Saturday 30 October 2010

Three days but more to go.

It has been three days i have gone without it. Three miserable aching days. Aku tahu kalau dilihat semula, tiga hari sahaja aku bertahan, tiga hari sahaja aku berperang, tetapi bagi aku tiga hari ini buat aku rasa bangga. Aku berperang dengan lawan yang paling susah orang nak menang. Diri sendiri. Truthfully it has been very difficult for me to fight myself, but three days, i have been victorious. Although sometimes i still can't help but think about it and can't help to want it, but alhamdulillah i can fight those thoughts away. And i am hoping that this will go on for as long as i can bear it. Aku minta moga-moga aku boleh lawan lagi kehendak dan niat yang tidak baik itu, bukan untuk tiga hari ini sahaja, tetapi agar biar ia berpanjangan. InsyaAllah.

Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Dari itu boleh aku simpulkan bahawa adalah penting untuk kita jaga hati kita.  Jaga daripada segala kekotoran yang boleh cemarkan hati yang seharusnya suci dan bersih dan murni.  Sebabnya kalau hati dah bersih, maka segala kelakuan dan amal kita pun insyaAllah akan menjadi murni. Kalau hati kita kotor, maka sebaliknya yang akan berlaku dan minta-minta aku tidak lah seperti itu. Hati kitalah yang mendorong kita buat sesuatu. Niat itu datang dari hati.

Jadi kenalah kita berlatih dan amalkan untuk membersihkan hati dan diri kita. Praktikkan lakukan perkara-perkara seperti baca Al-quran dan ibadah sunat yang lain. Tetapi yang wajib tu jangan pula ditinggalkan kerana nak kejar-kejar yang sunat pula.

Sebenarnya, apa yang aku tulis ni, aku nak ingatkan diri aku. Ingatlah selalu.

Friday 29 October 2010

Jom mulakan.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seandainya manusia mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan cara mengundi di antara mereka, sudah tentu mereka mahu mengundi. Seandainya mereka mengetahui kelebihan takbir iaitu menyegerakan sembahyang, sudah pasti mereka akan berlumba-lumba mendapatkannya dan seandainya mereka mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam sembahyang Isyak dan sembahyang Subuh, sudah tentu mereka akan mendatanginya meskipun secara merangkak.

Tunggu apa lagi? Aku? Walaupun aku tahu ini cuma alasan, tetapi alasan yang munasabah bagi aku lah. Tempat tinggal aku sekarang ini agak jauh daripada Masjid atau surau(at least surau/masjid yang aku tahulah, tak tahulah ada surau/masjid yang aku tak jumpa lagi). Maka aku selalu solat di bilik sahaja. Tetapi insyAllah nanti bila sudah pindah rumah, aku bertekad mahu biasakan diri ke surau. Mujur rumah yang aku nak pindah tu dekat sangat dengan surau/masjid. Tolonglah percepatkan kepada disember please.

Haish, macam mana lah nak ubah diri kalau macam ni lagi.

sumber: Mujahidfillah

Patutlah.

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.”

Patutlah dah jadi adat bila orang datang rumah tu kita sediakan makanan dan layan tetamu dengan senyuman. Kalau dalam kes aku tulis :) adakah kira sedekahkan senyuman? 

Anyways, sebagai ilmu tambahan bagi aku dan sesiapa sahaja:

Makruf adalah segala perkara yang diketahui umum tentang kebaikannya sama ada dari segi syarak atau dari segi adat (yang tidak bercanggah dengan syarak). Manakala perkara yang mungkar pula adalah sebaliknya.


Sumber: Senyuman suatu sedekah

Hopefully everything will be alright.

Aku sedih melihat kawan-kawan aku ditimpa masalah. Aku sedih aku tidak dapat bantu mereka secara langsung. Tetapi secara tidak langsung. aku gembira aku dapat bantu mereka dengan hanya berbual dengan mereka walaupun perbualan itu perbualan tentang entah apa-apa tetapi aku dapat rasakan keintiman itu walaupun jasad kami berada dia tempat yang jauh dari pandangan mata antara satu sama lain.

