Friday, 28 January 2011

New tricks.

Susah nak ubah tabiat lama. Memang susah. Tapi lagi susah bila dah tinggalkan tabiat lama itu, dan terbuat tabiat baru yang lagi teruk dan lagi syok kalau dilakukan. Misalnya, tidur dan bangun lambat.

Alangkah aku rindu tidur awal dan bangun awal.

Kenapa aku rasa macam sekarang, asyik tak cukup masa sahaja? Macam sekejap sahaja masa yang diberikan untuk aku pergunakan sepuasnya dan semanfaatnya. Ke salah aku sendiri yang aku membazir waktu diberikan untuk buat benda-benda tak berfaedah. Itulah aku, selalu tak bersyukur apa yang Allah dah beri. Sihat, deria yang sempurna, mak ayah, tempat tinggal, akal fikiran. Banyak lagi, tapi nanti lagi buat aku rasa bersalah.

Ya Allah ampunkan dosa hambamu ini.

No comments:

Post a Comment