Tuesday, 16 December 2008

I guess babies are like hamy-downs too. Right?

Secara seriusnya aku memang bosanlah. Jadi aku menggunakan blogging sebagai alasan untuk menceriakan diri aku ini yang kesunyian dan tiada duit dan kerja. Tetapi masalahnya aku tiada apa-apa topik untuk mulakan. Selepas beberapa minit sahaja berfikir serta mendengar lagu daripada itunes setelah lama tidak mendengar lagu, aku sudah sampai kepada kesimpulan bahawa aku ingin menceritakan tentang pakaian lah.


Ayah: Esok nanti keluar pergi beli seluar jean satu. Kesian ayah tengok asyik pakai yang itu je.
Aku: Buat apa, tak payahlah. Malas laa(dengan nada suara yang seperti budak kecik tengah merajuk).
Ayah: Eh, ayah bagi duit. Esok belilah. Ini asyik pakai seluar tuh je. Tak pernah basuh.

Insiden ini telah berlaku beberapa hari yang lepas, kot. Dan akhirnya, setelah lama gila aku menunggu dan mencari(menipu je, sebenarnya "procrastinating") aku telah membeli sepasang seluar jeans baru, semalam di KLCC. Bukan itu sahaja, tambahan lagi, aku pakai seluar tracksuit masa pergi KLCC sementara orang lain pakai baju-baju cool indie. Aku relaks sahaja pakai pakaian jogging.

Bagi aku, ini suatu pencapaian yang amat bermakna kerana ini adalah kali pertama aku membeli seluar jeans sendiri. "Seriously". Aku tak kisahlah kau nak kata aku anak manja ke atau miskin ke. Tetapi aku gembira dengan seluar jeans yang aku baru beli. Tahniah Don!

Sebenarnya aku tak kisah sangat nak pakai baju apa berapa kali pun. Kalau tak basuh pun aku boleh pakai. Kadang-kadang itu aku cerewetlah jugak sebab aku ini hypochondriac, takut dapat penyakit jugak. Other than that, i'm just fine with what i have and what i am wearing.

Aku memang mengaku yang aku daripada keluarga yang tidaklah sekaya kamu semua. Tetapi bukanlah sebuah keluarga yang susah juga. Cuma sederhana lah kot. Aku dari kecil lagi tidak kisah dengan "material things". Masa aku kecil aku selalu bersama dengan permainan "action figure" Buzz Lightyear aku. Entah mana hilang, rindu gila.

Baju yang aku pakai kecik-kecik dulu, kebanyakkannya, setahu aku, semuanya kepunyaan abang-abang aku semasa mereka kecil. Jadi aku selalunya memakai pakaian "Hamy-downs". Bukan sahaja pakaian, malah permainan pun ada di antaranya pernah menjadi kepunyaan abang-abang aku, kecuali Buzz Lightyear "action figure". Itu aku punya, ok.

Dari kecil sehinggalah tua. Aku banyak menggunakan barang-barang "Hamy-downs". And i am okay with it. Alhamdulillah aku tidaklah terjerumus dengan "peer pressure" dan selalu nak pakai barang-barang mahal yang tidak seberapa cantik. Syukur juga aku ini tidak suka berlagak dan menunjuk-nunjuk.

Apa yang aku ingin katakan kat sini adalah aku sebenarnya tidak kisahlah tentang pakaian semua ini. Aku memang tidak ambil peduli lah. Suka hati lah nak pakai apa pun asalkan gembira. Cuma yang aku tidak puas hati adalah kamu tidak perlulah memandang rendah kepada seseorang hanya kerana dia berpakaian yang tidak mencapai tahap "cool" kamu itu.

We all can't afford to be cool and look like a rockstar. It's too expensive lah.

Aku paling gemar orang yang reti "improvise". "Seriously" aku memang suka. Contohnya kalau kamu tengok cerita Enchanted. Siapa tah nama watak perempuan antagonis tu. Yang penting adalah dia menggunakan kain langsir dan menjadikannya satu baju/gown/dress/skirt/whatever yang cantik dan selesa untuk dipakai.

So, kalau dia jual mesti kamu sanggup bayar mahal-mahal kan. Tetapi kalau dia bagitahu yang dia guna kain langsir, kamu sanggup tak?

Anyways, Aku ada berapa sahaja pasang baju. Kalau tak silap aku sembilan helai je kot yang aku gunakan untuk keluar sahaja. Baju biasa-biasa tuh banyaklah, itu semuanya aku pakai dalam rumah. Dan yang baju sembilan helai itu semua pun aku pakai bertukar-tukar. Kadang-kadang aku suka sangat satu helai baju itu aku akan memankainya berulang-kali dalam dua hari berturut-turut. Sebab "best" sangat.

Aku tidak perlu membeli beribu-ribu baju dan memakai satu baju untuk sehari sahaja. Pakai buang. Kau ingat senang ke nak buat baju?

Seluar jeans pula, aku ada dua pasang je. Sebelum ni aku pakai satu pasang seluar jeans untuk beberapa tahun, kot. Itupun enam bulan sekali sahaja basuh. Tetapi semenjak aku dah beli sepasang seluar jeans yang baru, aku akan praktikkan menggunakan kedua-duanya.

Dan aku tidak rasa malu atau rendah diri pun apabila aku ceritakan ini kepada kamu. Malah aku bangga aku pakai dan mempunyai beberapa helai pakaian sahaja. Dan semuanya murah-murah belaka. Ye lah, kalau aku mampu, mungkin aku dah lama beli yang mahal-mahal kan. Tapi tak apa la. Aku sudah cukup gembira dengan baju yang ada.

Especially baju seperti ini:

7 comments:

  1. buzz light year tu dpt waktu beli happy meal mcdonalds ke?
    i guess i had 1.
    sesuatu ketika dulu la.

    ReplyDelete
  2. entahlah tak ingat. tapi rasanya bukan mcdonalds lah. sebab masa tuh kecil lagi, 5 tahun 6 tahun kot. masa tuh zaman Toy Story. rindu gileeeee

    ReplyDelete
  3. aku harap lebih ramai lagi orang macam kau. well azuan aku pun pernah ke klcc, hanya dengan berpakaian nak pi joging. ahah high 5. nice blog, dude ;p

    ReplyDelete
  4. entah.
    tapi die punye penuntup muka tu boleh bukak tutup.
    pastu picit nnt kepak die terbukak.
    lain kowt
    ahahaha

    ReplyDelete
  5. Fatin.aku pun harap lebih ramai yang tidak pedulikan sangat pasal pakaian ini. naik meraban kepala aku fikirkannya. ahaha and thanks


    hazriq, emm maybe samalah kot kita punya. sebab saya ingat lagi, saya punya helmet dia tuh boleh bukak tutup, kepak dia dah patah ke apa sebab asyik buka tutup jugak. ahahah memang ganass.

    ReplyDelete
  6. ahahaha.
    that thing was cool.
    mainan terhebat suatu ketika dahulu.
    ahahah

    ReplyDelete
  7. tahu takpee. dulu yang best juga mainan godzilla. ahaha

    ReplyDelete