Mimpi aku vivid gila semalam. Apa yang aku ingat adalah aku suka atmosphere mimpi aku. Aku rasa contented dengan life walaupun aku nak tinggalkan tempat itu. Tempat apa aku tak ingat. Tinggal nak pergi ke mana pun aku tak ingat.
Apa yang aku ingat, sebagai tanda persahabatan terakhir, aku dan kawan-kawanku(aku tak ingat muka diaorng) kami buat havoc di tempat tersebut dan main lumpur dan baling-baling ke muka orang.
Kemudian apa yang aku ingat main kejar-kejar. Ada seorang ini dia pun join sekali. Dia aku ingat muka dia, kot. Ataupun mungkin aku tersalah orang. Anyways, aku tetap suka environment mimpi itu. Buat aku rasa selesa dan content with life.
Tetapi apa yang aku benci teramat-amat adalah aku banyak lupa pasal mimpi-mimpi best. Kalau mimpi yang menakutkan misalnya nightmares memang petik jari je aku boleh ingat selepas bangunlah. Sekarang satu hapak pun dah tak ingat.
Kadang-kadang tuh aku suka sangat mimpi, aku cuba sangat-sangat untuk ingat apa yang berlaku, siapa yang terlibat, tetapi selalunya tiada berbuah hasil. Cuma aku boleh ingat emosi sahaja. Aku ini memang seorang yang touchy feely person. Kuat empati.
Jikalau aku tak dapat nak ingat, it just ruins my mood. Lantaran aku rasa macam nak give up secara keseluruhan. Sebab bagi aku, mimpi-mimpi adalah indah walaupun kadang-kadang orang kata meaningless. Untuk kamu maybe yes. But for me, it is the most meaningful phenomenon. And that is why i try to hang to it. Try to grip on its memory so hard that it just slips away.
Anyways aku rasa aku nak sambung belajar dream interpreting dengan Sigmund Freud lah. Jadi dia punya protoge. Aku nak sangat ingat balik dan nak tahu apa signifikasi mimpi-mimpi aku. Tolonglah aku Freud!
No comments:
Post a Comment