fizikal. Selain itu, reaksi seterusnya, apa yang kami akan pelajari semuanya susah-susah belaka.

Kalau nak tahu reaksi aku sebenar-benarnya apabila aku dapat peluang ini, memang aku takut. Aku tidak nafikan bahawa aku takut dalam meneruskan perjuangan aku dalam bidang ini, namun disebalik itu, aku rasa tidak sabar, berani untuk cuba sesuatu yang baru bagi aku. Ingin mengambil risiko dan rebut peluang yang susah untuk dapat. Aku memang tak sabar sangat-sangat. Aku harap semangat ini tidak luntur, walaupun orang kata penat, aku rasa lagi tercabar. Aku rasa lagi untuk meningkatkan daya kompetitif aku. Aku harap, semangat ini berterusan.

InsyaAllah.

Memang peribahasa sekarang yang asyik melekat kat kepala aku pada waktu kini adalah susah-susah dahulu senang-senang kemudian. Sebabnya memang waktu sekarang ini, aku rasa hidup rakan-rakan aku yang lain, lagi bertuah. Mereka tak sedar betapa bertuah hidup mereka. Memang aku cemburu. Tetapi aku redha dan cuba gagahkan diri. Aku faham apa yang mak ayah aku dan abang-abang aku pernah lalui. This time, it is my turn for the rite of passage. I thank God for that.

Tuesday 14 September 2010

Belajarlah sikit.

Kadang-kadang kalau difikirkan semula, semua benda yang aku dan rakan-rakan aku pernah lakukan dan merungut, semuanya nampak bodoh sekarang. Pada waktu itu, aku tak sedar betapa bertuahnya aku dan rakan-rakan aku itu.

Aku harap rakan-rakan aku kini, sudah belajar bersyukur dengan apa yang dimiliki mereka. Kerana aku dah berubah sikit. Aku pantang dengar orang merungut pasal benda-benda bodoh, sebab aku dah tahu betapa bertuah hidup orang tersebut kalau bandingkan dengan orang lain. Sedarlah sikit.

Saturday 11 September 2010

A whole new meaning.

Kini, mendengar lagu-lagu raya, baru ada rasa. baru ada feeling lebih daripada sebelum ini.

Letter to home.

Betul kata orang, pengalaman itu tidak boleh dibeli.

Aku bersyukur aku diberi banyak peluang yang baik untuk diri aku ini. Aku bersyukur juga, kini aku mengerti apa rasanya orang-orang yang terdahulu daripada akau, apa perasaan mereka untuk hidup tanpa pengawasan keluarga. Hidup berdikari. Full independence.

Walaupun berdikari namanya, tetapi aku masih mendapat pertolongan daripada senior-senior di sini dan aku bersyukur sangat dengan bantuan mereka itu. Alhamdulillah mereka banyak membantu dalam penyesuaian hidup aku dan rakan-rakanku di sini sewaktu kami tiba. Terima kasih banyak-banyak.

Aku pun ingin terima kasih kepada rakan-rakan di sini juga yang sama-sama membantu aku dalam menangani apa-apa masalah di sini sewaktu ketibaan sehinggalah ke hari ini. Terima kasih. Kini, bermulanya hidup aku sebagai young adult, satu kategori umur yang aku rasa aku tidak pernah live up to, but only now.

Kalau diikutkan banyak yang ingin diceritakan, walaupun beberapa hari sahaja aku berada di sini, namun banyak pengalaman dan ilmu yang sudah aku timba. Contohnya, malam pertama, aku tidak tidur pun di rumah aku, aku diberi layanan istimewa, dijemput tidur di rumah senior aku, airconditioned lagi tu. Kemudian ada senior aku yang beri loan wang kepada aku kerana buat ketika itu aku agak kesempitan wang dan angkanya jangan main-main, banyak kosong dihujungnya. Walaupun mungkin kalau duit sini ditukarkan kepada wang ringgit Malaysia sedikit sahaja, tetapi aku tetap menghargainya. Itu hanyalah beberapa sahaja yang boleh aku sebutkan.

Tetapi antara yang paling dahsyat dan paling keren pengalaman yang aku lalui setakat ini adalah peluang masuk dalam televisyen. Memang kelakar juga lah, ketika itu kami sedang beraya di rumah seorang pegawai kedutaan dan tup tup ada kamera TV3.

Dan kini, kami semua sedang sibuk buat persiapan raya untuk majlis makan-makan di rumah member. Bestlah juga pengalaman setakat ini. Alhamdulillah semuanya baik di sini. Terima kasih atas ucapan semua orang dan doa semua orang. Memang aku bersyukur sebab aku tahu sekarang, i am the luckiest person alive, not because i am here, but because there are so many who miss me and love me.

I miss them and love them too.

Saturday 4 September 2010

See you again.

There are no goodbyes in my vocabulary, just see you later. And that i promise.

Wednesday 1 September 2010

Ketagih sangat.

... nak main gamelan. Seriously.

Susah-susah dahulu...

Senang-senang kemudian.

Slow reaction.

Aku memang macam itu. Selalu lewat dalam memberi apa-apa respons emosi. Tak pun, secara tidak sengaja, aku menyimpan emosi aku, dan apabila aku berseorangan dan lagu yang sesua berdendang di latar belakangnya, baru aku rasa apa yang aku rasa dengan sepenuh ikhlasnya.

Maka itu, sekarang ini memang rasa nostalgia sangat, dan lagu yang berdendang sebagai muzik latar belakang kali ini, lagu-lagu daripada cerita Phantom of The Opera. Brings back memories.

And i'll be bring those memories everywhere i go while making new ones.

Sekarang ini aku sedang menyediakan(?) minda dan emosi aku untuk berdepan dengan apa jua yang akan aku berdepan dengan kelak hari.

Barang-barang yang aku pack bawa pulang ke rumah, aku tak kemas pun dan letak ke dalam laci-laci di rumah. Sebabnya aku kena pack semula nanti untuk bergerak dalam beberapa hari akan datang ini. Maka jalan selamat, aku tak payah punggah beg besar. Keluarkan hadiah-hadiad, ole-ole dan cenderahati sahaja.

Terima kasih.

Sepertimana yang aku pernah ceritakan pada waktu sebelum ini, aku selalu diberi persepsi yang negatif tentang hidup di universiti. Bandingnya apabila hidup universiti bermula dengan hidup sekolah dan matriks terutamanya. Aku diberi tanggapan yang tidak berapa nak baik tentang hidup apabila kita bergelar mahasiswa.

Yang paling dahsyat aku dapat berita adalah hidup seorang mahasiswa ini memang macam tiada hidup. Tiada hidup sosial, cuma kerja belajar dan assignment.

Tetapi nampaknya, orang yang bercerita kepada aku tu yang tertipu. Dia yang rugi. Aku sedar sekarang betapa dia rugi besar sangat.

Aku bersyukur, di mana aku pergi sahaja, aku dapat buat kawan baru, aku diberi kelebihan untuk membuat kawan baru dengan mudah, walaupun pada mulanya memang kekok dan melucukan cara aku, tetapi akhirnya, baik juga.

Aku bersyukur dapat pengalaman yang sedikit sebanyak beri aku overview, mungkin, cara hidup universiti di sini. Lebih-lebih lagi di perantauan ini. Aku bersyukur sangatlah.

Walaupun sebenarnya, aku mengaku, aku tidak mengucapkannya sebanyak yang sepatutnya, tetapi aku nak ucapkannya sekarang. Terima kasih, kepada semua, tak terhingga aku ucapkan. Aku harap aku ada ubah sedikit hidup kamu sepertimana kamu ubah hidup aku dengan hanya berkenalan dengan aku. Terima kasih banyak-banyak daun keladi, harap-harap berjumpa lagi.

Hadiah yang paling aku gembira dapat, pengalaman bersama kamu semua. :)