Tuesday 9 August 2011

Umur...

Umur sudah semakin meningkat. Mencecah dua angka, batas antara remaja dan dewasa. Tetapi malangnya, sedihnya, umur itu tidak menunjukkan apa-apa. Umur bukanlah satu tanda kehebatan seseorang, bukanlah satu tanda keilmuan seseorang, cuma merupakan satu tanda tempoh masa yang sudah diberikan kepada kita untuk hidup di dunia ini yang SEMENTARA sahaja.

Namun, masih ramai lagi yang tidak sedar, prioriti mereka itu semuanya tidak bermanfaat. Apa yang mereka berkejar-kejar nak capai, tidak membawa apa-apa faedah melainkan hanya di dunia sahaja. Adakah itu mencukupi bagi anda? Melakukan kerja, belajar sampai nyawa-nyawa ikan, namun hasilnya hanyalah di dunia sahaja? Adakah itu yang anda mahu? Adakah itu sudah mencukupi bagi kamu?

Bagaimana pula hasil untuk di akhirat nanti? Tidakkah kamu mahu menananm benih-benih pahala yang boleh kita tuai nanti pada waktu akhirat nanti? Tidakkah itu lebih baik bagi aku dan kamu?

Apa kena mengena dengan umur, dia bertanya. Umur. Dalam ertikata lain, tempoh. Dalam ertikata lain, waktu, masa dan seterusnya. Waktu yang diberi kepada kita.

Seperti pepatah mat salleh Time is money, bererti masa itu emas menunjukkan bahawa masa itu penting, tidak boleh disia-siakan sama sekali kerana masa yang telah ditinggalkan tidak dapat kembali kepada kita semula. Apa yang kita boleh ambil daripada masa yang telah lepas hanyalah penyesalan dan pengajaran.

Allah juga sudah menurunkan kalimah-kalimahNya yang menerangkan tentang masa:

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.(103:1-3)

Ayat-ayat yang sangat straightforward bagi aku. Mungkin ada maksud-maksud tersirat yang lain tapi untuk entri ini, aku akan bahaskan secara jelas tentang apa yang tersurat sahaja.

Sesungguhnya manusia dalam kerugian, kerana masa itu berlalu tanpa menunggu kita walhal kita ini yang selalu tidak memikirkan secara optimal dalam penggunaan masa. Sebab itulah dari dulu sehingga kini, benda yang selalu ditekankan oleh pakar-pakar motivasi apabila memberi ceramah kepada bakal-bakal pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar, adalah time management. Bukan sahaja pengurusan in the sense that masa itu dibahagikan mengikut jadual sahaja, bahkan dari segi penggunaan masa itu sebaiknya juga ditekankan.

Benda ini sudah lama Allah tekankan dari zaman Rasulullah dahulu. Benda ini bukanlah sesuatu yang baru, sudah lama lagi. Namun itulah, manusia dalam kerugian. Masih lagi tidak menggunakan masa dengan sebaiknya. Dan apa yang constitutes menggunakan masa sebaiknya?

Menggunakan masa sebaiknya adalah menggunakan masa dalam berdakwah, menggunakan masa kerana Allah, menggunakan masa dalam kebajikan dan seterusnya mengikut surah tersebut. Menasihati orang lain, mengingatkan orang lain, itulah penggunaan masa dengan sebaiknya.

Apa kena mengena dengan umur, dia tanya?

Umur adalah masa. Masa itu harus digunakan sebaiknya. Namun sudahkah kau menggunakan masa kau sebaiknya? Sudahkan kau menghabiskan masa kau untuk menanam benih-benih pahala tadi untuk dituai pada waktu akhirat nanti? Atau mungkin pada kau, yang lebih penting adalah menghabiskan segala tenaga dan masa dalam belajar sehinggakan menjadi seorang Genius, sampai kerja boleh jadi kaya raya, ramai perempuan terpikat, settle down, dapat anak, dapat cucu, lepas tu, masuk liang lahad. Habis cerita.

Apa telah kau buat untuk agama Allah? Nanti Dia yang tanya? Apakah kau telah melakukan apa-apa untuk membantu agama Allah selama umur, selama masa, sepanjang hayat yang telah Allah berikan kepada kau di muka bumi Allah?

