Showing posts with label Hadith. Show all posts
Showing posts with label Hadith. Show all posts

Tuesday, 19 March 2013

In search of a new heart.

Our hearts needs constant evaluation and purification.

A term colloqiually phrased as Tazkiyyah and Muhasabah.


More often than not, we make mistakes.

Sometimes, we make them too often, it becomes a habit.

Thus, after it becomes habitual, we tend to believe that it's not something wrong. That it has become a part of us. That it has integrated in our daily life. That we are trying to defend it rather than getting rid of it.

Problems become too usual for us, we tend to forget that they are actually problems. And there it is!

The root of all the problem.

The heart or in this case, our Qalbu.

Is has become desensitized to ugly deeds. Is has lessened it's ability to detect harmful doings. It has become accustomed to making sins. And there it is!

Emerges another new problem.

Sins becoming habitual.

May Allah show us a straight path and may we always and forever be on the side of Iman. On the tip of the scales, more leverage on the right side. The al-haq side.

Allahu muqqalibal qulub, thabbit qalbi ala deenik. O mover (or flip-flopper) of hearts, make my heart firm upon your religion

p/s: i can easliy debate on how scientifically this hadeeth can be proven, but i lack the enthusiasm tu persuade and make people see the truth at this moment. For to those who are of the mu'minin. They do not need proof to the rightousness of an ayah or a surah or a hadeeth. They should easily believe that all the syariah that Allah has sent down to us in the quran, has all the merit, goodness and benefit in the world. He is All-knowing. Is He not? 

Wednesday, 23 January 2013

Lemah dan lelah

Aku rasa seperti aku ini seorang yang lemah, seringkali menangis di depan Allah, seringkali merasa kerdil pada pandanganNya. Seringkali mengeluh dan mengomel bersendirian dengan segala tanggungjawab yang tidak tertunaikan, dengan segala amanah yang tidak terlaksanakan, dengan segala janji yang tidak dikotakan.

Sesungguhnya al wajibaat aktharu minal awqaat.

Memang dasar hamba yang lalai! Senang terbeli dengan dunia yang dihiasi dengan tipu daya dan halusinasi yang tidak pada hakikatnya wujud untuk selamanya. Terbeli dengan dunia yang kelihatan sangat cantik dan indah dan menyenangkan tetapi tidak menenangkan. Merasa kegembiraan tetapi tidak memberi ketenteraman. Perkara-perkara yang hanya bersifat sementara lazimnya tidak dapat wujud selamanya.

Itulah dia tipu daya dunia. Wamal hayatu dunnya, illa mata ulghurur.



Sungguh keji dan celakalah sesiapa yang terbeli dengan ajakan-ajakan dan pujukan-pujukannya. Sungguh jahil dan tidak mengerti kalau di hati bermulanya mekar dan mewangi hubbun dunia.

Ya Allah aku mohon kepadaMu, aku ini hambaMu yang lemah dan kecil. Hanya Engkau sahaja yang berkuasa. Engkaulah Maha Esa. Pada Engkaulah aku mohon perlindungan, aku mohon pertolongan, aku berharap dan aku berdoa. Tolonglah kurniakan kami petunjuk hidayahMu. Kurniakan kami taufik hidayahMu.

Maiyuridillahu fiha khairan, yufaqqihu fideen. Maka bagilah dan berilah kami kefahaman dalam Ad-Deen, Deenul Islam ini. Sesungguhnya itulah khoiru minad dunya wamafiha.


Monday, 5 November 2012

Silence.

Dikatakan bahawa seorang lelaki ada kuota patah perkataan yang boleh dia tuturkan dalam satu hari. Maksudnya di sini ada had dalam berapa patah perkataan untuk seorang lelaki perkatakan dalam satu hari. Seperti ada had untuk mengeluarkan duit dari mesin atm dalam satu hari, dan juga seperti ada had untuk simpan bahan-bahan bacaan/ movies/ lagu dalam satu harddrive, maka juga diertikan disini bahawa ada batas untuk perkataan yang boleh/mahu dikatakan oleh seorang lelaki.

Ini merupakan satu kajian ilmiah, katanya. Fakta.

Kadang-kadang itu, benar juga aku rasa perkara ini. Seringkali aku bertemu satu waktu dimana aku lebih rela senyap dan malas nak keluarkan apa-apa pernyataan dari mulut aku sendiri. Malas.

Dan juga, kadang-kadang itu, ada baiknya kita senyapkan diri kita. Bisu kan suara kita. Dapat dikurangkan dosa mulut yang selalu kita tidak ambil endah. Kita tak perasan berapa banyak dosa mulut yang kita dah lakukan.

Kita tak tahu siapa yang terguris hati dengan apa yang telah kita nyatakan. Kita tak tahu berapa banyak yang berasa hiba dan hina atas apa yang kita ucapkan. Kita tak tahu berapa banyak salah bicara, fakta palsu, buah fikiran yang tidak bermanfaat yang telah kita kongsikan dengan orang lain yang tidak mendatangkan apa-apa faedah whatsoever.

Maka, lebih baik berkata benar atau diam. Fal yakul khairan auliyosmut. Diriwayatkan Bukhari dan Muslim.

Friday, 23 March 2012

Deria keeanam.

 Teringat dahulu waktu aku dibangku persekolahan, aku suka tengok kartun-kartun yang berupakan educational dan informative. Cartoon ala-ala untuk kanak-kanak tadika.

