Sunday 20 March 2011

Buat aku musykil.

Kenapa negara lain kau ambil kisah, tetapi negara islam, negara saudara mu, negara satu ummah dengan mu, kau tak pedulikan?

Kenapa negara yang penduduknya tidak bergama, ataupun mengamalkan agama politeisme kau ambil peduli, negara Islam yang terluka di sana kau tak pedulikan?

Kenapa?

Aku tahu lah negara itu baru sahaja dilanda bencana yang dahsyat. Tetapi itu bencana, Allah dah timpakan. Memang kalau apapun terjadi, memang Allah menghendakinya untuk berlaku.Kesian memang kesian, bantu memang bantu, tetapi di mana terletaknya prioriti kita? Sedangkan negara yang ada rakyat islam yang banyak  di sana, diperangi musuh, bangsa yang memang memusuhi Islam, kau tak pula pertahankan? Kau tak pula nak menyokong?

Aku musykil. Kenapa? Terangkan kepada aku sedikit.

Saturday 19 March 2011

Sentaaaaap.

Bagitahu aku sekarang, siapa di sini berani mengaku dia tahu dia akan sampai ke titik waktu/tempat sekarang ini, lima tahun lepas? Baiklah, kita kurangkan. Satu tahun lepas? Ada?

Tentu tak ada kan.

Kita tak boleh jangka mana kita akan berada pada masa akan datang. Kita cuma boleh rencanakan sahaja. Boleh buat rancangan sahaja, tetapi kesemuanya ditentukan oleh yang Esa sahaja. We propose, God dispose.

Aku betul-betul tak duga aku akan berada di mana aku berada sekarang. Aku sedar kelemahan aku ini. Abang-abang aku kedua-duanya adalah overachiever. Mereka dah menetapkan had yang tinggi yang aku rasa aku tak pernah nak dekati. Bukan setakat nak capai atau lepas batas yang mereka dah hadkan, tetapi nak dapat keputusan yang dekat dengan had itu pun susah. Aku selalu fikir aku lah black sheep of the family. The slow one.

Namun, ada sekali itu dalam kelas, cikgu aku pernah kata, "kita takkan tahu apa akan terjadi pada kita pada masa akan datang. Kita takkan tahu kat mana kita akan end up in the future", well not those exact words but you get the gist. Siapa kata budak-budak yang kurang baik prestasi mereka tidak akan berada di atas dan budak-budak yang baik sangat prestasi mereka tak mungkin berada di bawah. Semuanya terletak pada ketentuan Allah sahaja. Itu semua rezeki, berkat, takdir dan macam-macam lagi.

Aku bukan nak berlagak ke apa kat sini, aku cuma nak mengingatkan diri sendiri. Siapa sangka, muka aku ini, dapat peluang begini. Aku tak duga. If you ask me five years ago that i would end up here, i'd say you're crazy. Dan sekarang setiap kali orang tanya aku kat mana, aku belajar kat mana, aku selalu teragak-agak nak jawab. Kadang-kadang tu aku rasa malu nak jawab, macam aku rasa orang fikir aku ni berlagak. Susah ada personaliti yang selalu fikir apa orang lain fikir tentang diri kita sendiri. Susah sangat.

Kalau ada benda yang aku rasa nak tegur, atau kasi tahu yang aku tahu mesti dia terasa, aku takkan cakap. Aku akan tipu sedaya upaya yang aku boleh. Kalau ada satu benda ni kawan buat benda yang aku tak suka, aku takkan cakap aku tak suka, aku akan senyapkan diri sahaja. Memang aku tak boleh nak straightforward. Walaupun kawan mintak aku cakap terus terang apa yang aku tak suka, kalau boleh aku takkan bagitahu. Tapi kalau dah terlepas tu, terlepas lah. Kadang-kadang tu tak boleh juga nak tahan.

Haih, jauh menyimpang daripada topik asal. Pokoknya, kita jangan fikir kita akan berada di tempat yang sama sahaja pada masa akan datang. Semuanya terletak pada Allah juga. Rezeki masing-masing dan jangan sekali-kali lupa.

Aku pun dah penat dah ulang benda yang sama, janganlah lupa untuk bersyukur. Walaupun kau rasa tak best langsung hidup kau, kau rasa hidup kau ke paling teruk?

Tahu tak, sewaktu negara Indonesia dilanda Tsunami di Acheh beberapa tahun lalu, antara yang menghulurkan bantuan adalah rakyat Palestin. RAKYAT PALESTIN kau tahu?! Sedangkan mereka dilanda peperangan yang dahsyat dan kecaman yang tidak terhenti, tetapi mereka sanggup nak kasi bantuan. Tak sentap ke kita? Tak malu ke?

Bukan itu sahaja, sewaktu uprising of Egypt baru-baru ini. Negara tersebut kucar-kacir sehinggakan terpaksa rakyat sendiri menubuhkan organisasi "Pak Jaga" untuk jaga kawasan mereka daripada banduan-banduan atau sesiapa sahaja yang mahu menimbulkan kekacauan. Makanan minuman bekalan elektrik semua dipotong, dihalang, disekat. Namun itu, ada yang menghulurkan bantuan. Nak tahu siapa? Tu, di sempadan Mesir tu. Rakyat Palestin sendiri hulurkan bantuan kat sempadan yang selama ini mereka dihalang dan disekat  daripada menerima bantuan\, mereka yang menghulurkan bantuan kepada rakyat Mesir.  Tak sentap lagi ke?

Habis tu, kita boleh sentap selama ini pada benda-benda lain, benda macam ini tak nak sentap?

Okay, ini pun aku dah menyimpang daripada tajuk asal. Tidak mengapalah. Memang aku ini ada Attention Deficit Hyperactivity Disorder. Cepat tukar fokus kepada benda lain.

Ya Latif.

Ya Allah.

Lembutkanlah hati aku ini.

I'm like a smiley living in a frowning environment.

When the whole world, or in reality, just the people around you in this immediate instant, is not in the emotional sense-with you, you or in this case me, i tend to find solace in myself. In other words, i have to find company in myself. No other person can give it to me, especially when they lack the capacity to comprehend my personality.

Everyone wants themselves to be heard. Everyone is self-centered. It's not a bad thing, and yet sometimes it's not good either. But somehow we have to be that way, we are built in that way. That's the way we operate and perhaps because it is coded in our genes, we cannot change it anymore than we can change the weather. Ultimately, we do things for ourselves. Either you admit it or you just don't want to admit it, yes we do.

It's all about me. No one else. I'm not talking about other people alone, i am also included. Most of the times, i always ponder the question; What about me? Why is it always you? Why do you have a greater priority than me? Who do you think you are?

And in the end, i just give up trying to fight and argue about it. I prefer to avoid these kinds of situations if necessary.

Senarai minta tolong.

Pertama-tama, janganlah nak marah orang yang menyampaikan berita. Orang yang menyampaikan berita ini, dah nama dia pun menyampaikan berita, itu sahaja tugas dia. Apa salah dia? Tak kisahlah dia menyampaikan berita baik ke buruk ke, dia hanya menjalankan tugas dia. Sama sahaja dengan orang yang menyampaikan pesanan, meskipun pesanan itu tidak enak didengar, janganlah nak marah dia. Bukannya dia nak sangat passkan pesanan itu. Apa kau orang ingat dia ini burung merpati ke hape? Sekarang dah zaman teknologi ada SMS, e-mail, facebook, tak payah nak cakaplah kan.

Tapi bukan salah orang bagi pesanan itu juga. Memandangkan pesanan yang dia perlu bagi itu tertuju kepada ramai orang, maka dia terpaksa sampaikan kepada seorang wakil. Dan sialnya di sini, apabila wakil itu menjalankan tugas dia, yakni menyampaikan pesanan kepada orang ramai, orang ramai marah dia.

Melainkan orang yang menyampaikan pesanan itu ada niat batu api, itu lain cerita.

Selebihnya menyusul tepat pada waktunya.

I am ashamed to admit that.

I have wasted a very free afternoon and evening with watching The Walking Dead. I have to say though, it was very refreshing. Recent experiences has shown that i have become somewhat of a robot, without any feelings or perhaps showing none. But after watching this show, it reminds me that sometimes people can get very crazy and humanity and all the ethics, sometimes are not applicable and are prone to be subjective.

Well i'm not going to talk on and on about this amazing show, i'm just saying that i have wasted a perfectly good free time, on entertaining myself with enjoying this show, instead of doing things that are more educational and proactive.

Thursday 17 March 2011

Boh boh la tu.

