Thursday 29 September 2011

Hanya Allah sahaja yang tahu.

Apa yang terjadi kepada diri kita, walaupun kita tidak ceritakan kepada orang lain, ada lagi Satu yang tahu selain daripada diri sendiri. Yakni Allah.

Pengalaman sendiri. Aku mengalami masalah gara-gara kebodohan aku sendiri juga. Dan masalah itu lama-lama membesar sehinggakan masalah lain juga muncul. Itu lagi menambahkan kepada stress. Namun perihal masalah ini, aku teramatlah malu nak minta tolong kawan, teramat malu nak ceritakan kepada keluarga.

Menurut aku, aku kira kalau aku cerita pun kepada rakan-rakan aku, bukannya mereka boleh tolong aku selesaikan masalah itu. Memang ternyata masalah yang aku hadapi pada waktu itu adalah masalah aku. My fight, my battle, my war. Thus i have to face it on my own. Namun perasaan yang membuak-buak dalam diri aku menyuruh aku untuk sekurang-kurangnya ceritakan dilemma aku ni kepada seseorang. Namun aku melawan perasaan itu.

Maka, aku ceritakan masalah aku kepada Allah.

Dan alhamdulillah, aku rasa lebih lega. Alhamdulillah, masalah itu selesai, tetapi sudah tentulah selesainya bersama-sama dengan usaha dan seterusnya tawakal dan doa. Alhamdulillah.

Waktu benda itu selesai, perasaan gembira menyelubungi satu tubuh aku sehinggakan aku rasa nak jeritkan kegembiraan aku ni kepada semura orang. Sesaat sebulum itu, aku teringat bahawa tiada sesiapa pun yang tahu tentang masalah aku. Siapa sahaja yang tahu. Allah sahaja yang tahu.

Orang lain tak perasan pun perubahan yang berlaku dalam diri kita ini. Siapa je? Siapa je yang tahu masalah kita ini melainkan Allah. Siapa je yang boleh bantu kita ini melainkan Allah.

Allahu yassir wala tu'assir. Ya Allah ya tuhanku, permudahkan segala urusanku.

Tuesday 20 September 2011

Jahiliah, the era.

Bukti-bukti bahawa aku juga ada zaman silam aku, tertera pada bahagian arkib di dalam blog ini. Ya, aku memanggilnya, atau dengan lebih tepat lagi, aku memanggil diri aku jahil suatu ketika dahulu, walaupun aku sudah beragama islam, pada waktu tersebut.

Walaupun kita sudah beragama islam, sudah banyak kali mengucapkan kalimah dua syahadah, dua persaksian, tidak bererti tiada inti-inti jahil tidak wujud di dalam diri kita.

Malah, kini juga banyak lagi bait-bait(?) jahil wujud lagi dalam diri aku ini yang ingin sama sekali aku cuba hapuskan. Namun, kita manusia yang tidak lari daripada membuat banyak kesilapan, dan kesilapan aku adalah aku senang juga tertewas.

Dengan sebab itulah, kita harusnya ada support system. Support system yang boleh mendorong, membimbing, memandu, mengarah, mendidik, mentarbiyahkan diri kita ini ke tujuan yang lebih baik. Dengan sebab itulah aku mempunyai merry go round, yang dijadikan support system aku.

InsyaAllah dengan support system aku ini, dapatlah membina aku menjadi orang yang labih baik dari diri aku yang sebelum ini. Mudah-mudahan aku menjadi seorang yang dapat membantu orang lain juga untuk membina diri lantas, membina rijal-rijal yang hebat lagi perkasa untuk ummah kita ini.

Ayuhlah rakan-rakan, cari support system anda di masjid-masjid berdektan. :)

Sunday 18 September 2011

Sudah terlewat.

Ini videonya buat sahabat-sahabat berkenaan dengan post yang lepas ini.

Friday 16 September 2011

Kemampuan

Aku rasa macam tak mampu dah nak tulis sangat buat masa ini. Minta maaf.

Actions speak louder than words. Thus, i am working on the "action" part of this saying.

Aku sudah tahu.

Kalau dulu aku dengar lagu nasyid, terutamanya lagu-lagu jihad, memang semangat dibuatnya. semangat berkobar-kobar sampaikan rasa nak pecahkan kaca-kaca kat dalam almari sahaja. Namun, itulah masalahnya.

Aku tak tahu apa yang perlu aku buat.

Sekarang, aku tahu.







Kalau lah hati ini bisa bicara, banyak yang ingin dia perkatakan.

