Betul kata orang, pengalaman itu tidak boleh dibeli.
Aku bersyukur aku diberi banyak peluang yang baik untuk diri aku ini. Aku bersyukur juga, kini aku mengerti apa rasanya orang-orang yang terdahulu daripada akau, apa perasaan mereka untuk hidup tanpa pengawasan keluarga. Hidup berdikari. Full independence.
Walaupun berdikari namanya, tetapi aku masih mendapat pertolongan daripada senior-senior di sini dan aku bersyukur sangat dengan bantuan mereka itu. Alhamdulillah mereka banyak membantu dalam penyesuaian hidup aku dan rakan-rakanku di sini sewaktu kami tiba. Terima kasih banyak-banyak.
Aku pun ingin terima kasih kepada rakan-rakan di sini juga yang sama-sama membantu aku dalam menangani apa-apa masalah di sini sewaktu ketibaan sehinggalah ke hari ini. Terima kasih. Kini, bermulanya hidup aku sebagai young adult, satu kategori umur yang aku rasa aku tidak pernah live up to, but only now.
Kalau diikutkan banyak yang ingin diceritakan, walaupun beberapa hari sahaja aku berada di sini, namun banyak pengalaman dan ilmu yang sudah aku timba. Contohnya, malam pertama, aku tidak tidur pun di rumah aku, aku diberi layanan istimewa, dijemput tidur di rumah senior aku, airconditioned lagi tu. Kemudian ada senior aku yang beri loan wang kepada aku kerana buat ketika itu aku agak kesempitan wang dan angkanya jangan main-main, banyak kosong dihujungnya. Walaupun mungkin kalau duit sini ditukarkan kepada wang ringgit Malaysia sedikit sahaja, tetapi aku tetap menghargainya. Itu hanyalah beberapa sahaja yang boleh aku sebutkan.
Tetapi antara yang paling dahsyat dan paling keren pengalaman yang aku lalui setakat ini adalah peluang masuk dalam televisyen. Memang kelakar juga lah, ketika itu kami sedang beraya di rumah seorang pegawai kedutaan dan tup tup ada kamera TV3.
Dan kini, kami semua sedang sibuk buat persiapan raya untuk majlis makan-makan di rumah member. Bestlah juga pengalaman setakat ini. Alhamdulillah semuanya baik di sini. Terima kasih atas ucapan semua orang dan doa semua orang. Memang aku bersyukur sebab aku tahu sekarang, i am the luckiest person alive, not because i am here, but because there are so many who miss me and love me.
I miss them and love them too.
ahaha..aku akan cakap..memang ramai wan..yang kau tak tahu pun ade..yang tak cakap depan kau un ade..
ReplyDeleteahaha seriously? tapi kadang-kadang, kadang-kadang lah kan, aku rasa macam aku seorang diri je. macam lonely. pernah rasa tak macam tu? macam sesaat je masa dia, tapi walaupun sesaat, pedih juga.
ReplyDelete