Monday 18 October 2010

Kau rasa?

Kalau kau rasa ada suatu ketika itu aku macam seakan-akan berlagak atau nak show off, aku beri kau hak untuk kritik dan tegur cara baik. Kadang-kadang itu, aku memang tidak boleh lawan kehendak dan perasaan yang membuak-buak ingin bangga diri dan menaikkan taraf aku ini supaya ego aku boleh hidup mewah. Kadang-kadang itu aku tidak boleh kawal perasaan sebegitu. Seperti biasalah, ayat klise, aku ni hanyalah manusia biasa. Tetapi at this precise moment, aku akan berikan kau hak dan uasa untuk menegur aku dan mengingatkan aku bahawa aku ini manusia biasa. Tiada taraf atau level-level yang beza dengan manusia lain.

Dan aku minta, janganlah kau encourage aku untuk bangga diri dan menaikkan lagi ego aku. Minta tolong jangan lah eh. Sebabnya, aku tak suka kalau ego aku tinggi dan aku tak suka orang pandang aku tinggi. Nak tahu kenapa? Sebab aku rasa aku ni rendah sangat. Aku rasa aku ini memang tak layak untuk apa-apa. Memang lakonan je kalau kau rasa aku ini pandai, hebat dan sebagainya. Aku sebenarnya nak orang fikir aku macam tu supaya aku rasa aku setanding dengan rakan-rakan aku yang lagi hebat dan saudara-mara aku yang lagi hebat.

Hakikat sebenarnya, aku biasa. Jangan anggap aku ini boleh dipercayai kata-katanya dan tingkahlakunya. Banyak lagi aku perlu belajar, dan banyak lagi aku perlua terapkan dalam hidup aku untuk aku mula mengajar generasi yang akan datang, lebih-lebih lagi anak-anak aku, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment