Saturday, 8 January 2011

Jangan salah faham dan salah sangka.

Nama pun sangka, jadi boleh salah dan betul. Pokoknya, jangan jadikan satu sangkaan itu sebagai landasan pendapat dan anggapan pada seseorang atau sesuatu melainkan dah lihat semua fakta dari semua sudut. Kalau setakat kau ambil pandangan dari satu sudut sahaja, maka, kau tak layak nak buat generalisasi. Kau tak layak nak menghukum, menghakim, menganggap, benci dan sebagainya.

Contohnya aku. Aku tak sangka usrah sesuatu yang best. Terus terang aku cakap, tadi aku enjoy juga usrah ini. Tak ada lah stress sangat sepertimana yang aku sangka. Tak tahulah kawan-kawan lain kan, tapi aku suka. Alhamdulillah aku bersyukur sangat, aku dapat merasakan kemanisan islam, walaupun sedikit macam ini. Alhamdulillah.

Sepertimana iman itu yazid wa yanqus. Bererti iman itu boleh naik boleh turun, boleh bertambah boleh berkurang. Macam emosi kita juga, ada masa kita gembira, riang ria, ada masa kita  sedih, marah. Jadi setelah ada sesi dengan Naqib tadi, alhamdulillah sekarang ini tambah sedikit sebanyak semangat di dalam hati ini. InsyaAllah semangat itu berterusan dan doa-doa meningkat, bukan berkurang.

Mungkin aku boleh ceritakan sikit input yang aku dapat. Walaupun sebenarnya aku lebih suka kepada penjelasan in person iaitu secara depan-depan, namun ini juga boleh dijadikan suatu landasan untuk aku menyampaikan apa yang boleh aku sampaikan.

Maka, kisah yang aku ingin ceritakan mengikut apa yang aku faham dan apa aku ingat dan perspektif sudut aku, kisah ini berdasarkan kisah Hadith Ghulam. Mungkin ada yang dah tahu pasal hadith Ghulam, mungkin tidak, seperti aku yang memang bingung awal-awal bila dengar pasal hadith ini.

Hadtih ini menceritakan tentang seorang Raja yang menganggap dirinya mutlak, macam firaun lah juga. Tapi ini bukan kisah firaunlah. Raja tersebut mempunyai seorang ahli sihir yang dah tua. Jadi, ahli sihir ni pun, sebab dah tua, dia nak cari apprentice, cari pengikut kononnya untuk belajar ilmu sihir dia supaya ilmu sihir dia tak lenyap kalau dia mati nanti.

Dijadikan cerita, ahli sihir ni pun jumpa raja mintak tolong raja carikan seorang budak yang boleh jadi successor dia. Dia nak the best of the best. Creme de la Creme. Mungkin diadakan periksa SPM, Sijil Pelajaran Menyihir, lalu yang maju dan terpilih adalah si polan Ghulam ini. Lalu Ghulam ini pun menjadi pelajar untuk ahli sihir tadi.

Setiap hari dia ulang alik pergi belajar dengan ahli sihir ini. Pada satu hari pula, dalam perjalanan nak pergi menuntut ilmu dengan ahli sihir ini, dia terserempak dengan seorang pendeta. Dua polan ni pun berbual-bual lah kan. Lama kelamaan jadi satu rutin. Sebelum pergi kelas dengan ahli sihir, Ghulam ini adakan sesi dengan pendeta dahulu. Dia belajar dengan pendeta juga pasal agama. Oleh kerana dia pergi jumpa pendeta dahulu, maka dia lambat sampai untuk kelas dengan ahli sihir. Ahli sihir ni pun pukul dia.

Dia lambat mula kelas dengan ahli sihir, dia pun lambat balik, keluarga dia pun marah kenapa balik lambat. Ghulam pun bingung asal semua nak marah-marah ni kan? Lalu dia jumpa pendeta, dia tanya macam mana nak selesaikan masalah ini. Pendeta pun cakaplah, kalau kena marah dengan ahli sihir, cakaplah sebab ada masalah keluarga kat rumah. Kalau kena marah dengan keluarga pula, cakaplah belajar dengan ahli sihir ambil masa lama ke, atau kena detention ke kan. Pandai-pandai lah.

