Kali pertama aku bertemu dengan dia, we just hit it off. Selama aku hidup, aku tak pernah sebegitu. Aku tak pernah tunjukkan belang aku serta-merta kepada orang yang aku tak kenal. Tetapi you were the exception. I don't know why, but yeah, somehow i knew that this was going to be something beautiful. And it still is beautiful.
Aku duduk sebelah dia sewaktu itu. Aku tidak kisah pun duduk sebelah orang yang berlainan jantina dengan aku, walhal dalam kelas itu, aku seorang sahaja yang begitu sementara pelajar-pelajar lain semuanya bersebelahan jantina yang sama. But you were the exception.
Perkara yang aku suka adalaha pada hari pertama itu juga, aku sudah buat bising dan cuba mengenakan prank kepada kawan-kawan lama aku yang sekelas dengan aku. Dan yang aku kagum, dia turut serta dalam prank aku itu, kamilah yang paling bising di dalam kelas dan paling aktif. Duduk di belakang kelas dan cuba buat subjek yang membosankan sesuatu yang boleh diterima otak.
From there, it went on and the rest were details. Terlalu banyak perkara yang aku dan dia sudah lakukan bersama. Terlalu banyak benda baru yang telah kami cuba lakukan. Salah satu itu adalah pengalaman yang paling tidak boleh aku lupa, cuba makan makanan ala-ala Jepun dengan alasan nak cuba makanan baru. Kononnya kata kami nak jadi adventurous, spontaneous. Akibatnya, makanan itu sungguh menjelekkan. Tetapi pengalaman yang menyeronokkan walaupun rasanya tidak.
Hobi kami, menonton wayang. Sudah tidak terkira berapa banyak wayang yang sudah ditonton. Memang itu menjadi prioriti utama kam kalau keluar berjalan-jalan, selain makan. Bukan itu sahaja, kami juga suka berjalan-jalan tak kira ke mana, asalkan perjalanan itu yang menyeronokkan. Satu pengalaman baru yang baru-baru ini kamu lakukan, naiki bas Hop On Hop Off yang round-round satu Kuala Lumpur. Walaupun sudah berapa lama tinggal di kota bandar tersebut, tetapi nampaknya banyak tempat yang belum kami jelajahi. But it's not always about the destination, the journey is what counts.
Bual-bual hal dalaman, internal, emosi, intrinsic memang menjadi topik hangat. Albeit gossip, emosi ketika itu, kutuk mengutuk, memang kamu tidak jemu. Terutamanya apabila berbicaca tentang soal existential. Memang satu falsafah yang kami suka bincang. And that's what i like about this, i can tell her anything and she gets it. Eventhough sometimes i believe she doesn't, she makes it look like she does. But that's okay. At least i feel heard and we are mutual. Sama-sama membantu antara satu sama lain.
Tambahan lagi, selain daripada suka berseloka, satu pastime yang acapkali dilakukan dan yang sudah lama tidak dipraktikkan adalah membuat cerita. Mereka-reka cerita sendiri berlandaskan genre parody kebanyakkannya, tetapi kesemuanya adalah fiksyen semata-mata. Misalnya kisah pocong menghidangkan air kepada tetamu kepada kisah Lord Of The Ring versi Aliran Sains Pandan Jaya. Perkara-perkara sebegitu menjadi inti-inti masa terluang kami.
Bukan itu sahaja yang kami saling bualkan. Satu perkara yang memang buat kami serasi adalah minat kami yang sama tahapnya terhadap Michael Buble. Tanyalah mana-mana, memang kita saling menyetujui. Cuma nasib sahaja yang menghalang kami daripada pergi menikmati Konsert-konsert Michael Buble.
I just want to say thank you very much. Hope to see you and our other friends soon. We'll party like there is no forever. Kononnya. May the force be with you's.
No comments:
Post a Comment