Itu semua soalan nanti Dia yang tanya kau pula.

Ya, memang umur itu tidak menentukan bahawa seseorang itu hebat atau tidak, berilmu atau tidak. Lihat sahaja Rasulullah s.a.w. Dia menjadi seorang rasul, seorang nabi pada waktu umurnya 40 tahun. Kalau menurut kamu, kamu mampu ke, atau larat ke nak menanggung beban menyampaikan risalah menyebarkan Islam pada umur yang nak kata tua juga dah tu? Dengan komitmen lain lagi yang kau ada? Namun Rasulullah mampu, dan bukan dia sahaja, bahkan sahabat-sahabat yang lain yang terdiri dari pelbagai kategori umur.

Contoh orang yang muda pada waktu itu, antara cucu kesayangan Rasulullah, Usamah bin Zaid. Pada waktu belasan tahun sudah pergi berperang, tiada gentar, tiada ketakutan. Kemudian dalam peperangan menghadapi tentera Rom yang amat dahsyat dan besar, pemuda yang mengetuai dan memimpin tentera islam bukanlah dikalangan sahabat nabi yang tua-tua yang telah memeluk islam sejak era mekah, walhal yang menjadi ketua tentera tersebut adalah Usamah. Pada waktu itu, dia masih lagi remaja, belum lagi meningkat dewasa.

Maka, YA, umur itu tidak menentukan bahawa kau lemah ataupun kuat. Namun selama hayat kau itu, apakah kau telah melakukan sesuatu yang bermanfaat dengan umur kau itu? Walaupun kau muda, walaupun kau tua, dengan masa yang telah diberikan untuk kau setiap detik, haruslah untuk Allah.

Penat lelah kita bermain pada petang hari, menang perlawanan bola sepak, terbatuk-batuk dan termengantuk-mengantuk kita mengerjakan tugasan sampai tidak tidur semalaman, ikat perut sampai sakit perut kerana nak simpan duit untuk beli sesuatu barang kesukaan, itu lah apa yang kita kejar.

Cuba kalau petang bermain bola sepak kerana nak riadah untuk menyihatkan tubuh supaya jasad sentiasa bertenaga dalam menyuburkan gerak kerja dakwah. Cuba kalau kita terbatuk-batuk dan mengantuk kerjakan tugasan sampai tidak tidur semalaman sebab nak habiskan tugasan itu awal-awal supaya nanti boleh ada masa nak pergi Liqo', nak turut serta Daurah dan Jaulah. Cuba kalau sakit perut sampai gastrik simpan duit sebab nak infakkan duit itu untuk kegunaan tabung usrah.

Cubalah kalau kita menggunakan umur kita.... (isi tempat kosong).

Masa itu ibarat pedang yang tajam, jika kamu tidak memotongnya, kamu akan dipotongnya.

For all intense and purposes in this post, every word that indicates you is actually directed to myself.  Unless you yourself would like to take any benefit, by all means, you are wlecome to do so.

Berat.

Bila tulang-tulang dalam badan rasa berat, bila mulut rasa kering, bila lidah rasa kaku, bila otak tidak berfungsi, hati rasa malas seakan-akan mahu putus asa.

Adakah ini merupakan satu ujian ke atas ku? Adakah aku ini diuji sampai mana kemampuan aku, sampai mana semangat aku, sampai mana aku berusaha?

Ya Allah, kepadaMu lah tempat ku bergantung. Pilih lah aku, berkatilah apa jua aku lakukan. Tetapkanlah aku di jalanMu ya Allah.

Monday 8 August 2011

Tertewas.

Buang suffix ter daripada tajuk di atas.

Kalau dah terjatuh, tersungkur, bangunlah semula. Jangan duduk baring di atas tanah yang dipijak-pijak orang. Sedar tak sedar, kuat tak kuat, taubat tak taubat, bangun semula, cuba perbaiki diri. Taubatlah, jauhilah dari dibelenggu jahiliah. Jahiliah berbentuk persendirian, berbentuk individu yang hanya Allah sahaja yang perasan dan nampak dan tahu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

:(

Ampunkanlah dosa-dosa ku ini ya Allah.

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai.
Dengan rahmatMu, ampunkan daku, oh Tuhanku.
Wahai Tuhan, selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Saturday 6 August 2011

Thursday 4 August 2011

Kerana Imannya.

