Tengah tenang dan tenteram aku browse internet, stalking kawan-kawan kat facebook sekejap, ada orang IM aku dengan tidak semena-mena.
G jahanam
Hahahaha
Aku pun jawablah dengan bagi salam. Baru dia nak jawab salam aku dan tanya apa khabar semua kan.
Dalam hati aku, dah cukup terasa. Tiba-tiba pagi-pagi kau nak maki aku apa pasal? Susah sangat ke nak bagi salam? Kau tahu tak dapat pahala bagi salam, jawab salam pun dapat pahala. Mesti kau dah tahu. Habis tu kenapa lah tiba-tiba kau nak maki orang pagi-pagi pula tu.
Aku tak marah, aku terasa sahaja. Itu baru sedikit sahaja aku terasa. Kita sambung perbualan, aku tanya kau baik-baik, kau jawab main-main. Tak apa, aku faham mungkin nak gurau senda dengan aku, tetapi terus kau tak bagi jawapan yang betul-betul. Selalunya orang bagi jawapan main-main, kemudian baru bagi jawapan yang serius. Ini tidak. Jadi tidak hairanlah kan aku malas nak sambung bual-bual dengan kau.
Bukan sebab aku sombong. Kau kena tahu. Aku tak ada masa nak sombong. Aku lagi tak ada masa kalau orang layan aku sebegitu rupa. Kang aku tegur kang, cakap aku tazkirah lah pula. Cakap aku mentang-mentang dah up lah.
Mafflah kalau aku terkasar bahasa.
No comments:
Post a Comment