Friday 31 December 2010

Peluang itu wujud.

Kalau nak cakap pasal peluang dan ruang untuk aku ber-emo dan berperasaan amarah, ada sahaja. Tadi itu, boleh je aku nak marah dan terus buat muka ketat dan ber-emo. Tetapi aku memilih untuk tidak berbuat sedemikian, aku malas lah nak emo-emo ni. Aku fikir orang lain juga kan. Tapi kalau kau, kau dan kau, setiap masa nak emo nak marah orang. Terlalu mementingkan diri, terlalu fikirkan pasal diri sendiri sahaja. Kau, kau dan kau, jenis yang asyik fikir kau seorang sahaja. Contohnya, kau ingat kau seorang sahaja yang kerja keras, lepas tu marah orang lain sebab orang lain waktu itu tengah relaks-relaks. Padahal, kau tak tahu perkara sebenar. AKu tak nak ceritalah perkara sebenar, aku tak nak mengungkit, tak bergunalah nanti pahala aku dapat, terus hilang dengan sekelip mata. Wallahualam.

Aku hanya nak meluahkan bahawa kau jangan nak fikir sangtlah kau seorang sahaja. Tak kisah lah dalam apa hal sekalipun, kau asyik fikir pasal kau seorang sahaja, kau asyik nak emo buat muka masam macam kau seorang sahaja yang boleh emo, orang lain pun naik muak kau tahu.

Haih, bila lelaki yang merajuk, lagi hodoh rupanya. Korang tak tahu.

Bila hati bersuara, tetapi minda menentang.

Kadang-kadang nasib baik fikiran masih rasional dan menahan aku daripada tulis perkara-perkara yang boleh buat orang terasa, walaupun niatnya sebenarnya memang nak mengenakan sasaran.

Wednesday 29 December 2010

We will not go down.

Aku tak tahu lah nak cakap apa-apa. Aku tak terkata-kata. Aku rasa apa aku buat ini tak ada satu zarah langsung membantu mereka. Aku menangis darah mana pun aku rasa tak berguna, walaupun aku tengok video ini, aku menangis. Tak tipu, aku menangis. Aku cuma berdaya untuk doa sahaja. Itu sahaja yang aku mampu. Aku tak tahu nak buat apa dah. Aku tak tahulah orang lain rasa sama tak dengan apa yang aku rasa. Aku nak orang lain rasa apa aku rasa, aku nak orang sama-sama doa untuk mereka. Jom, kita doakan keselamatan mereka. Ya Allah bantulah saudara-saudara ku ini.





Aku rasa nak peluk sahaja budak kecik tu. Ya Allah.

Thursday 23 December 2010

Memang hebat.

Aku rasa sangat cemburu dan kagum pada mamat sorang ni. Nak buat helmet sehebat macam ini bukan senang dan hasilnya memanglah tersangat amat hebat. Kalau boleh, aku nak satu, pleeease.


Tekan gambar untuk pautan ke album gambar dia. Banyak lagi yagn dia buat. Sangatlah cool.

Wednesday 22 December 2010

Daft Punk.

Baru selesai menonoton wayang berseorangan cerita Tron. Cerita dia oklah, pada awalan cerita tersebut, memang rasa macam nak lompat-lompat atas kerusi macam budak-budak. Tetapi lama-kelamaan tu, aku duduk senyap je tengok cerita dengan perasaan wtf?! What happened to the action coinciding with the cool background techno music?

Dan patutlah aku macam kenal Dj-Dj dalam cerita tersebut, rupa-rupanya aku dapat tahu, Daft Punk, dan semua lagu-lagu dalam cerita tersebut pun digubah oleh mereka. Memang best dan layan. Selepas ini nak mulakan fasa Daft Punk lah pulak.

Oh lupa nak cakap, aku tengok cerita ini dalam 3D. Hebat kan.

Tekad.

