Sunday, 4 September 2011
Genap setahun.
Hari ini, pada tahun lepas, pagi-pagi waktu sebelum waktu subuh dah bangun dan mandi dan bersedia untuk berangkat ke Kuala Lumpur International Airport. Solat subuh di surau lapangan terbang sahaja. Dapat taklimat dari pegawai yang bertanggungjawab ke atas kami, meluangkan saki baki masa yang ada bersama keluarga dan terkejut juga dengan ketibaan dan kehadiran secara tidak semena-mena oleh rakan-rakan yang datang untuk mengucapkan selamat tinggal.
Hari ini pada tahun lepas, aku sampai di dunia yang baru. Aku mula mengenal erti berdikari, aku mula berfikir hidup bersendiri.Aku mula menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Sesuatu yang memang tak pernah aku buat selama hidup aku ini, sebelum ini. Namun, alhamdulillah, aku bertahan, aku bersabar, aku belajar.
Hari ini pada tahun lepas, aku dihantar ke bumi jawa, sejurus selepas aku pulang ke tanah semenanjung dari bumi kenyalang. Orang kata jauh perjalanan, luas pemandangan. Memang benar. Tetapi tidak bererti orang yang tinggal setempat tidak luas pemandangannya. Kita ada internet sekarang, boleh digunakan untuk meperbesar fokus pandangan kita jikalau kita tidak berpeluang untuk menjauhkan perjalanan kita.
Yang penting itu, pengalaman. Kita kongsi, kita belajar, kita mengajar. InsyaAllah.
Dan kini, aku akan teruskan lagi perjuangan aku. Aku harus istiqomah. InsyaAllah. Hanya pada Allah aku harus bergantung, dan hanya pada Allah aku harus pautkan diri aku ini. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan kesabaran.
Labels:
Picture-related
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment