Menurut pandangan aku sendiri, satu pengajaran yang boleh aku teladani daripada salah satu akhlak peribadi Rasulullah adalah fokuskan kepada yang baik.
Beliau tidak pernah mencela makanan sama sekali. Jika beliau suka maka dimakanlah makanan itu. Jika tidak suka, maka beliau tinggalkan tanpa mencelanya.
Dalam konteks ini, kita boleh lihat bahawa Rasulullah S.A.W. tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya. Baginda makan apa yang beliau mahukan sahaja. Boleh baca terang-benderang daripada sunnah/hadis di atas.
Maka, kalau kita cerminkan diri kita, pernah tak kita mencela makanan yang telah diberi kepada kita? rezeki yang Allah kurniakan kepada kita?
"Aku tak suka lah pisang, lembik kuning, dah lah tak sedap"
"Durian?! Busuklah!"
"Burger Deluxe edition aku tak makan sebab ada bawang"
dan lain-lain lagi lah kan. Ini memang hakikat dan bukan tertakluk kepada orang di sekeliling aku sehaja, malah aku pun termasuk dalam golongan ini. Sedangkan Nabi kita sendiri tak pernah nak cakap nak komen makanan ni tak sedap lah, tak sampai citarasalah, kita ni apa layaknya?
Kalau dah diberi makanan itu maka makan sahaja. Jangan nak banyak rungut. Sedar sikit berapa ramai saudara kita di seluruh dunia ini hidup tak cukup makanan, tak cukup bekalan minuman bersih, tak ada atap untuk berteduh, tak ada selimut untuk menyelimuti(?). Allah dah beri rezeki, bersyukurlah atas apa yang diberi. Dan kalau tak suka sampai tak boleh makan sekalipun, janganlah nak mencela makanan itu. Tak bersalah pun makanan itu, dan janganlah rosakkan prasarana dan selera orang di sekeliling untuk makan.
Dan mengikut pandangan aku, bukan itu sahaja yang boleh aku simpulkan daripada hadis ini. Kalau secara tersirat (mungkin aku ini terlebih nak "decode" makna tersirat yang tak wujud) ada pengajarannya iaitu menumpukan perhatian kepada yang baik.
Kalau kita cuba aplikasikan hadis itu dalam aspek hidup selain daripada makan, kita boleh lihat bahawa Baginda Rasulullah S.A.W. fokus pada benda yang disukainya, pada benda yang baik dan tidak hiraukan benda yang tidak disukainya malah tidak mencela, mengata whatsoever.
Kalau aku cermin diri, aku seharusnya melihat pada benda-benda positif yang ada dalam hidup aku dan tidak menumpukan perhatian pada benda-benda negatif yang memang kadang-kadang tidak boleh dikawal. Lantas akan membuat aku rasa selesa, lega dan sebagainya. Sebaliknya kalau asyik fikir pasal benda-benda yang menyakitkan hati dan buat hati gundah gulana, memanglah ternyata hati tidak akan tenteram sampai bila-bila.
Dan salah satu cara untuk kita mententeramkan hati kita adalah:
Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, dengan hanya mengingati Allah, hati menjadi tenteram. (13:28)
Dalam Al-Quran pun dah nyatakan terang-benderang lagi cara untuk kita dapat keamanan jiwa, ketenteraman hati. Senang sahaja. Bukan susah pun.
No comments:
Post a Comment