Tengah layan video-video pasal budaya sendiri, nampaknya banyak benda yang ada dalam budaya aku ini. Ternyata budaya aku sendiri ini kaya dengan pelbagai macam tradisi dari gamelan dan juga teater dan juga tarian. Syok juga aku layan. Cemburu tu pun ada juga kat orang-orang yang berpeluang nak belajar semua itu. Aku rasa nak sangat belajar dan aku bertekad nanti aku balik, aku nak cuba cari.

On another note, aku bertekad juga march ini. Aku tekad sangat-sangat.

Satu lagi aku layaaan.


Sedap pulak aku rasa irama-irama lagu melayu zaman-zaman dulu.

Saturday 18 December 2010

FRUST!!!!!!!!!!

Aku rasa nak jerit kuat-kuat sekarang, aku rasa nak mengamuk sekarang. Aku rasa nak pecahkan laptop, kaca, kepala, apa-apa sahaja sekarang.

NAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!  Words cannot convey how i feel right now. And people do not know how i really need this. I really need to this so fucking much. Please, please, please, please, please let me go to this concert. PLEASE!

Michael Buble Tour




If i don't get to see this, i'll be miserable for the rest of my life. Of My Life. I am not making this up, i am not making a big deal out of this, because it is a big deal. I am not trying to create drama, but i really do need this.

Aku rasa nak nangis je, sebab aku rasa macam tak dapat pergi je.

Tuesday 14 December 2010

Kepada rakan-rakan yang kenalkan aku kepada 3 Idiots.

Ingin aku perkenalkan cerita ini kepada kalian pula. Cerita ini dah lama keluar, tahun 2001 lagi, dah lama juga aku layan cerita ini banyak kali. Aku tahu cerita ini pun daripada playlist abang aku. Dari mana dia tahu dan kenapa dia layan cerita macam ini, masih menjadi misteri. Jadi, aku sarankan, kalau ada masa terluang itu, tengah ada mood nak layan cerita yang jiwang meleleh, silakan enjoy cerita ini. Tajuk cerita ini kalau dalam bahasa inggerisnya adalah The fabulous destiny of Amelie Poulain, kalau dalam bahasa sebenarnya adalah Le Fabuleux Destin d'Amélie Poulain, kalau dalam bahasa aku sendiri, aku panggil sahaja Amelie Poulain. Ini adalah sneak peak untuk menarik perhatian kalian:


Kalau nak tengok seluruh ceritanya, silakan ke pautan ini. Pandai-pandailah ye.

Layaaaaaan.

Khusyuk.

Ada beberapa ketika, aku sakit hati sampai aku tak khusyuk buat kerja, tak kira lah solat ke, baca buku ke, siapkan tugasan ke, memang sampai fikiran aku kalut fikir pasal benda yang buat aku rasa sakit hati sahaja. Sampaikan aku berdoa kepada Allah minta tolong jauh daripada buat perkara yang aku rasa tak elok aku buat.

Ya Allah, tolonglah jauhkan aku daripada perasaan hasad dengki, dendam dan benci. Tolonglah permudahkan urusan aku dan kawan-kawan ku. Tolonglah permudahkan bagi kami untuk belajar dan menuntut ilmu keranaMu ya Allah.

Sekat tekak.

Kebelakangan ini aku rasa banyak kali aku tahan diri aku daripada keluarkan pendapat dan pendirian yang aku rasa tidak bertempat. Kadng-kadang itu sakit juga tekak ini, rasa gatal je mulut nak bersuara. Tetapi apa kan daya, aku ini masih lagi naif dan daif, tak berhak nak keluarkan pendapat di kalangan orang yang lebih matang dan berpengalaman.

Aku tak sukalah konfrontasi.

Kadang-kadang itu, kalau kita buat salah, memang susah kita nak mengaku kan. Mengaku pada diri sendiri pun dah susah, apatah lagi mengaku pada khalayak ramai. Ego. Memang suatu benda/perasaan/sifat yang boleh jadi sesuatu yang memudaratkan diri sendiri. Memang membinasakan diri, macam api, kalau kecil dia kawan, tapi kalau besar dia jadi lawan.