Aku hanya nak beritahu, kalau kamu perlukan aku untuk bercerita sahaja pun, aku sanggup mendengar. Tadi baca suatu kisah sedih kawan aku, meamng aku sedih keadaan dia sekarang. Aku rasa macam nak balik sahaja dan pergi jumpa dia. Aku mengaku, sebenarnya aku pun pentingkan diri, selfish. Aku nak tolong mereka pun sebab aku nak pergi jumpa mereka dan luangkan masa bersama mereka. Aku pun rindu mereka dan aku pun perlukan company. Tetapi tidak mengapa, ada jalan lain. Sudah tentu ada alternatif lain.

Banyakkan bersabar banyakkan ibadah dan berdoa. InsyaAllah everything will be alright.

Thursday 28 October 2010

Mencari ilham daripada Scrubs dan Grey's Anatomy.

Apa salahnya?

Membuak-buak.

Aku tengah sabar ni. Aku tengah sabar bila aku rasa aku tidak diberi ruang untuk meluahkan perasaan aku dan pendapat aku kerana setiap kali aku nak buka mulut, aku rasa macam aku seakan-akan berlagak ataupun tidak ada sensitiviti terhadap orang disekeliling. Seakan-akan aku meninggikan diri dan merendahkan orang lain. Macam aku nak menunjuk bahawa aku hebat tetapi sebenarnya niat aku bukan begitu tetapi aku takut orang lain salah tafsir perilaku aku. Maka setiap kali aku ada pendapat, aku kena tapis sebanyak yang mungkin sebelum aku keluarkan pendapat aku.

Aku tengah sabar ni bila aku tak ada perasaan untuk layan orang lain tetapi atas sifat belas kasihan aku dan sifat pelayanan aku yang tinggi, aku tetap layan juga orang yang menegur aku kerana aku rasa tidak patut aku menyombongkan diri walhal ini bukan kerana aku sombong, tetapi kerana aku pun bermasalah juga, aku pun ada juga masa naik dan masa turun. Tetapi apakan daya, aku ini budak belajar bidang yang orang lain seakan-akan memuja, jadi aku tidak diberi kesempatan untuk berkelakuan begitu, kalau ya pun, nanti dilabel sombong dan show off dan lupa diri pula.

Aku tengah sabar ni bila aku yang ditegur orang tetapi aku rasa macam aku yang mulakan setiap perbualan. Orang yang berlawanan dengan aku itu pula yang seakan-akan malas nak layan aku padahal dia yang tegur aku. Jadi beriya-iya lah aku berbual-bual kosong dengan dia tetapi nampaknya aku sahaja yang syok sendiri. Macam aku ni bercakap dengan diri sendiri rasanya, sampai rasa macam layak masuk wad gila.


Ya aku tengah sabar lah ni. Sabar kan separuh daripada iman.  Ommmmmm...

Jahit mulut.

Selalu aku terfikir, kalau satu hari ini, aku tidak bercakap, adakah dosa aku akan berkurang dan pahala aku akan bertambah. Kadang-kadang itu aku rasa ya jawapannya.

Namun, selalu aku cuba kurangkan malah berhenti serta-merta daripada membuka mulut, untuk satu hari sahaja, tetapi akhirnya aku kecundang juga. In the end, i give in to my habits. Aku cenderung bercakap banyak dan berbual-bual kosong sehinggakan satu ketika itu aku rasa tidak selesa kalau keadaan senyap dikalangan kelompok manusia. But what is the harm in enjoying each other's presence and company in silence.

Tidak mengapa. Tomorrow's another day.

Banyak lagi.

