Monday, 12 July 2010

Lecturer cakap buat lah seramai kawan yang boleh.

Dulu, aku memang banyak kawan, dan kalau aku dilanda kebosanan, aku akan ke bilik kawan-kawan dan kacau dan ganggu mereka sepuas hati aku. Tak kira lah kutuk ke, cuit sana sini ke, bual-bual kosong ke, tangkap gambar mereka senyap-senyap ke, sekurang-kurangnya aku ada benda nak buat untuk isi masa lapang, jikalau pada waktu itu aku memang ada masa terluang dan malas nak pergi beriadah.

Tapi kini, bukan nak kata aku tak ada kawan, cuma macam tak boleh nak ngam sikit. Tak pun, masih berada di tahap yang segan malu-malu. Mungkin aku kena ambil masa lagi kot, baru aku berani main redah je masuk bilik orang pakai seluar pendek yang teramat seksi dan lepak sana lepak sini.

Jangan pula kamu sangka aku sedang merana dan lonely di sini. Oh tidak. Aku dah reti serba sedikit nak bergaul. Alhamdulillah. Cuma kadang-kadang tu perlukan masa untuk bersendirian kan. Untuk recharge battery so to speak. Tetapi setakat ini tak ada lagi perasaan nak berseorangan, sebab rasa bosan, dan kebarangkalian tinggi, memang agak sibuk dengan banyak benda yang perlu diselesaikan seperti daftar benda-benda yang aku tidak faham langsung.

Apa-apa pun, aku boleh hidup. Boleh survive. Tak ada lah seksa mana pun duduk sini. Memang aku nak jumpa orang yang hari tu bukan main lagi cakap jauh lah, tak sokong aku lah kalau datang sini. Biar aku kasi penampar satu pinggan.

Dan aku rasa aku dah berubah sedikit-sedikit. Aku dah jadi orang yang malu dengan perempuan aku tak kenal dan malas nak kenal. Aku jadi orang yang tidak komited atau semangat rendah terhadap kegiatan-kegiatan kokurikulum. Aku juga sudah jadi lebih nerd, pada pendapat aku. Kalau dibandingkan dengan kawan-kawan lain yang semuanya sudah berada di institut pengajian tinggi, hampir kesemuanya aku lihat, macam mana nak kata eh, emm, kesemuanya dah pandai dan rajin nak berjalan-jalan. Walhal aku, aku malas nak jalan. Hari itu pun berpeluang juga aku meronda bandar. Itupun secara spontan dan tiada apa-apa rancangan sebelumnya, dan itupun tak sampai separuh bandar aku ronda, tapi dah memadai bagi aku. Tiada lagi wujud perasaan berkobar-kobar nak keluar. Sebabnya aku dah sampai satu tahap di mana aku malas nak keluar, rasa macam bazir banyak benda sahaja dengan keadaan ekonomi diri yang tidak tentu ini, apatah lagi kan.

Cuma, keinginan untuk menziarahi dan mengunjungi hotspot-hotspot seperti Hutan Rekreasi, Pantai, Gua, Gunung, dan lain-lain lagi yang environmental friendly, memang ada. Tapi tengah tunggu masa dan keadaan yang sesuai sahaja.

Buat masa ini, aku rasa lebih baik aku relaks, chill, dan fokus pada pelajaran yang memang menarik minat aku. InsyaAllah, boleh berjaya.

1 comment:

  1. same la kte...apapun..aku hrap ko dapat bantu aku tuk berjaye mcm ko..hehe..

    ReplyDelete