Wednesday, 5 January 2011

Why do i feel like there is a huge spotlight on me?

Aku rasa macam seluruh dunia melihat pergerakan aku. OK lah bukan seluruh dunia, aku ini bukanlah selebriti pun. Cuma aku nak cakap sekarang, aku rasa macam apa aku buat, sedikit sekali pun, orang tahu. Misalnya kalau aku buat benda salah, macam satu kampung tahu apa aku buat. Padahal bukan selalu aku buat, dan kadang-kadang itu bukanlah sengaja aku buat, tetapi aku dilayan seperti aku memang buat silap besar.

Apa salah aku ini? Kenapa aku ini diberi penghormatan besar sangat sampai aku buat benda kecil, dan pada aku tidaklah benda yang salah pun, bukan tidaklah, memang aku yakin tidak salah, namun, kau beri respon, kau beri komen seakan-akan aku tak boleh buat benda itu. Seakan-akan aku dilarang sama sekali.

Padahal, terdapat beberapa perkara yang kau sendiri buat, boleh sahaja aku pertikaikan. Namun, aku memilih untuk menjadi orang yang besar (choose to be the bigger man) atau dalam erti kata lain, aku memilih untuk ambil jalan tinggi (take the high road) dan tidak cari pasal dengan kau.

Sebaliknya, kau selalu cari pasal dan cari peluang untuk buat aku rasa aku ini kecil. Buat aku rasa inferior. Buat aku rasa macam hidup aku tak ada guna kalau aku tak buat apa yang kau buat. Seperti aku kena ikut semua gerak geri kau, semua jejak langkah kau. Bikin stress kau tahu. STRESS!

Aku tak nak kasi contoh yang benar-benar berlaku pada aku, nanti kantoilah kan. Aku memilih untuk beri contoh yang umum seumumnya.

No comments:

Post a Comment