Mungkin juga kadang-kadang itu kita rasa kita ini betul seratus peratus. Tiada ragu-ragu lagi. Benar sebenar-benarnya. Tapi belum tentu orang sekeliling fikir benda yang sama. Belum tentu orang lain anggap kita betul. Semestinya ada orang lain akan membantah, tak pun, tidak menyokong. Dan kalau kau nak tahu, kadang-kadang itu kalau aku senyap, tak bermakna aku setuju. Kadang-kadang itu, walaupun aku angguk, tak bermakna aku sokong pendapat kau. Mungkin itu tandanya aku acknowledge pendapat kau, tetapi aku tak setuju validity-nya.

Aku memang susah nak suarakan pendapat aku kepada orang lain. Lebih-lebih lagi kalau pendapat itu berbentuk kritikan atau komentar. Sudah tentu aku tak nak, sebabnya sudah tentu ada pihak tertentu akan terasa, walaupun feedback itu sesuatu yang membina. Ada orang dia boleh terima, tetapi kebanyakkan orang tak boleh, termasuklah aku. Kalau aku dikritik, aku jenis yang akan terus down, orang lain mungkin akan lawan balik, pertahankan diri mereka, setiap orang ada self-defense mechanism mereka yang tersendiri.

Jadi mungkin, cara kau menerima sesuatu luahan hati orang lain, kau cerita luahan hati kau tentang orang tersebut kat orang lain. Kau cerita cara dia yang tidak elok itu, dan kau cerita cara yang baik, yang elok dilakukan kepada orang lain. Kau cakap biar jadi satu pengajaran.

Aku cakap, macam mana orang tersebut nak tahu apa kau fikir kalau kau tak bagitahu dia. Kau tak puas hati dengan cara dia, kau rasa ada benda yang tak elok dia lakukan, apa gunanya kau cerita pada orang lain walaupun orang tersebut buat itu kepada kau memang tak ada sangsi lagi betapa salahnya. Cerita lah kepada sasaran sebenarnya. Kau tak rasa ke itu lebih elok? Lebih mendatangkan hasil dan closure. Aku pun tergolong juga dalam orang seperti ini, sepatutnya aku terus terang kepada kau tentang pendapat aku, tetapi aku rasa ini satu masalah yang boleh membesar kalau aku masuk campur. Sekurang-kurangnya aku tak adalah cerita kat orang lain cara kau itu salah, bagi aku. Sekurang-kurangnya aku simpan dalam diri aku sahaja., sebabnya bagi aku, itu lebih elok. Sabar itu lebih elok.

Kalau nak diikutkan, dulu aku memang jenis yang suka cerita kat orang lain pasal orang sekian sekian dan sekian. Sekarang pun, kalau tak kerana sabar, aku dah lama cerita apa aku rasa salah dan tidak elok semuanya. Tapi aku tahan juga. Aku memang sangat setuju sebaik-baiknya luahkan isi hati, at least tell someone so that you can feel good. Tetapi aku berpegang pada satu prinsip,

If you have nothing good to say, don't say anything at all.

Izinkan aku kasi satu metafora/simile/ada aku kisah:

Kalau orang itu bodoh sekalipun, tak bermakna kau patut panggil dia bodoh. Kan.

Monday 13 December 2010

Terima kasih.

Terima kasih untuk kata-kata selamat dan doa. Terima kasih untuk semangat dan sokongan. Terima kasih untuk semuanya.

Aku pun doakan kau dan harapkan yang terbaik untuk kau. Dan juga aku harap kau jangan banyak sangat fikir pasal benda-benda yang boleh buat kau rasa tak sedap hati dan emosi. Kena ingat, kau bertuah, sungguh bertuah, orang lain tak ada peluang macam kau tak ada hidup macam kau. Bersyukurlah eh untuk semua perkara.

I hope you feel good eventhough sometimes it's bad times.


Aku lagi gembira dan bersyukur.

9:31pm
beb,sory tnye..ko spe ha??

9:32pm
aku pun sebenarnya tak pasti kau siapa

9:33pm
sengal..ak add ko ke ko??