Tuesday 13 September 2011

End of vacation

Setelah lama bercuti, aku cukup berantusias untuk berjumpa semula dengan muka-muka murabbi-murabbi aku dan sambung semula di mana kita terpkasa tundakan. InsyaAllah.

Aku juga cukup antusias untuk berjumpa dengan kenalan-kenalan baru supaya berkembang juga merry go round kita ini. Namun aku selalu mengingatkan diri, ini bukan soal kuantiti, tetapi soal kualiti. Diri sendiri ini jangan juga lupa, jangan juga diabaikan. hmmmm

Monday 12 September 2011

Back to square one.

Memang dah jadi satu rutin bila kita balik, kita luangkan masa bersama orang tercinta, dah tiba waktu untuk pulang, kita terpaksa pulang, kita rasa sedih. Menjadi satu putaran yang tak pernah nak ada penghujungnya.

Kadang-kadang dah bosan dan muak asyik rasa sedih dan rasa macam nak putus asa sahaja. Tetapi barangkali Allah dah tetapkan sebegitu rupanya. Untuk bersusah-susah dahulu, supaya apabila mendapat kesenangan itu nanti, kita tidak akan sia-siakannya. Tak bukan?

Kalau nak cerita soal apa yang telah aku dapat dan buat selama aku bercuti, aku rasa tak cukup kertas (oopss pakai blog). Sebenarnya aku malas nak tulis.

Apa yang aku nak tulis, adalah tentang kesyukuran aku. AKu bersyukur sangat diberi peluang untuk bertemu semula dengan beberapa sahabat-sahabat aku yang sudah lama aku rindui. Walaupun ada juga beberapa sahabat yang tidak sempat aku bertemu, tapi aku percaya, InsyaAllah, aku akan bertemu dengan mereka semula pada masa akan datang.

Aku hanya ingin menyampaikan satu pesanan. Kepada sahabat-sahabat aku. Aku hanya ingin memesan kepada kamu orang, teruskanlah dengan ikatan silaturrahim kita ini. Teruskanlah dengan selalu berhubun-hubung sesama sendiri. Teruskanlah dengan selalu berjumpa dan berkumpul ramai-ramai atau sedikit-sedikit baikpun untuk seketika ataupun untuk waktu yang lama. Teruskan dengan jalinan kita ini.

Aku lihat zaman sekarang, barangkali, susah nak jumpa sahabat-sahabat seperti kamu. Sahabat-sahabat yang selalu berhubung-hubung sesama sendiri. Banyak daripada beberapa kenalan aku yang memang tak contact langsung dah dengan sahabat-sahabat sekolah/ tuisyen/ asrama/ dll. Kita ini kira bertuah selalu berhubung, dan ada lah juga sempat jumpa walaupun setahun sekali. Alhamdulillah. Segala puji kita kepada Allah. Kalau tidak kerana Allah lah kita dapat bertemu dan berpisah. Kita kena ingat itu.

Aku hanya nak memesan sekali lagi. Jikalau aku sudah tiada (tiba-tiba mood morbid sekejap), aku harapakan dan doakan korang kekalkan amalan kita ini. Kekalkan ziarah menziarahi, tanya khabar, ambil tahu tentang sahabat-sahabat kita ini. Ini adalah satu amalan yang sihat dan baik, insyaAllah.

Nak diingatkan bahawa, terdapat satu golongan di dunia ini yang di mana mereka itu bukan daripada golongan para nabi dan para syuhada namun golongan ini dicemburui oleh golongan para nabi dan para syuhada. Siapakah golongan ini?

Golongan ini adalah orang-orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah( bertemu dan berpisah kerana Allah). Tapi kita kena faham hakikat sebenar berkasih sayang semata-mata kerana Allah. Apa yang aku faham adalah, sekarang ini, alhamdulillah beberapa sahabat-sahabat aku sudah beriya-iya untuk turut serta dalam merry go round kita ini. AKu bersyukur kepada Allah, moga-moga Allah tidak menarik kembali hidayah petunjuk yang telah diberikan kepada kita.

Kita sayang-sayang kerana Allah. Kita sayang sahabat-sahabat kita kerana Allah, kerana kita sama-sama berkerja keras untuk mencapai tujuan yang sama, iaitu Allah, syurga. Kita sama-sama mengingati yang lain, menjaga yang lain, kerana kita sama-sama nak pergi tempat yang sama. Kita tak nak salah seorang daripada sahabat-sahabat kita ketinggalan. Maka kita bantu mereka. InsyaAllah.