Tak hairnalah, aku waktu tu memang budak-budak.

tiba-tiba kemarin hari aku teringat satu peristiwa di mana aku menonton cerita dokumentari kalau tidak silap di animal's planet atau pun national geographic.

waktu itu ada tayang tentang meerkat manor's kalau tak silap dan juga satu tayangan tentang seekor singa betina dengan anak angkatnya iaitu seekor antelop(tak tahu dalam bahasa melayu apa nama dia).

Peliknya di sini, ingin aku ingatkan, waktu itu umur sekitar 10 tahun, waktu berada di sekolah rendah, dalam lingkungan tahun 4,5 atau tahun 6. Apa yang pelik adalah tingkat atau derajat emotional involvement aku terhadap karakter/ haiwan dalam tayang-tayangan tersebut.

Kisah haiwan-haiwan meerkat yang kecil lagi comel. Episod itu menayangkan kisah satu keluarga meerkat yang tinggal di dalam satu burrow dan pada waktu itu keluarga itu terpecah kepada dua, satu ditugaskan untuk keluar pergi cari makanan manakala yang tinggal itu ditugaskan untuk tunggu di rumah mereka sambil menjaga salah satu meerket betina yang sedang melahirkan anak baru.

Tatkala yang gagah-gagah dan yang kuat-kuat pergi keluar mencari makanan untuk keluarganya, kumpulan yang tinggal dirumah itu diserang oleh keluarga meerkat yang lain. Waktu itu hanyalah dipertahankan oleh sekerat sahaja yang tinggal untuk menjaga ibu meerkat tersebut.

Jadi, saat menjadi cemas, dan aku pun mula melompat-lompat depan televisyen meminta dan memohon Allah tolonglah mereka yang kena serang itu. Tolonglah cepatkan kumpulan yang keluar pergi makan itu untuk pulang dan mempertahankan tempat tinggal mereka. Aku mengeluh dan mula berasa kesian sangat terhadap meerkat yang diserang itu.

Akhirnya, pecahan keluarga yang tadi pergi cari makanan, pulang dengan lekas, dan mendapati rumah mereka kena serang. Maka terjadilah pertempuran antara dua keluarga yang sudah lama bermusuhan. Hasilnya, keluarga yang datang menyerang tadi, lari bertempiaran kerana askar-askar dalam keluarga pertama tadi sudah datang. Selamatlah keadaan, terutama bagi ibu meerkat yang sudah melahirkan anak baru.

Andai kata waktu itu, aku memang tidak memahami lagi apa-apa. Waktu itu aku seorang budak hingusan sahaja. Namun aku faham malah aku merasai emosi ketegangan yang dialami haiwan-haiwan itu. More or less. Seakan-akan aku adalah salah seorang daripada keluarga mereka, dan aku perlua melakukan sesuatu untuk membantu mereka.

Tidak lupa juga kisah singa betina yang dijumpai mengangkat seekor anak antelop menjadi anaknya. Singa betina tadi menjaga anak angkatnya itu seolah-olah sepertia anaknya sendiri. Tidak diketahui bahawa kenapa singa betina itu berbuat demikian, tetapi kisahnya memang menyayat hati. Sehingga pada akhirnya, anak antelop itu mati akibat tidak cukup makanan/susu yang tidak boleh diberikan atau disediakan oleh singa yang berlainan spesies.

Aku melihat kisah itu, waktu itu, aku rasa sedih dan aku rasa sayang kat singa betina itu dan juga pada anak antelop itu. Tidak mungkin satu haiwan yang sudah alami dan natural sepatutnya menjadi pemangsa di mangsa, tetapi kini menjadi ibu dan anak, yang dibelai dan dijaga dari ancaman luar. Tidakkah kisah seperti ini menyentuh hati kita?

Yang hairannya, kisah-kisah ini tidak ada pun sama sekali mereka ceritakan dalam bentuk mitos/ plot yang ada pembuka, penutup dan drama dan sebagainya. Kisah-kisah yang aku tontont ini di kaca televisyen merupakan kisah yang diceritakan dalam bentuk dokumentari. Bibit-bibit hidup haiwan di hutan, padang pasir, savannah. Namun kenapakah aku terasa sangatlah terikat dengan cerita-ceritanya? Kenapakah tayangan yang ditunjukkan dengan penuh fakta dan informasi sains, menjadi sesuatu yang beremosi, sedangkan selalunya kisah-kisah cinta, kisah-kisah hidup manusia, kisah-kisah gembira dalam movie-moviey ang sepatutnya meraih simpati dan perasaan dari kita. tetapi ini tidak, yang menjadi bahan tangisan dan perasaan adalah dokumentari.

yang menjadi jawabannya adalah, kita melihat sesuatu itu bukan dengna akal sahaja, tetapi apabila kita benar-benar menghayatinya, kita menghayatinya menggunakan hati kita. sessungguhnya hati kita itu merupakan satu elemen/faktor yang penting dalam kita menilai diri kita. Apakah kita menghayati buku-buku akademik, sains, matematik, akaun, dan lain-lain dengan hati atau dengan akal? Pernahkah kita baca buku teks sampai menangis? Kalau pernah, baguslah, memang betul-betul menghayati.

Namun yang menjadi kebiasaan adalah, tatkala membaca buku novel, tatkala melihat/menontot kisah-kisah drama, barulah terbit di hati perasaan emotional involvement. Perasaan campur baur emosi, seakan-akan kita sendiri yang mengalami apa yang dialami oleh karakter utama daam kisahnya.

Dan yang paling terpenting disini, apakah kita menghayati Islam, dengan hati kita atau akal kita? Walaupun kita dah mendapat edication, pembelajaran yang kira asas dan penting untuk bekalan kita pada waktu persekolahan dan ditambah pula dengan ilmu kelas-kelas PAFA/KAFA dan juga bagi yang pernah masuk belajar di sekolah agama pada waktu petang, semua ilmu itu kita sudah belajar malah sudah ingat. Namun, pada kefahaman, pada penghayatan, mungkin perlu lagi kita menambah baikkannya.