Banyak lagi yang aku perlu belajar. Tetapi setakat baca dan belajar sahaja pun tiada gunanya kalau aku tidak cuba terapkan dalam kehidupan seharian. Sekaranga aku semakin sedar, alhamdulillah, sedikit demi sedikit aku cuba nak dekatkan diri aku lagi.

Ada satu ketika itu kawan aku tanya:

"Bila waktu kau rasa kau betul-betul orang islam? Bukan sebab kau lahir islam atau keturunan islam? Bila?"

Walaupun aku tak pernah mempunyai pengalaman ditanyakan soalan sebegitu sebelum ini, namun dengan senang sahaja aku boleh jawab soalan itu. Aku betul-betul rasa aku orang islam bila aku masuk tingkatan 4. Secara jujurya, pada waktu itu aku mula rasa pentingnya aku jaga solat, ibadah dan tingkah laku aku yang menunjukkan aku ini orang islam. Walaupun tak begitu sempurna lagi aku punya ibadah pada waktu itu, namun aku bersyukur kesedaran itu ada dan rasa bertanggungjawab itu pun mula nak timbul. Sekarang pun masih lagi tidak sempurna, aku mengaku. Masih banyak lagi ruang untuk aku perbaiki dan tingkatkan usaha untuk mantapkan iman aku ini. Secara perlahan-lahan aku tengah cuba menjauhi segala yang terlarang dan mendekati yang disuruh.

Aku boleh..

Baru sahaja tadi aku terfikir, apa yang sudah aku pelajari daripada orang-orang yang terdahulu daripada aku, sepatutnya aku cuba sampaikan kepada kawan-kawan aku. InsyaAllah, dalam masa akan datang aku cuba praktikkan bersama rakan-rakan aku nanti.

Aku harap dan bertekad, perkara ini berlanjutan dan bukan sekadar "in the mood".

Friday 22 October 2010

Now I know.

At least now i know that what i thought about people aren't exactly real representations of that people in reality. Sometimes i am wrong and i do make mistakes.

Sorry to have caused such inconvenience.


I feel down right now. I don't feel like talking anymore.

But most of all, i feel bad.

Tuesday 19 October 2010

Tum ketumbak.

Terjumpa ini semasa browsing internet tadi.




Tengah ingat steps semula.

A society is judged...

not by how tall they're buildings are built. But of how the condition of they're libraries are.

Semalam aku singgah perpustakaan universitas aku, aku sedih. Aku rindu CAIS.

Simple stitching.

Pagi tadi mimpi seorang kawan aku kena kapak kat bahu kiri dia. Lepas tu macam kulit terbelah banyak bila kapak tu dicabut. Bear in my mind, ketika ini ada perang apatah, selepas dia kena injury itu, aku bawak kawan aku tu lari for safety. I was never a fighter anyways. Lalu bila dah sampai tempat selamat, yang best dan menakjubkannya, aku jahit balik dia punya luka besar tu. Seriously pengalaman palsu yang mencabar tetapi menggairahkan. Seakan-akan tengah perform surgery. Tapi jahitan biasa je kan, tanpa anaesthesia tu. Hebat tak.

Monday 18 October 2010

Do you trust me?


Diglet and Dugtrio.

Rindu menonton dan main game Pokemon. Kalau masa kecil-kecil dulu aku memang pakar Pokemon. Cakap sahaja nama satu Pokemon itu, aku akan tahu kelemahan dan kelebihan dia. Tapi dengan syarat Pokemon yang 150 terawal dan original sahajalah. Kalau Pokemon yang sekarang ni, bukan setakat nama aku tak tahu, jenis elemen apa pun aku tak tahu walaupun misalnya nampak macam biri-biri, tetapi akhirnya aku dapat tahu dia jenis electrical. Memang otak bergeliga pencipta Pokemon ni.

Buat masa ini, aku rasa macam nak jadi Diglet atau Sandshrew dan gali tanah sedalam-dalamnya dan duduk dalam lubang itu. Dan ini bukan metafora sebagai liang lahad. Jangan fikir bukan-bukan. Terima kasih.

