Wednesday, 3 December 2008

Ini aku sedang mengamuk(This is me fucking you).

Aku ingatkan aku nak berehat daripada blogging buat seketika untuk menenangkan minda dan jiwa raga. Tetapi nampaknya aku tidak boleh menjauhkan dan menahan diri lagi daripada membuat entri baru.

Dah lah tangan aku lenguh sekarang ni daripada tolong cikgu susun buku-buku teks sekolah. Walaupun aku sudah bergelar lepasan SPM aku masih sanggup lagi untuk tolong guru-guru aku. Lagipun, aku rasa tenang dan gembira apabila aku dikelilingi buku. Membuat hatiku berdegup dengan perlahan-lahan seakan aku "high". Aku bukan macam orang lain, apabila aku diberi tugasan aku akan kerja keras untuk siapkan, melainkan aku tak faham tugasan itu seperti folio-folio yang setiap tahun kena buat. Itu memang aku malas buat.

Aku sebenarnya tak sukalah menyusahkan orang. Mak ayah aku sudah ajar aku jangan menyusahkan orang sebab nantii orang tidak suka kita. Jadi, sejak itu aku sudah mengajar diri aku agar cuba tidak "make someone's life a living hell". Dan sepertimana aku tidak suka menyusahkan orang, aku juga tidak suka orang menyusahkan aku. Tidak kisahlah suruh aku buat kerja lebih ke, atau tolong teman ke, asalkan apa yang kau minta aku buat itu tidak membuatkan aku rasa menyesal berkawan dengan kau. Sebab apabila perasaan menyesal itu mendiami di suatu sudut di dalam hati, memang sukarlah untuk pajak gadai tanah tuh.

Kalau boleh, aku nak sayang setiap kawan yang aku kenali. Kalau boleh aku nak setia kepada mereka dan tak naklah asyik tukar-tukar kawan sahaja. Itu satu. Kau tahu tak kenapa aku banyak kawan dan kadang-kadang aku tak nak keluar dengan kau dan aku keluar dengan orang lain?

Jawapannya, kalau aku keluar dengan kau, kemudian sakit hati, lebih baik aku duduk rumah telan panadol guna air Coke. Perasaan daripada buat perkara sebegitu lagi gembira daripada jalan-jalan sekitar bandar buat muka masam asyik fikir nak balik rumah je.

Kau jangan lah kecil hati pula sebab aku sudah tak nak lepak bersama kau. Bukan aku tak suka. Aku suka kau, cuma aku fikir-fikir balik, lebih baik aku "hang" bersama orang lain daripada aku "hang" bersama kau dan memupuk perasaan sakit hati. Aku tak naklah bertambah dosa. Sebabnya kalau aku tak suka, aku kutuk. Selagi kau tak ubah sikap, selagi itulah aku tidak akan bersama kau, mungkin. Tetapi itu mungkin juga tidak akan berlaku kerana manusia tidak mudah berubah. Percayalah.

Manusia memang tidak mudah untuk ubah sikap tetapi teramatlah mudah untuk ubah hati "and throw it all away down the drain". Kamu boleh perasan, dalam sekelip mata sahaja kita ini senang untuk bertukar hati, terutamanya lelaki. Kepada perempuan di luar sana, aku bukannya nak membela nasib lelaki tetapi kamu pun kenalah faham. Lelaki ini susah nak setia kepada kamu kalau kamu asyik cakap "EEEe hensemnya budak tuh", "Comelnyaaa laki tuh", "Apa hubby buat dengan perempuan tu tadi?", "Ala, nak jugak rantai tuh". Kau ingat kita lelaki nak layan ke semua kerenah "trivial" kau yang membuatkan kita nak "break up" serta merta?

Dan kepada lelaki di luar sana, aku bukannya nak kutuk kau ke apa, aku pun lelaki tapi aku malulah jugak sebab kaum aku ni senang sangat lupa/tukar kekasih. Mula-mula perempuan ini yang kau minat, kemudian perempuan lain lah pula. Tetapi akhir sekali kau berpasangan dengan perempuan lain yang tidak ada kena mengena punl. Aku tak kisahlah kan, aku tak nak suruh kau cinta dengan sesiapa pun. Apa kau ingat aku ini "matchmaker"? Cuma boleh tak kau setia kepada satu? Perlu ke kau nak empat-empat sekali hanya kerana islam membenarkannya? Kalau boleh nak semua, tamak haloba gila.

