Aku memang macam itu. Selalu lewat dalam memberi apa-apa respons emosi. Tak pun, secara tidak sengaja, aku menyimpan emosi aku, dan apabila aku berseorangan dan lagu yang sesua berdendang di latar belakangnya, baru aku rasa apa yang aku rasa dengan sepenuh ikhlasnya.
Maka itu, sekarang ini memang rasa nostalgia sangat, dan lagu yang berdendang sebagai muzik latar belakang kali ini, lagu-lagu daripada cerita Phantom of The Opera. Brings back memories.
And i'll be bring those memories everywhere i go while making new ones.
Sekarang ini aku sedang menyediakan(?) minda dan emosi aku untuk berdepan dengan apa jua yang akan aku berdepan dengan kelak hari.
Barang-barang yang aku pack bawa pulang ke rumah, aku tak kemas pun dan letak ke dalam laci-laci di rumah. Sebabnya aku kena pack semula nanti untuk bergerak dalam beberapa hari akan datang ini. Maka jalan selamat, aku tak payah punggah beg besar. Keluarkan hadiah-hadiad, ole-ole dan cenderahati sahaja.
No comments:
Post a Comment