9:33pm
kau yang add

9:33pm
alamak..aku salah org ar..
muke ko mcm pompuan doe
sbijik

9:34pm
ok

9:35pm
k.sori ganggu..ko x ksah klau aku remove he..jngn pikir aku sombong plak..

9:35pm
ok


Aku lagi bersyukur kau delete aku daripada friend list kau. Dah lah tak kenal, kau add aku tak pernah nak tegur. Tetapi satu hal yang buat aku rasa nak mencarut kat dia, ada ke patut kata aku sebegitu rupa. Kau tak rasa ke cara kau cakap tu ada unsur kurang ajar?  Kau tak rasa ke apa kau cakap tu biadap? Banyak sahaja benda yang aku boleh maki kau kalau aku nak, nasib baik aku bersabar, aku cakap ok, aku terus log off. Alhamdulillah, kali ini syaitan kalah.

Aku tak nak lah jadi orang yang complicate things kan, benda kecil je, facebook je kot. Tak ada benda sangat lah. Aku tak mati lah kalau facebook ini tiba-tiba tak wujud dalam dunia ni. Tapi aku rasa macam nak caci je kau tadi, kau kurang ajar dengan aku dengan tiba-tiba, padahal aku tak pernah kurang ajar dengan kau, apatah lagi aku tak pernah kenal kau langsung. Jadi, kalau boleh tu, lain kali bersikap beradab lah sikit eh. Aku tak kisah aku ni mungkin ada ciri-ciri yang kau katakan itu, tapi sekurang-kurangnya aku jaga juga adab aku. Terima kasih banyak-banyak delete aku. Aku lagi bersyukur nak buat kenduri kalau boleh.

Kau tak kenal aku, aku tak kenal kau. Jadi respect lah juga.

Nuts.

Ally: Do you think I'm nuts?

Whipper: No. But i'm not sure you have two feet on the ground either.

Ally: You mean some people do?

Sunday 12 December 2010

Rencana hari ini.

Terasa hati nak pergi tengok wayang seorang diri sebentar lagi. Tiba-tiba sahaja dengan tidak semena-mena nak buat sesuatu yang spontan atas dasar perlukan masa untuk diri sendiri. Kononnya.

Hopefully everything goes as plan.

Satu perkara yang mungkin tak ubah-ubah lagi, tardiness aku. Aku masih lagi atas katil tak tukar baju lagi, tapi nak keluar. Apa nak jadi?

Sesuatu yang buat aku gembira.

Entri sebelum ini aku pernah tuliskan bahawa aku mendapat berita gembira daripada kawan-kawan aku. Mereka seakan-akan memilih aku untuk confide, memilih aku untuk diberitahukan berita gembira tersebut. Aku pun gembira mendapat tahu berita tersebut. Sangat gembira. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku gembira untuk kawan-kawan aku. Baru sekarang aku tahu perasaan ibu dan ayah apa rasanya bila dapat tahu anak mereka dapat hasil yang cemerlang. Tapi aku tak maksudkan aku ini dah punya anak.


11:15am

awan..!!
:D:D
11:15am

assalamualaikum nok
apa khabare?
11:16am

waalaikumussalam mok..
beta khabar baik..
:):)
11:16am

evewah beta
over
ahaha
11:17am

hahaha..
awan..!
nk kongsi ngn anda..
kamek punya result..
:D:D
11:17am

ahahaha silakan
saya sukaaaaa
ahaha
cemana ok tak?
11:17am

hm..
alhamdulillah..
folan dpt sekian-sekian..
11:18am

YA ALLAH YA TUHANKU

11:18am

sikit lagi nk dpt dean..
11:18am

pandainyaaa anak maaak
ahaha
alhamdulillah
syukur sangat-sangat
ahaha thanks wei buat aku gembira hari ini
ahaha
:):)
tahniah wei
itulah berkat usaha anda. tahniah
11:19am