Perlulah kita ulangkaji semula perlajaran ilmu-ilmu yang pernah kita belajar, tetapi kali ini, perlulah penghayatan dengan mata hati. Penghayatan yang di mana apabila kita sudah memahami dengan hati kita, ia membuahkan amal yang istiqomah. Barulah betul-betul kita faham apa sebenar itu ad deen, apa sebenar itu islam dan kenapa kita perlu itu dan ini.

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam
Ad-Din”- HR Bukhari dan Muslim

dan jika hendak memahaminya, fahamlah dengan hati di mana dalam quran ternyata, hati itulah yang digunakan untuk memahami:

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang
mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang
mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang
mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu
seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”

dan di dalam satu hadis juga :

“Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah
seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.”



Monday, 12 September 2011

Back to square one.

Memang dah jadi satu rutin bila kita balik, kita luangkan masa bersama orang tercinta, dah tiba waktu untuk pulang, kita terpaksa pulang, kita rasa sedih. Menjadi satu putaran yang tak pernah nak ada penghujungnya.

Kadang-kadang dah bosan dan muak asyik rasa sedih dan rasa macam nak putus asa sahaja. Tetapi barangkali Allah dah tetapkan sebegitu rupanya. Untuk bersusah-susah dahulu, supaya apabila mendapat kesenangan itu nanti, kita tidak akan sia-siakannya. Tak bukan?

Kalau nak cerita soal apa yang telah aku dapat dan buat selama aku bercuti, aku rasa tak cukup kertas (oopss pakai blog). Sebenarnya aku malas nak tulis.

Apa yang aku nak tulis, adalah tentang kesyukuran aku. AKu bersyukur sangat diberi peluang untuk bertemu semula dengan beberapa sahabat-sahabat aku yang sudah lama aku rindui. Walaupun ada juga beberapa sahabat yang tidak sempat aku bertemu, tapi aku percaya, InsyaAllah, aku akan bertemu dengan mereka semula pada masa akan datang.

Aku hanya ingin menyampaikan satu pesanan. Kepada sahabat-sahabat aku. Aku hanya ingin memesan kepada kamu orang, teruskanlah dengan ikatan silaturrahim kita ini. Teruskanlah dengan selalu berhubun-hubung sesama sendiri. Teruskanlah dengan selalu berjumpa dan berkumpul ramai-ramai atau sedikit-sedikit baikpun untuk seketika ataupun untuk waktu yang lama. Teruskan dengan jalinan kita ini.

Aku lihat zaman sekarang, barangkali, susah nak jumpa sahabat-sahabat seperti kamu. Sahabat-sahabat yang selalu berhubung-hubung sesama sendiri. Banyak daripada beberapa kenalan aku yang memang tak contact langsung dah dengan sahabat-sahabat sekolah/ tuisyen/ asrama/ dll. Kita ini kira bertuah selalu berhubung, dan ada lah juga sempat jumpa walaupun setahun sekali. Alhamdulillah. Segala puji kita kepada Allah. Kalau tidak kerana Allah lah kita dapat bertemu dan berpisah. Kita kena ingat itu.

Aku hanya nak memesan sekali lagi. Jikalau aku sudah tiada (tiba-tiba mood morbid sekejap), aku harapakan dan doakan korang kekalkan amalan kita ini. Kekalkan ziarah menziarahi, tanya khabar, ambil tahu tentang sahabat-sahabat kita ini. Ini adalah satu amalan yang sihat dan baik, insyaAllah.

Nak diingatkan bahawa, terdapat satu golongan di dunia ini yang di mana mereka itu bukan daripada golongan para nabi dan para syuhada namun golongan ini dicemburui oleh golongan para nabi dan para syuhada. Siapakah golongan ini?

Golongan ini adalah orang-orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah( bertemu dan berpisah kerana Allah). Tapi kita kena faham hakikat sebenar berkasih sayang semata-mata kerana Allah. Apa yang aku faham adalah, sekarang ini, alhamdulillah beberapa sahabat-sahabat aku sudah beriya-iya untuk turut serta dalam merry go round kita ini. AKu bersyukur kepada Allah, moga-moga Allah tidak menarik kembali hidayah petunjuk yang telah diberikan kepada kita.

Kita sayang-sayang kerana Allah. Kita sayang sahabat-sahabat kita kerana Allah, kerana kita sama-sama berkerja keras untuk mencapai tujuan yang sama, iaitu Allah, syurga. Kita sama-sama mengingati yang lain, menjaga yang lain, kerana kita sama-sama nak pergi tempat yang sama. Kita tak nak salah seorang daripada sahabat-sahabat kita ketinggalan. Maka kita bantu mereka. InsyaAllah.

Aku tulis ini, dengan harapan sahabat-sahabat semua isqitomah, tsabat dan ikhlas dalam melakukan apa sahaja untuk mendapat keredhaan Allah. Moga-moga kita dapat berjumpa lagi pada masa akan datang. InysaAllah.

Terima kasih banyak-banyak kepada semua. Ma'a Salama. :)



ps: video sudah siap, cuma ada masalah teknikal dalam publish video itu dan upload sahaja. nantikan sahaja. InsyaAllah.


Tuesday, 12 July 2011

Sedekah bagi setiap ruas tulang.



Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda,

Setiap ruas tulang manusia wajib dikeluarkan sedekahnya setiap hari ketika matahari terbit. Mendamaikan dua orang (yang berselisih) adalah sedekah, menolong seseorang dengan membantunya menaiki kenderaan atau mengangkatkan barangnya ke atas kenderaan adalah sedekah, kata-kata yang baik adalah sedekah, setiap langkah kakimu untuk mengerjakan solah adalah sedekah, dan menyingkirkan rintangan di tengah jalan adalah sedekah. (HR Bukhari dan Muslim)

Sumber: Hadis Ke - 26, Hadis Arba'in An-Nawawiyah, Imam An-Nawawi.

Sunday, 10 April 2011

Dakwah perlukan kita ke atau kita perlukan dakwah?

Nak cerita serba-sedikit pasal dakwah ini. Sebenarnya, secara overall, kalau kita lihat, Sunnah terbesar Rasulullah S.A.W. adalah...

Jeng, jeng, jeng: Berdakwah.

Kenapa? Apa dalilnya?

Kita review balik sejarah dan apa yang telah dilakukan oleh Baginda. Sepanjang hidup Rasulullah S.A.W., apa yang baginda telah lakukan adalah dakwah. Baginda pun merupakan walking Al-Quran, dan di situ bukan maksudnya hanya dia hafal kalimah-kalimah Allah yang diturunkan kepada baginda untuk disampaikan kepada kita, tetapi malahan, apa Rasulullah S.A.W. buat, bercakap, sunnah baginda, merupakan cermin kepada Al-Quran, yakni apa yang Allah perintahkan.

Contohnya, salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. adalah seperti berikut:
"Sampaikan olehmu dariku walau sepotong ayat" Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Sedangkan dalam AL-Quran ada mengatakan:
Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata "Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim(yang berserah diri)?"- Fussilat (41:33)
 Boleh nampak dengan jelas kan ada hubungan antara dua-dua itu. Allah telah berfirman dalam ayat di atas, sesiapa yang menyeru atau mengajak berbuat kebaikan di jalan Allah, tiada bandingan dengan perkataan yang tidak atas dasar untuk Allah. Dan sabda Rasulullah S.A.W. di atas itu pun dah terang-benderang cakap, apa-apa sahaja yang Rasulullah pernah menyampaikan, sampaikanlah kepada yang lain, walau sepotong ayat sekalipun. Kedua-dua itu merupakan satu bentuk dakwah.

Senang sahaja dakwah ini, bukannya susah. Tak ada apa-apa pun yang menakutkan atau menggerunkan atau menyesatkan pun pasal dakwah. Siapa kata? Kenapalah nak berpaling daripada orang yang berdakwah, yakni orang yang misalnya ajak solat atau mengingatkan untuk solat. Itu pun dah kira berdakwah. Benda-benda simple pun boleh dipanggil berdakwah. Kejutkan subu bangun solat, berdakwah juga tu. Ni aku tulis blog ni, ini pun dah berdakwah dah. Tapi bukan tertakluk kepada bahagian solat sahaja, ini cuma contoh senang yang aku terfikir sekarang. Banyak lagi contoh.

Kenapa perlu berdakwah?

Dakwah merupaka satu cara untuk tarbiyah. Dari apa yang aku faham, tarbiyah ini macam belajar, tapi bukan belajar semata-mata. Mungkin lebih kepada memantapkan iman dan sebagainya. Banyak maksud tarbiyah, dan jangan percaya bulat-bulat pemahaman aku, cari sendiri apa maksud sebenar, aku bukan pakar bahasa Arab sangat. Tanpa tarbiyah, maka iman kita tidak akan mantap. Kan ternyata bahawa iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang. Jadi, kalau kita tidak mentarbiyahkan diri kita ini, maka, bukan nak kata apa, cuma dari pengalaman diri sendiri, iman itu akan tetap berada di bawah. Takkan naik-naik bertambah. Tak rasa bersemangat, dan kalau tak bersemangat, maka ibadaha pun mungkin terjejas juga. Percayalah.

 Sebab itulah, kalau ada apa-apa acara yang berbentuk Islamic, sebaik-baiknya kita turut serta, walaupun sebenarnya waktu itu malas ke atau penat ke. Siapa tahu, insyaAllah nanti tiba-tiba habis selesai daripada acara itu, bertambahlah iman kita. Bertambahlah semangat kita, keikhlasan kita untuk melaksanakan ibadah dan dakwah kerana Allah.

Dan sebenarnya, dakwah ini, haruslah mengikut kemampuan. Bukan satu paksaan pun suruh jadi ustat, ulama lepas tu kasi ceramah dalam forum, ulas tentang isu dan keluarkan fatwa. Sesungguhnya tidak perlu sampai begitu rupa. Tapi kalau berniat nak sampai tahap itu, dipersilakan dan malah it is encouraged.

Berbalik kepada akar topik yang hendak dibincangkan. Kalau tengok pada tajuk, "Dakwah yang perlukan kita atau kita yang perlukan dakwah?", yang mana satu agaknya pilihan bagi kita?

Kan baru-baru ini (tak adalah baru sangat) banyak kes golongan riddah di Malaysia. Rasa-rasanya mereka murtad ini kenapa? Sebenarnya banyak faktor, tetapi sudah tentulah antara salah satu sebab adalah kurang didikan agama bla bla bla. Kurang didikan agama sebab apa? Kurang tarbiyah, dan tarbiyah nak dapat daripada mana? Daripada subjek Pendidikan Agama Islam di sekolah. Rasa-rasanyalah, subjek PAI itu mentarbiyahkan kita ke? Aku bukan nak burukkan ustat atau ustazah, aku cuma nak cakap bahawa kalau tarbiyah di sekolah, bagi aku secara personally, tak sampai ke hati tarbiyah itu.