Kau rasa?

Kalau kau rasa ada suatu ketika itu aku macam seakan-akan berlagak atau nak show off, aku beri kau hak untuk kritik dan tegur cara baik. Kadang-kadang itu, aku memang tidak boleh lawan kehendak dan perasaan yang membuak-buak ingin bangga diri dan menaikkan taraf aku ini supaya ego aku boleh hidup mewah. Kadang-kadang itu aku tidak boleh kawal perasaan sebegitu. Seperti biasalah, ayat klise, aku ni hanyalah manusia biasa. Tetapi at this precise moment, aku akan berikan kau hak dan uasa untuk menegur aku dan mengingatkan aku bahawa aku ini manusia biasa. Tiada taraf atau level-level yang beza dengan manusia lain.

Dan aku minta, janganlah kau encourage aku untuk bangga diri dan menaikkan lagi ego aku. Minta tolong jangan lah eh. Sebabnya, aku tak suka kalau ego aku tinggi dan aku tak suka orang pandang aku tinggi. Nak tahu kenapa? Sebab aku rasa aku ni rendah sangat. Aku rasa aku ini memang tak layak untuk apa-apa. Memang lakonan je kalau kau rasa aku ini pandai, hebat dan sebagainya. Aku sebenarnya nak orang fikir aku macam tu supaya aku rasa aku setanding dengan rakan-rakan aku yang lagi hebat dan saudara-mara aku yang lagi hebat.

Hakikat sebenarnya, aku biasa. Jangan anggap aku ini boleh dipercayai kata-katanya dan tingkahlakunya. Banyak lagi aku perlu belajar, dan banyak lagi aku perlua terapkan dalam hidup aku untuk aku mula mengajar generasi yang akan datang, lebih-lebih lagi anak-anak aku, insyaAllah.

Tuesday 12 October 2010

Untuk brader-brader.

Aku tahu mungkin aku tak tahu apa yang kau rasakan sekarang, apa perasaan kau sekarang, dan emosi apa yang kau pakai untuk imej hari ini. Tetapi aku tahu yang aku rindu kau dan aku minta maaf kalau aku macam , to say it bluntly, a jerk. Kadang-kadang tu ak urasa memang aku ni seorang yang jerk. Minta maaf lah eh. Tapi aku nak kau tahu yang aku sedia membantu, mendengar, melihat, dan sebagainya pada bila-bila masa sahaja yang kau perlukan aku. Walaupun agak sukar untuk hubungi aku, kau hubungi sahaja ayah aku dia boleh tolong. ahahaha ok bad joke. Nanti bila aku berkesempatan dalam asa terdekat, kita cuba berjumpa lagi eh. Buat sleepover ke, pergi tidur hotel ke. ahahahah Anyways, i'm here for you bro. This is called a bromance. Khas buat korang. ahahah







Memang biar gambar blur, sebab terlalu censored. :)

Sunday 10 October 2010

Hutang duit bayar duit, hutang sayang bayar dengan sayang.

If i was to be really honest to myself, i'd say that i was having a bad day. No. A bad month.  I'd really tell people what i really feel about the circumstances and situation we all are in right now. I'd really say what i mean and really mean it.

I'd say that i really miss my friends. I really feel at a disadvantage. Aku rasa macam aku ni cacat, tak boleh nak lakukan sesuatu benda tanpa mereka. Seriously, i thought i was over the fact that i am able to go eat at a restaurant alone, and watch a movie alone, or just walk around a neighbourhood alone but ow i know, i really can't. I feel so disabled that i can't do anything alone. I am handicapped in this way because i think i know that i don't want to feel alone, eventhough i am already feeling it. I just don't want it to be prolonged more further in my life.

