Tuesday 15 February 2011

Kita bertemu kerana Allah dan kita berpisah kerana Allah juga.

Itu orang katalah kan. Setakat ni tak jumpa lagi dalil-dalil, tapi macam boleh percaya je.

Anyways, sekarang ini memang tengah mood tak baik, dengan prasarana yang tidak memberangsangkan, walaupun semakin lama semakin dekat waktunya untuk pulang, tetapi keadaan sekeliling masih tidak positif untuk buatkan aku rasa positif.

Tetapi, Allah itu Maha Mengetahui. Orang kata kita bertemu kerana Allah, maka, banyak kawan-kawan aku kenal, memang sebab Allah yang temukan kita semua. Maka, aku sayang kawan-kawan aku pun kenalah kerana Allah kan. :)D

Anyways, tengah mood yang tidak baik, tiba-tiba dapat friend request daripada kawan-kawan sewaktu aku berpeluang mengikuti program Homestay di suatu tempat nun jauh di timur peta dunia. Memang aku rasa gembira dan sangat "glad and please" mengalami kejadian macam ini. Rasa syukur dapat bertemu dengan kawan-kawan yang sudah lama tidak dihubungi kembali. Memang perasaan itu menakjubkan, memang Allah dah buat perasaan persaudaraan itu suatu yang syiok. Tak kira persahabatan bersama siapa pun, tetapi lebih baik sesama saudara islam lah kan.

Anyways, tengah gembira ni dapat hubungi semula kawan-kawan yang sudah lama tak dihubungi. Entah macam mana lah rasanya kan bila dapat bertemu secara bermuka dengan kawan-kawan yang lagi lama kenal, dan sudah lama tak jumpa. Mesti lagi best. Tak sabar lah pula nak pulang. :)D

Macam tak ada guna

Kalau cakap dengan orang yang memang tak akan dengar dengan kita. Kalau nak berdebat dengan orang yang memang tak nak bertoleransi. Kalau nak lawan dengan orang yang memang nak menang, bukan nak cari kebenaran.

Memang tak ada guna sebenarnya. Senyap sahajalah jalan penyelesaian.

Thursday 10 February 2011

Wahai pengomel.

Jangan cakap sahaja.

Lakukan juga.

TIba-tiba

Rasa semangat lah pula nak pergi konsert Michael Buble.

Haish, benda-benda macam ni jugalah yang aku nak. Perkara-perkara yang tak perlu pun, sebenarnya. Tapi tengah stress ni, rasa macam nak buat benda lalai je.

Ya ALlah tolonglah jauhkan aku daripada perkar-perkara melalaikan dan menjauhkan ku dariMu. Ya Allah, tolonglah tetapkan iman ku, peliharalah iman ku, berilah petunjuk hidayahMu.

Wednesday 9 February 2011

Futur.

Menyerah kalah, give up, surrender, malas, berhenti, tak percaya, muak. Pilih je lah mana satu. Walaupun sebenarnya futur ini lebih sesuai digunakan dalam konteks berdakwah, yang bererti putus asa dalam kerja-kerja dakwah.

Tapi apa yang aku maksudkan di sini adalah putus asa secara umummnya.

Entah kenapa, aku rasa macam hari ini aku malas nak buat apa-apa. Malas nak makan, malas nak mandi, sampaikan rasa malas nak solat. Astaghfirullahalazim. Tapi aku gagah juga solat. Ya Allah tolonglah ampunkan dosa hambaMu ini, sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Balik kepada akar cerita. Hatta, pada saat aku rasa paling down, paling nak putus asa dengan apa yang aku kerjakan, dengan tidak semena-menanya seorang akhawat tegur aku, mintak tolong. Sebenarnya bukan minta tolong pun, cuma perlukan company, dia rasa macam tak didengari sesiapa pun. Jadi aku pun wawancara bersama dia.

Ternyata, dia pun rasa nak putus asa, lebih-lebih lagi dengan keadaan dia, aku rasa dia lagi teruk keadaan daripada apa aku alami. Tapi alhamdulillah, dia masih lagi kuat, masih lagi bertahan. Sewaktu berbicara dengan dia itu, aku sedar, aku ini bertuah, apakah aku ini tidak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang? Semua dah ada. Nikmat iman lebih-lebih lagi. Itu paling aku bersyukur, sepatutnya.

