Hari ini bertemu dengan rakan-rakan. Alhamdulillah dapat meluangkan masa bersama mereka. Alhamdulillah hati ini rasa sayang kepada mereka. Alhamdulillah dapat merasa nikmat yang Allah berikan.
Dan atas dasar kasih sayang kita kepada mereka, kita tak boleh biarkan mereka. Dalam konteks bahawa kita sudah mempunyai cahaya yang boleh kita kongsikan dengan mereka. Maka kita haruslah menguatkan diri, menabahkan diri, menyediakan diri, menyabarkan diri untuk berkongsi cahaya kita ini bersama mereka.
Dan aku percaya bukanlah kebetulan bahawa aku bertemu dengan rakan yang memang aku baru dapat tahu bahawa mereka memang turut serta dalam bulatan gembira ini. Satu perkara yang memang aku bersyukur. Kerana, apabila kita ada kawan-kawan, kita akan lebih bersemangat. Alhamdulillah.
Dan alhamdulillah pada waktu cuti ini, Allah telah berikan peluang dan kebebasan dan Allah telah melapangkan dada dan melancarkan lidah dan melembutkan hati kami semua supaya dapat berkongsi cahaya ini. Alhamdulillah semakin ramai kawan-kawan yang insyaAllah akan turut serta dalam bulatan gembira kami ini.
Aku memang bersyukur sangat-sangat dan memang gembira. Memang asalnya, tujuan kita nak masuk Syurga. Siapa tak nak masuk syurga? Mestilah semua kan. Tapi kita jangan fikir diri kita sahaja, kawan-kawan kita apa cerita?
Ad deenu nasihah. Agama itu adalah nasihat. Nasihat untuk siapa? Untuk kitalah, dan seluruh manusia secara amnya.
Mari kita memanjatkan lagi kesyukuran kerana mempunyai rakan-rakan sahabat-sahabat yang menyayangi kita dan keluarga yang selalu memberi sokongan dan dorongan. Alhamdulillah. Ini semua kerana Allah. Segala puji bagi Allah.
No comments:
Post a Comment