But i guess i just have to accept it that in order to move forward, i have to learn to be lonely. Learn to do things by myself. Knowing that fact and accepting that fact is one of the steps i have to take to get over the fact that i really need my friends. Tapi memang benar, cakap lebih senang daripada buat. I don't know when will i be able to start doing things on my own. I am a very co-dependant person. I have to have a safety net, or at least someone who owns a net.

It may seem that i am having fun, it may seem that i am having the time of my life, but actually i was having the time of my life, but it wasn't here and at this time. The time of my life was in the past when i was not afraid of anything. When the world was my playground. Our playground.

Perhaps now i know how other people felt, perhaps i do deserve this, perhaps this is a rite of passage, perhaps this is how it is supposed to be. But the problem is, i can't rely all my life on perhaps' and maybe's. I need concrete. I know i have always told or at least believed in the perspective that you can't wait life to happen to you, you have to make life happen. I did try. Sometimes it just doesn't happen. It won't.

But i do want to say this, i am very grateful and very thankful to have friends that really love me. I really love them too. I really miss them too. Thanks everyone. The previous day when it was supposed to be a day of magical proportions and eccentricities, it just seemed and felt to me like just another ordinary day of the week. There was nothing special about that day. I felt nothing, null. I know i am not a person who wants grand gestures, but i was just very disappointed that day. But perhaps not today. Today i realised that there are no better gifts than the gift of life and of love.












Ini satu rahsia aku tak pernah bagitahu sesiapa lagi rasanya. Sewaktu aku kecil, aku selalu ingat harijadi aku 10 haribulan 10. So happy fake birthday for me today.

Dan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang ucap dan mendoakan aku. Terima kasih tak terkira. Kalau lah aku boleh menzahirkan terima kasih aku ini, memang dah lama orang boleh nampak. Tetapi aku percaya, Allah dah buat perasaan dan emosi tak boleh dilihat sebab nanti bila kita rasa, rasanya sungguh ajaib dan special. Kan. :)

Friday 8 October 2010

Warm and mushy inside.

Woke up really early today and got a phone call from my parents wishing me happy birthday. Thank you very much. Then i spent all morning (kononnya banyaklah) replying people's wishes. Thank you very much eh. I really appreciate it.

They say kind words can warm three winters. I hope that's true due to the fact me feeling freezing living in an air-conditioned room. Not used to it yet. Can never get used to the cold.

But right now, i feel warm inside. :)


As always, my birthday comes with a price. It's either forgotten by me, during the fasting month or happening when some big exams are to take place. And today i am going to undergo a somewhat kind of big test. Hope i can make it through the day.

Wednesday 6 October 2010

Sesuatu yang menyeronokkan.

I don't know why i am attracted to things that makes me weep and touched. I can't find out the real reason why. I don't know if it is sadistic or masochistic or any other -istic that exists. But somehow i just want to watch things, especially movies, that is so sad and moving that i cry out loud to the extent that i just want to scream. The weird thing is, it gives me inspiration and the strength to move on. It gives me meaning, makes me see the sense in everything. Makes me feel that some things are worth it, even if i don't know what or why. All i know is, i can't stop watching the sad scenes over and over again until it makes me sick to watch it. But thankfully for now, i don't feel sick yet. I still am moved by other peoples' lives.

Sometimes i envy other people having experienced sad moments in their lives. Having lost someone important. Sometimes i wish i lost someone important. I know that's harsh but sometimes if not losing someone i love, sometimes, mostly, i wish i am the one who suffers. Sometimes i wish i have cancer or some other terminal disease or illness. I don't know why, i just want to feel sad to the point that i have to cry. To the point that my heart feels burdened and as if it beats so hard that it want to get out of my torso.

Perhaps i don't want to know why. And perhaps, i have so much of these empathy and sympathy lying around in my emotional baggage that i just have to let some out bit by bit.

Prone to depression,

Sometimes it feels reaaaaaally good to cry.