Aku pun faham, aku pun senang juga terpikat dengan beberapa perempuan. Kau tidak terfikir ke itu sebabnya aku tidak berpasangan? Sebab aku senang suka kat banyak perempuanlah aku tidak berpacaran dengan mana-mana perempuan. Aku takut aku hancurkan hati seseorang.

Kamu semua pun dah besar. Pandai-pandailah jaga diri sendiri. Pandai-pandailah pilih mana satu untuk percaya dan mana satu untuk tidak dilayani. Janganlah sampai menyusahkan aku. Ini tidak, aku yang tidak suka campur aduk dalam hal orang pun terbabit juga. Aku pula yang rasa bersalah untuk dua-dua pihak. Aku pula yang resah.

Dan satu lagi. Apa masalah dengan budak-budak kecik sekarang ni? Apa kau ingat aku ini baik sangat ke untuk kau berkawan? Kau ingat aku ni seorang yang peramah sangat ke? Kau ingat aku minat ke nak "approve friend request" budak yang aku tak kenal? Kau ingat aku ini terpikat dengan budak perempuan kecik yang gedik dengan gambar bajet comel/hot/cantik macam kawan aku yang lain? Apa kau ingat aku layan ke budak mentah yang tak reti lagi nak jaga aurat?

Di sini aku nak terangkan bahawa aku bukannya nak kutuk kawan aku yang layan budak yang bawah umur daripada umur aku. Dan di sini juga aku bukannya nak kutuk budak-budak yang bawah umur aku. Cuma bagi aku, kamu budak kecik yang berlagak macam dah tua,dapat menunjukkan kematangan kamu pada tahap yang mana. Dan pada kawanku yang berkawan dengan budak kecik, aku tak kisah, malah aku galakkan. Cuma aku tidak mahu masuk campur.



Haish. Aku pun tak tahulah. Aku "seriously" dah cuba sedaya upaya untuk tidak ambil hati dan benci dengan sesiapa pun. Aku cuba sangat-sangat tak nak sakitkan hati orang lain juga. Aku pun tak sukalah marah-marah ni. Aku amatlah benci orang yang suka marah-marah, sama juga sepertimana aku benci nak marah-marah orang. Sebabnya aku rasa apa hak seseorang itu nak marah orang lain. Dia ingat dia itu sempurna sangat ke?

Tetapi aku dah tak tahanlah. Aku baru berumur 17 belas tahun tapi aku rasa macam aku dah serik dengan hidup. Aku belum lagi pergi universiti dan berkerja. Aku dahla tak pernah ada kekasih. Tolonglah jangan buat aku "miss out on all those things that makes this world feels like heaven".

Perkara-perkara sebeginilah buat aku rasa macam nak minum arak, hisap rokok, buat seks rambang tanpa kondom. Tetapi alhamdulillahlah aku ini boleh lagi tahan nafsu. Nasib akulah aku ini berpegang kepada agama lagi.


Like i once said. Don't make me go Yoda on yo ass. Because if i do, it could break up any relations we might have, and perhaps your heart as well.

9 comments:

  1. awesome post don juan!
    *sumpah saya baca semua perkataan!

    ReplyDelete
  2. ahaha terima kasih. itu hanya luahan hati sahaja.

    semua perkataan? so entri-entri sebelum ni bukan semua perkataan lah? ahaha

    ReplyDelete
  3. setengah orang kalau panjang sgt tulisan die; baca skip kowt. less point to anyone, point on me la as example. kalau panjang sangat text, mmg skip. boring. tp nie saya baca penuh ye!

    ReplyDelete
  4. yeah yeah, saya pun kadang-kadang macam uh. ahah ok terima kasihlah baca sampai habis. bangga kot. eehhe

    ReplyDelete
  5. Your BM.....my god, hebat sial!

    ReplyDelete
  6. ahaha farim sorry you had to read that.


    and zaahira, mana ada bm hebat. biaasa jek. at least i think, tiada unsur-unsur skema kan? ehe

    ReplyDelete
  7. ahhahaahahha..
    wannn..
    ni jek aku mampu buat..
    best oh..
    buat je apa yang kau nak buat.
    and ape yang kau nak cakap..
    le it go bitch

    ReplyDelete
  8. ahaha. Letting go is the hard part but it is my most deepest desire. uuuurgh

    ReplyDelete