Kalau kau cintakan sahabat kau benar-benar kerana Allah, kau tidak akan berani menggunjing tentang mereka. Kalau kau cintakan sahabat kau benar-benar kerana Allah, kau tak akan berani memperkecilkan mereka. Kalau kau cintakan sahabat kau benar-benar kerana Allah...

Lihatlah pada waktu pasca peperangan Badar. Ghazwah Badar Al-kubra. Ramai tentera kafir yang menentang tentera Islam pada waktu itu, yang berjumlah kira-kira 10 000 orang, kalah dan kebanyakkan daripada mereka ditawan, menjadi tawanan perang. Ketika itu, mereka hanyalah kalah kepada tentera Islam yang sebanyak 300 orang sahaja. Ini membuktikan bahawa kuantiti tidaklah memainkan peranan yang besar berbanding kualiti.

Maka, pada waktu selepas peperangan ini, ramai tahanan dibawa untuk ditebus oleh saudara-saudara mereka, kabilah-kabilah mereka. Ditebus dengan harta. Ketika itu, seorang yang bernama Abdurrahman bin Auf, sedang membawa seorang tahanan perang yang bernama Abu Aziz ibn Umair untuk dihadap kepada salah seorang tokoh Islam, iaitu Mushab ibn Umair.

Abu Aziz, setelah menatap wajah saudara kandungnya Mushab, meminta untuk dilepaskan olehnya. Namun, Mushab tidak mengendahkan langsung permintaannya itu. Malah Mushab itu sendiri menyuruh Abdurahman bin Auf itu untuk menguatkan ikatannya dan belenggukan tahanan tersebut dengan seerat yang mungkin. Dia menyatakan bahawa tahanan tersebut mempunyai ibu yang menyayanginya dan memanjakannya, maka akan ditebus tahanan itu dengan harta.

Abu Aziz, setelah mendengarkan apa yang telah diungkapkan oleh Mushab, naik marah. Sampai hati saudara kandungnya, abangnya sendiri, berani menjualkannya kembali kepada ibunya sendiri, untuk dibalas dengan tebusan harta. Di mana perginya pertalian darah? Di mana terletaknya nilai antara adik beradik kandung?

Namun, Mushab ibn Umair, dengan sukarnya memandang ke arah lain. Dia menjawab dengan tegasnya:

"Engkau bukan saudaraku. Ini (Abdurrahman bin Auf) saudaraku, Dia inilah saudaraku!".

Dia adalah saudaraku, kerana Imannya. Dia adalah sahabatku kerana Imannya.

Itu antara salah satu kisah yang boleh menjadi penguat semangat kepada kita yang selalu dilanda dengan penyakit yang tidak baik sehinggakan boleh merusakkan, malah memutuskan ikatan persahabatan kita dengan saudara-saudara kita.

Kalau kita lihat dari kisah di atas, menurut pengetahuan kita, kalau kita kaji semula sejarah, bangsa Arab ini memang terkenal dengan semangat Assobiyah mereka. Semangat perkauman mereka antara kabilah. Mereka bangga dengan keturunan mereka, mereka bangga dengan nasab mereka sehinggakan mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk melindungi kabilah mereka, walaupun salah seorang dari kabilah mereka telah melakukan kesalahan.

Namun, apa yang kita dapat lihat dari kisah di atas adalah sebaliknya. Mushab ibn Umair, tidak melakukan apa-apa untuk menyelamatkan atau membebaskan adik kandungnya sendiri, malah dia sendiri yang suruh mengetatkan lagi ikatan pada adiknya itu. Dia tahu ibunya akan menuntut pembebasan anak kesayangan dia itu dengan membayar dengan harta. Kenapa dia bersikap begitu? Kenapa dia lebih mementingkan untuk menahan adik kandung dia sendiri? Kenapa dia anggap Abdurrahman bin Auf saudaranya daripada menganggap adiknya sendiri sebagai saudaranya?

Di sinilah kita boleh nampak nilai iman seseorang itu lebih tinggi daripada nilai ikatan atau hubungan sesama darah kandung. Allah itu lebih penting, lebih berprioriti daripada darah, daripada yang tidak beriman.

