You don't do for pray?
Tanya dia pada aku dengan perlahan-lahan dan sikap menghormati. Aku pun terkejut dengan pertanyaan dia buat seketika. Selepas melihat raut wajahnya yang begitu serius dan beriya-iya ingin tahu, aku pun mejawab:
Ya saya udah.
Lalu dia mengambil masa untuk cerna jawapan aku itu. Lantas, dia tanyakan soalan yang sama kepada rakan dia yang berada di sebelah aku.
Rakan dia pun menjawab dengan muka macam tak suka dengan jenis soalan yang dituju:
Gak. MALAS GUE!
Aku pun dalam hati terkejut. Tapi pada luarannya aku keep it cool sahaja.
Bingung aku dibuatnya. Boleh pula dia jawab macam tu. Boleh pula dia berperasaan macam tu. Jawapan dia memang tidak boleh aku terima. Malas. Kalau ada sebab tertentu tak apa lah kan memandangkan dia itu berjantina perempuan, tetapi alasan dia di sini, alasan yang ikut emosi. Macam kau anggap solat itu kerja rumah atau study je.
Eh, kau tak nak study ke?
MALAS!
Eh, kau tak siapkan lagi kerja rumah ke?
Tak. Malas.
Eh kau tak nak solat ke?
Tak. Malas.
Eh, kau tak nak masuk syurga ke?
Tak. Malas.
Apa kau ingat solat itu suatu yang kau boleh pilih untuk tak buat. Aku pun tahu juga salah aku. Sepatutnya aku beri nasihat, sepatutnya aku mendorong juga. Tetapi masalahnya, aku tidak, setakat ini, pernah jumpa lagi peluang, ruang atau masa yang sesuai untuk aku one-on-one dengan dia untuk wawancara pasal benda-benda penting macam ini. Boleh je aku cakap kat dia apa betul apa salah, tapi aku masih lagi belum tegas dan berani dalam bab ini dan aku tak nak lah make a scene depan kawan-kawan dia. Nanti jatuh juga air muka dia. Namun ternyata aku masih lagi perlukan penambahbaikan dalam bidang kuasa ini.
No comments:
Post a Comment