Satu hari ini, dalam perjalanan nak pergi kelas, Ghulam ni terserempak dengan seekor singa/harimau, tak berapa ingat. Pokoknya yang penting dia terserempak dengan seekor binatang buas. Jadi dia fikir, dia nak uji, ajaran mana yang benar. Dia ambli satu batu, dia cakap "Ya Tuhan, kalau benar ajaran pendeta ini, maka bunuhlah binatang ini dan beri laluan kepada orang". Dia pun baling batu tu kat binatang tadi tu, lalu binatang itu pun mati.

Jadi memang tak boleh disangkal lagi, memang benar ajaran pendeta tadi. Jadi lepas Ghulam dah belajar-belajar pasal ajaran ilmu sihir itu semua. Dia pun mampu tolong masyarakat sekeliling dia sehinggakan dia mampu tolong menyembuhkan penyakit buta, sopak, kusta. Pesakit-pesakit semua terpegun dan kagum dengan Ghulam. Mereka tanya pada Ghulam, macam mana dia boleh sembuhkan penyakit-penyakit itu semua. Maka Ghulam pun jawab, itu bukan dia yang sembuhkan penyakit, tetapi Tuhan dia. Allah yang sembuhkan penyakit. Dia tambah : Kalau kau beriman dan berdoa kepada Allah, maka aku pun akan beriman dan berdoa kepada Allah untuk minta sembuhkan penyakit.

Lalu, ramai yang beriman kepada Allah. Ini pun diketahui Raja tadi, pada awal cerita. Dia pun rasa tercabar, dia suruh pengawal-pengawal dia tangkap Ghulam. Raja cakap kepada Ghulam, convert balik kepada agama asal dia. Ghulam menolak. Lalu raja tu pun arah askar dia untuk dibawa naik bukit dan dicampakkan ke bawah. Ghulam pun dibawa pengawal-pengawal raja ke atas bukit lalu dia berdoa kepada Allah, "Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang Engkau kehendaki". Bukit pun bergegar dan jatuh semua pengawal-pengawal raja.

Ghulam pergi jumpa raja. Raja itu terkejut, lalu dia arahkan pengawal-pengawal dia bawa Ghulam ke laut dan campak dia ke dalam lau biar lemas. Ghulam pun dibawa naik perahu ke laut dan terus dia berdoa kepada Allah. Tiba-tiba perahu tenggelam dan semua pengawal raja mati lemas.

Ghulam itu pun jumpa balik raja tu. Dia pun cakap kat raja tu, "Kau tak mungkin dapat bunuh aku melainkan kau turuti apa yang aku cakapkan". Ghulam minta dikumpulkan orang di satu padang, Ghulamnya sendiri diikat pada satu pohon dan dibunuh guna panah dengan melafazkan atas nama Allah.

Lantas raja itu pun buat lah apa yang disuruhnya. Pada saat raja itu memanah Ghulam, dia lafazkan atas nama Allah, panah itu pun terkena pada bawah telinga Ghulam. Perlahan-lahan Ghulam pegang panah tersebut, lalu dia meninggal dunia.

Orang sekeliling yang tengok drama tadi tu pun terus berimah kepada Tuhan Ghulam iaitu Allah. Raja tu pun naik marah lah kan, dia pun suruh orang gali parit sekeliling orang-orang yang beriman tadi dan dibaka parit tersebut. Semuanya diarahkan untuk kembali kepada agama asal, kalau tak semua kena lompat masuk parit yang terbakar tadi. Namun tak ada seorang pun yang percaya pada raja. Jadi semua kena masuk parit terbakar itu. Ada seorang ibu yang menggendong bayi, untuk satu saat dia rasa ragu-ragu, namun bayi itu kata pada ibunya, "Wahai ibu, sabarlah, engkau berada atas kebenaran!".

Hadith riwayat Muslim.

Jadi sekianlah isi penting yang terkandung dalam hadith Ghulam ini. Nanti pada masa akan datang, mungkin aku boleh jelaskan serba sedikit makna di sebalik hadith ini. Apa isi yang boleh kita bandingkan dengan diri kita, apa yang boleh kita refleksikan diri kita dalam hadith ini. InsyaAllah.

2 comments:

  1. salam awan..

    ni kak ain trisakti. ingat lagi ke..??

    dah digest Hadis Ghulam ni betul2 tak?? =)

    sama2 kita berbuat sesuatu utk islam!!

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. ingat ingat. ehehe
    insyaAllah dah digest dah betul-betul dah faham dan tahu macam mana nak bandingkan dengan kita sekarang. ayuk, biar Islam bangkit semula!

    ReplyDelete