Mungkin ini kebetulan, mungkin tidak. Panggillah apa kau nak. Yang penting, Allah dah tunjuk kepada aku, orang lain pun ada masalah mereka, bukan aku seorang sahaja, tak bermakna aku bleh putus asa. Allah pun pernah ke putus asa beri nikmat, rezeki dan macam-macam kepada aku? Aku sahaja yang syok sangat dengan nikmat yang Allah dah beri sampaikan terlupa sumber datangnya nikmat tersebut.

Fikir-fikir balik, aku memang bertuah, akhawat seorang itu pula yang nampak malang, yang kurang bertuah daripada aku, yang keadaannya memang kurang enak berbanding keadaan aku. Ada satu ayat yang aku baca, buat aku rasa faham sedikit tentang keadaan ini:

“ALLAH tentukan ada antara kita ni yang kaya, ada yang miskin. Tak adil kan ALLAH? Tapi bukan itu ukurannya. ALLAH Maha Adil. ALLAH nilai taqwa kita. Orang kaya, orang miskin… semua orang boleh dapat taqwa” dipetik dari laman ini.

 Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, kami telah menuji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta. - (29:2-3)

Surah Al-Ankabut, ayat kedua dan ketiga. Adakah kita fikir kita dah kira boleh senanga lenang sebab kita dah beriman? Sebab kita dah percaya? Jadi Allah tak akan uji kita nak periksa benar ke kita dah beriman sepenuhnya? Ayat ini pun dah jelaskan. Sedangkan umat-umat sebelum kita, mereka melalui pelbagai cabaran dan ujian Allah.  Inilah caranya nak pastikan antara orang-orang beriman, apakah mereka benar-benar beriman atau beriman sebab convenience.

Kalau rasa hebat sangat ujian, rasa macam tak terdaya sahaja nak tempuh cabaran ini, lupakah kita kepada kata-kata Allah dalam ayat 286 daripada surah Al-Baqarah iaitu:
  Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya - (2:286)

 Maksudnya, Allah lebih mengetahui kekuatan kita sampai tahap mana. Maka Allah lebih mengetahui kita boleh atau tidak boleh tempuh sesuatu ujian itu. Allah tak akan kasi kita ujian yang susah-susah yang memang sah-sah kita tak boleh pass. Mustahil.

Kesimpulannya... aku dah penat, aku kena bersabar.

Tuesday 8 February 2011

Don't know what's wrong with me today.

Sampaikan aku banyak tulis karangan yang ada banyak salah tatabahasa. That has got to mean something is wrong with me. I mean, i am very particular about my writing, but what i am writing seems to be grammatically wrong, then there has got to be something off about me.

Monday 7 February 2011

Friday 4 February 2011

Luangkanlah masa.

Luangkanlah masa tengok sekejap video ini. Take it in, take all the information in. Please, for all of our sakes.



Tuesday 1 February 2011

Sayyid Qutub

“Wahai saudaraku, wahai Sayyid! Aku datang kepadamu membawa hadiah kehidupan daripada Tuan Presiden yang sangat pengasih dan penyayang. Dia hanya meminta kamu tandatangani satu perkataan sahaja. Lepas itu kamu boleh minta apa saja yang kamu mahu untuk dirimu dan saudara-saudaramu itu!”

Tanpa menunggu jawapan daripada Sayyid, pegawai berpangkat tinggi itu membuka buku catatan yang ada di tangannya seraya berkata :

“Ya akhi, kamu tulis di sini ayat ‘sesungguhnya aku mengaku salah dan aku memohon maaf”.

Sayyid mengangkat kedua-dua matanya yang jernih. Di wajahnya terpancar senyuman manis yang tidak mampu kami sifatkan. Dengan tenang yang menakjubkan dia berkata kepada pegawai berpangkat tinggi itu :

“Selama-lamanya tidak mungkin! Aku tidak akan membeli kehidupan yang sementara ini dengan dusta yang tidak akan terpadam selama-lamanya!”

Pegawai itu menjawab dengan nada sebak yang dibuat-buat: “Tapi kamu akan mati Sayyid…”

Sayyid menjawab: “Marhaban (selamat datang) kepada mati di jalan Allah!”

Diambil dari: http://amiruddin86.blog.friendster.com