Banyak lagi yang aku perlu belajar. Tetapi setakat baca dan belajar sahaja pun tiada gunanya kalau aku tidak cuba terapkan dalam kehidupan seharian. Sekaranga aku semakin sedar, alhamdulillah, sedikit demi sedikit aku cuba nak dekatkan diri aku lagi.
Ada satu ketika itu kawan aku tanya:
"Bila waktu kau rasa kau betul-betul orang islam? Bukan sebab kau lahir islam atau keturunan islam? Bila?"
Walaupun aku tak pernah mempunyai pengalaman ditanyakan soalan sebegitu sebelum ini, namun dengan senang sahaja aku boleh jawab soalan itu. Aku betul-betul rasa aku orang islam bila aku masuk tingkatan 4. Secara jujurya, pada waktu itu aku mula rasa pentingnya aku jaga solat, ibadah dan tingkah laku aku yang menunjukkan aku ini orang islam. Walaupun tak begitu sempurna lagi aku punya ibadah pada waktu itu, namun aku bersyukur kesedaran itu ada dan rasa bertanggungjawab itu pun mula nak timbul. Sekarang pun masih lagi tidak sempurna, aku mengaku. Masih banyak lagi ruang untuk aku perbaiki dan tingkatkan usaha untuk mantapkan iman aku ini. Secara perlahan-lahan aku tengah cuba menjauhi segala yang terlarang dan mendekati yang disuruh.
Aku boleh..
Baru sahaja tadi aku terfikir, apa yang sudah aku pelajari daripada orang-orang yang terdahulu daripada aku, sepatutnya aku cuba sampaikan kepada kawan-kawan aku. InsyaAllah, dalam masa akan datang aku cuba praktikkan bersama rakan-rakan aku nanti.
Aku harap dan bertekad, perkara ini berlanjutan dan bukan sekadar "in the mood".
No comments:
Post a Comment