Sebab itulah kena ada dakwah, banyak cara. Bukan satu cara itu sahaja yakni di sekolah. Dakwah oleh kawan-kawan, guru-guru, ibu ayah, dan sesiapa sahajalah. Melalui dakwah, kalau buat betul-betul dengan bersungguh-sungguh, insyaAllah dapat membentuk peribadi Muslim yang mantap. InsyaAllah. Maka insyaAllah tidak terjadi muslim-muslim yang murtad atas sebab pegangan yang kuat.

Kalau nak tahu, di Malaysia itu belambak kes-kes murtad dan yang seangkatan dengannya. Tapi kalau nak tahu lagi, di Eropah itu, banyak sahaja kes-kes orang masuk islam. Bilangan orang islam, sebenarnya semakin bertambah, atas usaha-usaha dakwah yang giat di barat.
Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang), nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikan-Nya sedikit pun. Dan Allah Mahakuasa atas segala sesuatu. -At-Taubah (9:39)
Daripada Firman Allah di atas ini, kita boleh lihat apa yang cuba disampaikan.

Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, daripada potongan ayat itu, berperang itu, kalau kita bandingkan dengan konteks diri kita sekarang sebagai seorang Dai'e iaitu sebagai seorang pendakwah, perkataan "berperang" itu bererti berdakwah. Nescaya Allah akan menghukum dengan azab yang pedih. Maka dah menjadi satu kewajiban ke atas kita, seorang Dai'e, untuk berperang, yakni berdakwah, kalau tidak, ia merupakan satu dosa dan akan mendapat balasan yang pedih. Bukan itu sahaja. Dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, itu dalam erti kata lain, kalau kita tidak berdakwah, orang lain yang akan ganti tempat kita dan berdakwah untuk Allah dan Allah takkan rugi apa-apa pun kalau kita tak berdakwah.

Maka, teramatlah rugi bagi kita kalau tidak berangkat untuk berperang. Dah lah mendapat azab yang pedih, kemudian tak dapat tarbiyah melalui dakwah, sama ada kita dakwah kepada orang, atau orang lain dakwah kepada kita. Tanpa dakwah, iman kita kurang dan tup tup tup, hah, kes banyak murtad di Malaysia. Padahal, banyak sahaja kes orang Eropah masuk islam. Jadi nampak di situ, Allah menggantikan kita dengan kaum yang lain. Jadi siapa yang rugi?

Akhir kata, adakah kita yang perlukan dakwah atau dakwah yang perlukan kita?

Thursday, 17 March 2011

Viva Palestina.

Tidak sempurna iman seseorang itu kalau dia tidak mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri.

Saudara di sini tak kira lah siapa pun, yang penting islam. Tidak semestinya saudara yang dari pertalian darah yang sama. Tapi kalau diikutkan, memang kita semua ini dari keturunan yang sama. Kan.

Maka, dititikberatkan kepentingan menjalinkan hubungan baik sesama manusia terutama saudara sesama Islam. Ukhuwah yang terbina atas dasar cintakan Allah adalah hubungan yang paling digalakkan dan paling aku cuba nak dapatkan. Suatu nikmat yang Allah kurniakan kepada kita dan seharusnya kita cuba mendapatkannya.

Aku faham, kadang-kadang itu kawan kita selalu buat kita sakit hati, kecil hati, sedih hati dot dot dot. Lantas apabila nak cuba berbaik semula, suara kecil dalam kepala kita cakap, jaga-jaga, dulu dia selalu buat hal, perlu ke baik semula?

Benar ke itu suara kita dalam kepala? Ataupun syaitan? Entah lah, aku pun tak tahu.

Tapi kalau kaji semula, kalau kita sayang kawan-kawan kita atas dasar sebab kita cintakan Allah dan kita bertemu dengan saudara-saudara kita atas sebab kerana Allah, aku percaya, nothing will go wrong. Cubalah. Dan kalau ada pun, itu sudah tentu satu ujian Allah buat ke atas diri kita sendiri. Seharusnya kita boleh atasi ujian-ujian ini asalkan tidak lupa kepada siapa kita berpaling untuk minta pertolongan.

Natijahnya, kita tak nak ke cuba sempurnakan iman kita?

Terutama sekali terhadap saudara-saudara kita di Palestin. Walaupun tak pernah kenal, tak pernah menatap wajah mereka, tapi mereka tetap saudara kita. Mana pergi tanggungjawab kita sebagai satu Ummah untuk tolong antara satu sama lain. Kalau mereka tak dapat tolong diri mereka, tanggungjawab itu terletak pada bahu kita yang hidup senang lenang dengan makanan minuman yang cukup. Paling kurang pun, satu cara nak bantu mereka adalah doakan untuk mereka dan juga elakkan daripada menggunakan barang-barang produk yang ada kaitan dengan  bangsa yang mengecam saudara kita di sana.

Palestin dihatiku.

Mungkin satu nasihat boleh aku kongsi bersama. Dikala kita ditimpa masalah yang menimbulkan perselisihan faham antara sahabat-sahabat kita sampaikan boleh merobohkan tiang persaudaraan, cuba fikir semula kepada saudara-saudara kita di Palestin. Mereka tak ada masa langsung nak fikir pasal gaduh dengan kawan, tak ada masa nak fikir pasal kecil hati dengan kawan, tak ada masa nak fikir pasal nak berebut apa-apa sahaja. Bekalan makanan dan minuman dipotong, rumah diroboh, mereka dihalau daripada tanah sendiri, dikecam oleh bangsa Laknatullah. Sibuk cuba berperang mati syahid untuk memenangkan Islam. Tak ada masa untuk perkara lain.

