Sunday, 23 January 2011

Pemikiran yang salah.

Sepatutnya aku tak boleh ada rasa sedikit puas pun dalam apa yang aku kerjakan. Aku patut rasa macam ada sahaja yang tak cukup, ada sahaja yang aku perlu tambah untuk menutupi kekurangan itu. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Aku rasa macam aku dah cukup bagus, aku rasa macam dah sempurna sahaja amalan aku. Di situlah kesalahan aku.

Aku kena ingat, apa aku buat ini kena berdasarkan niat. Memang benar ke niat aku, dalam setiap amalan aku buat itu, betul ke niatnya iaitu Fisabilillah iaitu jihad kerana Allah. Dalam hadith 40 pun dah jelas sangat dalam hadith pertama:


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
 Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi

Di sini dah boleh nampak, kalaulah aku betul-betul niat buat apa jenis ibadah pun, hanya kerana Allah semata-mata, maka balasannya, aku dapat Allah. Maksudnya aku dapat pahala, aku dapat habuan syurga. Tetapi kalau aku buat kerana perempuan ke, kerana nak nampak baik atau soleh ke dan sebagainya, maka itu sahaja yang aku dapat. Aku dapat benda semua itu kat dunia sahaja. Aku dapat prestij kena panggil anak soleh, aku dapat kat dunia sahaja.

Kan lebih baik aku nampak mulia pada sisi Allah daripada sisi orang lain. Tak ke lagi best kan.

Jadi, aku pun tak boleh lah nak terburu-buru dan cepat rasa puas dengan amalan aku. Aku tak adalah hebat sangat. Tapi aku kena cuba jadi hebat. Perkara wajib pun kena sempurnakan sesempurnyanya, sambil itu, perkara sunat pun kena buat banyak-banyak dan istiqamah, bukan main ikut mood sahaja.

Aku kena ingat, walaupun aku ini asyik ikut mood sahaja, tetapi dalam ibadah kerana Allah, mana boleh ikut mood. Apa aku ingat Allah tu ikut mood nak layan aku? Tak. Allah sentiasa akan tolong aku, jika aku meminta kepadaNya. Maka, aku ini kenalah ingat selalu.

2 comments:

  1. dan cintailah seeorang itu kerana Allah. dan kerana agamanya. iaitu Islam.

    ReplyDelete
  2. yes. tapi kadang-kadang aku tertanya, macam mana?

    ReplyDelete