haha..
thanks sgt2..
semua kerana anda lah..
:):)
11:19am

ahahah tentulah tidak, apa lah pulok kerana saya. anda yang berusaha
11:19am

bg semngat..
11:19am

saya sokong sahaja
ahaha semangat itu sikit je. inisiatif sendiri tu yang pentign
11:19am

hm..
betul..
haha..
nk tau..
dulu kn..
folan nk lawan wan tau..
tgk2 wan dah keluar..
isk3..
hahaha..
:D:D
11:20am

ahahaha
tahu takpe
nak jugak lawan kan
kita lawan boxing je lah lepas ni
ahaha
11:21am

hahaha..
11:21am

folan, folan, folan dan si folan cemana? ok kah?
11:21am

boleh bah kalu kau..
11:21am

ahahah
sem pertama dah macam ni, kerja sekarang maintain je lah kan. alhamdulillah. and again tahniah
11:22am

folan n folan x tahu..
ssh nk tgk mereka on9..
folan xnk bg tahu..
folan lebih kurg cm syaza..
11:22am

ahaha oh takpe. nanti-nanti tahu lah kot
wah hebat lah semua
11:22am

haha..
insyaallah..
akan try untuk maintain..
:):)
11:23am

okie dokie
cool
Maka dengan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada yang berkenaan. You know who you are. Saya tidak letak nama siapa-siapa atas dasar anonymity. 

Sunday 5 December 2010

Right now,

I want to be alone, but i don't want to be alone.

 I want to have time for myself, but i need company.

I don't want to talk, but i want to be with someone where we can share silence together and know everything there is to know about each other.

Negativity.

when i am surrounded by it, i tend to be somewhere else. i tend to shut down and immerse myself with something that is better, like sunlight.

Hambik kau.

Tujuh post dalam satu masa. Tahniah.


Aku suka ambil gambar candid, lebih-lebih lagi sewaktu mereka tengah gelak ketawa. Detik itulah kau nampak belang sebenar mereka.Dan juga detik itulah detik yang baik, untuk ingat saat-saat yang baik.

I am doomed to be a kid forever.

Oh,mgu dpn hari khamis peg mara kl dtg.so dekan nk nme kite n mybe kita sume kne jmpe diorg.ade lunch.btw thanks azwan.

Aku tak pandai lah nak bergaul dengan orang tua, lebih-lebih lagi orang yang berpangkat. Kalau dengan senior pun aku tak berbual sangat apatah lagi orang yang lebih tua daripada mereka. Lagilah aku rasa malu nak bergaul. Bukannya aku ni antisosial, cuma aku tak tahu nak cakap apa dengan mereka. Aku selalu fikir mereka lebih tahu daripada aku, lebih arif, jadi apa yang keluar dari mulut aku macam suatu benda yang bodoh sahaja.

Tolonglah, aku tak reti nak layan orang kenamaan terutamanya. Aku tak reti bab-bab protokol ni dan aku tak nak tahu bab-bab protokol. Yes i know, sepatutnya aku ambil tahu dan belajar semua tu, tapi masalahnya aku tak suka dan tak nak.

Kalau kurung diri dalam bilik tak nak keluar...

apa maksudnya?

Kepada seorang sahabat yang telah menghadiahkan terjemahan.

Sampai sekarang aku terhutang budi kepada kau. Aku amat menghargainya, kau tak tahu betapa aku bersyukur aku dapat terjemahan al-quran itu. Kerana kau, aku mula belajar dan mula suka belajar pasal islam. Kerana kau, banyak benda yang aku tak tahu tetapi aku dapat peluang dan medium untuk cari tahu. Kerana kau, aku dapat inspirasi untuk hadiahkan kawan-kawan aku terjemahan atau al-quran dengan harapan mereka dapat rasa apa yang aku rasa. InsyaAllah.

Orang kata hadiah paling bermakna adalah doa. Maka,

kku sentiasa doakan kesejahteraan kau di dunia dan akhirat. Amin.

Tiba waktu untuk picture spam.



