Aku sedih melihat kawan-kawan aku ditimpa masalah. Aku sedih aku tidak dapat bantu mereka secara langsung. Tetapi secara tidak langsung. aku gembira aku dapat bantu mereka dengan hanya berbual dengan mereka walaupun perbualan itu perbualan tentang entah apa-apa tetapi aku dapat rasakan keintiman itu walaupun jasad kami berada dia tempat yang jauh dari pandangan mata antara satu sama lain.
Aku hanya nak beritahu, kalau kamu perlukan aku untuk bercerita sahaja pun, aku sanggup mendengar. Tadi baca suatu kisah sedih kawan aku, meamng aku sedih keadaan dia sekarang. Aku rasa macam nak balik sahaja dan pergi jumpa dia. Aku mengaku, sebenarnya aku pun pentingkan diri, selfish. Aku nak tolong mereka pun sebab aku nak pergi jumpa mereka dan luangkan masa bersama mereka. Aku pun rindu mereka dan aku pun perlukan company. Tetapi tidak mengapa, ada jalan lain. Sudah tentu ada alternatif lain.
Banyakkan bersabar banyakkan ibadah dan berdoa. InsyaAllah everything will be alright.
No comments:
Post a Comment