Dan aku tak salahkan sesiapa, terutama orang yang aku nak cakap ini. Aku faham situasi dia. Banyak yang perlu dia kerjakan, bukan kena layan aku seorang sahaja setiap masa.
Walaupun ada murabbi yang selalu jenguk kita dan laksanakan usrah untuk kita dengan masanya yang begitu sibuk, aku patut bersyukur. Dia dah luangkan masa yang teramat baik untuk aku ini, dan untuk aku tambah ilmu aku. Aku kena faham, kadang-kadang itu dia tak boleh nak puaskan semua kehendak aku. Maksudnya aku kena pandai berdikari cari ilmu. Aku pun, kenalah inisiatif sendiri cari ilmu yang aku nak itu. Takkanlah semua aku nak bergantung pada dia kan. Aku dah jadi mahasiswa dah sekarang, dah besar panjang, tak boleh dah nak kena suap lagi. Aku kena suap sendiri sepatutnya.
Dia bukannya kena jaga usrah aku sahaja, dia pun ada usrah dia, dia pun ada kerja-kerja dia, ada ibadah dia. Aku kena lah faham situasi dia. Kadang-kadang itu dia tak dapat nak berikan kasih sayang yang aku perlukan, tunjuk ajar yang aku dahagakan. Maka aku kena cari tempat lain. Tak bermaksud aku kena cari murabbi lain, cuma aku kena sabar lah. Dan pandai-pandai guna akal aku untuk cari jalan penyelesaian.
Nak kata aku dahagakan ilmu itu, memang aku nak belajar sangat-sangat. Memang ternyata aku ini daif tapi sebab itulah aku nak tahu. Tapi mungkin ada hikmahnya kita buat seminggu dua minggu sekali. Kita belajar sedikit, kita amalkan. Kemudian belajar lagi, kita tambah sahaja amalan itu dalam amalan seharian. Apa aku ingat aku ini hebat sangat nak belajar semua lepas tu terus boleh aplikasikan. Aku tak adalah sehebat itu pun. Dan ada hikmahnya kita berjumpa dalam tempoh masa tertentu. Kalau setiap hari jumpa, mungkin lebih cenderung rasa cepat bosan. Kalau tak selalu jumpa, dan tak selalu berusrah, perasaan masa usrah itu macam, "Wow, dah lah susah nak jumpa, tapi inilah masanya aku dapat peluang untuk belajar betul-betul, aku kenalah perah habis-habis". Bak kata orang putih, You always leave them wanting for more.
Natijahnya. Bersabarlah. InsyaAllah semuanya ada jalan penyelesaian dan aku kena faham dan bersabar. Ini salah satu daripada ujian.
Dan kami pasti akan uji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar kepada orang-orang yang sabar. Al-baqarah ayat 155 (2:155).
No comments:
Post a Comment