Beberapa menu masakan yang telah dimasakkan oleh chief chef di rumah. Alhamdulillah sekarang pemakanan terjaga, kononnya. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya adalah juga dapat makanan. Alhamdulillah.

Comel kan?


Dua orang wanita yang sudah berumur, pegang tangan satu sama lain ketika berjalan pergi ke suatu destinasi. Aku terserempak dengan mereka sewaktu aku dalam perjalanan nak ke kuliah. Mungkin ramai orang dah biasa tengok perkara macam ini, tapi bagi aku, aku jarang nampak insiden macam ini. Sebab mereka inilah beri aku semangat lagi kuat. Aku takkan berasa malu nak tunjukkan kasih sayang. Aku teringat dulu kat sekolah, mak ayah aku selalu hantar aku ke sekolah ke atau ke mana-mana sahaja, aku akan cium tangan mereka dan cium pipi mereka tiga kali. Sebaliknya mereka pun buat benda yang sama kat aku. Bagi orang, itu tandanya anak manja, tapi tak apa lah kan, manja pun manja lah. Dah jadi satu hukum bahawa kalau kau jadi anak bongsu, memang kena label anak manja. Apatah lagi kalau kau seorang lelaki, lagi sakit hati kau rasa kalau kena panggil macam tu, lebih-lebih lagi pada ego. Tapi aku rasa aku terima sahajalah. Aku tak boleh nak ubah persepsi orang lain, aku hanya boleh ubah diri aku sahaja. Maka aku akan tunjukkan kasih sayang aku kat orang yang aku sayang, terutamanya kat mak ayah aku, tak kisah lah pada umur aku, jantina aku, perangai aku, society's norms. This is me making my own norms.

Rindu nak cium tangan mak ayah.

Sebenarnya aku tak sihat, dan aku rindu sewaktu aku tak sihat, seakan-akan dibelai dengan penuh kasih sayang. Gedik kan. 

Selepas kejadian itu.

Aku tak henti-henti rasa kekok dengan kau. Daripada kita jadi baik dan rapat, kini aku rasa nak jauhkan diri daripada kau sebab aku takut. Aku takut nanti  aku tersalah cakap, tersalah buat. Sebabnya sekarang aku dah tak tahu bila masa kau ok bila masa kau tak ok. Macam manalah aku nak tahu kan. Semua orang lain, unik. Takkanlah aku boleh tahu apa kau fikir setiap masa setiap ketika. Aku pun manusia sahaja.

Kadang-kadang tu apa yang kau buat tu, buat aku terfikir. Kalau kau dengan keluarga kau, kau berperangai macam ini juga ke? Ternyata kalau ya, aku kesian mak ayah kau kena layan kau, kena sesuaikan diri mereka dan hidup mereka atas kehendak kau semata-mata. Aku cukup kesian.

Kalau tidak, kenapa kau tak boleh nak sesuaikan apa yang kau buat dengan keluarga kau dengan kami? Ok mungkin kita ini bukan keluarga, kau tak anggap pun kita ini satu keluarga. Tak apa. Aku tak kisah. Cumanya, kita yang bukan keluarga kau lah, atas sebab perangai kau itu, terpaksa menyesuaikan diri kita (ok sebenarnya aku tengah cakap pasal aku, tak tahulah orang lain) untuk ikut kehendak dan keperluan kau. Jadi, adakah kita masih tak layak dipanggil keluarga?

Aku memang perangai manja-manja, tetapi tak adalah sampai orang lain kena tukar hidup mereka atau segala macam hanya untuk buat kau rasa ok sahaja.

Haish. Maaflah, aku dah lama tak cerita macam ini kan. Cerita perihal sakit hati ini. Ternyata memang dah lama aku tak tulis sebegini. Kalau boleh aku memang tak nak pun berceloteh panjang-panjang pasal benda yang tak ada manfaat. Aku dah nak cuba mengawal diri aku ini. Aku dah nak cuba ubah diri aku ini kearah yang lebih baik. Semuanya kerana Allah. Tapi kalau dah sampai buat aku rasa nak maki hamun kat kau, aku rasa sesuatu yang tidak baik.

