Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu katakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. -As-saff (61:2-3)
Kadang-kadang aku hairan. Kata-katanya lebih hebat daripada perbuatannya. Dalam erti kata lain, perbuatannya tidak mencerminkan kata-katanya. Apa kes? Walaupun aku ini tak petah berkata-kata di khalayak ramai kerana kekurangan aku sendiri, aku kagum yang dia memang hebat dalam menyampaikan pseanan. Dia mempunyai kelebihan dari situ.
Namun kadang-kadang kata-katanya memang menusuk kalbu aku sehinggakan aku terasa sangat-sangat dan sampai aku rasa nak lawan balik menggunakan cara iaitu menunjukkan segala kekurangan dia. Alhamdulillah aku tak terbeli dengan fikiran syaitan itu.
Walaupun kadang-kadang kata-katanya berbunyi sindir, tetapi aku rasa itu bukan niatnya, aku nak percaya yang itu bukan niatnya. Itu hal lain. Tetapi dalam kata-katanya, apa yang dicakapkannya itu seakan-akan aku bersalah. Aku malas nak keluarkan hujah-hujah aku di sini untuk pertahankan diri aku. Aku tak nak kata yang aku ini lagi hebat atau aku ada sebab kenapa aku kurang pada satu aspek. Aku cuma nak kata, sebab aku tak hebatlah, sebab itu kau mungkin menyalahkan aku. Minta maaf.
No comments:
Post a Comment