Mushab lebih sayang Abdurrahman daripada adiknya sendiri kerana imannya. Baru ini kita boleh sebut persaudaraan atas dasar iman, atas dasar cinta terhadap Allah, ukhuwah fillah. Inilah merupakan persahabatan/persaudaraan yang dicari-cari kita selama ini sebenarnya. Kita menyayangi seseorang itu kerana imannya, kerana kita sama-sama menyayangi Allah, kita sama-sama mencari redha Allah, sama-sama menegakkan agama Allah.

Baru lah layak disebut ukhuwah fillah.

Rujukan:1. Dalam Dekapan Ukhuwah. Salim A. Fillah.
2. Ini Sejarah Kita. Thoriq Ahmad.

Wednesday 3 August 2011

Of wives and support.

It was in a cave, that a man of 40 years old, who stayed there from dawn till dusk, fasting, while thinking about the world around him.

It was at this time that that man, was approached by a stranger, someone mysterious and unbeknownst to him, later on his life, would be one of his best friend. The stranger asked of the man something that the man could not answer, something that the man himself admitted that it is not in his repertoire.

Thus, the stranger hugged him tightly until it made the man shiver. This made the man feel so small and so scared. But he wasn't able to get away. The stranger, repeated the question, and still the man could not answer, could not give what the stranger wanted. Thus, the stranger hugged him for another time.

The process was repeated for one last time and after that, followed by the stranger reciting some verses, not just words, but orders, orders from high above. After that, the man went home. He went home, feeling surprised at what ha happened to him, feeling afraid of what is to happen to him now, shivering.

Finally, after arriving to the safety of his own home, he was greeted sweetly by his wife. He told his wife everything that happened to him of the previous hours before. He was still in the state of shocked and was still shivering. And yet, his wife comforted him ,cared for him until he felt better. She didn't even panicked. She was the one who calmed him down.

That man was the prophet Muhammad s.a.w. and his wife, Khadijah, the first person, the first women to embrace islam, without any doubt.

She was the one who trusted her husband, she was the one who believed and supported her husband to no ends, she was the one who helped her husband in whatever he did, never doubting his actions. That is how a wife should be. Someone who is very supportive of her husband, someone who helps her husband in his mission of spreading truth. Someone who believes in her husband, never complaining.

She was one of the first and one of the best. To all out theere, you all should know her sacrifices. We should be proud of her, but most of all, we should emulate her as well.

This is for all the muslimah's out there.

Entshlah, tiba-tiba nak cerita pasal dia. :)D

Tuesday 2 August 2011

Syukur kepada Allah.

Akhirnya selamat sampai di rumah, selamat sampai di kampung halaman, selamat sampai di pangkuan keluarga dan rakan-rakan yang saling menyayangi. Germbira hati ini dibuatnya apabila dapat menatap wajah-wajah yang sudah lama membuat diri ini rindu dan kesepian apabila berjauhan dengan mereka.

Apatah lagi bulan Ramadhan sudah tiba dan haruslah kita gembira juga dan merinduinya juga sepertimana kita merindui keluarga dan rakan-rakan kita apabila kita berjauhan. Ramadhan ini antara bulan yang paling berkat dan paling banyak limpah kurniaNya. Allah telah banyak beri hadiah-hadiah untuk kita berebut pada bulan ini. Tinggal kita sahaja untuk kerja keras untuk mendapatkan pahala. Itu sahaja.

Sepertimana kita yang selalu berebut kalau ada orang nak belanja atau kalau ada orang nak kasi hadiah atau kalau ada mega super sale di Pusat Beli Belah. Anggap sahaja Ramadhan ini seperti pusat membeli belah di antara bulan-bulan yang lain. Di mana pada bulan ini, Allah nak belanja kita, Allah nak kasi hadiah kat kita, Allah nak buat mega super sale banyak punya diskaun, walhal, bukan diskaun sahaja, malah percuma sebenarnya.

Kita sahaja yang kena berkejar-kejar, berebut untuk dapatkan semua apa yang Allah dah tawarkan. Bulan lain tak ada, bulan Ramadhan je. Ayuhlah, kita sama-sama cepat-cepat ambil peluang yang telah diberikan ini. There's more than enough for everyone, so don't be so selfish too. Help others as well.

Ya Rasulullah

Aku rindu sangat padamu. :(