Cubalah ingatkan diri.

Pengajaran yang boleh di-extract.

Menurut pandangan aku sendiri, satu pengajaran yang boleh aku teladani daripada salah satu akhlak peribadi Rasulullah adalah fokuskan kepada yang baik.

Beliau tidak pernah mencela makanan sama sekali. Jika beliau suka maka dimakanlah makanan itu. Jika tidak suka, maka beliau tinggalkan tanpa mencelanya.

Dalam konteks ini, kita boleh lihat bahawa Rasulullah S.A.W. tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya. Baginda makan apa yang beliau mahukan sahaja. Boleh baca terang-benderang daripada sunnah/hadis di atas.

Maka, kalau kita cerminkan diri kita, pernah tak kita mencela makanan yang telah diberi kepada kita? rezeki yang Allah kurniakan kepada kita?

"Aku tak suka lah pisang, lembik kuning, dah lah tak sedap"

"Durian?! Busuklah!"

"Burger Deluxe edition aku tak makan sebab ada bawang"

dan lain-lain lagi lah kan. Ini memang hakikat dan bukan tertakluk kepada orang di sekeliling aku sehaja, malah aku pun termasuk dalam golongan ini. Sedangkan Nabi kita sendiri tak pernah nak cakap nak komen makanan ni tak sedap lah, tak sampai citarasalah, kita ni apa layaknya?

Kalau dah diberi makanan itu maka makan sahaja. Jangan nak banyak rungut. Sedar sikit berapa ramai saudara kita di seluruh dunia ini hidup tak cukup makanan, tak cukup bekalan minuman bersih, tak ada atap untuk berteduh, tak ada selimut untuk menyelimuti(?). Allah dah beri rezeki, bersyukurlah atas apa yang diberi. Dan kalau tak suka sampai tak boleh makan sekalipun, janganlah nak mencela makanan itu. Tak bersalah pun makanan itu, dan janganlah rosakkan prasarana dan selera orang di sekeliling untuk makan.

Dan mengikut pandangan aku, bukan itu sahaja yang boleh aku simpulkan daripada hadis ini. Kalau secara tersirat (mungkin aku ini terlebih nak "decode" makna tersirat yang tak wujud) ada pengajarannya iaitu menumpukan perhatian kepada yang baik.

Kalau kita cuba aplikasikan hadis itu dalam aspek hidup selain daripada makan, kita boleh lihat bahawa Baginda Rasulullah S.A.W. fokus pada benda yang disukainya, pada benda yang baik dan tidak hiraukan benda yang tidak disukainya malah tidak mencela, mengata whatsoever.

Kalau aku cermin diri, aku seharusnya melihat pada benda-benda positif yang ada dalam hidup aku dan tidak menumpukan perhatian pada benda-benda negatif yang memang kadang-kadang tidak boleh dikawal. Lantas akan membuat aku rasa selesa, lega dan sebagainya. Sebaliknya kalau asyik fikir pasal benda-benda yang menyakitkan hati dan buat hati gundah gulana, memanglah ternyata hati tidak akan tenteram sampai bila-bila.

Dan salah satu cara untuk kita mententeramkan hati kita adalah:


Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, dengan hanya mengingati Allah, hati menjadi tenteram. (13:28)

Dalam Al-Quran pun dah nyatakan terang-benderang lagi cara untuk kita dapat keamanan jiwa, ketenteraman hati. Senang sahaja. Bukan susah pun.

Sunday, 23 January 2011

Pemikiran yang salah.

Sepatutnya aku tak boleh ada rasa sedikit puas pun dalam apa yang aku kerjakan. Aku patut rasa macam ada sahaja yang tak cukup, ada sahaja yang aku perlu tambah untuk menutupi kekurangan itu. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Aku rasa macam aku dah cukup bagus, aku rasa macam dah sempurna sahaja amalan aku. Di situlah kesalahan aku.

Aku kena ingat, apa aku buat ini kena berdasarkan niat. Memang benar ke niat aku, dalam setiap amalan aku buat itu, betul ke niatnya iaitu Fisabilillah iaitu jihad kerana Allah. Dalam hadith 40 pun dah jelas sangat dalam hadith pertama:


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
 Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi

Di sini dah boleh nampak, kalaulah aku betul-betul niat buat apa jenis ibadah pun, hanya kerana Allah semata-mata, maka balasannya, aku dapat Allah. Maksudnya aku dapat pahala, aku dapat habuan syurga. Tetapi kalau aku buat kerana perempuan ke, kerana nak nampak baik atau soleh ke dan sebagainya, maka itu sahaja yang aku dapat. Aku dapat benda semua itu kat dunia sahaja. Aku dapat prestij kena panggil anak soleh, aku dapat kat dunia sahaja.

Kan lebih baik aku nampak mulia pada sisi Allah daripada sisi orang lain. Tak ke lagi best kan.

Jadi, aku pun tak boleh lah nak terburu-buru dan cepat rasa puas dengan amalan aku. Aku tak adalah hebat sangat. Tapi aku kena cuba jadi hebat. Perkara wajib pun kena sempurnakan sesempurnyanya, sambil itu, perkara sunat pun kena buat banyak-banyak dan istiqamah, bukan main ikut mood sahaja.

Aku kena ingat, walaupun aku ini asyik ikut mood sahaja, tetapi dalam ibadah kerana Allah, mana boleh ikut mood. Apa aku ingat Allah tu ikut mood nak layan aku? Tak. Allah sentiasa akan tolong aku, jika aku meminta kepadaNya. Maka, aku ini kenalah ingat selalu.