Aku tulis ini, dengan harapan sahabat-sahabat semua isqitomah, tsabat dan ikhlas dalam melakukan apa sahaja untuk mendapat keredhaan Allah. Moga-moga kita dapat berjumpa lagi pada masa akan datang. InysaAllah.

Terima kasih banyak-banyak kepada semua. Ma'a Salama. :)



ps: video sudah siap, cuma ada masalah teknikal dalam publish video itu dan upload sahaja. nantikan sahaja. InsyaAllah.


Sunday 4 September 2011

Cuba layan sampai habis semua bahagian.

So this is a video (12 parts) that explains a few things. I'm not saying anything, i'm just keeping an open mind. So let's just watch this video (all 12 parts). Enjoy.


Genap setahun.


Hari ini, pada tahun lepas, pagi-pagi waktu sebelum waktu subuh dah bangun dan mandi dan bersedia untuk berangkat ke Kuala Lumpur International Airport. Solat subuh di surau lapangan terbang sahaja. Dapat taklimat dari pegawai yang bertanggungjawab ke atas kami, meluangkan saki baki masa yang ada bersama keluarga dan terkejut juga dengan ketibaan dan kehadiran secara tidak semena-mena oleh rakan-rakan yang datang untuk mengucapkan selamat tinggal.

 Hari ini pada tahun lepas, aku sampai di dunia yang baru. Aku mula mengenal erti berdikari, aku mula berfikir hidup bersendiri.Aku mula menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Sesuatu yang memang tak pernah aku buat selama hidup aku ini, sebelum ini. Namun, alhamdulillah, aku bertahan, aku bersabar, aku belajar.

Hari ini pada tahun lepas, aku dihantar ke bumi jawa, sejurus selepas aku pulang ke tanah semenanjung dari bumi kenyalang. Orang kata jauh perjalanan, luas pemandangan. Memang benar. Tetapi tidak bererti orang yang tinggal setempat tidak luas pemandangannya. Kita ada internet sekarang, boleh digunakan untuk meperbesar fokus pandangan kita jikalau kita tidak berpeluang untuk menjauhkan perjalanan kita.

Yang penting itu, pengalaman. Kita kongsi, kita belajar, kita mengajar. InsyaAllah.

Dan kini, aku akan teruskan lagi perjuangan aku. Aku harus istiqomah. InsyaAllah. Hanya pada Allah aku harus bergantung, dan hanya pada Allah aku harus pautkan diri aku ini. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan kesabaran.

Bukan kebetulan.

Hari ini bertemu dengan rakan-rakan. Alhamdulillah dapat meluangkan masa bersama mereka. Alhamdulillah hati ini rasa sayang kepada mereka. Alhamdulillah dapat merasa nikmat yang Allah berikan.

Dan atas dasar kasih sayang kita kepada mereka, kita tak boleh biarkan mereka. Dalam konteks bahawa kita sudah mempunyai cahaya yang boleh kita kongsikan dengan mereka. Maka kita haruslah menguatkan diri, menabahkan diri, menyediakan diri, menyabarkan diri untuk berkongsi cahaya kita ini bersama mereka.

Dan aku percaya bukanlah kebetulan bahawa aku bertemu dengan rakan yang memang aku baru dapat tahu bahawa mereka memang turut serta dalam bulatan gembira ini. Satu perkara yang memang aku bersyukur. Kerana, apabila kita ada kawan-kawan, kita akan lebih bersemangat. Alhamdulillah.

Dan alhamdulillah pada waktu cuti ini, Allah telah berikan peluang dan kebebasan dan Allah telah melapangkan dada dan melancarkan lidah dan melembutkan hati kami semua supaya dapat berkongsi cahaya ini. Alhamdulillah semakin ramai kawan-kawan yang insyaAllah akan turut serta dalam bulatan gembira kami ini.

Aku memang bersyukur sangat-sangat dan memang gembira. Memang asalnya, tujuan kita nak masuk Syurga. Siapa tak nak masuk syurga? Mestilah semua kan. Tapi kita jangan fikir diri kita sahaja, kawan-kawan kita apa cerita?

Ad deenu nasihah. Agama itu adalah nasihat. Nasihat untuk siapa? Untuk kitalah, dan seluruh manusia secara amnya.

Mari kita memanjatkan lagi kesyukuran kerana mempunyai rakan-rakan sahabat-sahabat yang menyayangi kita dan keluarga yang selalu memberi sokongan dan dorongan. Alhamdulillah. Ini semua kerana Allah. Segala puji bagi Allah.