Friday 1 October 2010

Nak bodek-bodek Pengerusi untuk promotion.

Kali pertama aku bertemu dengan dia, we just hit it off. Selama aku hidup, aku tak pernah sebegitu. Aku tak pernah tunjukkan belang aku serta-merta kepada orang yang aku tak kenal. Tetapi you were the exception. I don't know why, but yeah, somehow i knew that this was going to be something beautiful. And it still is beautiful.

Aku duduk sebelah dia sewaktu itu. Aku tidak kisah pun duduk sebelah orang yang berlainan jantina dengan aku, walhal dalam kelas itu, aku seorang sahaja yang begitu sementara pelajar-pelajar lain semuanya bersebelahan jantina yang sama. But you were the exception.

Perkara yang aku suka adalaha pada hari pertama itu juga, aku sudah buat bising dan cuba mengenakan prank kepada kawan-kawan lama aku yang sekelas dengan aku. Dan yang aku kagum, dia turut serta dalam prank aku itu, kamilah yang paling bising di dalam kelas dan paling aktif. Duduk di belakang kelas dan cuba buat subjek yang membosankan sesuatu yang boleh diterima otak.

From there, it went on and the rest were details. Terlalu banyak perkara yang aku dan dia sudah lakukan bersama. Terlalu banyak benda baru yang telah kami cuba lakukan. Salah satu itu adalah pengalaman yang paling tidak boleh aku lupa, cuba makan makanan ala-ala Jepun dengan alasan nak cuba makanan baru. Kononnya kata kami nak jadi adventurous, spontaneous. Akibatnya, makanan itu sungguh menjelekkan. Tetapi pengalaman yang menyeronokkan walaupun rasanya tidak.

Hobi kami, menonton wayang. Sudah tidak terkira berapa banyak wayang yang sudah ditonton. Memang itu menjadi prioriti utama kam kalau keluar berjalan-jalan, selain makan. Bukan itu sahaja, kami juga suka berjalan-jalan tak kira ke mana, asalkan perjalanan itu yang menyeronokkan. Satu pengalaman baru yang baru-baru ini kamu lakukan, naiki bas Hop On Hop Off yang round-round satu Kuala Lumpur. Walaupun sudah berapa lama tinggal di kota bandar tersebut, tetapi nampaknya banyak tempat yang belum kami jelajahi. But it's not always about the destination, the journey is what counts.

Bual-bual hal dalaman, internal, emosi, intrinsic memang menjadi topik hangat. Albeit gossip, emosi ketika itu, kutuk mengutuk, memang kamu tidak jemu. Terutamanya apabila berbicaca tentang soal existential. Memang satu falsafah yang kami suka bincang. And that's what i like about this, i can tell her anything and she gets it. Eventhough sometimes i believe she doesn't, she makes it look like she does. But that's okay. At least i feel heard and we are mutual. Sama-sama membantu antara satu sama lain.

Tambahan lagi, selain daripada suka berseloka, satu pastime yang acapkali dilakukan dan yang sudah lama tidak dipraktikkan adalah membuat cerita. Mereka-reka cerita sendiri berlandaskan genre parody kebanyakkannya, tetapi kesemuanya adalah fiksyen semata-mata. Misalnya kisah pocong menghidangkan air kepada tetamu kepada kisah Lord Of The Ring versi Aliran Sains Pandan Jaya. Perkara-perkara sebegitu menjadi inti-inti masa terluang kami.

Bukan itu sahaja yang kami saling bualkan. Satu perkara yang memang buat kami serasi adalah minat kami yang sama tahapnya terhadap Michael Buble. Tanyalah mana-mana, memang kita saling menyetujui. Cuma nasib sahaja yang menghalang kami daripada pergi menikmati Konsert-konsert Michael Buble.

I just want to say thank you very much. Hope to see you and our other friends soon. We'll party like there is no forever. Kononnya. May the force be with you's.