Friday, 29 October 2010

Patutlah.

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.”

Patutlah dah jadi adat bila orang datang rumah tu kita sediakan makanan dan layan tetamu dengan senyuman. Kalau dalam kes aku tulis :) adakah kira sedekahkan senyuman? 

Anyways, sebagai ilmu tambahan bagi aku dan sesiapa sahaja:

Makruf adalah segala perkara yang diketahui umum tentang kebaikannya sama ada dari segi syarak atau dari segi adat (yang tidak bercanggah dengan syarak). Manakala perkara yang mungkar pula adalah sebaliknya.


Sumber: Senyuman suatu sedekah

1 comment:

  1. salam awan...

    ni kak ain trisakti. ingat lagi ke? dah lama carik blog awan ni.. alhamdulillah, akhirnya jumpa.

    akak dgr awan ni pandai menulis. bagus2.. ayat2 puitis.. =)

    oh ye.. akak just nak share sikit utk hadis tu. kita digalakkan senyum n layan tetamu dgn baik bukan kerana "ADAT". tapi hal itu adalah "SUNNAH"..

    wallahua'lam... (",)

    ReplyDelete