Bagitahu aku sekarang, siapa di sini berani mengaku dia tahu dia akan sampai ke titik waktu/tempat sekarang ini, lima tahun lepas? Baiklah, kita kurangkan. Satu tahun lepas? Ada?
Tentu tak ada kan.
Kita tak boleh jangka mana kita akan berada pada masa akan datang. Kita cuma boleh rencanakan sahaja. Boleh buat rancangan sahaja, tetapi kesemuanya ditentukan oleh yang Esa sahaja. We propose, God dispose.
Aku betul-betul tak duga aku akan berada di mana aku berada sekarang. Aku sedar kelemahan aku ini. Abang-abang aku kedua-duanya adalah overachiever. Mereka dah menetapkan had yang tinggi yang aku rasa aku tak pernah nak dekati. Bukan setakat nak capai atau lepas batas yang mereka dah hadkan, tetapi nak dapat keputusan yang dekat dengan had itu pun susah. Aku selalu fikir aku lah black sheep of the family. The slow one.
Namun, ada sekali itu dalam kelas, cikgu aku pernah kata, "kita takkan tahu apa akan terjadi pada kita pada masa akan datang. Kita takkan tahu kat mana kita akan end up in the future", well not those exact words but you get the gist. Siapa kata budak-budak yang kurang baik prestasi mereka tidak akan berada di atas dan budak-budak yang baik sangat prestasi mereka tak mungkin berada di bawah. Semuanya terletak pada ketentuan Allah sahaja. Itu semua rezeki, berkat, takdir dan macam-macam lagi.
Aku bukan nak berlagak ke apa kat sini, aku cuma nak mengingatkan diri sendiri. Siapa sangka, muka aku ini, dapat peluang begini. Aku tak duga. If you ask me five years ago that i would end up here, i'd say you're crazy. Dan sekarang setiap kali orang tanya aku kat mana, aku belajar kat mana, aku selalu teragak-agak nak jawab. Kadang-kadang tu aku rasa malu nak jawab, macam aku rasa orang fikir aku ni berlagak. Susah ada personaliti yang selalu fikir apa orang lain fikir tentang diri kita sendiri. Susah sangat.
Kalau ada benda yang aku rasa nak tegur, atau kasi tahu yang aku tahu mesti dia terasa, aku takkan cakap. Aku akan tipu sedaya upaya yang aku boleh. Kalau ada satu benda ni kawan buat benda yang aku tak suka, aku takkan cakap aku tak suka, aku akan senyapkan diri sahaja. Memang aku tak boleh nak straightforward. Walaupun kawan mintak aku cakap terus terang apa yang aku tak suka, kalau boleh aku takkan bagitahu. Tapi kalau dah terlepas tu, terlepas lah. Kadang-kadang tu tak boleh juga nak tahan.
Haih, jauh menyimpang daripada topik asal. Pokoknya, kita jangan fikir kita akan berada di tempat yang sama sahaja pada masa akan datang. Semuanya terletak pada Allah juga. Rezeki masing-masing dan jangan sekali-kali lupa.
Aku pun dah penat dah ulang benda yang sama, janganlah lupa untuk bersyukur. Walaupun kau rasa tak best langsung hidup kau, kau rasa hidup kau ke paling teruk?
Tahu tak, sewaktu negara Indonesia dilanda Tsunami di Acheh beberapa tahun lalu, antara yang menghulurkan bantuan adalah rakyat Palestin. RAKYAT PALESTIN kau tahu?! Sedangkan mereka dilanda peperangan yang dahsyat dan kecaman yang tidak terhenti, tetapi mereka sanggup nak kasi bantuan. Tak sentap ke kita? Tak malu ke?
Bukan itu sahaja, sewaktu uprising of Egypt baru-baru ini. Negara tersebut kucar-kacir sehinggakan terpaksa rakyat sendiri menubuhkan organisasi "Pak Jaga" untuk jaga kawasan mereka daripada banduan-banduan atau sesiapa sahaja yang mahu menimbulkan kekacauan. Makanan minuman bekalan elektrik semua dipotong, dihalang, disekat. Namun itu, ada yang menghulurkan bantuan. Nak tahu siapa? Tu, di sempadan Mesir tu. Rakyat Palestin sendiri hulurkan bantuan kat sempadan yang selama ini mereka dihalang dan disekat daripada menerima bantuan\, mereka yang menghulurkan bantuan kepada rakyat Mesir. Tak sentap lagi ke?
Habis tu, kita boleh sentap selama ini pada benda-benda lain, benda macam ini tak nak sentap?
Okay, ini pun aku dah menyimpang daripada tajuk asal. Tidak mengapalah. Memang aku ini ada Attention Deficit Hyperactivity Disorder. Cepat tukar fokus kepada benda lain.
No comments:
Post a Comment