Macam biasalah kan.

Allah dah kasi anggota badan yang sempurna, tak pernah nak guna betul-betul. Tak pernah nak jaga betul-betul, asyik nak guna ikut kehendak bukan keperluan. Guna ikut nafsu bukan akal. Guna untuk kepuasan dunia, bukan untuk selepasnya. 

Allah dah kasi matahari, tapi duduk terperap dalam rumah, dalam bilik, terlentang atas katil, malas nak gerakkan badan dan malas nak keluar. Akibatnya rasa demam dan rasa macam tak cukup sinaran. Rasa macam nak tidur satu hari biar demam ini hilang tetapi macam mana nak hilang kalau tak buat sesuatu untuk hilangkannya.

Allah dah kasi hujan, tapi asyik fikir hujan nanti banjir lah, baju kotor, longkang tersumbat melimpah masuk dalam rumah, nanti demam. Nanti kalau hujan tak datang-datang, apa pula nak rasa? Tak suka hujan, suka waktu selepas hujan sebab ada pelangi. Padahal hujan itulah nikmat, lupakan rezeki yang diberi untuk mencari benda yang kurang penting.

Lupa bahawa banyak yang Allah dah kasi rezeki kepada kita, banyak nikmat itu adalah hadiah daripadaNya. Sebaliknya, kita fikir buruk pula pasal nikmat yang dah ada. Kenapalah hujan, baru je nak keluar jalan-jalan. Kenapalah panas sangat, berpeluh-peluh kotor lah baju aku. Kenapalah itu, kenapalah ini.

Ya kan. Itu aku panggil take things for granted. Orang lain panggil, tak bersyukur. Aku setuju.

Saturday 4 December 2010

Zaman hingusan.

Tengah layan tayangan ini, sewaktu diceritakan kisah Rasulullah bertemu dengan malaikat Jibrail, teringat sewaktu aku berada di sekolah rendah, aku masuk pertandingan bercerita dalam bahasa inggeris bercerita kisah-kisah nabi. Cerita yang aku dapat adalah kisah nabi berada dia gua dan bertemu malaikat jibrail buat kali pertama tersebut.

Apa yang aku teringat adalah, sewaktu pertandingan bercerita tersebut, sewaktu aku punya giliran bercerita, ada satu ketika aku terlupa skrip ceritanya sehingga aku jadi gementar yang teramat. Tapi nasib baik, bila ulang balik ayat terakhir, boleh sambung cerita sampai habis, walaupun dah agak kekok masa tu.

Apa yang aku sedar, ternyata aku tak mendalami cerita yang aku sampaikan sewaktu pertandingan bercerita tersebut. Nampak sangat aku menghafal sahaja cerita itu. Nampak sangat, tak ikhlas dan tak menghayati cerita, setakat buat gaya dan intonasi tapi tak faham betul-betul signifikasi cerita itu, memang tak ada makna lah kan. Sekarang aku sedar. Tapi oklah tu, sekurang-kurangnya aku sedar sekarang, lagipun waktu itu sekolah rendah kot, memang daif dan bongok sikit masa tu.

Oh ya, nak berlagak sikit, aku dapat nombor tiga, untuk dua tahun berturut-turut sewaktu aku masuk pertandingan bercerita itu. Hebat jugaklah kan.

Friday 3 December 2010

You act like you know me.

But do you really?

Nothing better than the silent game.

First you make me feel great, make me feel at ease and trusting of you. As if everything is alright and going to be so.

Then  you make me feel like i did something bad to you. Somehow and some way i have wronged you. But you wouldn't tell me, and of course i'd be scared to ask you what's wrong because the last time i asked, you screamed at me.

And now you make me feel like i don't want to be near with you because i don't know if we're okay or the opposite.I don't know if you can be approached or you're just not in the mood for anything. You're always frowning as if you're going to explode any moment. You made it awkward for me.

After this, i think i'll just be mad and feel sick looking at you if this keeps on going.