Saturday, 30 October 2010

Three days but more to go.

It has been three days i have gone without it. Three miserable aching days. Aku tahu kalau dilihat semula, tiga hari sahaja aku bertahan, tiga hari sahaja aku berperang, tetapi bagi aku tiga hari ini buat aku rasa bangga. Aku berperang dengan lawan yang paling susah orang nak menang. Diri sendiri. Truthfully it has been very difficult for me to fight myself, but three days, i have been victorious. Although sometimes i still can't help but think about it and can't help to want it, but alhamdulillah i can fight those thoughts away. And i am hoping that this will go on for as long as i can bear it. Aku minta moga-moga aku boleh lawan lagi kehendak dan niat yang tidak baik itu, bukan untuk tiga hari ini sahaja, tetapi agar biar ia berpanjangan. InsyaAllah.

Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Dari itu boleh aku simpulkan bahawa adalah penting untuk kita jaga hati kita.  Jaga daripada segala kekotoran yang boleh cemarkan hati yang seharusnya suci dan bersih dan murni.  Sebabnya kalau hati dah bersih, maka segala kelakuan dan amal kita pun insyaAllah akan menjadi murni. Kalau hati kita kotor, maka sebaliknya yang akan berlaku dan minta-minta aku tidak lah seperti itu. Hati kitalah yang mendorong kita buat sesuatu. Niat itu datang dari hati.

Jadi kenalah kita berlatih dan amalkan untuk membersihkan hati dan diri kita. Praktikkan lakukan perkara-perkara seperti baca Al-quran dan ibadah sunat yang lain. Tetapi yang wajib tu jangan pula ditinggalkan kerana nak kejar-kejar yang sunat pula.

Sebenarnya, apa yang aku tulis ni, aku nak ingatkan diri aku. Ingatlah selalu.

No comments:

Post a Comment