Thursday, 29 September 2011

Hanya Allah sahaja yang tahu.

Apa yang terjadi kepada diri kita, walaupun kita tidak ceritakan kepada orang lain, ada lagi Satu yang tahu selain daripada diri sendiri. Yakni Allah.

Pengalaman sendiri. Aku mengalami masalah gara-gara kebodohan aku sendiri juga. Dan masalah itu lama-lama membesar sehinggakan masalah lain juga muncul. Itu lagi menambahkan kepada stress. Namun perihal masalah ini, aku teramatlah malu nak minta tolong kawan, teramat malu nak ceritakan kepada keluarga.

Menurut aku, aku kira kalau aku cerita pun kepada rakan-rakan aku, bukannya mereka boleh tolong aku selesaikan masalah itu. Memang ternyata masalah yang aku hadapi pada waktu itu adalah masalah aku. My fight, my battle, my war. Thus i have to face it on my own. Namun perasaan yang membuak-buak dalam diri aku menyuruh aku untuk sekurang-kurangnya ceritakan dilemma aku ni kepada seseorang. Namun aku melawan perasaan itu.

Maka, aku ceritakan masalah aku kepada Allah.

Dan alhamdulillah, aku rasa lebih lega. Alhamdulillah, masalah itu selesai, tetapi sudah tentulah selesainya bersama-sama dengan usaha dan seterusnya tawakal dan doa. Alhamdulillah.

Waktu benda itu selesai, perasaan gembira menyelubungi satu tubuh aku sehinggakan aku rasa nak jeritkan kegembiraan aku ni kepada semura orang. Sesaat sebulum itu, aku teringat bahawa tiada sesiapa pun yang tahu tentang masalah aku. Siapa sahaja yang tahu. Allah sahaja yang tahu.

Orang lain tak perasan pun perubahan yang berlaku dalam diri kita ini. Siapa je? Siapa je yang tahu masalah kita ini melainkan Allah. Siapa je yang boleh bantu kita ini melainkan Allah.

Allahu yassir wala tu'assir. Ya Allah ya tuhanku, permudahkan segala urusanku.

No comments:

Post a Comment