Baiklah, aku bukan nak cakap apa(pembukaan ayat nak ngumpat yang sangat tipikal) dan aku bukan nak berlagak ke apa(pembukaan ayat untuk aksyen yang lagi popular) tetapi masa aku naik flight semalam, memang menggerunkan aku.
Aku mengaku, sebenarnya sebelum ini aku pernah dah naik kapal terbang pergi ke beberapa tempat. Tetapi kali ini aku tak tahu kenapa, aku rasa takut sangat, especiall ketika take off. Dia start enjin bukan main lagi kuat, lepas dia lepaskan clutch(ahahhaha) kapal terbang tu pun bergerak dengan pantas, dan dalam beberapa saat sahaja(ok sebenarnya tak pasti berapa lama) dia berangkat dan berlepas dari landasan.
Sudah tentu tempat duduk aku sebelah tingkap, dan lagi dahsyat nya sebelah kepak kiri kapal terbang tersebut. Lagilah menakutkan. Aku asyik tengok pandang je kat kepak kapal terbang tu takut ada Pterodactyl terbang kat kepak tu lepas tu gigit kepak kapal terbang tu menyebabkan terhempasnya kapal terbang itu. And that's not the worst of it. Sebelum berlepas dan ketika di udara, aku asyik fikir macam best je kalau kapal terbang terhempas kat satu pulau lepas tu jadilah kisah cerita Lost, tak pun Castaway. Aku dah banyak kali dah main Sims Castaway, maka aku tahu lah apa nak buat.
Tapi itu pun boleh kira macam wishful thinking kan. Walaupun sebenarnya memang aku takut tapi aku rasa macam best. At least ada lah juga adventure once in my life.
Kemudian semasa di hidangkan makanan, aku terfikir lah pulak macam dalam restoran lah pulak. The difference is, It's A Flying Restaurant. Kelakar kan. Tapi makanan dia sedap lah juga. Cuma yang buat aku sedih, tak dapat pun kacang. It's supposed to be a custom to get peanuts when you go on a flight. Tapi yang aku dapat Fererro Rochier. HAHAHAHAHA. Lagi sedap. Alhamdulillah.
Lepas tu aku teringat pula kata-kata aku kepada mak aku semasa aku kecil lagi sewaktu aku dan mak aku naik kapal terbang menuju ke destinasi. Aku tanya mak aku, "Ibu, Ibu, mana Hercules Bu?". Mak aku pun gelak serta merta. Kalau korang tak faham apa maksud aku tu, nampak sangat korang tak ada childhood. Kan masa kecik dulu-dulu ada Disney Cartoon Hercules di mana ayahnya Zeus dan dewa-dewi lain semuanya duduk di atas Mount Olympus(mengikut mitos Greek). Mereka semuanya tinggal di atas awan. Ini semua gara-gara aku teringat balik memori kanak-kanak sebab aku dapat lihat pemandangan yang menakjubkan. Formasi-formasi awan yang sungguh cantik. Memang indah ciptaan Allah kan.
Lepas dah sampai tu. Aku penat gila. Tunggu kat airport untuk ketibaan ibu ayah aku pula. Ketika itu suasana nya memang lain juga. Banyak aku jumpa lelaki-lelaki bertatu walaupun berkulit sawo matang. memang different lah. Dari situ aku dah boleh agak bahawa it is going to be a bumpy ride from here on out.
Aku harap-harap aku boleh survive. InsyaAllah boleh. Everything is going to be A-okay. Everything is going to turn out fine. Aku akan cuba struggle, dan aku harap dan doakan kejayaan semua orang especially rakan-rakan di sememnanung dan di kepulauan Borneo ini juga.
May the fucking force be with you guys.
"Ibu, Ibu, mana Hercules Bu?"
ReplyDeletehek eleh, kalau aku yang jd budak dok sebelah ko mase tu pon aku bantai gelak!!!
hahahahahahaah