Cukuplah. Tak rasa ke sudah keterlaluan?

Viva Palestina.

Tidak sempurna iman seseorang itu kalau dia tidak mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri.

Saudara di sini tak kira lah siapa pun, yang penting islam. Tidak semestinya saudara yang dari pertalian darah yang sama. Tapi kalau diikutkan, memang kita semua ini dari keturunan yang sama. Kan.

Maka, dititikberatkan kepentingan menjalinkan hubungan baik sesama manusia terutama saudara sesama Islam. Ukhuwah yang terbina atas dasar cintakan Allah adalah hubungan yang paling digalakkan dan paling aku cuba nak dapatkan. Suatu nikmat yang Allah kurniakan kepada kita dan seharusnya kita cuba mendapatkannya.

Aku faham, kadang-kadang itu kawan kita selalu buat kita sakit hati, kecil hati, sedih hati dot dot dot. Lantas apabila nak cuba berbaik semula, suara kecil dalam kepala kita cakap, jaga-jaga, dulu dia selalu buat hal, perlu ke baik semula?

Benar ke itu suara kita dalam kepala? Ataupun syaitan? Entah lah, aku pun tak tahu.

Tapi kalau kaji semula, kalau kita sayang kawan-kawan kita atas dasar sebab kita cintakan Allah dan kita bertemu dengan saudara-saudara kita atas sebab kerana Allah, aku percaya, nothing will go wrong. Cubalah. Dan kalau ada pun, itu sudah tentu satu ujian Allah buat ke atas diri kita sendiri. Seharusnya kita boleh atasi ujian-ujian ini asalkan tidak lupa kepada siapa kita berpaling untuk minta pertolongan.

Natijahnya, kita tak nak ke cuba sempurnakan iman kita?

Terutama sekali terhadap saudara-saudara kita di Palestin. Walaupun tak pernah kenal, tak pernah menatap wajah mereka, tapi mereka tetap saudara kita. Mana pergi tanggungjawab kita sebagai satu Ummah untuk tolong antara satu sama lain. Kalau mereka tak dapat tolong diri mereka, tanggungjawab itu terletak pada bahu kita yang hidup senang lenang dengan makanan minuman yang cukup. Paling kurang pun, satu cara nak bantu mereka adalah doakan untuk mereka dan juga elakkan daripada menggunakan barang-barang produk yang ada kaitan dengan  bangsa yang mengecam saudara kita di sana.

Palestin dihatiku.

Mungkin satu nasihat boleh aku kongsi bersama. Dikala kita ditimpa masalah yang menimbulkan perselisihan faham antara sahabat-sahabat kita sampaikan boleh merobohkan tiang persaudaraan, cuba fikir semula kepada saudara-saudara kita di Palestin. Mereka tak ada masa langsung nak fikir pasal gaduh dengan kawan, tak ada masa nak fikir pasal kecil hati dengan kawan, tak ada masa nak fikir pasal nak berebut apa-apa sahaja. Bekalan makanan dan minuman dipotong, rumah diroboh, mereka dihalau daripada tanah sendiri, dikecam oleh bangsa Laknatullah. Sibuk cuba berperang mati syahid untuk memenangkan Islam. Tak ada masa untuk perkara lain.

Cubalah ingatkan diri.

Pengajaran yang boleh di-extract.

Menurut pandangan aku sendiri, satu pengajaran yang boleh aku teladani daripada salah satu akhlak peribadi Rasulullah adalah fokuskan kepada yang baik.

Beliau tidak pernah mencela makanan sama sekali. Jika beliau suka maka dimakanlah makanan itu. Jika tidak suka, maka beliau tinggalkan tanpa mencelanya.

Dalam konteks ini, kita boleh lihat bahawa Rasulullah S.A.W. tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya. Baginda makan apa yang beliau mahukan sahaja. Boleh baca terang-benderang daripada sunnah/hadis di atas.

Maka, kalau kita cerminkan diri kita, pernah tak kita mencela makanan yang telah diberi kepada kita? rezeki yang Allah kurniakan kepada kita?

"Aku tak suka lah pisang, lembik kuning, dah lah tak sedap"

"Durian?! Busuklah!"

"Burger Deluxe edition aku tak makan sebab ada bawang"

dan lain-lain lagi lah kan. Ini memang hakikat dan bukan tertakluk kepada orang di sekeliling aku sehaja, malah aku pun termasuk dalam golongan ini. Sedangkan Nabi kita sendiri tak pernah nak cakap nak komen makanan ni tak sedap lah, tak sampai citarasalah, kita ni apa layaknya?

Kalau dah diberi makanan itu maka makan sahaja. Jangan nak banyak rungut. Sedar sikit berapa ramai saudara kita di seluruh dunia ini hidup tak cukup makanan, tak cukup bekalan minuman bersih, tak ada atap untuk berteduh, tak ada selimut untuk menyelimuti(?). Allah dah beri rezeki, bersyukurlah atas apa yang diberi. Dan kalau tak suka sampai tak boleh makan sekalipun, janganlah nak mencela makanan itu. Tak bersalah pun makanan itu, dan janganlah rosakkan prasarana dan selera orang di sekeliling untuk makan.

Dan mengikut pandangan aku, bukan itu sahaja yang boleh aku simpulkan daripada hadis ini. Kalau secara tersirat (mungkin aku ini terlebih nak "decode" makna tersirat yang tak wujud) ada pengajarannya iaitu menumpukan perhatian kepada yang baik.

Kalau kita cuba aplikasikan hadis itu dalam aspek hidup selain daripada makan, kita boleh lihat bahawa Baginda Rasulullah S.A.W. fokus pada benda yang disukainya, pada benda yang baik dan tidak hiraukan benda yang tidak disukainya malah tidak mencela, mengata whatsoever.

Kalau aku cermin diri, aku seharusnya melihat pada benda-benda positif yang ada dalam hidup aku dan tidak menumpukan perhatian pada benda-benda negatif yang memang kadang-kadang tidak boleh dikawal. Lantas akan membuat aku rasa selesa, lega dan sebagainya. Sebaliknya kalau asyik fikir pasal benda-benda yang menyakitkan hati dan buat hati gundah gulana, memanglah ternyata hati tidak akan tenteram sampai bila-bila.

Dan salah satu cara untuk kita mententeramkan hati kita adalah:


Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, dengan hanya mengingati Allah, hati menjadi tenteram. (13:28)

Dalam Al-Quran pun dah nyatakan terang-benderang lagi cara untuk kita dapat keamanan jiwa, ketenteraman hati. Senang sahaja. Bukan susah pun.

Tergendala.

Aku faham nak dekat sebulan aku tak kemaskini blog aku ini. Banyak yang terjadi yang memungkinkan aku untuk tidak membuka blog dan isinya dengan coretan-coretan hati aku.

Salah satu sebabnya adalah aku dapat pulang ke tanah air untuk bercuti buat seketika. Alhamdulillah dapat berjumpa dengan keluarga tersayang, sahabat terdekat, kucing terlama, rumah tercinta sambil-sambil dapat menikmati makanan-makanan yang sudah lama tidak dijamah dan berjalan-jalan sekitar kawasan yang sudah lama tidak dijejaki. Sekali lagi Alhamdulillah diberi kesempatan dan kenikmatan ini.

Seperti biasa, mari kita menikmati menggunakan panca indera penglihatan kita, alang-alang tu kan.































Terima kasih untuk masa yang diberi dan untuk kesempatan yang diluangkan bersama. Hidup tiada makna kalau kita tak manfaatkannya.

Wednesday 16 March 2011

Pleased or frustrated.

One of the most important events in my life took place and i wasn't there to witness it first hand, second hand or any other hand. Part of me is disappointed, part of me is sad and grieving beyond depression, part of me is angry, and just a little tiny weeny part of me is glad that i wasn't there. I hope to Allah that that part that is glad and happy i didn't go, grows into a real and full fledged feeling of gratefulness to Allah.

One of my brother said to me: "Perhaps it's because of Allah's love towards me that i wasn't able to go to that "would-be life changing event"."

Perhaps he is right.

Another brother once said to me that you have to be ready for in the future, those who believe will be tested. And this, i suppose, could be one of those tests. As my faith towards Allah increases, so does the tests that will follow. I just have to remember that in the face of daily problems and dilemmas, i must not give up and surrender, instead, i must persevere and the only One who i should turn to for help is the only One.

Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.”( 9: 129)

And one way of asking Allah for one's help is:

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” ( 2: 45)

 Alhamdulillah. Thank you Allah for everything.