Pertama-tama, janganlah nak marah orang yang menyampaikan berita. Orang yang menyampaikan berita ini, dah nama dia pun menyampaikan berita, itu sahaja tugas dia. Apa salah dia? Tak kisahlah dia menyampaikan berita baik ke buruk ke, dia hanya menjalankan tugas dia. Sama sahaja dengan orang yang menyampaikan pesanan, meskipun pesanan itu tidak enak didengar, janganlah nak marah dia. Bukannya dia nak sangat passkan pesanan itu. Apa kau orang ingat dia ini burung merpati ke hape? Sekarang dah zaman teknologi ada SMS, e-mail, facebook, tak payah nak cakaplah kan.
Tapi bukan salah orang bagi pesanan itu juga. Memandangkan pesanan yang dia perlu bagi itu tertuju kepada ramai orang, maka dia terpaksa sampaikan kepada seorang wakil. Dan sialnya di sini, apabila wakil itu menjalankan tugas dia, yakni menyampaikan pesanan kepada orang ramai, orang ramai marah dia.
Melainkan orang yang menyampaikan pesanan itu ada niat batu api, itu lain cerita.
Selebihnya menyusul tepat pada waktunya.
No comments:
Post a Comment