Tuesday, 11 January 2011

Simposium Palestin.

Baru-baru ini aku amat bertuah sangat dapat kesempatan untuk mengikut Simposium Internasional berkenaan dengan Palestin. Ada lah beberapa input yang aku dapat daripada pertemuan ini.

Apa yang diinginkan bangsa Palestin.

1. Bidang politik
Mereka memerlukan sokongan dan dukungan politik daripada negara-negara Islam yang lain. Mungkin topik ini saya tidak ada kepakaran untuk menjelaskan dengan lebih lanjut.

2. Bidang pendidikan
Terdapat banyak mahasiswa-mahasiswa Palestin yang belajar di univerisit-universiti di seluruh dunia. Mengikut apa yang dikatakan oleh tetamu yang dijemput untuk berikan penjelasan, setakat ini mahasiswa tersebut semuanya dibiayai sendiri. Maka apa yang diinginkan adalah biasiswa yang boleh membantu mereka dalam meneruskan dan melanjutkan pelajaran mereka di universiti.

Tahukah anda, peratus buta huruf di Palestin serendah 1 peratus sahaja. Walaupun terdapat konflik dan peperangan, namun, peratus buta huruf itu sungguh rendah, berbanding dengan negara-negara lain. Tambahan lagi, banyak mahasiswa mereka yang pandai-pandai dan sekarang in pursuit in the field of medicine.

Maka, kenapa tidak kita belajar bersungguh-sungguh bukan sahaja untuk negara kita, tetapi untuk saudara-saudara kita yang memerlukan bantuan kita. Kalau tidak boleh menghulurkan bantuan dari segi wang atau kebendaan, namun, dari segi ilmu, iaitu ilmu yang kita perolehi, dapat membantu sedikit sebanyak saudara-saudara kita yang sedang mempertahankan dan mati syahid.

3. Berikan sokongan.
Apa yang dikatakan oleh tetamu yang dijemput adalah kita harus memberikan sokongan mungkin dari segi demonstrasi dan tunjuk perasaan. Sedikit sebanyak aktiviti ini memberi mereka semangat, memberi tahu kepada mereka bahawa kita menokong mereka dan kita juga berpihak kepada mereka walaupun tidak dapat untuk menghulurkan bantuan yang sepenuhnya.

4. Informasi dan media.
Medan kita mungkin adalah medan informasi dan media. Itu medan yang mungkin kita dapat membantu mereka. Kita yang sudah celik informasi dan teknologi, haruslah dapat membantu mereka dengan memberi informasi tentang apa yang terjadi pada Palestin ke seluruh dunia agar dapat membuka mata mereka. Apa yang sedang dilakukan zionis isreal.

InsyaAllah sedikit sebanyak, itu dapat membuka mata dan hati kita untuk membantu mereka. Kalau tiada ada apa-apa medium bagi kita untuk membantu mereka, mungkin, senjata kita yang paling kuat adalah Doa. Doakan keselematan mereka, pemeliharaan iman mereka. Doa kepada Allah yang senantiasa berada pada pihak yang benar. Allah sudah tentu akan membantu kita.

Satu perkara yang membuat aku terkejut apabila terdengar berita ini; Kalau kita lihat pada Atlas atau mana-mana peta dunia edisi sejak dari tahun 2006, lokasi di mana Palestin berada sekarang, kalau kita check, Palestin itu sudah tidak wujud. Dan kalau kita lihat semula, yang wujudnya adalah isreal. 




Apa kau rasa lantas dapat tahu berita itu?

No comments:

Post a Comment