Sunday, 9 January 2011

Sensitivity.

Sejak kebelakangan ini, aku rasa macam lost. Macam entah apa lah aku buat kan. Kadang-kadang tu benda yang kecil seperti orang lain buat muka yang tak ada ekspresi, aku pula yang terasa kecil hati ingatkan dia marah dengan aku. Mungkin perasaan aku sahaja yang over kan. Entah kenapa aku terlebih sensitif sejak dua menjak ini.

Kadang-kadang itu aku rasa macam i'm the only one. Aku bersendirian. Tetapi aku harus ingat, aku harus pegang pada kepercayaan dan kata-kata bahawa Allah sentiasa berada di sebelah aku. Yakni Allah sentiasa berada di pihak aku. Allah is on my side.

Satu hadith yang beri aku rasa lega, satu perasaan yang aku tidak perlu takut, a sense of solace and belonging:

Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka) – Hadith riwayat Muslim

Sometimes i do feel like a stranger. 

Saturday, 8 January 2011

Jangan salah faham dan salah sangka.

Nama pun sangka, jadi boleh salah dan betul. Pokoknya, jangan jadikan satu sangkaan itu sebagai landasan pendapat dan anggapan pada seseorang atau sesuatu melainkan dah lihat semua fakta dari semua sudut. Kalau setakat kau ambil pandangan dari satu sudut sahaja, maka, kau tak layak nak buat generalisasi. Kau tak layak nak menghukum, menghakim, menganggap, benci dan sebagainya.

Contohnya aku. Aku tak sangka usrah sesuatu yang best. Terus terang aku cakap, tadi aku enjoy juga usrah ini. Tak ada lah stress sangat sepertimana yang aku sangka. Tak tahulah kawan-kawan lain kan, tapi aku suka. Alhamdulillah aku bersyukur sangat, aku dapat merasakan kemanisan islam, walaupun sedikit macam ini. Alhamdulillah.

Sepertimana iman itu yazid wa yanqus. Bererti iman itu boleh naik boleh turun, boleh bertambah boleh berkurang. Macam emosi kita juga, ada masa kita gembira, riang ria, ada masa kita  sedih, marah. Jadi setelah ada sesi dengan Naqib tadi, alhamdulillah sekarang ini tambah sedikit sebanyak semangat di dalam hati ini. InsyaAllah semangat itu berterusan dan doa-doa meningkat, bukan berkurang.

Mungkin aku boleh ceritakan sikit input yang aku dapat. Walaupun sebenarnya aku lebih suka kepada penjelasan in person iaitu secara depan-depan, namun ini juga boleh dijadikan suatu landasan untuk aku menyampaikan apa yang boleh aku sampaikan.

Maka, kisah yang aku ingin ceritakan mengikut apa yang aku faham dan apa aku ingat dan perspektif sudut aku, kisah ini berdasarkan kisah Hadith Ghulam. Mungkin ada yang dah tahu pasal hadith Ghulam, mungkin tidak, seperti aku yang memang bingung awal-awal bila dengar pasal hadith ini.

Hadtih ini menceritakan tentang seorang Raja yang menganggap dirinya mutlak, macam firaun lah juga. Tapi ini bukan kisah firaunlah. Raja tersebut mempunyai seorang ahli sihir yang dah tua. Jadi, ahli sihir ni pun, sebab dah tua, dia nak cari apprentice, cari pengikut kononnya untuk belajar ilmu sihir dia supaya ilmu sihir dia tak lenyap kalau dia mati nanti.

Dijadikan cerita, ahli sihir ni pun jumpa raja mintak tolong raja carikan seorang budak yang boleh jadi successor dia. Dia nak the best of the best. Creme de la Creme. Mungkin diadakan periksa SPM, Sijil Pelajaran Menyihir, lalu yang maju dan terpilih adalah si polan Ghulam ini. Lalu Ghulam ini pun menjadi pelajar untuk ahli sihir tadi.

Setiap hari dia ulang alik pergi belajar dengan ahli sihir ini. Pada satu hari pula, dalam perjalanan nak pergi menuntut ilmu dengan ahli sihir ini, dia terserempak dengan seorang pendeta. Dua polan ni pun berbual-bual lah kan. Lama kelamaan jadi satu rutin. Sebelum pergi kelas dengan ahli sihir, Ghulam ini adakan sesi dengan pendeta dahulu. Dia belajar dengan pendeta juga pasal agama. Oleh kerana dia pergi jumpa pendeta dahulu, maka dia lambat sampai untuk kelas dengan ahli sihir. Ahli sihir ni pun pukul dia.

Dia lambat mula kelas dengan ahli sihir, dia pun lambat balik, keluarga dia pun marah kenapa balik lambat. Ghulam pun bingung asal semua nak marah-marah ni kan? Lalu dia jumpa pendeta, dia tanya macam mana nak selesaikan masalah ini. Pendeta pun cakaplah, kalau kena marah dengan ahli sihir, cakaplah sebab ada masalah keluarga kat rumah. Kalau kena marah dengan keluarga pula, cakaplah belajar dengan ahli sihir ambil masa lama ke, atau kena detention ke kan. Pandai-pandai lah.

Satu hari ini, dalam perjalanan nak pergi kelas, Ghulam ni terserempak dengan seekor singa/harimau, tak berapa ingat. Pokoknya yang penting dia terserempak dengan seekor binatang buas. Jadi dia fikir, dia nak uji, ajaran mana yang benar. Dia ambli satu batu, dia cakap "Ya Tuhan, kalau benar ajaran pendeta ini, maka bunuhlah binatang ini dan beri laluan kepada orang". Dia pun baling batu tu kat binatang tadi tu, lalu binatang itu pun mati.

