Tapi apa yang aku maksudkan di sini adalah putus asa secara umummnya.
Entah kenapa, aku rasa macam hari ini aku malas nak buat apa-apa. Malas nak makan, malas nak mandi, sampaikan rasa malas nak solat. Astaghfirullahalazim. Tapi aku gagah juga solat. Ya Allah tolonglah ampunkan dosa hambaMu ini, sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Balik kepada akar cerita. Hatta, pada saat aku rasa paling down, paling nak putus asa dengan apa yang aku kerjakan, dengan tidak semena-menanya seorang akhawat tegur aku, mintak tolong. Sebenarnya bukan minta tolong pun, cuma perlukan company, dia rasa macam tak didengari sesiapa pun. Jadi aku pun wawancara bersama dia.
Ternyata, dia pun rasa nak putus asa, lebih-lebih lagi dengan keadaan dia, aku rasa dia lagi teruk keadaan daripada apa aku alami. Tapi alhamdulillah, dia masih lagi kuat, masih lagi bertahan. Sewaktu berbicara dengan dia itu, aku sedar, aku ini bertuah, apakah aku ini tidak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang? Semua dah ada. Nikmat iman lebih-lebih lagi. Itu paling aku bersyukur, sepatutnya.
Mungkin ini kebetulan, mungkin tidak. Panggillah apa kau nak. Yang penting, Allah dah tunjuk kepada aku, orang lain pun ada masalah mereka, bukan aku seorang sahaja, tak bermakna aku bleh putus asa. Allah pun pernah ke putus asa beri nikmat, rezeki dan macam-macam kepada aku? Aku sahaja yang syok sangat dengan nikmat yang Allah dah beri sampaikan terlupa sumber datangnya nikmat tersebut.
Fikir-fikir balik, aku memang bertuah, akhawat seorang itu pula yang nampak malang, yang kurang bertuah daripada aku, yang keadaannya memang kurang enak berbanding keadaan aku. Ada satu ayat yang aku baca, buat aku rasa faham sedikit tentang keadaan ini:
“ALLAH tentukan ada antara kita ni yang kaya, ada yang miskin. Tak adil kan ALLAH? Tapi bukan itu ukurannya. ALLAH Maha Adil. ALLAH nilai taqwa kita. Orang kaya, orang miskin… semua orang boleh dapat taqwa” dipetik dari laman ini.
Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, kami telah menuji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta. - (29:2-3)
Surah Al-Ankabut, ayat kedua dan ketiga. Adakah kita fikir kita dah kira boleh senanga lenang sebab kita dah beriman? Sebab kita dah percaya? Jadi Allah tak akan uji kita nak periksa benar ke kita dah beriman sepenuhnya? Ayat ini pun dah jelaskan. Sedangkan umat-umat sebelum kita, mereka melalui pelbagai cabaran dan ujian Allah. Inilah caranya nak pastikan antara orang-orang beriman, apakah mereka benar-benar beriman atau beriman sebab convenience.
Kalau rasa hebat sangat ujian, rasa macam tak terdaya sahaja nak tempuh cabaran ini, lupakah kita kepada kata-kata Allah dalam ayat 286 daripada surah Al-Baqarah iaitu:
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya - (2:286)
Maksudnya, Allah lebih mengetahui kekuatan kita sampai tahap mana. Maka Allah lebih mengetahui kita boleh atau tidak boleh tempuh sesuatu ujian itu. Allah tak akan kasi kita ujian yang susah-susah yang memang sah-sah kita tak boleh pass. Mustahil.
Kesimpulannya... aku dah penat, aku kena bersabar.
No comments:
Post a Comment