Jadi memang tak boleh disangkal lagi, memang benar ajaran pendeta tadi. Jadi lepas Ghulam dah belajar-belajar pasal ajaran ilmu sihir itu semua. Dia pun mampu tolong masyarakat sekeliling dia sehinggakan dia mampu tolong menyembuhkan penyakit buta, sopak, kusta. Pesakit-pesakit semua terpegun dan kagum dengan Ghulam. Mereka tanya pada Ghulam, macam mana dia boleh sembuhkan penyakit-penyakit itu semua. Maka Ghulam pun jawab, itu bukan dia yang sembuhkan penyakit, tetapi Tuhan dia. Allah yang sembuhkan penyakit. Dia tambah : Kalau kau beriman dan berdoa kepada Allah, maka aku pun akan beriman dan berdoa kepada Allah untuk minta sembuhkan penyakit.

Lalu, ramai yang beriman kepada Allah. Ini pun diketahui Raja tadi, pada awal cerita. Dia pun rasa tercabar, dia suruh pengawal-pengawal dia tangkap Ghulam. Raja cakap kepada Ghulam, convert balik kepada agama asal dia. Ghulam menolak. Lalu raja tu pun arah askar dia untuk dibawa naik bukit dan dicampakkan ke bawah. Ghulam pun dibawa pengawal-pengawal raja ke atas bukit lalu dia berdoa kepada Allah, "Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang Engkau kehendaki". Bukit pun bergegar dan jatuh semua pengawal-pengawal raja.

Ghulam pergi jumpa raja. Raja itu terkejut, lalu dia arahkan pengawal-pengawal dia bawa Ghulam ke laut dan campak dia ke dalam lau biar lemas. Ghulam pun dibawa naik perahu ke laut dan terus dia berdoa kepada Allah. Tiba-tiba perahu tenggelam dan semua pengawal raja mati lemas.

Ghulam itu pun jumpa balik raja tu. Dia pun cakap kat raja tu, "Kau tak mungkin dapat bunuh aku melainkan kau turuti apa yang aku cakapkan". Ghulam minta dikumpulkan orang di satu padang, Ghulamnya sendiri diikat pada satu pohon dan dibunuh guna panah dengan melafazkan atas nama Allah.

Lantas raja itu pun buat lah apa yang disuruhnya. Pada saat raja itu memanah Ghulam, dia lafazkan atas nama Allah, panah itu pun terkena pada bawah telinga Ghulam. Perlahan-lahan Ghulam pegang panah tersebut, lalu dia meninggal dunia.

Orang sekeliling yang tengok drama tadi tu pun terus berimah kepada Tuhan Ghulam iaitu Allah. Raja tu pun naik marah lah kan, dia pun suruh orang gali parit sekeliling orang-orang yang beriman tadi dan dibaka parit tersebut. Semuanya diarahkan untuk kembali kepada agama asal, kalau tak semua kena lompat masuk parit yang terbakar tadi. Namun tak ada seorang pun yang percaya pada raja. Jadi semua kena masuk parit terbakar itu. Ada seorang ibu yang menggendong bayi, untuk satu saat dia rasa ragu-ragu, namun bayi itu kata pada ibunya, "Wahai ibu, sabarlah, engkau berada atas kebenaran!".

Hadith riwayat Muslim.

Jadi sekianlah isi penting yang terkandung dalam hadith Ghulam ini. Nanti pada masa akan datang, mungkin aku boleh jelaskan serba sedikit makna di sebalik hadith ini. Apa isi yang boleh kita bandingkan dengan diri kita, apa yang boleh kita refleksikan diri kita dalam hadith ini. InsyaAllah.

Friday, 29 October 2010

Jom mulakan.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seandainya manusia mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan cara mengundi di antara mereka, sudah tentu mereka mahu mengundi. Seandainya mereka mengetahui kelebihan takbir iaitu menyegerakan sembahyang, sudah pasti mereka akan berlumba-lumba mendapatkannya dan seandainya mereka mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam sembahyang Isyak dan sembahyang Subuh, sudah tentu mereka akan mendatanginya meskipun secara merangkak.

Tunggu apa lagi? Aku? Walaupun aku tahu ini cuma alasan, tetapi alasan yang munasabah bagi aku lah. Tempat tinggal aku sekarang ini agak jauh daripada Masjid atau surau(at least surau/masjid yang aku tahulah, tak tahulah ada surau/masjid yang aku tak jumpa lagi). Maka aku selalu solat di bilik sahaja. Tetapi insyAllah nanti bila sudah pindah rumah, aku bertekad mahu biasakan diri ke surau. Mujur rumah yang aku nak pindah tu dekat sangat dengan surau/masjid. Tolonglah percepatkan kepada disember please.

Haish, macam mana lah nak ubah diri kalau macam ni lagi.

sumber: Mujahidfillah

Patutlah.

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.”

Patutlah dah jadi adat bila orang datang rumah tu kita sediakan makanan dan layan tetamu dengan senyuman. Kalau dalam kes aku tulis :) adakah kira sedekahkan senyuman? 

Anyways, sebagai ilmu tambahan bagi aku dan sesiapa sahaja:

Makruf adalah segala perkara yang diketahui umum tentang kebaikannya sama ada dari segi syarak atau dari segi adat (yang tidak bercanggah dengan syarak). Manakala perkara yang mungkar pula adalah sebaliknya.


Sumber: Senyuman suatu sedekah